INGAT / BERZIKIR, BERTASBIH DAN BERTAQWA KEPADA ALLAH

 


CONTOH BAGAIMANA CARA NAK INGAT / BERZIKIR, BERTASBIH DAN BERTAQWA KEPADA ALLAH ... SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH

HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...
CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENDATANGKAN INGAT KEPADA ALLAH
"DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU"
2.Surah Al-Baqarah ayat 198
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah),
DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU
dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.
Didalam surah Al-Baqarah pada ayat 198 ini Allah telah memperjelaskan bahawa sebelum daripada seseorang itu melakukan jalan dan cara untuk mendatangkan "INGAT KEPADA ALLAH" mengikut sepertimana yang telah Allah firmankan "DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU" adalah merupakan "GOLONGAN ORANG-ORANG YANG SALAH JALAN IBADATNYA"
ALLAH BESERTA ORANG-ORANG YANG BERUSAHA MEMPERBAIKI AMALANNYA
29.Surah Al-`Ankabūt ayat 69
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
2.Surah Al-Baqarah ayat 2
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
DIANTARA SERUAN UNTUK BERTASBIH KEPADA ALLAH
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 41
‎قَالَ رَبِّ اجْعَل لِّي آيَةًۖ قَالَ آيَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ النَّاسَ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ إِلَّا رَمْزًاۗ وَاذْكُر رَّبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَارِ
Nabi Zakaria berkata lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)". Allah berfirman: "Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah, pada waktu malam dan pada waktu pagi".
32.Surah As-Sajdah ayat 15
‎إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ۩
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
33.Surah Al-'Aĥzāb ayat 41
‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;
33.Surah Al-'Aĥzāb ayat 42
‎وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.
56.Surah Al-Wāqi`ah ayat 88
‎فَأَمَّا إِن كَانَ مِنَ الْمُقَرَّبِينَ
Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",
56.Surah Al-Wāqi`ah ayat 89
‎فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّتُ نَعِيمٍ
Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
56.Surah Al-Wāqi`ah ayat 90
‎وَأَمَّا إِن كَانَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ
Dan jika ia dari puak kanan,
56.Surah Al-Wāqi`ah ayat 91
‎فَسَلَامٌ لَّكَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ
Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".
56.Surah Al-Wāqi`ah ayat 92
‎وَأَمَّا إِن كَانَ مِنَ الْمُكَذِّبِينَ الضَّالِّينَ
Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
56.Surah Al-Wāqi`ah ayat 93
‎فَنُزُلٌ مِّنْ حَمِيمٍ
Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
56.Surah Al-Wāqi`ah ayat 94
‎وَتَصْلِيَةُ جَحِيمٍ
Serta bakaran api neraka
56.Surah Al-Wāqi`ah ayat 95
‎إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ حَقُّ الْيَقِينِ
Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
56.Surah Al-Wāqi`ah ayat 96
‎فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ
Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
HUBUNG KAIT CARA NAK BERTASBIH MENSUCIKAN NAMA ALLAH SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH YANG DIAMBIL IKTIBAR PENGAJARAN DARI SURAH AL-'ALA DENGAN PERINTAH ALLAH TENTANG BAGAIMANA CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENDATANGKAN INGAT KEPADA ALLAH MENGIKUT FIRMAN ALLAH PADA SURAH AL-BAQARAH AYAT 198
Surah Al-'Ala
1. Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -
2. Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;
3. Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);
4. Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,
5. Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.
6. Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,
7. Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.
8. Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.
9. Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
10. Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
11. Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
12. Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
13. Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
14. Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
15. Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
16. (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
17. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
18. Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -
19. Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.
BERTASBIHLAH DENGAN MENYEBUT-NYEBUT DENGAN LIDAH DAN HATI AKAN NAMA TUHANMU IAITU ALLAH
BERTAQWA KEPADA ALLAH
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 102
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 103
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
Adapun cara untuk bertaqwa kepada Allah
CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK BERTAKWA KEPADA ALLAH
4.Surah An-Nisā' Ayat 1
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
4.Surah An-Nisā' Ayat 2
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.
Cara untuk menyebut nama Allah sehingga mendatangkan ingat , bertasbih dan bertaqwa kepada Allah boleh dilakukan mengikut firman Allah pada
73.Surah Al-Muzzammil Ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Untuk menyebut nama tuhanmu boleh dilakukan mengikut dari firman Allah pada
17.Surah Al-'Isrā' atat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Ini adalah cara untuk menyebut nama Allah dengan lisan lidah
Yang cara untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati boleh dilakukannya mengikut dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Perkara yang perlu dimuzakarahkan dengan lebih lanjut lagi ialah bagaimana perlu dilakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw ini mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
Inilah perkara yang perlu dibincangkan dengan lebih lanjut lagi ....

[ Sumber dari Adnan DahalanISLAM SUDAH KEMBALI DAGANG ]

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan