MELENYAPKAN KEAKUAN

 


MELENYAPKAN KEAKUAN
Bagi setiap ahli tarekat hendaklah tahu bahawa untuk kita mengapai kejayaan maka kita hendaklah menjalani proses-proses melenyapkan akuan diri yang menyebabkan rosaknya pegangan kita terhadap Allah s.w.t kerana akuan diri yang tidak benar atau palsu akan menjatuhkan kita kedalam lembah syirik kepada Allah.
Akuan diri adalah satu bentuk pegangan yang bersabit dengan kedudukan, pangkat, harta, nama dan darjat (martabat) yang mana bagi mereka ini semua perkara yang bersabit dengan perkara-perkara itu mereka tidak nampak akan adanya Tuhan pada pemilikannya... mereka merasai semua itu hak milik mereka.
Akuan diri yang tidak sewajarnya ini timbul akibat daripada perasaan cinta dan kasih kepada dunia yang mengakibatkan gelapnya mata hati mereka dan kesan daripada timbulnya perkara-perkara inilah yang menimbulkan akuan diri yang tidak sewajarnya.
Buangkanlah keangkuhan diri yang mendatangkan keakuan yang dapat membinasakan hati mu kepada Allah s.w.t. Banyak perkara yang perlu kita tahu di dalam hidup ini agar kita faham tentang kedudukan keakuan diri yang membinasakan kita ini.
Ingatlah hanya akuan Allah sahaja yang dapat di akui oleh sekalian makhlukNya bukan nya akuan kita.
Akuan-akuan diri yang perlu dilenyapkan
Lenyapkanlah perasaan hatimu pada barang yang menyedapkan hati mu.
Lenyapkan fikiran mu pada tumpuan dunia ini.
Lenyapkan pandangan mu pada dirimu.
Hapuskanlah pergantungan mu pada ilmu mu.Jauhkan perasaan mahsyur pada amal mu.
Buangkanlah sifat ujudmu.
Buangkanlah angan-anganmu pada dunia ini
Jika kita dapat melaksanakan perkara-perkara di atas ini maka kita akan dapat mengetahui kebesaran Allah s.w.t.
Maka apabila akuan diri sendiri telah lenyap dan hilang daripada perasaan kita maka ini bererti kita telah fana maka setelah itu kita akan dapat menemukan akuan Allah pada kita dan itulah yang sebenar-benarnya akuan yang wajib kita pegangi dan imani iaitu akuan yang datangnya daripada Allah s.w.t. sendiri.
لاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم
( Tiada daya dan upaya bagiku kecuali Allah lah yang Maha Tinggi dan Maha Besar )
akuan Allah pada hakikat kita ?
Tiada ujudmu yang ada ujudKU.
Tiada kuasamu itulah kuasaKU
Tiada kehendakmu itulah kehendakKU
Tiada hidup mu melainkan hidupKU
Tiada pandanganmu melainkan pandanganKU
Tiada pendengaranmu melainkan pendengaranKU
Tiada ilmumu melainkan ilmuKU
Tiada gerakmu melainkan gerakKU
Tiada diammu melainkan diamKU
Tidaklah engkau itu ada , akan tetapi :
AKU lah yang ada pada sekalian yang ada,
AKU lah yang zahir dan
AKUlah yang batin,
Sesungguhnya zahirKU batin bagimu dan batinKU rahsia bagimu. Maka pada hakikat yang sebenarnya kita ini tidak ada yang ada itu adalah Allah yang Maha Esa:
لاموجود بحقيقة الا الله
( Tiada yang maujud sebenar benarnya kecuali Allah )
Inilah dalil hakikat bagi kenyataan ini, maka dengan ini kita tidaklah ada apa-apa kecuali Allah lah yang mengawal semua keadaan.
لا تتحرك ذزة ابدا الا بأءذن الله
( Tidaklah akan bergerak satu-satu zarrah selamanya kecuali dengan izin Allah )
Maka inilah sebenar-benarnya akuan yang tidak bercampur dengan syirik jali atau syirik khofi. Ingatlah ! selagi tidak ada kenyataan atau bukti yang menunjukkan kita sampai kepada akuan ini, maka kita perlulah teruskan amal kita yang dapat membawa kita kepada kenyataan akuan ini, akuan ini bukanlah hanya mainan ucapan lidah sahaja tetapi ia perlukan bukti dan bakti dari kita.
Jangan main-mainkan ucapan-ucapan ini atau akuan ini nanti kau jatuh dalam kalangan orang-orang yang sesat lagi menyesatkan dan disesatkan.
Terdapat banyak di kalangan kita yang menyatakan akuan Allah padanya sedangkan ia masih lagi dilingkungi dengan akuan diri yang masih lagi dihiasi dengan hawa nafsu.
Oleh itu perkara akuan tajalli Allah ini pada kita akan terjadi dengan kehendak Allah yang Maha agung. Kesamaran inilah yang banyak terjadi pada golongan-golongan ahli tarekat maupun ahli hakikat. Perhatikanlah dengan teliti agar kita tidak menjadi pencampuran antara akuan diri dan akuan Allah pada kita.
Aku yang diakui Allah! AKU adalah sesuatu yang jernih dan ia terwujud dari diri KU. maka DIAlah yang diakui.
Inilah dia kedudukan yang diakui oleh Allah kerana AKU itu adalah hakikat kenyataan Allah s.w.t sebagaimana fiirman nya:
كل روح من امر ربي
( "Setiap roh itu adalah urusan pekerjaan KU.” )
Padaku (roh) itulah rahsiaku dan itulah yang menzahirkan akuan haqullah pada tubuh badan melalui kalam, perbuatan dan ittiqod pada diri. Kalimah akuan yang sebenar ini terbit daripada ucapan syattoh (terlatah ) daripada sirna fana yang dialami oleh ahlil
Aku ku dan Aku mu itu adalah satu jua, jangan adakan dua kudrat padamu kerana kudratmu itu adalah kudratKU,
AKU zahir pada ujudKU, dan AKU batin pada rahsiaKU. Engkau tidak wujud melainkan AKUlah yang ujud.
KalamKU adalah zahirnya kalammu waktu terucap... tiadamu padamu akan tetapi adaKU pada zahirKU.
AKU adalah AKU inilah akuanKU. AKU yang mengaku akan padaKU, tiada akuanmu padamu kerana akuan mu itu tiada ain ujud akuan itu.
Tiadalah engkau bergerak pada masa engkau bergerak AKUlah yang sebenarnya gerak itu, hanya orang-orang yang buta sahaja yang tidak nampak akan gerak Allah itu.
Sesungguhnya gerakmu itu adalah hasil gerakKU yang terjadi ketika bergeraknya dirimu, engkau hanyalah patung wayang sahaja semata-mata tidaklah engkau dapat berbuat apa-apa yang mendatangkan manfaat atau mudarat padamu.
Tiadalah engkau memandang ketika memandang akan tetapi AKUlah yang memandang pada ketika engkau memandang, engkau buta pada dasarnya maka janganlah engkau akui yang engkau melihat akan dengan penglihatanmu itu kerana kau BUTA.
Oleh itu fahamilah akan maksud bagi kata-kata ini janganlah tersalah anggap kerana akibatnya amat-amatlah buruk. AKU adalah sifat kenyataan bagi Dzatul Haq, padaKU lengkap dan melengkapi tiadalah yang lain pada ujud ini melainkan kenyataan ujudKU semata-mata. Hanyalah Allah s.w.t sahaja yang layak mengaku dan akuan yang terbit daripada sifatNYA lah yang terjadi. Maka inilah akuanku yang terbit daripada akuan Allah.
Tiadalah ujudku pada kenyataanku melainkan ujud Allah lah yang nyata pada ku.
Ashabul Kahfi,9,12, 21

[ Sumber dari As Kahfi ]


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan