RUKUN SYAHADAH 3 PERKARA

 


RUKUN SYAHADAH 3 PERKARA IAITU
1. DILAKUKAN DENGAN PERBUATAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
2. DITASDIQKAN DIDALAM HATI - AKAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN ALLAH, PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ALLAH SETERUSNYA PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ALLAH YANG MENGENAL ALLAH YANG TERHASIL DARIPADA PERLAKUAN YANG DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
3. DILAFAZKAN DENGAN LISAN LIDAH AKAN KALIMAH "ASHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH"
PERSOALAN YANG TIMBUL SEKARANG INI IALAH BAGAIMANA HENDAK DILAKUKAN DENGAN PERBUATAN?
HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH DAN RASUL IAITU SEPERTI FIRMAN ALLAH DIDALAM AL-QURAN DAN SABDA NABI SAW DIDALAM HADIS
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
MSKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH YANG MANA SATU
BUKAN MENGIKUT PANDANGAN ATAU PENDAPAT MASING-MASING SEPERTI YANG TELAH DISABDAKAN OLEH RASULULLAH SAW
Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:
5.Surah Al-Mā'idah ayat 105
“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”
Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan.
SETIAP ORANG AKAN TENGGELAM DALAM PANDANGAN MASING-MASING
Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]
ATAU BUKAN MENGIKUT DARI CAKAP-CAKAP ORANG
Firman Allah
43.Surah Az-Zukhruf ayat 86
Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).
43.Surah Az-Zukhruf ayat 87
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka:
"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?
43.Surah Az-Zukhruf ayat 88
Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"
43.Surah Az-Zukhruf ayat 89
(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!"
Apa yang sedang dibicarakan ini adalah tentang yang dibersihkan daripada sebarang syirik..
Yang dibersihkan daripada sebarang syirik sepertimana yang telah diperjelaskan oleh Allah ialah merupakan satu jalan yang lurus yang tidak boleh disesatkan oleh iblis dan akan dipelihara oleh Allah
Firman Allah
15.Surah Al-Ĥijr ayat 39
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr ayat 40
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr ayat 41
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
BENTENG @ KOTA ALLAH
Berkata Ali RA.. Rasulullah bersabda... Allah berfirman............; Sesungguh AKU lah ALLAH ,, Tiada Tuhan selain AKU... Barangsiapa BERTAUHID kepadaKu niscaya masuklah ia kedalam benteng Ku,,, Dan barangsiapa yang masuk bentengKu.. niscaya terselamatlah dia dari SiksaKu...
(H R . Syirazi)
15.Surah Al-Ĥijr ayat 42
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang yang hendak dibersihkan daripada sebarang syirik?
Ini boleh dilakukan dengan bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik sepertimana yang telah Allah perjelaskan didalam firmanNya
2.Surah Al-Baqarah ayat 54
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
Kaum nabi musa telah melakukan syirik dengan menyembah patong anak lembu. Perbuatan menyembah patung anak lembu adalah merupakan satu contoh dari perbuatan syirik..
Didalam firman ini Allah telah menerangkan bahawa Nabi Musa telah memerintahkan kepada kaumnya supaya bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik tersebut melalui perintah “BUNUHLAH DIRI KAMU”
Dari Abdullah bin Mas’ud ia berkata :
Rasulullah saw membaca ayat,
39.Surah Az-Zumar ayat 22
Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.
Kami para sahabat bertanya :
Ya Rasulullah bagaimana dadanya orang itu boleh lapang ?
Rasulullah menjawab :
Kalau cahaya Allah sudah masuk ke dalam hati seseorang, maka hatinya menjadi lapang dan luas.
Kami para sahabat bertanya :
Tandanya apa ya Rasulullah ?
Jawab Rasulullah saw :
Yaitu kembali kepada negeri yang kekal, meninggalkan dunia yang penuh tipuan. Dan mempersiapkan mati sebelum mati kita.
Nabi Besar Muhammad saw bersabda, "Wahai pencari rahsia! Mahukah kamu melihat orang mati yang hidup, berjalan dibumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada dilangit, kerana beliau telah diubah pindah sebelum mati dan tidak lagi diubahpindah setelah mati. Rahsia ini berada di luar sempadan fikiran, hanya diketahui melalui mati. Barang siapa hendak melihat orang yang mati berjalan di muka bumi, lihatlah Abu Bakar, seorang yang 'alim dan 'abid kerana beliau menjadi saksi yang benar terhadap Allah swt. Menjadi putera orang-orang yang di hidupkan semula."
Melaksanakan perintah Allah “BUNUHLAH DIRI KAMU” ini juga adalah merupakan perkara sunat yang apabila dilakukan Allah akan mencintainya.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah saw bersabda :
“Allah swt berfirman : “Barangsiapa yang menunjukkan permusuhan dengan Wali-Ku maka Aku menyatakan perang dengannya.”
Sambungan hadist tersebut adalah :
“….Tidaklah hambaKu mendekatiKu dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Ketika Aku mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, menjadi penglihatannya yang ia melihat dengannya, menjadi tangannya yang ia bergerak dengannya dan menjadi kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepadaKu, niscaya Aku berikan kepadanya; Dan sesungguhnya, jika ia memohon perlindungan kepadaKu niscaya Aku berikan perlindungan kepadanya.” (HR Bukhari)
Bersabda Rasulullah saw kepada Saidina Umar Ibnu Al Khattab ra dalam dialog mereka :
Rasulullah saw berkata :
Para Nabi dan para syuhada’ akan cemburu kepada segolongan hamba Allah kelak di akhirat kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah padahal mereka bukan para Nabi.
Umar bertanya : Siapakah mereka wahai Rasul?
Rasululullah saw menjawab :
Mereka ialah satu kaum yang saling mengasihi sesama mereka semata-mata kerana Allah, bukan kerana hubungan silaturrahim atau kerana harta. Demi Allah, sesungguhnya wajah mereka bercahaya, mereka memiliki beberapa mimbar yang bercahaya. Mereka tidak takut di kala manusia lain merasa takut, dan mereka tidak sedih di kala manusia lain merasa sedih. Lalu Rasulpun membaca ayat 62-63 dari surah Yunus :
“Ingatlah, sesungguhnya Wali-Wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. (QS Yunus : 62-63)
Rasulullah Saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah Swt. berfirman, ‘Siapa yang memusuhi wali (kekasih)-ku maka aku menyatakan perang kepadanya. Dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai selain dari apa yang Aku wajibkan kepadanya. Dan hamba-Ku terus menerus mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (amalan sunah) hingga Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya maka Akulah pendengarannya yang dengannya ia mendengar, Akulah pandangannya yang dengannya ia memandang, Akulah tangannya yang dengannya ia bertindak, dan Akulah kakinya yang dengannya ia berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku niscaya Aku memberinya dan jika ia meminta perlindungan kepada-Ku niscaya Aku melindunginya.’” (H.R. Bukhari)
Kita perlu lihat kepada apa yang telah Allah firmankan didalam Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah)
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Didalam firman ini Allah telah berfirman dengan “ DAN SESUNGGUHNYA KALAU KAMI WAJIBKAN KEPADA MEREKA”
Ini membawa kepada makna perintah Allah “"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU" ini tidak diwajibkan.
Oleh kerana perintah ini telah diperintahkan tetapi ianya tidak diwajibkan maka perintah tersebut menjadi yang disunatkan...
Janji yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik dengan melaksanakan perintah Allah “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI” ialah seperti yang terkandung didalam firman Allah pada Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' aya 67
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
4.Surah An-Nisā' ayat 69
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
Ini apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan Allah tidak pernah mengubah janjinya
30.Surah Ar-Rūm ayat 6
Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
2.Surah Al-Baqarah ayat 80
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad):
"Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"
Sudahkah kita telah melakukan sepertimana yang telsh dijanjikan oleh Allah, supaya Allah anugerahkan sepertimana yang telah dijanjikan tersebut?
10.Surah Yūnus ayat 44
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.
Untuk meringkaskan perbincangan kita, setiap seorang perlu mengetahui apakah sebenarnya yang telah dimaksudkan dengan perintah Allah “BUNUHLAH DIRI KAMU SRNDIRI” dan bagaimana cara untuk melakukan perintah tersebut..?
Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran, dan perintah Rasulullah saw yang terkandung didalam hadisnya yang apabila dilakukan perintah tersebut akan menghilangkan keberadaan, keakuan atau keupayaan diri sendiri
Salah satu daripada perintah Allah yang apabila dilaksanakan akan menghilangkan keberadaan, keakuan atau keupayaan diri sendiri ialah dengan melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah
7.Surah Al-'A`rāf ayat 180
‎وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَاۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
CARA UNTUK MENYEBUT ALLAH BOLEH DILAKUKAN MENGIKUT SRPERTI FIRMAN ALLAH PADA
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
INI ADALAH CARA UNTUK MENYEBUT ALLAH DENGAN LISAN LIDAH
ADAPUN CARA UNTUK MENYEBUT ALLAH SECARA TERSEMBUNYI DIDALAM HATI ...
Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Apa yang perlu dibincangkan dengan lebih lanjut lagi ialah bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam firmanNya
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Iaitu cara untuk menyebut Allah secara lisan
FADZILAT ZIKIR YANG TERSEMBUNYI
Rasulullah saw pernah bersabda,
“Zikir (dengan tidak bersuara) lebih unggul dari pada zikir (dengan suara) selisih tujuh puluh kali lipat.
Jika tiba saatnya hari kiamat maka Allah akan mengembalikan semua perhitungan amal semua makhluk-makhluknya sesuai amalnya.
Para malaikat pencatat amal datang dengan membawa tulisan-tulisan mereka.
Allah berkata pada mereka , lihatlah apakah ada amalan yang tersisa pada hamba-Ku ini ?
Para malaikat itu menjawab , kami tidak meninggalkan sedikit pun amalan yang kami ketahui kecuali kami mencatat dan menulisnya.
Allah lalu berkata lagi (pada hamba-Nya itu), kamu mempunyai amal kebaikan yang hanya Aku yang mengetahuinya.
Aku akan membalas amal kebaikanmu itu.
Kebaikanmu itu berupa zikir dengan sembunyi (tak bersuara).”
( Hadis Riwayat Al-Baihaqi )
Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Mengikut seperti yang dikehendaki oleh Allah kerana dengan melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah seperti diatas akan menghasilkan penyaksian dan pengakuan kepada (afa’al, asma’, sifat atau zat) Allah, seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang dilanjutkan lagi sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah
AKAN TERTASDIQ DIDALAM HATINYA AKAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ALLAH SETERUSNYA PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ALLAH YANG SEDANG MERASAKAN AKAN KEBERADAAN ALLAH (ALLAH YANG MENGENAL ALLAH)
Perkara ini tidak boleh diperjelaskan untuk diberikan kefahaman kepada orang lain kerana penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah dan penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah ini hanya akan berlaku kepada mereka-mereka yang telah melaksanakan perintah Allah untuk bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik iaitu dengan melaksanakan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"
Setiap seorang yang hendak mengalami sendiri akan kesemua penyaksian dan pengakuan ini mestilah melaksanakan sendiri cara untuk bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasulnya.
Setelah berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada Allah dan penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah yang terhasil daripada melaksanakan perintah Allah untuk bertaubat daripada sebarang perbuatan syirik iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI", bolehlah dilafazkan akan kalimah Tauhid “ASHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH” mengikut sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw
hadis Riwayat Thabrani dan Baihaqi
Dari ’Ali karamallahu wajhah: Aku katakan: Ya Rasulullah, manakah jalan thariqat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas hamba Allah dan semulia-mulianya di sisi Allah?
Maka Sabda Rasulullah SAW.: Ya Ali, penting atas kamu berkekalan/senantiasa berzikir kepada Allah.
Berkatalah Ali: Tiap orang berdizikir pada Allah.
Maka Rasulullah SAW. bersabda: Ya Ali, tidak ada terjadi kiamat sehingga tiada lagi tinggal di atas permukaan bumi ini, orang yang mengucapkan Allah, Allah.
Maka sahut Ali kepada Rasulullah SAW: Bagaimana caranya aku berzikir ya Rasulullah?
Maka Sabda Rasulullah SAW: Pejamkan kedua matamu dan dengarkanlah dari saya ucapan tiga kali. Kemudian ucapkanlah seperti itu dan aku akan dengarkan. Maka sejenak Rasulullah SAW mengucapkan Laa ilaaha illallah, tiga kali sedang kedua matanya tertutup.
Kemudian Ali pun mengucapkan kalimat laa ilaaha illallaah seperti demikian.
Ajaran tersebut kemudian Sayyidina Ali ajarkan pula kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri diajarkan kepada al-Habib al-Ajamy, dari al-Habib diajarkan kepada Daud Atha’iy, dari Daud diajarkan kepada al-Makruf Al Karakhi dan dari al-Makruf ke pada As Sari, dan kemudian dari As Sari kepada al-Junaid.
Ketika Nabi Muhammad SAW menunjukkan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu kepada Saidina Ali, baginda bersabda :
Hai Ali, pejamkan kedua matamu dan engkau dengar daripada aku tiga kali aku berkata “Laa ilaaha illallah” tiga kali, dan aku mendengar bacaan engkau. Maka berkata Nabi tiga kali mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) dengan memejamkan kedua mata, Nabi mengangkat suaranya, Ali mendengarnya. Kemudian Ali mengatakan “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) tiga kali seperti yang dikatakan Nabi itu, dan Ali pun memejamkan kedua matanya dan mengangkatkan suaranya, sedangkan Nabi mendengar bacaan Ali pada saat Ali ibn Abi Thalib mengalami fana fillah. Kemudian Setelah Ali sadar, maka Nabi bertanya kepada Ali mengenai perjumpaannya dengan Allah, maka Ali berkata :Roaitu robbi bi'aini qolbi, faqultu laa sakka anta anta Allah.
“Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan akupun berkata: tidak aku ragu engkau, engkaulah Allah”.Setelah Ali menceritakan perjumpaannya dengan Allah, maka kemudian Nabi membawa Ali di hadapan para umat dan berkata :Ana madinatul 'ilmi wa Ali baabuhaa.
“Aku adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah pintunya”.
Keadaan ini akan berlaku sepertimana yang berlaku kepada Nabi Musa diketika ia memohon untuk melihat Allah
Firman Allah
7.Surah Al-'A`rāf ayat 143
Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalli" kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan.
Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman.
Keadaan ini berlaku didalam keadaan sedang dipimpin oleh Allah sepertimana yang telah Allah janjikan. Orang yang tidak melakukan sepertimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul ini mereka tidak akan mendapat pimpinan daripada Allah sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah..
Kepada sesiapa yang tidak pernah melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah seperti diatas, mereka tidak tahu bahawa dengan melaksanakan perintah-perintah tersebut akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah, dan penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah..
Hanya orang yang telah melakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah ini yang akan mengalami keadaan penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah dan penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.. iaitu seperti kalimah “ASHADU AN” diawal dari kalimah tauhid “LAA ILAHA ILLALLAH”
Jadi kepada yang tidak pernah melakukan sepertimana yang telah diperintah oleh Allah dan Rasul seperti yang tersebut diatas JANGAN MEMBANTAH TENTANG PERKARA YANG TIDAK DIKETAHUI kerana ada
Firman Allah yang memperjelaskan
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 66
Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu tidak ada pengetahuan mengenainya, maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.
JIKA MEMBANTAH JUGA AKAN BERLAKULAH SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH DIDALAM
22.Surah Al-Ĥaj ayat 8
Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran;
22.Surah Al-Ĥaj ayat 9
Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan ugama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak;
Firman Allah
78.Surah An-Naba' ayat 28
Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;
2.Surah Al-Baqarah ayat 213
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa
memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
JIKA KITA TIDAK TAHU, KEPADA SIAPA PERLU BERTANYA
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 7
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.
16.Surah An-Naĥl Ayat 43
‎وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْۚ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang "AHLIL ZIKRI" jika kamu tidak mengetahui.
MUHAMMAD RASULULLAH (KALIMAH RASUL)
‎واسهد ان محمدرسول الله
57.Surah Al-Ĥadīd ayat 3
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Allah memberitahu Dialah yang awal, yang akhir, yang zahir dan Dialah yang batin.....
Hadis qudsi..... Insan rahsia Aku, Aku rahsia Insan, rahsia itu sifat Aku, sifat Aku bukan lain daripada Aku.....
Sifat Allah bukan lain daripada Allah... Dimanakah hubungan diantara Allah dengan Muhammad....
Sabda Nabi Muhammad saw "Ana abu ar-ruh, wa Adam Abu basyar - Aku bapa segala ruh dan Adam bapa segala jasad"
"Ana Ahmad bilal mim - Aku Ahmad tanpa mim - احمد = احد
"Ana 'arab bilal 'ain, Aku 'arab tanpa 'ain عرب = رب
Allah itu zat Muhammad
Muhammad itu sifat Allah
Kembali kepada Insan rahsia Aku (Allah), Aku (Allah) rahsia insan, rahsia itu sifat Aku (Muhammad), sifat Aku (Muhammad), bukan lain daripada Aku...
57.Surah Al-Ĥadīd ayat 3
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Sifat terpuji Allah adalah rahsia Allah yang telah ditajalli atau dinyatakan dengan (atau telah diberi) nama dengan nama Muhammad.
Muhammad adalah segala sifat-sifat terpuji Allah. Sifat terpuji Allah yang paling utama ialah (Sidiq, Amanah, Tabliq dan fatonah)...
Muhammad Bin Abdullah (Zahir Muhammad - sifat Allah yang dizahirkan).... Adalah sebagai pembawa rahsia dan pemberi peringatan yang terakhir tentang rahsia Allah ini, Tidak ada lagi rahsia yang disembunyikan oleh Allah didalam menyatakan rahsiaNya kepada keseluruhan Alam.....
Muhammad bin Abdullah telah diberi amanah untuk menyampaikan rahsia ini (Allah berfirman pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu)...
Sepertimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw "Aku adalah bapa segala roh @ Aku (Muhammad) adalah asal kejadian segala Roh"
- Inilah Muhammad Rasulullah yang bersifat dengan sifat siddiq, amanah, tabliq, fatonah serta bersifat dengan perangai kemanusiaan yang elok yang telah diperintahkan supaya dikenal sebagai pesuruh Allah sepanjang zaman, kerana nabi Muhammad bin Abdullah telah wafat, (telah kembali kerahmatullah....)
Untuk sampai kepada mencapai kepada menyaksi bahawa Muhammadar adalah Rasulullah atau pesuruh Allah, setiap umat Muhammad hendaklah sentiasa mentauhid atau mengesakan Allah (puji hamba kepada tuhan iaitu setiap badan diri manusia sentiasalah hendaknya mengesakan Allah didalam setiap detik dan saat didalam keluar masuknya nafas)... Dengan cara melakukan perintah Allah untuk bertaubat daripada sebarang syirik seperti yang telah Allah firmankan
2.Surah Al-Baqarah ayat 54
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
Apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang telah melaksanakan perintah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"?
Firman Allah
4.Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah)
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' ayat 67
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
4.Surah An-Nisā' ayat 69
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
Apakah jalan yang lurus ?
Ini juga telah diterangkan oleh Allah didalam firmanNya
15.Surah Al-Ĥijr ayat 39
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr ayat 40
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr ayat 41
Allah berfirman: "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA"
Maksud daripada perintah Allah "bunuhlah diri kamu" ialah melaksanaksn perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran dan apabila melakukan perintah tersebut akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri
Salah satu daripada perintah yang boleh dilakukan Iaitu dengan melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid iaitu melaksanakan perintah Allah yang tersirat didalam firmanNya
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara untuk melaksanakannya dengan menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati telah dihuraikan melalui
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2 nya
Setelah proses mengesa atau mentauhidkan Allah telah mendapat pengesahan diterima oleh Allah barulah badan diri (jasad dan roh) yang telah sentiasa mengesakan Allah ini akan diangkat kepada Muhammadar Rasulullah iaitu dilimpahkan oleh Allah dengan sifat siddiq, amanah, tabliq, fatonah serta bersifat dengan perangai kemanusiaan yang elok iaitu berakhlak mulia
SURAH AL-QALAM DARI AYAT 1 - 4
1. Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis,
2. Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).
3. Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);
4. Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Aisyah RA tentang akhlak Rasulullah SAW. Aisyah menjawab, “Akhlak Rasulullah SAW adalah Al Quran.” (HR Muslim).
Muhammaddar Rasulullah adalah puji tuhan kepada hamba... iaitu Allah akan menganugerahkan sifat-sifat terpujinya terutama (siddiq, amanah, tabliq dan fatonah) kepada hamba-hambanya yang sentiasa mentauhid atau mengesakan Allah disetiap detik dan saat....
Bukan badan diri manusia itu sendiri yang boleh berusaha untuk menjadikan dirinya sebagai seorang yang siddiq, amanah, tabliq dan fatonah
Inilah sebenar Muhammad yang sentiasa mengenal Allah....
Sebelum berada didalam keadaan sentiasa mengesakan Allah tidak lagi akan diberi pengakuan oleh Allah - Allah tidak akan memperakui (puji tuhan kepada hamba).. Sebagai Muhammaddar Rasulullah.... Allah tidak akan menganugerahkan akan segala sifat-sifat terpuji Allah (sidiq, amanah, tabliq dan fatonah) keatas badan diri tersebut
Diri kita yang telah disangka ada disamping Allah tidak mampu untuk mengenal Muhammad.. Maksudnya selagi seseorang yang berada didalam keadaan syirik tidak lagi sampai kepada Muhammad yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw Ana abu ar-ruh itu....
Muhammaddar Rasulullah adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang sentiasa mengesakan Allah pada zat, sifat, asma' dan perbuatanNya dengan melakukan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
Selagi belum mengesakan atau mentauhidkan Allah dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, janganlah berangan-angan nak beranggapan diri batin itu sebagai Muhammad Mustafa Rasulullah....
Tidak ada daya dan upaya kita untuk menjadikan diri kita sebagai seorang yang siddiq, amanah, tabliq dan fatonah, melainkan dengan daya dan upaya Allah.
Maksudnya kita laksanakan sepertimana yang telah Allah perintah dan janjikan, Allah yang akan pimpin dan anugerahkan dengan sifat siddiq, amanah, tabliq dan fatonah...
Walaupun pada ilmu sudahpun memahaminya, tetapi pada hakikat sebenar belum lagi diperakui oleh Allah kerana masih mensyirikkan Allah.
Muhammad Rasulullah adalah pembawa ugama tauhid...
SAMA-SAMALAH KITA KEMBALI KEPADA MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID - (MEMPRAKTIKKAN LAA ILAHA ILLALLAH) - MENGHIDUPKAN SUNNAH RASULULULLAH YANG TELAH DIMATIKAN OLEH MANUSIA SUPAYA DIANUGERAHKAN DENGAN MUHAMMADAR RASULULLAH)
Kerana Muhammaddar Rasulullah adalah satu anugerah bukan boleh ditiru-tiru...
Bahawa ilmu pengetahuan dengan keadaan sebenarnya amatlah jauh bezanya...
Pada ilmu sudah mengetahui tetapi pada keadaan sebenar belum lagi mencapai ketahap berkaitan kerana untuk sampai kemaksud yang dimaksudkan itu bukanlah melalui ilmu tetapi mesti melalui berperang dengan nafsu sendiri...
IAITU SENTIASA MELAKUKAN SENDIRI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID SECARA ISTIQOMAH SEJAK DARI BANGUN TIDUR SEHINGGALAH SAMPAI KEPADA TIDUR SEMULA DAN DIKETIKA TERJAGA DIWAKTU MALAM
33.Surah Al-'Aĥzāb ayat 21
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

[ Sumber dari Awalludin Ma'rifatullah ]

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan