RAHASIA AKU
Tidaklah engkau itu ada , akan tetapi
AKU lah yang ada pada sekalian yang ada, AKU lah yang zahir dan
AKUlah yang batin,
Sesungguhnya zahirKU batin bagimu dan batinKU rahsia bagimu. Maka pada hakikat yang sebenarnya kita ini tidak ada yang ada itu adalah Allah yang Maha Esa:
لاموجود بØقيقة الا الله
( Tiada yang maujud sebenar benarnya kecuali Allah
Inilah dalil hakikat bagi kenyataan ini, maka dengan ini kita tidaklah ada apa-apa kecuali Allah lah yang mengawal semua keadaan.
لا تتØرك ذزة ابدا الا بأءذن الله
Tidaklah akan bergerak satu-satu zarrah selamanya kecuali dengan izin Allah
Maka inilah sebenar-benarnya akuan yang tidak bercampur dengan syirik jali atau syirik khofi. Ingatlah ! selagi tidak ada kenyataan atau bukti yang menunjukkan kita sampai kepada akuan ini, maka kita perlulah teruskan amal kita yang dapat membawa kita kepada kenyataan akuan ini, akuan ini bukanlah hanya mainan ucapan lidah sahaja tetapi ia perlukan bukti dan bakti dari kita.
Jangan main-mainkan ucapan-ucapan ini atau akuan ini nanti kau jatuh dalam kalangan orang-orang yang sesat lagi menyesatkan dan disesatkan.
Terdapat banyak di kalangan kita yang menyatakan akuan Allah padanya sedangkan ia masih lagi dilingkungi dengan akuan diri yang masih lagi dihiasi dengan hawa nafsu.
Oleh itu perkara akuan tajalli Allah ini pada kita akan terjadi dengan kehendak Allah yang Maha Agung
Kesamaran inilah yang banyak terjadi pada golongan-golongan ahli tarekat maupun ahli hakikat. Perhatikanlah dengan teliti agar kita tidak menjadi pencampuran antara akuan diri dan akuan Allah pada kita.
Aku yang diakui Allah! AKU adalah sesuatu yang jernih dan ia terwujud dari diri KU. maka DIAlah yang diakui.
Inilah dia kedudukan yang diakui oleh Allah kerana AKU itu adalah hakikat kenyataan Allah s.w.t sebagaimana fiirman nya:
كل Ø±ÙˆØ Ù…Ù† امر ربي
Setiap roh itu adalah urusan pekerjaan KU.”
Padaku (roh) itulah rahsiaku dan itulah yang menzahirkan akuan haqullah pada tubuh badan melalui kalam, perbuatan dan ittiqod pada diri. Kalimah akuan yang sebenar ini terbit drp ucapan syattoh (terlatah ) daripada sirna fana yang dialami oleh ahlillah.
Aku ku dan Aku mu itu adalah satu jua, jangan adakan dua kudrat padamu kerana kudratmu itu adalah kudratKU,
AKU zahir pada ujudKU, dan AKU batin pada rahsiaKU. Engkau tidak wujud melainkan AKUlah yang ujud.
KalamKU adalah zahirnya kalammu waktu terucap... tiadamu padamu akan tetapi adaKU pada zahirKU.
AKU adalah AKU inilah akuanKU. AKU yang mengaku akan padaKU, tiada akuanmu padamu kerana akuan mu itu tiada ain ujud akuan itu.
Tiadalah engkau bergerak pada masa engkau bergerak AKUlah yang sebenarnya gerak itu, hanya orang-orang yang buta sahaja yang tidak nampak akan gerak Allah itu.
Sesungguhnya gerakmu itu adalah hasil gerakKU yang terjadi ketika bergeraknya dirimu, engkau hanyalah patung wayang sahaja semata-mata tidaklah engkau dapat berbuat apa-apa yang mendatangkan manfaat atau mudarat padamu.
Tiadalah engkau memandang ketika memandang akan tetapi AKUlah yang memandang pada ketika engkau memandang, engkau buta pada dasarnya maka janganlah engkau akui yang engkau melihat akan dengan penglihatanmu itu kerana kau BUTA.
Oleh itu fahamilah akan maksud bagi kata-kata ini janganlah tersalah anggap kerana akibatnya amat-amatlah buruk.
AKU adalah sifat kenyataan bagi Dzatul Haq, padaKU lengkap dan melengkapi tiadalah yang lain pada ujud ini melainkan kenyataan ujudKU semata-mata. Hanyalah Allah s.w.t sahaja yang layak mengaku dan akuan yang terbit drp sifatNYA lah yang terjadi. Maka inilah akuanku yang terbit daripada akuan Allah.
Tiadalah ujudku pada kenyataanku melainkan ujud Allah lah yang nyata pada ku.
[ Sumber dari Awalludin Ma'rifatullah. ]
0 comments:
Catat Ulasan