RAHASIA ILMU TAUHID* (KENAL, TAHU, FAHAM, MENYAKSIKAN)
ILMU TAUHID adalah Ilmu yang paling PENTING !
Tersangat-sangatlah PENTING !
Malah yang paling TERPENTING sekali didalam kehidupan ini !
Lagi-lagi di Akhir Zaman ini...
Jika kita GAGAL didalam ILMU TAUHID, itu bererti kita GAGAL jugalah yang lain-lainnya (GAGAL Dunia dan Akhirat). Tetapi didalam dunia hari ini, pelajaran ILMU TAUHID semakin terpinggir...
Sebahagian besar Para Pendakwah harini sendiri yang mengabaikan Ilmu ini dengan hanya mengambil yang Asas sahaja. Mereka rasakan ‘Yang Asas’ itu sudah mencukupi lalu mereka tumpukan usaha mereka dan lebihkan kepada gerak kerja Dakwah sahaja.
Apabila kita mendengar percakapan mereka ataupun kita membaca tulisan-tulisan mereka, barulah kita SEDAR yang mereka bermasalah didalam TAUHID !
Malangnya... Mereka sendiri TIDAK SEDAR bahawa yang TAUHID mereka itu sedang berada didalam masalah. Jikalau TAUHID Para Pendakwah sendiri pun banyak yang bermasalah, jadi kita yang orang awam ini bagaimana pula jadinya ?
Tentulah lebih banyak masalahnya !
Maka sebab itulah terlahirnya umat-umat yang Jahil, Cinta Duniawi, Takut Mati dan sebagainya...
Sebab itulah Para Ulama terdahulu sangat menekankan tentang ILMU TAUHID terlebih dahulu !
* PENGENALAN
Memang banyak harini individu-individu dan perkumpulan-perkumpulan yang mendakwa bahawa mereka sedang Berjuang harini, tetapi sebenarnya mereka juga masih kabur didalam persoalan AKIDAH dan mereka TIDAK MENYEDARINYA...
Sebahagiannya menyangkakan cukuplah ‘ILMU TAUHID’ sebagaimana yang dihidangkan oleh orang atasan mereka sahaja. Sebahagiannya pula ‘Tertolak’ beberapa sudut penting ILMU TAUHID TANPA DISEDARI kerana menyangkakan hal itu bukannya sebahagian daripada ILMU TAUHID ataupun kurang atau tidak penting.
Sebahagiannya lagi tidak mahu ambil tahu pun, cukup sekadar dia tahu yang Tuhannya Allah SWT dan dia Menyembah Allah SWT selama ini. Sangkaan-sangkaan sebegini sebenarnya SANGAT-SANGATLAH MERBAHAYA menurut pandangan orang-orang yang FAHAM !
Sebab itulah ASAS ILMU TAUHID mesti diselesaikan terlebih dahulu bersesuaian dengan ungkapan;
“Awwaluddin Mak'rifatullah”
Ertinya : Awal Agama ialah Mengenal Allah.
Jikalau Tuhan tidak dikenali, kepada siapa kita ber-Abdi selama ini ?
Kemana hala tuju Perjuangan kita selama ini ?
Kita Menyembah Allah SWT ataupun kita Tersembah ‘Makhluk’ yang kita sangka Allah SWT ?
Ataupun kita Tersembah Allah SWT yang kita sekutukan dengan makhluk ?
Lalu bagaimanakah kita hendak mengetahuinya dengan pasti ???
“Janganlah kamu menyembah (berabdi kepada) selain Allah.”
(QS. Hud : 2)
Berbicara lantang tentang Hukum Hakam Agama memang sangatlah baik. Berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Daulah juga sangatlah baik. Demikianlah halnya juga didalam Memperjuangkan Idea-Idea Jemaah, Ekonomi, Tajdid Fiqh, Dakwah, Hiburan Islam, Kemajuan Teknologi dan lain-lainnya.
Tetapi selama ini SEDARKAH kita setara mana KETAUHIDAN kita kepada SANG KHALIQ ???
Ada yang berpendapat cukuplah dengan ‘Asas’. Apakah ‘Asas’ yang kita faham itu benar-benar Asas untuk LULUS dengan baik didalam MENTAUHIDKAN Allah SWT ataupun ia sekadar ‘Asas Kepada Asas’ sahaja ?
Tulisan dibawah ini disampaikan didalam gaya bahasa yang paling mudah agar dapat difahami oleh ‘Orang Atasan’ mahupun ‘Orang Bawahan’, seolah-olah berbicara sahaja gayanya. Hal ini saya lakukan kerana kita tidak mahu ada yang tersalah faham. Sangat besar bahayanya jikalau berlaku sedemikian.
Satu perkara yang sangat penting untuk kita faham ialah;
Contoh-contoh yang dibuat untuk menerangkan isi kandungan ILMU TAUHID ini umumnya tidak ada yang tepat 100%. Hal ini berlaku kerana kita membicarakan Allah SWT iaitu SANG KHALIQ, sedangkan contoh-contohnya kita ambil daripada alam makhluk. Mana mungkin contoh-contohnya daripada alam makhluk dapat menceritakan halnya SANG KHALIQ dengan tepat 100% !
“Dan tidak ada suatu apa pun yang setara dengan-Nya.”
(QS. Al-Ikhlas : 4)
“Tiada suatu apapun yang setanding dengan-Nya, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(QS. Asy-Syura : 11)
Semoga penjelasan Asas ini dapat MEMBUKA MINDA kita bersama-sama... INSYAALLAH...
Ilmu-Ilmu yang utama didalam Agama Islam ini ada tiga, iaitu;
1) ILMU TAUHID
2) ILMU FIQH
3) ILMU TASAWWUF
Ringkasnya "TAUHID - FIQH - TASAWWUF"
Setiap satunya ada beberapa nama yang lain. Contohnya, ada orang yang menyebutkannya ILMU KALAM, ILMU SYARIAT dan ILMU AKHLAK.
Banyak nama, tetapi sebenarnya menceritakan benda yang sama sahaja. Jadi, tak perlulah kita berbahas tentang nama ataupun istilah, nanti kita hanya akan membuang masa sahaja.
Ketiga-tiga Ilmu ini tidak boleh dipisahkan dan terpisah. Seluruh Umat Islam WAJIB berusaha untuk belajar dan memahami ketiga-tiganya setakat yang termampu !
Kita tidak boleh ‘'Ambil Dua Tolak Satu’'. Kita juga tentulah lebih tidak boleh '‘Ambil Satu Tolak Dua’'. Ketiga-tiganya umpama batu tungku yang digunakan untuk melapik kawah...
Bolehkah kawah diletakkan diatas dua tungku sahaja ?
Jawapannya ‘Tidak Boleh’ !
Ataupun lebih tepat lagi ‘Hampir-Hampir Mustahil” boleh...
Kalau satu tungku ?
Lagilah tidak boleh !
Akan terbaliklah kawahnya...
Samalah tamsilannya didalam hal menembak musuh. Untuk menembak musuh dengan senapang, mestilah ada tiga perkara utama iaitu tukang tembak (Manusia), senapang dan peluru.
Seandainya tidak ada salah satu perkara diatas, perlakuan ‘Menembak Musuh’ tidak akan berlaku sama sekali.
Ada manusia ada senapang, tapi tidak ada peluru. Boleh tembak ?
Tidak boleh...
Ada manusia ada peluru, tapi tidak ada senapang. Boleh tembak ?
Tidak boleh juga...
Ada senapang ada peluru, tapi tidak ada manusia. Boleh tembak ?
Tidak boleh juga...
Ketiga-tiganya mesti ada untuk membolehkan perlakuan ‘Menembak Musuh’ berlaku.
Tapi orang sekarang ini terlebih pandai. Dia kata ‘Ada Peluru Ada Senapang Tapi Tidak Perlu Ada Manusia” boleh tembak. Macam mana ?
Kita programkan senapang itu dengan menggunakan komputer. Apabila komputer berjaya mengesan penceroboh, secara automatik senapang akan mencari sasaran dan melepaskan peluru !
Memang betul, tapi kita kena tanya balik... Yang programkan komputer itu siapa dia ?
Bukankah manusia juga ?
Jadi, tetap mesti kena ada ketiga-tiganya, barulah senapang tadi boleh menembak.
Kita bagi contoh lagi, supaya dapat faham dengan betul-betul...
Untuk suap makanan ke mulut, perlu ada sekurang-kurangnya tiga perkara yang utama, iaitu;
1) Makanan
2) Tangan
3) Mulut
Katakanlah ada makanan ada tangan, tapi tidak ada mulut. Macam mana ?
Kemana makanan hendak dihalakan ?
Jikalau makanan itu dihalakan ke ketiak, ia tidak dinamakan suap. Kalau makanan itu dihalakan ke pusat, ia juga tidak dinamakan suap. Kalau makanan itu disumbatkan ke telinga, adakah kita sebut ‘suap” ?
Tidak kan ?
Ia dinamakan ‘suap’ apabila makanan tadi dihalakan ke mulut. Selain itu tidaklah dinamakan ‘suap’. Betul ?
Baik. Ada makanan ada mulut tapi tidak ada tangan. Jadi tidak ‘suap’ ?
Tidak...
Ada tangan ada mulut, tapi tidak ada makanan. ‘Suap’ ke ?
Tidak juga...
Kesimpulannya, untuk ‘suap’… Mesti ada ketiga-tiganya sekali iaitu makanan, tangan dan mulut.
- TAUHID ialah TAHU, KENAL dan FAHAM TUHAN.
- FIQH ialah cara-cara BER-ABDI ataupun BERIBADAH kepada TUHAN.
- TASAWWUF pula ialah PEMURNIAN kepada TAUHID dan FIQH tadi, untuk mencantikkan lagi TAUHID dan FIQH.
Saya bagi contoh seperti orang yang hendak menjala ikan;
Sebelum kita pergi menjala ikan, kita kenalah TAHU, KENAL dan FAHAM yang mana jala dan yang mana tempat ada ikan...
Jangan pula nanti kita bawa cangkul ataupun joran ataupun senapang untuk menjala ikan. Ataupun kita pergi menjala di kolam renang, kolah bilik air, kubang kerbau dan sebagainya. Untuk itu kita kena belajar yang mana jala dan tempat mana ada ikan yang boleh dijala.
Inilah TAUHID ataupun USULUDDIN. Disebut juga ILMU USUL dalam AGAMA. Mesti ada AHLI bidang-bidangnya...
Setelah kita TAHU apa itu jala dan KENAL dimana tempat adanya ikan, kenalah ada pula CARA-CARANYA menangkap ikan menggunakan jala. CARA-CARA inilah yang kita katakan FIQH ataupun SYARIAT. Kita belajar pula cara menjalanya...
Ada orang lempar jala yang kembangnya berbentuk bujur. Ada yang tidak terkembang. Ada yang berbentuk huruf lapan. Ada yang bulat cantik kembangnya.
Dengan itu kenalah belajar pula PEMURNIAN untuk mencantikan lagi kembangnya jala itu. Ini dinamakan TASAWWUF...
Apabila ketiga-tiganya Ilmu ini dipelajari dan dikuasai, barulah boleh kita mendapat ikan, dan sangatlah mudah mendapatkan ikan.
* MAKSUD ILMU TAUHID.
Kita masuk kepada definisi ataupun Takrif ILMU TAUHID.
Apakah ILMU TAUHID ?
Banyak Takrif yang dibuat oleh Para Ulama. Ada yang sebut ILMU KALAM, ada yang sebut ILMU USULUDDIN, ada yang sebut ILMU AQA’IDUL IMAN dan sebagainya.
Masalahnya… Yang mana satu yang lebih mudah untuk difaham oleh orang awam macam kita ?
Jadi saya rumuskan satu Takrif yang saya rasa paling mudah untuk difaham oleh kita, iaitu;
"ILMU TAUHID ialah ILMU untuk TAHU, ILMU untuk KENAL dan ILMU untuk FAHAM TUHAN..."
“Permudahkanlah, Jangan Menyulitkan.”
Apakah ILMU TAUHID ?
ILMU untuk TAHU, KENAL dan FAHAM TUHAN. Itulah ILMU TAUHID...
Mengapa kita mesti belajar ILMU TAUHID ?
Supaya kita dapat TAHU, FAHAM dan KENAL TUHAN...
Apa tujuan belajar ILMU TAUHID ?
Tujuannya untuk kita TAHU TUHAN, KENAL TUHAN, FAHAM TUHAN...
Apa akan jadi jikalau kita tidak belajar ILMU TAUHID ?
Kemungkinannya sangat besar kita tidak TAHU TUHAN, tidak KENAL TUHAN dan tidak FAHAM TUHAN...
Apa risikonya jika kita tidak TAHU, tidak KENAL dan tidak FAHAM TUHAN ?
Risikonya... Kemungkinan besar segala AMAL IBADAH kita tidak diterima (Tidak SAH) oleh Tuhan. Hal ini terjadi kerana kita tersalah Sembah !
Salah Sembah, sia-sialah Amal Ibadah kita. Dan boleh saja menjadi KAFIR didalam TIDAK SEDAR, bahkan lebih teruk lagi kita akan MENSYIRIKKAN TUHAN...
“Berapa banyak orang yang berdiri (mengerjakan solat sedangkan) daripada solat itu (mereka mendapat) hanya penat dan lelah.”
(HR. An-Nasa’i dan Ahmad)
“Berapa banyak orang yang berpuasa (sedangkan) daripada puasanya itu (mereka mendapat) hanya lapar dan dahaga.”
(HR. An-Nasa’i dan Ibnu Majah)
Apa perbezaannya antara ‘TAHU TUHAN’, ‘KENAL TUHAN' dan ‘FAHAM TUHAN’ ?
Mula-mula sekali kita haruslah faham maksudnya TAHU, KENAL dan FAHAM terlebih dahulu...
Ketiga-tiganya itu adalah berbeza. KENAL lebih tinggi daripada TAHU, dan FAHAM adalah lebih tinggi daripada KENAL. Yang paling atas ialah FAHAM, kemudian KENAL dan kemudian barulah TAHU.
Biasanya disebut ILMU YAQIN, AINUL YAQIN dan HAQQUL YAQIN. Ada juga yang menambahkannya kepada satu peringkat lagi iaitu, KAMAL YAQIN.
* Saya bagi Contoh;
Seorang pelancong dari barat yang datang ke Malaysia diberitahu kepadanya tentang 'Sambal Tumis Ikan Bilis'. Sebelum ini dia tidak pernah mendengar pun tentang masakan bernama ‘Sambal Tumis Ikan Bilis’. Ketika diberitahukan, itulah kali pertama dia TAHU bahawa adanya masakan yang disebut ‘Sambal Tumis Ikan Bilis’.
Ilmu peringkat ini dinamakan dengan Ilmu peringkat "TAHU" ataupun "ILMU YAQIN", iaitu;
"TAHU CERITA TETAPI TIDAK PERNAH MELIHAT DAN BELUM PERNAH MERASA..."
Kemudian si pelancong tadi diajak pula makan tengah hari mengikut hidangan orang-orang Melayu. Didalam hidangan itu adanya 'Sambal Tumis Ikan Bilis'. Orang tempatan menunjukkan kepadanya;
“This Is Sambal Tumis Ikan Bilis”.
Maka itulah kali pertamanya si pelancong tadi melihat 'Sambal Tumis Ikan Bilis'. Dilihatnya sebagai sejenis masakan lauk berkuah, berwarna merah dan ada ikan-ikan kecil didalamnya.
Ilmu peringkat ini dinamakan dengan Ilmu peringkat "KENAL" ataupun "AINUL YAQIN", iaitu;
"TAHU CERITA DAN SUDAH MELIHAT TETAPI BELUM MERASA..."
Seterusnya si pelancong tadi dipersilakan pula untuk menjamah hidangan bersama 'Sambal Tumis Ikan Bilis'. Barulah Dirasanya pedas, manis, masin, lemak, masam dan lain-lainnya adunan rasa 'Sambal Tumis Ikan Bilis' itu. Itulah 'Sambal Tumis' yang sebenar.
Ketika ini Ilmunya berada di peringkat "FAHAM" ataupun disebutkan dengan "HAQQUL YAQIN", iaitu;
"SUDAH TAHU CERITA, SUDAH DISAKSIKAN DAN SUDAH PUN DIRASAI ATAU DIALAMI..."
* Saya bagi contoh kedua;
Para Sahabat Berdakwah hingga ke negara china. Mereka memperkenalkan Tuhan kepada orang-orang china;
“Tuhan kita ada satu sahaja iaitu Allah SWT”.
Ada orang-orang china yang percaya. Maka ketika ini Iman mereka itu adalah di peringkat "TAHU" ataupun "ILMU YAQIN" sahaja. Mereka baru TAHU Siapa yang sepatutnya Disembah tetapi belum TAHU bagaimana keadaan 'Yang Disembah' itu.
- Orang-orang yang belajar ILMU FIQH, FEKAH, SYARIAT biasanya sampai ke peringkat ini...
Kemudian orang-orang china tadi belajar hingga mereka TAHU keadaan 'Yang Disembah' itu. Mereka TAHU Allah SWT itu sedia ada sejak awal, tidak boleh mati, tidak terpengaruh dengan warna, ruang, arah, bentuk dan tempat, menguasai segala-galanya, tidak sama dengan makhluk, menciptakan syurga dan neraka, mencipta semua makhluk, memberi wahyu dan sebagainya.
Mereka juga TAHU Sifat-Sifat yang Mustahil bagi Allah SWT. Iman peringkat ini adalah Iman peringkat "KENAL" ataupun "AINUL YAQIN".
Melalui kajian ataupun pembelajaran mereka, mereka sudah Menyaksikan bukti-bukti tentang 'Yang Disembah' itu tetapi belum ‘MENYAKSIKAN’ 'Yang Disembah' itu sendiri. Peringkat ini dinamakan "FAHAM" ataupun "HAQQUL YAQIN".
NOTA : Perkataan ‘MENYAKSIKAN’ 'Yang Disembah' didalam ayat tadi adalah istilah SUFI yang tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata. Ia tidaklah sama dengan perkataan ‘Menyaksikan’ sebagaimana yang biasa kita guna pakai (Rujuk Guru Mursyid).
- Orang-orang yang belajar ILMU TAUHID SIFAT 20 biasanya sampai ke peringkat ini...
Peringkat seterusnya, mereka yang dikurniakan kebolehan oleh Allah SWT dapat pula ‘MENYAKSIKAN’ Allah SWT, ataupun ‘MEMANDANG WAJAH ALLAH’ ataupun ‘MERASAI SENDIRI’ Allah SWT...
Inilah yang dikatakan BERIMAN kepada Allah SWT hingga ke tahap "HAQQUL YAQIN".
NOTA : Perkataan-perkataan berhuruf besar adalah istilah SUFI yang tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata melainkan pemahaman. Maksud perkataan-perkataan itu tidaklah sama dengan maksud perkataan-perkataan yang biasa kita gunakan (Rujuk Guru Mursyid).
- Orang-orang yang belajar ILMU TASAWWUF atau ILMU HAKIKAT biasanya mencapai peringkat ini...
Sebab itulah adanya ungkapan yang berbunyi;
AHLI FIQH menemui Allah SWT dengan jalan mengkaji dalil-dalil Al-Qur'an...
AHLI ILMU KALAM menemui Allah SWT dengan jalan Berfikir...
AHLI TASAWWUF menemui Allah SWT dengan jalan ‘MERASA SENDIRI’...
Jadi manakah yang
TERBAIK
???Yang
TERBAIK
ialah yang mengambil ketiga-tiga jalan dan menguasai ketiga-tiganya...Jadi, dengan penerangan yang ringkas lagi dhaif ini, diharapkan dapatlah memahamkan para pembaca akan perbezaan antara TAHU, KENAL dan FAHAM. Seterusnya dapatlah pula memahamkan pembaca akan perbezaan antara ILMU YAQIN, AINUL YAQIN dan HAQQUL YAQIN.
[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]
Qabiltu mohon izin tuan untuk saya copy BT diri ini dan ahli keluarga ilmu yg amat penting dan mnfaat
BalasPadam