SEJARAH MASJID TOKKU PALOH
MASJID ALMARHUM ENGKU SYED ABDUL RAHMAN AL IDRUS (TOK KU PALOH) DIBINA PADA TAHUN 1862M DI KAMPUNG PALOH,KUALA TERENGGANU DAN IA MERUPAKAN MASJID PERTAMA DAN TERTUA DI MUKIM PALOH.NAMA MASJID INI DIAMBIL DARI GELARAN PENGASASNYA IAITU ENGKU SAYYID ABDUL RAHMAN BIN MUHAMMAD- AL IDRUS (TOK KU PALOH)
IANYA TELAH BERUSIA 154 TAHUN , STRUKTUR BINAANNYA BERASASKAN KAYU CENGAL DAN TEMBESU YANG DIHADIAHKAN OLEH ORANG RAMAI.
PADA ASALNYA IA DIBINA DI TEPI SUNGAI PALOH IAITU LEBIH KURANG 80M KE BARAT DARIPADA MIMBAR MASJID,SELEPAS ITU IA DIPINDAHKAN KE TIMUR DARIPADA TEBING SUNGAI DAN DIPINDAHKAN LAGI SEPERTI DI KEDUDUKAN SEKARANG.PERMINDAHAN INI BERLAKU KERANA MASALAH HAKISAN TEBING SUNGAI.PERPINDAHAN KALI TERAKHIR INI BERLAKU PADA TAHUN 1960 DAN TAPAK SEKARANG INI MERUPAKAN TANAH WAKAF MASJID INI.
MASJID INI DIASASKAN OLEH ULAMA TERSOHOR IAITU ENGKU SYED ABDUL RAHMAN AL IDRUS BIN MUHAMMAD YANG JUGA PENASIHAT KEPADA SULTAN ZAINAL ABIDDIN (SULTAN TERENGGANU KE-3) PADA ABAB KE-19.
MASJID INI TELAH DIJAGA DENGAN BAIK OLEH KAUM KERABAT TOK KU PALOH SELEPAS BELIAU WAFAT PADA TAHUN 1917 KETIKA BERUSIA 100 TAHUN.YM SYED MUSTAPHA(TUAN BARU) MERUPAKAN SALAH SEORANG CUCU TOK KU PALOH YANG MENGAWAL SELIA MASJID INI SEJAK TAHUN 1968 SEHINGGA TERBINA SATU MENARA KONKRIT(SEPERTI SEDIA ADA)BAGI MENGGANTIKAN MENARA ASAL YG DIPERBUAT DARI KAYU BERSEBELAHAN DENGAN TELAGA.MENARA KONRIT INI DIBINA PADA TAHUN 1987 DENGAN MENGGUNAKAN DANA SUMBANGAN ORANG RAMAI.PADA AWAL TAHUN 2012 MASJID INI SEKALI LAGI MENGALAMI PERUBAHAN SECARA BESAR-BESARAN DIMANA STRUKTUR KAYU YANG REPUT TELAH DI TUKAR DENGAN STRUKTUR SIMEN DAN DIPERLUASKAN SEPERTI SEKARANG BAGI MENAMPUNG JEMAAH YANG SEMAKIN RAMAI. MASJID INI BOLEH MEMUATKAN KIRA-KIRA 1200 JEMAAH PADA SATU-SATU MASA,DIMANA PADA TINGKAT ATAS JUGA TERDAPAT RUANG SOLAT.STRUKTUR ASAL MASJID INI MASIH DIKEKALKAN IAITU MIMBAR,TELAGA ,KOLAH DAN DEWAN SOLAT UTAMA YANG BERTIANG DAN BERLANTAIKAN KAYU WALAUPUN KAYU ITU TELAH DITUKAR PADA YANG BARU.TIMBA TEMBAGA YANG ADA SEKARANG INI TELAH BERUSIA 51 TAHUN DAN MASIH BERFUNGSI.
MASJID INI JUGA MEMPUNYAI KEISTIMEWAAN YANG ALLAH SWT ANUGERAHKAN.JUSTERU ITU PIHAK PENGGURUSAN TIDAK AKAN MEMBUAT SESUATU PERUBAHAN PADA MASJID INI DENGAN TERGESA-GESA ATAU SEWENANG-WENANGNYA MELAINKAN SETELAH DIBINCANGKAN SECARA TEPERINCI MELALUI PANDANGAN PARA ILMUAN.
DIANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI MASJID INI IALAH KULIAH MAGHRIB(6 KALI SEMINGGU),RATIB AL HADAD,TAHLIL BULANAN,KELAS BAHASA ARAB(1 KALI SEMINGGU),MAULID RASUL DAN AKTIVITI-AKTIVITI KEMASYARAKATAN.
[ Sumber dari FB ]
0 comments:
Catat Ulasan