PERBEZAAN TAUHID ASWJ DAN TAUHID WAHABI (SALAFI)*

 


PERBEZAAN TAUHID ASWJ DAN TAUHID WAHABI (SALAFI)*
TAUHID SIFAT 20 (ASWJ) dengan Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah (Wahabi / Salafi).
BAHAYA ! JIKA KITA TIDAK MENGENAL ALLAH SWT DENGAN SEBENAR-BENARNYA, LAGI-LAGI DI AKHIR ZAMAN INI YANG PENUH DENGAN KEKELIRUAN. MAKA HATI-HATILAH...
NOTA : Saya beri penjelasan secara penceritaan yang mudah, semoga kita dapat memahaminya, buka minda, baca dan fahamkannya.
Penduduk sebuah kampung hendak mengadakan kenduri. Encik Safuan bercadang untuk menyembelih empat ekor kerbau.
Masalahnya, kerbau-kerbau itu dilepaskan hidup secara liar didalam hutan. Beratus-ratus ekor kerbau tinggal didalam hutan itu. Pendek kata, masuk-masuk hutan saja akan terus terjumpa gerombolan kerbau.
Encik Safuan bersepakat mengerahkan empat orang pemuda yang diajar menggunakan senapang berpeluru pelali untuk mendapatkan kerbau-kerbau itu. Keempat-empat pemuda ini diberikan masa hanya 24 jam sahaja. Siapa yang paling awal berjaya melalikan kerbau, akan mendapatkan hadiah yang istimewa.
Pemuda A mengambil senapang lalu terus pergi entah kemana arah dalam keadaan dia tidak Tahu pun binatang apa yang Encik Safuan mahu, dimana lokasinya dan bagaimanakah sifat-sifatnya serta apakah sifat-sifat yang mustahil bagi seekor kerbau.
Apakah dapat dia membawa pulang kerbau yang dimaksudkan ?
99.99% pasti dia tidak akan dapat kerbau itu, kerana dia tidak Tahu pun binatang apa yang dimaksudkan oleh Encik Safuan tadi. Setelah sehari semalam berjalan baru dia teringat;
“Eh, Encik Safuan suruh aku tembak binatang apa ya ?”
Rakannya pula Pemuda B Tahu Encik Safuan mahukan seekor binatang bernama kerbau dan dia Tahu binatang itu tinggal liar didalam hutan.
Masalahnya, dia tidak pernah Melihat, tidak pernah Tahu dan tidak pernah belajar bagaimana rupa dan sifat-sifatnya kerbau tersebut. Yang dia Tahu, ada binatang bernama kerbau dan binatang itu tinggal didalam hutan. Itu saja...
Adakah kemungkinan dia tidak akan dapat menembak kerbau ?
Besar kemungkinan tidak... kerana dia tidak pernah Tahu kerbau itu bagaimana. Boleh jadi dia akan menembak ayam hutan, ular sawa, rusa, monyet , babi dan sebagainya yang disangkakannya kerbau.
* (PEMUDA A-B) INI ILMU PERINGKAT "TAHU".
Pemuda C pula, walaupun tidak pernah Melihat kerbau itu, tetapi dia ada belajar tentang sifat-sifatnya kerbau. Diketahuinya bahawa kerbau itu berkaki empat, bersuara menguak, mendengar dan bertelinga, bertanduk, biasanya berwarna kelabu, suka berkubang, badannya besar, bentuknya macam lembu, melihat dan matanya besar, ada ekor dan sebagainya.
Sifat-sifat mustahil bagi kerbau pun diketahuinya iaitu mustahil rupa kerbau itu seperti kucing, mustahil bersuara seperti manusia, mustahil boleh terbang, mustahil boleh memanjat pokok, mustahil berdiri diatas satu kaki dan sebagainya.
Bagaimana ?
Adakah kemungkinan Pemuda C akan memperolehi seekor kerbau ?
Ya, tentu... Kemungkinan besar dia akan menembak kerbau dan bukannya binatang-binatang lain.
* (PEMUDA C) INI ILMU PERINGKAT "KENAL".
Pemuda D pula sudah ‘Menyaksikan’ kerbau sedari kecil. Dia sendiri yang membela beberapa ekor kerbau dirumahnya. Setiap hari dia ‘Berinteraksi’ dengan kerbau-kerbaunya. Dimandikannya, diberus badan, ditunggangnya disawah, diubatnya jika ada penyakit ataupun tercedera, dipeluk dan sebagainya.
ARIFLAH dia akan hal ehwal hamba Allah SWT yang bernama kerbau itu.
Bagaimana ?
Adakah kemungkinan dia mendapat seekor kerbau di hutan itu ?
Pasti...! Pasti jika tiada apa-apa aral lain yang melintang. Betul ?
* (PEMUDA D) INI ILMU PERINGKAT "FAHAM" ATAUPUN "MENYAKSIKAN".
Ringkasannya;
- Pemuda A pasti tidak mendapatkan kerbau.
- Pemuda B kemungkinan besar tidak mendapatkan kerbau juga.
- Pemuda C kemungkinan besar akan mendapatkan kerbau.
- Pemuda D pasti akan dapatkan kerbau.
Contoh ini kita hendak gunakannya adalah untuk memahami betapa pentingnya TAHU Allah, KENAL Allah dan FAHAM Allah...
Pemuda Faiz tidak Tahu apa itu ‘Tuhan’ dan juga tidak Tahu pun Tuhan itu memang Wujud.
Adakah dia Menyembah Tuhan selama hari ini ?
Pasti dia tidak Menyembah Tuhan bahkan tidak menyembah apa-apa pun, sebab dia tidak Tahu pun yang Tuhan itu memang Wujud. Sampai bila-bila pun dia tidak akan mendapatkan Allah SWT.
Samalah sepertinya Pemuda A tadi. Sampai bila-bila pun dia tidak akan mendapatkan kerbau kecualilah dia belajar tentang kerbau ataupun Menyaksikan sendiri rupa kerbau...
Inilah risiko yang dihadapi oleh mereka-mereka yang tidak pernah mengambil Tahu tentang Tuhan, tidak pernah belajar Agama lebih mendalam kerana mereka tidak pernah TAHU, KENAL dan FAHAM TUHAN !
Pemuda Rafis pula Tahu Tuhan itu ADA dan nama bagi Tuhan ialah Allah. Itu saja yang diketahuinya. Dia tidak Tahu pun tentang Sifat-Sifat Tuhan dan tidak Tahu juga Sifat-Sifat yang Mustahil bagi Tuhan.
Adakah Pemuda Rafis Menyembah Allah SWT selama hari ini ?
Belum tentu !
Ada kemungkinan dia tersembah selain daripada Allah SWT yang disangkakannya sebagai Tuhan. Samalah nasibnya macam Pemuda B tadi yang mungkin tertembak ayam hutan, ular sawa, rusa, monyet , babi dan sebagainya yang disangkakannya kerbau.
Hal inilah yang paling kita takuti !!!
Inilah risiko yang dihadapi oleh mereka-mereka yang belajar setakat Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah sahaja. Mereka hanya Tahu ‘'Tuhan itu ADA” dan ‘Tuhan yang sebenar ialah Allah”. Itu saja...
Mereka tidak Tahu apakah Sifat-Sifat Tuhan dan apa Sifat-Sifat yang Mustahil Bagi-Nya, ringkasnya mereka tidak belajar ILMU SIFAT 20 ataupun Ilmu yang setara dengannya. Ada kemungkinannya mereka akan tersembah selain Allah SWT, sama ada tersembah makhluk ataupun tersembah Allah SWT yang bercampur dengan makhluk.
Ringkasnya... Boleh jadi mereka tidak Meng-ESA-kan Allah SWT yang menjadikan TAUHID mereka rosak dan hancur. Ini kerana mereka "TIDAK KENAL" dan "TIDAK FAHAM" Tuhan, hanya setakat "TAHU" Tuhan sahaja.
Pemuda Safuan Tahu Tuhan itu ADA dan nama bagi Tuhan ialah Allah, sama seperti Pemuda Rafis. Selain itu dia juga pernah belajar dan faham Allah SWT itu bagaimana hal keadaannya.
Diketahuinyalah akan Sifat-Sifat bagi Allah dan apa Sifat-Sifat yang Mustahil bagi Allah SWT. Ringkasnya, dia belajar dan khatam ILMU SIFAT 20 ataupun yang setara dengannya.
Adakah dia Menyembah Allah SWT selama hari ini ?
Ya, kemungkinan besar dia Menyembah Allah SWT, iaitu Tuhan yang sebenar. Sangat kecil risikonya untuk dia tersembah selain daripada Allah SWT.
Samalah seperti Pemuda C tadi. Hampir-hampir mustahil Pemuda C akan tertembak selain daripada kerbau. Hampir-hampir mustahil juga Pemuda C akan tersembah selain daripada Allah SWT, sama ada tersembah makhluk ataupun tersembah Allah SWT yang bersekutu dengan makhluk.
Orang jenis ini ialah mereka-mereka yang sudahpun menguasai ILMU SIFAT 20 ataupun yang setara dengannya.
Ringkasnya, TAUHID orang yang menguasai ILMU SIFAT 20 adalah lebih SELAMAT daripada mereka yang belajar Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah sahaja. Ini kerana mereka hanya "TAHU" Tuhan sahaja, mereka tidak sama seperti orang yang menguasai ILMU SIFAT 20 yang sudah KENAL dan MENYAKSIKAN-NYA (FAHAM).
Pemuda Alif pula seorang yang ‘AHLI’ didalam TASAWWUF dan ILMU HAKIKAT.
Dia ‘MENYAKSIKAN’ sendiri Allah SWT. Adakah dia Menyembah Allah SWT selama hari ini ?
Pasti !
Ada kemungkinankah dia tersembah selain daripada Allah SWT ?
Mustahil !
Samalah seperti mustahilnya Pemuda D tersalah tembak selain daripada kerbau, kerana setiap hari dia bergelumang dengan kerbau, mustahil dia akan sengaja menembak tupai, beruang, kumbang, kala jengking, landak dan sebagainya yang disangkakannya kerbau.
Orang-orang jenis ini ialah mereka yang sudahpun menguasai ILMU HAKIKAT. Mereka TAHU, KENAL dan FAHAM (Menyaksikan) Tuhan. Inilah peringkat paling SELAMAT...
* Saya beri contoh lagi supaya boleh betul-betul faham...
Empat pemuda Orang Asli hendak pergi berburu ke sebuah lembah. Tok Batin telah memaklumkan kepada mereka bahawa di lembah itu ada tuhan mereka iaitu sebatang pokok cengal daripada sepuluh batang pokok cengal. Pokok cengal yang menjadi tuhan mereka itu ialah pokok cengal yang paling tua sekali. Sesiapa yang pergi ke sana mestilah menyembah dan sujud sebanyak tujuh kali kepada tuhan mereka itu.
Pemuda pertama datang lewat dan tidak sempat mendengarkan penerangan Tok Batin tadi. Apabila dia tiba di lembah itu, adakah dia akan menyembah apa-apa ?
Tentu tidak... Sebab dia tidak Tahu pun di lembah itu ada tuhan mereka dan tuhan mereka itu ialah pokok cengal yang paling tua. Pemuda ini TIDAK TAHU, TIDAK KENAL dan TIDAK FAHAM...
Pemuda kedua Tahu di lembah itu ada tuhan mereka dan tuhan mereka itu ialah pokok cengal yang paling tua. Malangnya dia tidak Tahu yang mana satu pokok cengal, apakah sifat-sifat pokok cengal dan apakah sifat-sifat yang mustahil bagi pokok cengal.
Apabila dia tiba di lembah itu, pastikah dia bersujud kepada tuhan mereka, iaitu pokok cengal yang paling tua ?
Besar kemungkinannya dia akan bersujud kepada selain pokok cengal. Jika dia bersujud kepada pokok cengal pun, kemungkinan besar dia sujud kepada pokok cengal yang bukan tuhan mereka.
Pemuda ini sekadar TAHU tuhan mereka ada dan tuhan mereka ialah pokok cengal yang tertua di lembah itu. Samalah dengan orang yang belajar Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah. Dia hanya TAHU Tuhan itu ada dan Tuhan yang sebenar ialah Tuhan yang 'Ilah' iaitu Allah SWT.
INILAH ILMU PERINGKAT "TAHU"...
Pemuda ketiga pula tidak pernah melihat pokok cengal, namun begitu dia pernah belajar sifat-sifat pokok cengal dan sifat-sifat yang mustahil bagi pokok cengal. Oleh kerana dia Tahu sifat-sifat pokok cengal, Tahulah dia bagaimana keadaan pokok yang lebih muda dan keadaan pokok yang lebih tua.
Sampai di lembah itu, berjayakah dia bersujud kepada tuhan mereka iaitu pokok cengal yang paling tua ?
Kemungkinan besar dia akan berjaya.
Kerana pemuda ini Tahu membezakan antara tuhan yang sebenar dengan yang lain. Samalah dengan orang yang belajar dan menguasai ILMU SIFAT 20 atau pun ilmu yang setara dengannya.
INILAH ILMU PERINGKAT "KENAL"...
Pemuda keempat pula sudah menyaksikan sendiri pokok cengal tertua yang menjadi tuhan mereka itu. Setiap hari dia melalui lembah itu untuk mencari madu dan petai.
Dapatkah dia bersujud kepada tuhan mereka ?
Sudah tentu !
Adakah dia akan tersilap sembah dengan bersujud kepada pokok-pokok lain ?
Mustahil !
INILAH ILMU PERINGKAT "FAHAM" ATAU "MENYAKSIKAN"...
Jadi, manakah TAUHID yang SELAMAT untuk di Akhir Zaman ini ???
Pastilah Landasan ASWJ - ILMU TAUHID SIFAT 20, kerana kita akan mencapai kefahaman yang tertinggi iaitu TAHU ALLAH, KENAL ALLAH dan FAHAM (MENYAKSIKAN) ALLAH SWT...
Semoga Bermanfaat buat seluruh Umat Islam di Akhir Zaman ini...
[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan