BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK ...
KISAH NABI-NABI ADALAH SEBAGAI IKTIBAR
12.Surah Yūsuf ayat 111
Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
firman Allah pada
Surah Al-Baqarah ayat 54
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
Didalam firman Allah didalam Surah Al-Baqarah ayat 54, Allah menerangkan bahawa kaum Nabi musa telah melakukan syirik dengan menyembah patung anak lembu.
Nabi Musa telah mengarahkan kaumnya supaya bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik tersebut dengan perintah “BUNUHLAH DIRI KAMU”
SABDA RASULULLAH SAW BERKAITAN MATI SEBELUM MATI ...
Dari Abdullah bin Mas’ud ia berkata :
Rasulullah saw membaca ayat,
39.Surah Az-Zumar ayat 22
Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.
Kami para sahabat bertanya :
Ya Rasulullah bagaimana dadanya orang itu boleh lapang ?
Rasulullah menjawab :
Kalau cahaya Allah sudah masuk ke dalam hati seseorang, maka hatinya menjadi lapang dan luas.
Kami para sahabat bertanya :
Tandanya apa ya Rasulullah ?
Jawab Rasulullah saw :
Yaitu kembali kepada negeri yang kekal, meninggalkan dunia yang penuh tipuan. Dan mempersiapkan mati sebelum mati kita.
Nabi Besar Muhammad saw bersabda, "Wahai pencari rahsia! Mahukah kamu melihat orang mati yang hidup, berjalan dibumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada dilangit, kerana beliau telah diubah pindah sebelum mati dan tidak lagi diubah pindah setelah mati. Rahsia ini berada di luar sempadan fikiran, hanya diketahui melalui mati. Barang siapa hendak melihat orang yang mati berjalan di muka bumi, lihatlah Abu Bakar, seorang yang 'alim dan 'abid kerana beliau menjadi saksi yang benar terhadap Allah swt. Menjadi putera orang-orang yang di hidupkan semula."
Rahsia "MATI SEBELUM MATI" atau "ORANG MATI YANG HIDUP" berjalan dimuka bumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada dilangit ini berada diluar sempadan fikiran iaitu tidak boleh difikirkan dengan fikiran, bukan yang terlintas didalam hati.
Ini bermakna bukan yang difikir-fikirkan melalui fikiran yang membawa kepada maksud bukan seperti yang difikir-fikirkan dan bukan yang terlintas didalam hati.
"HANYA DIKETAHUI MELALUI MATI"
Untuk mengalami sendiri keadaan ini setiap seorang mestilah melaksanakan perintah Allah sepertimana yang terkandung didalam firman Allah pada Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu",
nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka.
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
Setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Dan bagaimana untuk melakukan perintah tersebut mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH YANG MANA SATU...
Kerana apa yang telah Allah janjikan kepada mereka yang telah melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Ialah
4.Surah An-Nisā' ayat 67
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
4.Surah An-Nisā' ayat 69
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
PENJELASAN DARIPADA FIRMAN ALLAH TENTANG SATU JALAN YANG LURUS
15.Surah Al-Ĥijr ayat 39
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr ayat 40
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr ayat 41
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
15.Surah Al-Ĥijr ayat 42
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
17.Surah Al-'Isrā' ayat 65
Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
38.Surah Şād ayat 82
Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -
38.Surah Şād ayat 83
" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas".
FIRMAN ALLAH YANG MENJELASKAN IKHLAS IALAH BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK
29.Surah Al-`Ankabūt ayat 65
Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.
TULUS IKHLAS LAWANNYA SYIRIK
Kepada sesiapa yang telah melakukan perintah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Allah akan pimpin mereka kejalan yang lurus iaitu menjadi seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Dan bagaimana hendak melaksanakan perintah tersebut...?
Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
ialah melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran, dan perintah Rasulullah saw yang terkandung didalam hadisnya yang apabila dilakukan perintah tersebut akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri
Firman Allah yang Apabila dilaksanakan akan menghilangkan keberadaan, keakuan atau keupayaan diri sendiri ialah dengan melakukan perintah Allah yang tersirat dan yang tersirat didalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
SETIAP SEORANG MESTI TAHU DAN BOLEH MENGHURAIKAN SENDIRI BAGAIMANA CARA KITA HENDAK MELAKSANAKAN KEDUA-DUA PERINTAH ALLAH DAN PERINTAH RASULULLAH SAW SEPERTI DIATAS
Sebelum daripada melaksanakan sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah dan RasulNya seperti diatas setiap seorang mesti tahu, boleh menghuraikan apakah syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi atau syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi...
Supaya ia tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi atau syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
Jika seseorang itu melakukan cara untuk bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik dengan melakukan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" yang disertakan dengan masih dan sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi atau syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
Akan Gugur segala amal yang dilakukan didalam keadaan syirik
39.Surah Az-Zumar ayat 65
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.
6.Surah Al-'An`ām ayat 88
Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).
Syirik adalah mengadakan tuhan yang lain disisi, disamping atau bersama-sama Allah samada yang telah
- dilakukan dengan perbuatan anggota badan
- Diperkatakan dengan lisan lidah
- Difikirkan dengan akal fikirannya atau
- Ada yang terlintas didalam hatinya
Syirik ialah melakukan perkara-perkara yang menerangkan sedang mengadakan tuhan yang lain disisi, disamping atau bersama-sama Allah
6.Surah Al-'An`ām ayat 19
Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" (Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?" Katakanlah: "Aku tidak mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)".
Syirik terbahagi kepada 3 iaitu syirik yang terang, syirik yang tersembunyi, syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi....
Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang terang ialah melakukan ritual penyembahan seperti menyembah matahari, menyembah patung, menyembah api dan lain-lain.
Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi ialah sangkaan kepada ada diri sendiri dan makhlok lain samada yang telah dilakukan dengan cara
- memperkatakan dengan lisan lidah
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas didalam hatinya
Tentang keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain
Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ialah sangkaan kepada ada Allah yang dilakukan samada dengan cara
- memperkatakan dengan lisan lidah
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas didalam hatinya
Yang ada hanya Allah didalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain
34.Surah Saba' ayat 20
وَلَقَدْ صَدَّقَ عَلَيْهِمْ إِبْلِيسُ ظَنَّهُ فَاتَّبَعُوهُ إِلَّا فَرِيقًا مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ
Dan sesungguhnya Iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang-orang yang beriman (yang tidak terpedaya kepada hasutannya).
34.Surah Saba' ayat 21
وَمَا كَانَ لَهُ عَلَيْهِم مِّن سُلْطَانٍ إِلَّا لِنَعْلَمَ مَن يُؤْمِنُ بِالْآخِرَةِ مِمَّنْ هُوَ مِنْهَا فِي شَكٍّۗ وَرَبُّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَفِيظٌ
Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.
34.Surah Saba' ayat 22
قُلِ ادْعُوا الَّذِينَ زَعَمْتُم مِّن دُونِ اللَّهِۖ لَا يَمْلِكُونَ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ وَمَا لَهُمْ فِيهِمَا مِن شِرْكٍ وَمَا لَهُ مِنْهُم مِّن ظَهِيرٍ
Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): "Serukanlah makhluk-makhluk yang kamu dakwakan sebagai tuhan selain dari Allah; mereka tidak memiliki kuasa seberat debu pun di langit dan di bumi, dan mereka tiada sebarang bahagian perkongsian (dengan Allah) dalam (mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi, dan Allah pula tidak mendapat sebarang pertolongan dari
mereka".
34.Surah Saba' ayat 23
وَلَا تَنفَعُ الشَّفَاعَةُ عِندَهُ إِلَّا لِمَنْ أَذِنَ لَهُۚ حَتَّىٰ إِذَا فُزِّعَ عَن قُلُوبِهِمْ قَالُوا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْۖ قَالُوا الْحَقَّۖ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ
Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah, (maka orang-orang yang hendak memohon syafaat terpaksa menunggu izin itu dengan penuh perasaan takut dan bimbang) sehingga apabila dihapuskan Allah perasaan takut dari hati mereka (dengan pemberian izin itu) bersukarialah mereka dengan bertanya-tanyaan sesama sendiri: "Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu?" Sebahagian di antara mereka menjawab: "Tuhan telah menitahkan kebenaran"; dan Dia lah jua Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar kekuasaanNya.
34.Surah Saba' ayat 24
قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ قُلِ اللَّهُۖ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَىٰ هُدًى أَوْ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ
Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata ".
34.Surah Saba' ayat 25
قُل لَّا تُسْأَلُونَ عَمَّا أَجْرَمْنَا وَلَا نُسْأَلُ عَمَّا تَعْمَلُونَ
(Oleh itu) katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu tidak akan bertanggungjawab tentang kesalahan yang kami lakukan, dan kami pula tidak akan bertanggungjawab tentang apa yang kamu kerjakan".
34.Surah Saba' ayat 26
قُلْ يَجْمَعُ بَيْنَنَا رَبُّنَا ثُمَّ يَفْتَحُ بَيْنَنَا بِالْحَقِّ وَهُوَ الْفَتَّاحُ الْعَلِيمُ
Katakanlah lagi:" Tuhan kita akan menghimpunkan Kita semua (pada hari kiamat), kemudian Ia akan menyelesaikan perselisihan yang ada di antara kita dengan penyelesaian yang benar; dan Dia lah jua Hakim yang seadil-adilnya, lagi Yang Maha Mengetahui segala-galanya".
Keterangan tentang bagaimana berlakunya syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ini boleh diambil iktibar dan pengajarannya seperti yang terdapat didalam firman Allah pada Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Didalam firman diatas Allah telah menerangkan bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada diri sendiri yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang ada pada makhlok yang dipandang sebagai keberadaan makhlok tersebut. Adalah merupakan apa yang telah dihubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutu
Sedang merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok sesuatu selain daripada Allah. inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah makhlok-makhlok yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
INI ADALAH MERUPAKAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI
Seterusnya didalam surah dan ayat yang sama juga, Allah berfirman memperjelaskan bahawa tidak ada pada sesuatu makhlok sifat-sifat ketuhanan itu
Hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan.
Disini memperjelaskan lagi bahawa sesiapa yang merasakan akan keberadaan, keakuan dan keupayaan dirinya sendiri disamping ada Allah sebenarnya sedang berlaku sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 29
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
KEBERADAAN DIRI SENDIRI DIISTILAH PADA DIRI SENDIRI APABILA DISEBUT AKAN DISEBUT SEBAGAI AKU
SEDANG MERASAI ADA DIRI SENDIRI JIKA DIHURAIKAN SECARA LISAN AKAN MEMBAWA MAKNA BAHAWA ORANG YANG SEDANG MERASAKAN KEBERADAAN, KEAKUAN DAN KEUPAYAAN DIRINYA SENDIRI SEDANG BERKATA SESUNGGUHNYA AKU IALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH.
KITA TAHU ADA DAN SEGALA SIFAT KETUHANAN SEPERTI (ILMU, HAYAT, QUDRAT, IRODAT, MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA DAN LAIN-LAINNYA) ADALAH SIFAT ALLAH, SELAIN DARI ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA DAN BERSIFAT DENGAN SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH
APABILA KITA MERASA DIRI KITA BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA BERMAKNA KITA SEDANG MERASAI SIFAT KETUHANAN ALLAH (ADA) ADALAH SEBAGAI SIFAT DIRI KITA SENDIRI..
OLEH KERANA SIFAT ADA ITU SEBENARNYA SIFAT KETUHANAN ALLAH , MAKA SEDANG MERASA ADA DIRI SENDIRI BERMAKNA KITA SEDANG MELETAKKAN SIFAT KETUHANAN ALLAH KEPADA DIRI SENDIRI (YANG SEBENARNYA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA)..
Sedang merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri membawa makna sedang bertuhankan kepada nafsu sendiri sepertimana firman Allah
25.Surah Al-Furqān ayat 43
Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
45.Surah Al-Jāthiyah ayat 23
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
ATAU DENGAN KATA LAIN SEDANG MENJADIKAN KEBERADAAN, KEAKUAN DAN KEUPAYAAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN SELAIN DARIPADA ALLAH, SEDANG MENJADIKAN YANG BUKAN TUHAN IAITU KEBERADAAN, KEAKUAN DAN KEUPAYAAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN DISISI, DISAMPING ATAU BERSAMA-SAMA ALLAH.
Hawa nafsu sendiri atau keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri bukan tuhan tetapi telah dijadikan sebagai tuhan yang lain disisi, disamping atau bersama-sama Allah
Ini adalah perbuatan sedang sekutukan diri sendiri dan makhlok-makhlok dengan Allah
Begitu juga jika seseorang itu memandang ada makhlok selain daripada ada Allah membawa makna ia sedang meletakan sifat ketuhanan Allah kepada maklok tersebut yang membawa erti sedang menjadikan makhlok tersebut sebagai tuhan selain daripada Allah, bermakna sedang bertuhankan kepada dua atau lebih Tuhan selain daripada Allah membawa makna sedang menyengutui Allah dengan sesuatu yang lain. Keadaan ini juga dipanggil sebagai syirik
Firman Allah
16.Surah An-Naĥl ayat 22
Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).
16.Surah An-Naĥl ayat 51
Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.
Apabila seseorang telah membaca firman Allah pada Surah Saba' ayat 27, tahulah ia bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada makhlok-makhlok termasuk pada diri sendiri adalah sifat ketuhanan kepunyaan Allah, makhlok tidak akan bersifat dengan sifat ketuhanan. Maksudnya makhlok tidak mempunyai sifat ketuhanan, sifat ketuhanan yang ada pada makhlok akan dirasakan sebagai sifat makhlok tersebut kerana seseorang itu masih memandang keberadaan makhlok tersebut dengan meletakkan sifat ketuhanan kepada makhlok tersebut.
Sebenarnya sifat ketuhanan yang ada pada makhlok tersebut adalah sedang menunjuk atau menerangkan itu adalah sifat ketuhanan Allah
Ini yang telah diketahui, semasa diketahui yang sifat ketuhanan yang ada pada makhlok-makhlok itu adalah sifat ketuhanan Allah, jauh didalam rasa perasaan yang merasai seseorang itu tetap akan merasai akan keberadaan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu selain daripada Allah, Dengan pengetahuan yang diketahui ini tidak akan menghilangkan akan keberadaan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu yang lain, selain daripada Allah
Maksudnya dengan mengetahui bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan, keakuan dan keupayaan dirinya sendiri
Setiap seorang tidak boleh samada memperkatakan dengan lisan lidahnya, memikirkan dengan fikirannya atau tidak boleh ada yang terlintas didalam hatinya yang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat Allah diketika ia masih lagi sedang merasakan akan keberadaan dirinya sendiri kerana apa yang akan berlaku ialah dia akan memperkatakan sifat ketuhanan yang sedang dirasakan atau yang sedang disangka sebagai sifat diri sendiri itu adalah sebagai sifat ketuhanan Allah
Keadaan ini akan berlaku dengan cara yang tidak disedari.
Seseorang yang samada sedang memperkatakan dengan lisan lidahnya, memikirkan dengan fikirannya atau tidak boleh ada yang terlintas didalam hatinya yang segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya sendiri adalah sifat Allah didalam keadaan ia sedang merasai akan keberadaan dirinya sendiri menyangka bahawa apa yang telah diperkatakan tersebut ia telah mengesakan Allah tetapi sebenarnya apa yang sedang diperkatakan tersebut adalah merupakan syirik kerana sebenarnya ia sedang menyangka keberadaan dirinya yang sedang dirasakan keberadaannya itulah yang akan disangka sebagai keberadaan Allah.
INI ADALAH SYIRIK YANG TERSEMBUNYI LAGI TERSEMBUNYI,
Setelah tidak lagi melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi.
Bolehlah seseorang itu melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam perintah Allah
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Ini adalah cara untuk menyebut nama Allah dengan lisan lidah sehingga berlakunya "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN ALLAH"
Cara untuk menyebut nama tuhanmu boleh dilakukan mengikut sepertimana firman Allah pada
17.Surah Al-'Isrā' ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Yang cara untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
[ Sumber dari SUDAH KEMBALI DAGANG ]
0 comments:
Catat Ulasan