RAHSIA AKHIR ZAMAN* (WALI ABDAL DAN SEBAB KEHANCURAN UMAT ISLAM...)
Diantara Hajarul Aswad dengan Makam Ibrahim as, Baginda Imam Al-Mahdi nanti akan dibai'ah oleh beberapa pihak antaranya adalah kumpulan Para Wali Abdal.
Kita akan jumpa bahawa didalam sabda-sabda Baginda saw, salah satu kumpulan yang membai'ah Baginda Al-Mahdi adalah kumpulan Para Wali Abdal. Wali Abdal adalah salah satu Makam didalam organisasi Para Wali.
Ini menjadi indikator bahawa Para Wali-Wali itu wujud dan ada disekeliling kita pada harini. Mereka ini adalah orang-orang terpilih yang akan berada disisi Baginda Al-Mahdi nanti sebagai kumpulan terawal yang meletakkan Ikrar Janji Sumpah Setia pada Baginda Al-Mahdi.
Ini adalah penulisan ringkas saya yang berkenaan tentang Para Wali Allah swt yang hidup di alam nyata. Bukannya Para Wali-Wali yang di Alam Ghaib. Bab ini saya kira sangat-sangatlah penting untuk kita fahami didalam menelusuri kerangka situasi Akhir Zaman ini.
Wali Allah swt yang hidup ini ada di sekeling kita diseluruh dunia. Ia berada didalam satu organisasi yang tersusun rapi,
"Bersambung tetapi tidak berhubung" dan "Nyata tetapi tidak kelihatan"...
Mereka ini tidaklah ramai sebenarnya. Hendak dicari mereka ini tidaklah boleh dengan menggunakan mata zahir. Mata zahir hanya boleh melihat dari rupa dan penampilan mereka. Jikalau rupa mereka itu seorang yang Berjubah dan Berserban serta mengikut Sunnah Nabi saw maka Alhamdulillah... Senang dan mudahlah dikenali.
Namun bukan semuanya begitu !
Fahamkan baik-baik, kerana merekaitu adalah Para Wali yang Disembunyikan oleh Allah swt.
Bagi tujuan analogi, bagaimana pula jikalau rupa dan penampilan mereka hanya berseluar jeans dan tshirt lusuh. Kerja pun hanya biasa-biasa sahaja, fakir miskin dan tidak banyak kenalan.
Jika dilihat pada amalnya pula, tiada pun nampak selalu Solat Berjemaah. Jika di intai pada waktu malamnya pula rumah tidaklah terang-benderang tandanya bangun Tahajjud dan Solat malam. Jika dilihat pada perlakuan pula banyak juga yang mencarik Adat melanggar norma biasa. Itulah penampakan jika dilihat dengan mata zahir, tetapi itu yang kita lihat, belum tentu realiti dirinya...
* TUJUH PRINSIP ASAS MENGENALI WALI YANG TERSEMBUNYI.
Prinsip ini tiada tertulis dimana-mana kitab atau buku, namun saya sengaja tuliskannya bagi tujuan memudahkan untuk memahami asas ataupun konsep Kewalian pada Hakikatnya.
Wali-Wali ini bukanlah tidak boleh dicari, boleh sebenarnya. Namun bukan semua ingin dikenali. Mereka hanya boleh dikenali sekiranya mereka ingin dikenali sahaja.
Walaupun mereka ingin dikenali, bukan semua diberi keizinan atau memberi keizinan untuk dikenali. Ia bukannya satu Rahsia. Tetapi ia adalah satu "Kod Etika" dikalangan Para Wali Allah swt.
Sekiranya mereka tidak ingin dikenali, mereka akan menutup perbuatan kebaikan dengan keburukan atau menutup perbuatan keburukan dengan kebaikan sehingga kita keliru antara Wali dengan Ulama atau orang-orang biasa.
Jadi... Prinsip pertama ia hanya boleh dikenali jika ia hanya ingin dikenali...
Wali-Wali ini mempunyai tingkatan atau Makam tertentu yang membawa kepada tugas-tugas yang berbeza. Ia seperti sebuah organisasi piramid yang ada darjah-darjah sendiri.
Jadi... Prinsip kedua, mereka disusun mengikut tingkatan atau Makam (Tertakluk kepada Prinsip pertama)...
Walaupun berada didalam satu organisasi, tidak semua mereka itu saling mengenali. Maklumlah taraf-taraf juga berbeza, sebab lainnya adalah kerana Kerahsiaan dan sebab seterusnya adalah kerana Pengizinan. Bahkan sesama level pun ada yang tidak saling mengenali lebih-lebih lagi didalam job scope berbeza melainkan ingin dikenali (Prinsip pertama).
Jadi... Prinsip ketiga adalah pengizinan (Tertakluk kepada Prinsip pertama hingga kedua)...
Mereka ini dikatakan bersambung tetapi tidak berhubung. Yang dimaksudkan bersambung adalah hati-hati mereka, hati mereka ini menuju kepada yang satu sahaja. Perangai mereka ini sama, secara mudahnya hati mereka ini terus kepada satu 'Centre' iaitu Allah dan Muhammad.
Yang dimaksudkan tidak berhubung adalah mereka tidak semestinya sesama mereka establish komunikasi teks, audio atau visual menggunakan telefon, email, sosial media ataupun telefon satelit samada sambungan terbuka ataupun encrypted.
Jadi... Prinsip ke empat adalah bersambung tetapi belum tentu berhubung (Tertakluk kepada Prinsip pertama hingga ketiga)...
Yang diatas boleh melihat yang dibawah, tetapi yang dibawah tidak boleh melihat yang diatas. Didalam susunan organisasi seperti piramid, yang berada pada peringkat diatas pada dasarnya boleh melihat yang berada pada level dibawah. Yang berada dibawah pula tidak boleh mengenal yang diatas.
Begitulah juga pada sesama level mereka. Walau bagaimanapun didalam keadaan Khusus (Tertakluk kepada Prinsip pertama hingga keempat). Ada juga dari level yang dibawah boleh mengenali yang berada level diatas. Ada juga keadaan Khusus yang lain dimana dari level diatas tidak dapat mengenali level yang dibawah.
Ini adalah termasuk didalam situasi bakal Imam Al-Mahdi. Dia adalah sebahagian daripada yang ditutupi. Dia hanya akan dikenali bila sudah sampai masanya.
Jadi... Prinsip kelima adalah posisi...
Para Wali Allah swt ini sudah mencapai Hakikat Ketuhanan yang paling tinggi samada melalui jalan "Usaha" atau jalan "Terpilih", sudah bebas dari ikatan kemabukan didalam Ilmu Pengetahuan Ketuhanan.
Seseorang Wali Allah boleh menghuraikan (Tertakluk kepada semua Prinsip-Prinsip diatas) kejadian manusia samada Jasad dan Roh melebihi daripada pengetahuan orang-orang biasa (Orang awam), kerana mereka adalah orang yang sudah Mengenal Diri dan Mengenal Tuhan lalu "Pandai" meletakkan diri mereka semula sebagai Hamba.
Pengetahuan mereka bukanlah pada tahapan ilmu-ilmu istilah dan bukan pada tahapan ilmu-ilmu lisan sebutan tetapi melangkaui Ilmu Rasa dan Suasana.
Sampai digambarkan (Untuk tujuan pemahaman...), apabila mereka bercerita tentang hal cantik, anda boleh nampak kecantikannya, dan apabila mereka bercerita tentang hal wangi anda boleh merasakan wangiannya kerana penceritaan mereka ada bersama Rasa dan Suasana, bukannya sekadar kata dan ungkapan sahaja.
Jadi... Prinsip keenam, mereka "Pakar" Ilmu Mengenal Diri dan Mengenal Allah...
Seseorang yang sudah mencapai Makam Kewalian, sudah tiada lagi sebarang kerunsingan pada diri mereka kerana mereka adalah orang-orang yang menjual duniawinya untuk akhirat mereka. Setelah dijual duniawi mereka, maka duniawi itu sendiri akan datang semula dalam keadaan merangkak dengan hina menghadap mereka Para Wali-Wali Allah ini semula.
Berbeza dengan kita pula yang meletakkan duniawi sebagai sesuatu aset yang berharga kepada diri kita, maka sebab itulah duniawi mula "Menjual mahal" dengan kita. Kita pula yang merangkak siang dan malam untuk mencari duniawi.
Itulah bezanya kita dengan mereka Para Wali Allah. Mereka tidak meletakkan perbuatan diri mereka kepada sesuatu kejadian, tetapi mereka hanya menyerahkan 100% aturan kepada Allah swt.
Perlakuan mereka hanyalah menjadi asbab kepada sesuatu kejadian sahaja, sebab itulah tiada langsung kerunsingan pada diri mereka itu. Mereka hanya Mencintai dan Merindukan untuk bersama dengan Allah swt. Duniawi ini pada mereka hanyalah lebih kepada jalan sahaja, semakin awal tamat perjalanan maka semakin bagus bagi mereka.
Jadi... Prinsip ketujuh adalah, tiada kerunsingan dan mencintai kematian...
* LIMA SEBAB TIDAK MENGENALI WALI ALLAH SWT.
Kita tidak Mengenali Wali-Wali Allah swt ini kerana banyak sebab-sebab tertentu yang membuatkan umat semakin menjadi Jahil dan hancur.
Berikut saya cuba terangkan sebabnya satu persatu;
Sebab Pertama - KEHILANGAN KEKUATAN PENGLIHATAN.
Kita kehilangan penglihatan Mata Hati kerana kita terlalu fokus kepada penglihatan Pancaindera fizikal semata-mata. Penglihatan mata fizikal mempunyai batasan yang terhad.
Mata manusia tidak boleh melihat apa yang ada dibelakang tembok atau dinding. Hanya Mata Hati sahajalah yang boleh menembusi tembok atau dinding. Maka sebab inilah kita tidak nampak Wali Allah walaupun kadangkala kita sentiasa berselisih dengannya...
Sebab Kedua - KEHILANGAN ILMU.
Ilmu ini semakin banyak telah diangkat oleh Allah swt. Sebabnya kita sendiri yang menghalau ilmu-ilmu ini untuk pergi.
Ya, kita hanya menjemput ilmu-ilmu yang didasarkan kepada kaedah pengkajian falsafah barat dan sains pembuktian semata-mata.
Anda semua tahu bahawa kita di Akhir Zaman ini hanya mengukur ilmu dengan sijil. Tiada sijil maka tiadalah pengiktirafan.
Wali-Wali Abdal nanti agak-agak anda, ada berapakah master dan dan berapakah phd mereka ???
Imam Al-Mahdi nanti agak-agaknya kelulusan dia dari pusat pengajian mana ???
Berapakah sudah kajian yang dibuat dan jurnal yang ditulis ???
Ilmu-Ilmu Mengenal Allah mula dijauhi oleh umat Islam di Akhir Zaman ini, lalu ilmu fekah semata-mata yang diangkat, itu yang terjadi pada harini. Sebab inilah kita tidak tahu mencari Wali Allah swt.
Sebab Ketiga - KEHILANGAN GURU MURSYID.
Apabila kita melantik dan memilih guru yang hanya berdasarkan sijil yang diiktiraf semata-mata, lama kelamaan guru-guru (Guru Mursyid) yang tidak bersijil ini semakin berkurangan dan mulai hilang.
Sedangkan Imam yang empat tiada pun sijil...
Betul... Memang sijil akan mengukur kualifikasi. Tetapi, sekarang sijil sudah menjadi tiket. Lebih parah lagi apabila kabel (Pengaruh) pula kadang-kadang lebih besar daripada sijil dan sijil-sijil ini hanyalah boleh dikeluarkan untuk bidang fekah sahaja.
Setakat pengetahuan saya, belum pernah saya menjumpai adanya orang yang memiliki phd didalam Ilmu Makrifat. Jadi, sistem pendidikan dan sumber manusia kita sekarang lebih hanya menghasilkan dan mempopularkan guru-guru fekah sahaja.
Apabila institusi masyarakat dikuasai hampir 100% guru-guru yang hanya bersijil sahaja, maka secara automatik institusi kita dikuasai oleh guru-guru fekah semata-mata. Maka guru-guru didalam bidang lain seperti Hakikat dan Makrifat semakin berkurangan dan lama kelamaan terus menghilang. Inilah sebabnya kita semkain tidak Mengenali Wali-Wali Allah swt.
(Inilah didikan orang kafir barat untuk menghancurkan umat islam secara halus...)
Sebab Keempat - KEHILANGAN KEPAKARAN.
Ilmu membina Kepakaran,
Kepakaran akan datang daripada Latihan yang berterusan,
Latihan yang berterusan adalah Ujian-ujian berat didalam kehidupan,
Ujian-ujian itu akan akan memberikan Pengalaman...
Dunia Akhir Zaman kita sekarang memang membawa kita kepada kepakaran bidang yang lain (Ilmu pembuktian). Ilmu pembuktian ini hanyalah datang daripada satu cabang ilmu sahaja iaitu "Ilmu Hayat". Seluruh ilmu yang kita belajar sekarang didalam sistem pendidikan kita adalah daripada cabang 'Ilmu Hayat' semata-mata.
Sedangkan 46 cabang ilmu lagi kita tidak terokai !
Disebabkan kita hanya mempratikkan 1/46 Pintu Ilmu sahaja, lama kelamaan kepakaran kita semakin berkurangan. Sebab itulah kita kehilangan kepakaran untuk mencari Para Wali Allah swt.
Dan kita di Akhir Zaman ini kita sudah kehilangan Guru-Guru yang mahir tentang Ketuhanan dan yang paling teruk sekali kita kehilangan Para Guru Mursyid.
Sebab Lima - SEBAB GELARAN.
Tahap keilmuan dan kepakaran akan mendorong wujudnya beberapa anugerah yang menyebabkan terdapatnya pelbagai gelaran dihadapan atau didepan nama.
Walaupun tujuan asalnya adalah untuk mengiktiraf keahlian mereka didalam bidang-bidang tersebut, maka mereka secara tidak langsung dianggap sebagai orang-orang yang serba-serbi cerdik pandai.
Mereka dirujuk kadangkala bagi tujuan pembinaan persepsi dan promosi semata-mata padahal mereka hanya arif didalam bidang tertentu.
Sebagai contoh, seorang profesor didalam bidang astrologi hanya menguasai 1 bahagian daripada 1/46 Pintu Ilmu. Namun dengan gelaran tersebut kita selalu salah memandang dan menilai. Maka sebab kerana gelaran inilah yang kita tidak dapat mencari Para Wali Allah swt.
Sebab keenam - KEHILANGAN MINAT.
Kita kehilangan minat kerana visi kita daripada kecil, kita telah di brainswash, contohnya;
"Nanti besar mahu kerja apa ?"
"Cita-cita sudah besar mahu jadi apa ?"
"Sudah besar nanti belajar rajin-rajin, kerja yang bagus-bagus, cari duit banyak-banyak, dapat duit beli rumah, beli kereta, beli tanah, lepastu kahwin dan sebagainya..."
Direktif kita sudah diset dan diprogramkan daripada seawal kecil ke arah kesenangan hidup diduniawi ini (Survival of life). Sedangkan Allah swt menyuruh kita supaya lalui sahaja apa yang didunia ini untuk kita kembali kepadanya (Allah akan menjamin rezeki selagi patuh dan taat kepada perintahnya).
Inilah yang menghilangkan minat kita untuk mencari Wali-Wali Allah swt. Wali-Wali itu orang yang tiada kerunsingan dihati mereka, sebab mereka Percaya pada Rezeki yang diberikan oleh Allah swt.
Kita didoktrin untuk percaya kepada usaha diri kita sendiri !
(Syirik Tersembunyi)
Perhatikan baik-baik ayat ini;
"Sekalipun mereka tidak bekerja, mereka Percaya Rezeki sampai kepada mereka, usaha hanyalah asbab sahaja. Sedangkan kita pula percaya rezeki sampai kepada kita, usaha adalah sebagai jalan."
Ayat ini mudah sahaja, namun Kepercayaan ini menjadi satu set doktrin didalam diri kita. Lama kelamaan diri kita terprogram hanya untuk kejar duniawi.
Kejar Akhirat mula menjadi supportive, selepas kejar duniawi. Lama kelamaan hati kita terjauh lalai, lalu kita kehilangan minat mencari Wali-Wali Allah swt ini untuk mendapatkan Panduan-Panduan atau Pintu-Pintu Ilmu-Ilmu yang lagi Rahasia.
Sebab Ketujuh - KEHILANGAN KEPERCAYAAN.
Kita selalu diperdengarkan dengar istilah;
"Tanya pada yang pakar" atau "Rujuk pada yang pakar" atau "Mengikut kata pakar".
Kita percaya kepada yang Pakar. Ya benar percaya pada yang Pakar...
Namun Kepakaran-kepakaran yang wujud dikalangan kita hari ini, telah didefiniskan oleh kita sendiri, dimana kita saling mengiktiraf diri kita sendiri melalui bidang-bidang ilmu yang kita cari dan kita explore setelah menjalani ujian demi ujian untuk mendapatkan sijil demi sijil.
Kita kadangkala terlupa bahawa adanya 46 lagi cabang ilmu yang lain, yang belum kita explore. Sedihnya semua 46 pintu tersebut semuanya tiada sijil...
Wali-Wali Allah swt adalah orang-orang yang "PAKAR". Mereka ini orang-orang yang ada access pada 'Perbendaharaan Ilmu' yang belum pun kita kaji. Dengan berdamping dekat dengan mereka, kita mungkin boleh mendapat Petunjuk-Petunjuk tertentu kepada Ilmu-Ilmu yang baru.
Jadi beringatlah dengan istilah percaya kepada yang Pakar, kerana yang Pakarlah banyak scam kita. Kita kena cari kepercayaan semula kepada "PAKAR-PAKAR WALI" yang Sejati untuk memandu kita pada "Pakar-pakar persijilan" yang betul.
(Wali Allah swt itu mereka telah mendapat Laduni daripada Allah, inilah Ilmu yang langsung daripada Allah pada Hakikatnya. Ilmu segala Ilmu...)
(Penutup...)
Orang macam saya selalu berharap agar tidak tersalah pilih panji as-sufyani, saya berharap begitu juga anda...
Orang seperti saya selalu menginginkan untuk berada didalam kelompok PANJI HITAM. Saya percaya anda begitu juga...
Jika dizaman Nabi saw, orang-orang yang dekat dengan Nabi saw dipanggil "SAHABAT". Dizaman Al-Mahdi orang-orang yang berdekatan dengan Baginda Al-Mahdi dipanggil "IKHWAN".
IKHWAN-IKHWAN ini adalah Para Pahlawan dan Pejuang yang Tersembunyi.
Mereka ini adalah Para Wali Allah swt.
Jika mereka bukan Wali Allah, masakan Rasulullah saw mengatakan jikalau mereka ingin lalu disatu tempat dan ada sebuah bukit yang menghalangi mereka, maka mereka akan ratakannya. Masakan Rasulullah saw beritahu bahawa mereka hanya mengalahkan Rom dengan hanya TAKBIR sahaja dan jikalau mereka bukanlah Para Wali Allah, mengapa Para Malaikat Berjuang bersama-sama mereka ?
Justeru, untuk mencari dan cuba mengenali PANJI-PANJI HITAM. Kita Wajib mencari Para Wali Allah swt ini terlebih dahulu. Moga melalui tangan dan hati mereka yang bertaut dengan "Centre" itu, kita tumpang Kemuliaan dengan mereka.
Namun didalam mencari Para Wali Allah ini, janganlah pula tersilap dan mencari wali syaitan. Wali syaitan akan membawa kita kepada as-sufyani, dajjal dan iblis.
Tiada cara lain lagi untuk menemui mereka melainkan dengan hanya satu cara sahaja, iaitu;
Buanglah segala 'Keakuan' (Syirik Tersembunyi atau Syirik Jelas) dan buanglah segala sifat-sifat yang tercela, sifat kebatilan dan kemungkaran lalu berusahalah untuk,
"MENCINTAI ALLAH DAN DICINTAI OLEH ALLAH SWT".
Ketulusanmu telah diarahkan pada tujuanmu.
BalasPadam