SEBENAR BENAR IMAN MENGIKUT IRADAH ALLAH MANJHAJ 124,000 ANBIYAUL MURSALIN , NABI MULIA PARA SAHABAT
MENGENAL ILMU KEMANISAN IMAN SIRI PENGENALAN: PENGERTIAN IMAN-AMALAN-MANHAJ - NIKMAT-DARJATNYA-MAQAMNYA DAN GANJARAN NYA DUNIA DAN AKHIRAT
SESUNGGUHNYA maksud PERCAYA iman menurut pandangan Para Awliya Allah adalah "tasdiq" TASDIQUN BILQALB iaitu membenarkan dengan hati dan mengerjakannya dengan perbuatan IMAN dengan Amalan amalan IMAN bukan dengan amalan Jasad , apa-apa yang diturunkan oleh ALLAH dan di sampaikan oleh penghulu kita Baginda Rasulullah.
Ahli Kalimah berkata Maarifatul Qalbu itu adalah IMAN seperti di dapati dalam sebuah Hadis
- HADITH IMAN ADALAH MAKRIFATUL QALB
عن عليّ بن أبي طالب (رضي الله عنه) قال: "قال رسول الله (صلى الله عليه وسلم) "الإيمان معرفة القلب
Daripada Sayyidina Ali bin Abi Talib RodiyAllahu Anhu berkata: Rasulullah SollAllahu Alaihi Wa Sallam bersabda: IMAN ITU ADALAH MAKRIFATUL QALB.
IMAN DARI SUDUT PANDANGAN AHLI MAARIFAT
--------------------------------------------------------
Maksud iman menurut pandangan Ahli makrifat, selain membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan perbuatan, ianya harus disertai dengan kepercayaan dan keyakinan hati yang mutlak terhadap Allah. Perkara Iman itu, adalah perkara keyakinan dan kepercayaan menebal kepada Allah pada tahap tinggi dan bukannya sekadar ikut suruhan Allah dan Rasul tanpa yakin atau percaya.
Ya kalau engkau bicara Iman dengan amalan , usaha ibadat
bukan kah Iblis Syaitan sudah melakukan 700,000 tahun ibadat
dan segala jenis IBADAT dengan Jasad, namun tetap ALLAH
tetap tidak di terimah walaupun sesaat ibadat nya satu rakaat
ini boleh terjadi kepada kamu , kerana setiap AMALAN & Ibadat
boleh di cemari di musnahkan oleh Iblis.
Kata Ahli Maarifat di luar sana
Tasdiq dengan hati dan mengerjakan dengan perbuatan, tanpa ilmu yakin dan percaya, adalah satu pembohongan besar terhadap iman, terhadap diri dan terhadap Allah sendiri. Konsep iman berbeza dengan konsep islam. Konsep Islam disempurnakan melalui pekerjaan anggota zahir, manakala konsep iman pula, disempurnakan melalui pekerjaan anggota batin. Perkara iman adalah perkara batin, yang hanya dapat dicapai melalui pengetahuan ilmu makrifat. Seandainya kita tidak mengenal Allah, bagaimana caranya untuk mendatangkan perkara iman dengan rasa yakin dan percaya? Jangan disebabkan banyaknya beribadah, kita telah dikira sudah beriman. Beriman dengan ibadah zahir, melambangkan kita sebagai umat pada tahap Islam. Bagi melambangkan kita umat yang berada pada tahap beriman.
Ianya hendaklah dizahirkan melalui perkara yakin dan percaya. Maksud iman menurut makrifat itu, adalah percaya dan yakin kepada Allah Ta'ala dengan sebenar-benar nyata, terang dan jelas melalui hati dan ianya akan terzahir dengan sendirinya melalui anggota zahir.
Apakah Asas Iman?
Iman percaya Kepada ALLAH
Percaya tanpa Melihat ?
Percaya dengan Melihat ?
Percaya dengan Ilmu Yakin ?.
Percaya dengan Ainul Yakin ?
Iman berasaskan kepada 6 perkara rukun;
1. Percaya kepada Allah Ta'ala
2. Percaya kepada Rasul
3. Percaya kepada Malaikat
4. Percaya kepada Kitab
5. Percaya kepada hari Akhirat
6. Percaya kepada qadha dan qadar
Maksud iman itu adalah suatu yang membicarakan soal pegangan, pengakuan dan iktikad hati. Iman itu, membicarakan soal perasaan, jiwa dan soal roh. Iman tidak dapat diukur dengan hanya melihat perbuatan ibadah zahir sahaja.
Iman itu suatu perkara yang melibatkan kepercayaan dan keyakinan. Perkara yang tidak boleh dipandang melalui mata, dirasa dengan lidah dan tidak boleh disukat dengan alat penimbang. Iman itu adalah perkara rasa, yang hanya boleh dirasai melalui keyakinan hati yang makrifat kepada Allah, jika kita tidak makrifat kepada Allah, bagaimana perkara yakin dan iman kepada Allah, boleh bertapak di dalam hati. Untuk yakin kepada Allah, hendaklah kita mengenalnya terlebih dahulu.Kenal dahulu baru boleh percaya dah kenal belum melihat , bertemu , berjumpa , memandang masih belum YAKIN kerana Iman itu sepenuhnya YAKIN , Yakin itu adalah kesempurnaan IMAN.\
ILMU IMAN YANG BENAR- KELAS PENGAJIAN IMAN YG BENAR
-------------------------------------------------------------------------
Maka Belajar lah Ilmu IMAN dari Ahli IMAN , Tahukah kamu
siapa ahli IMAN ?. Tak tahu , maka sah kamu belum beriman dan belum Kenal Ilmu IMAN di atas landasan yang haqq.
Bagaimana perasaan percaya dan yakin kepada Allah dapat meresapi hati-hati kita, sedangkan Allah yang hendak dipercayai itu tidak pernah kita kenal. Agak sukar untuk mempercayai kepada benda yang belum kita kenal. Menjadi suatu perkara mustahil, untuk meyakini sesuatu, tanpa dikenal terlebih dahulu. Untuk lebih mempercayai kepada asas-asas iman, kita dikehendaki memiliki dan mempelajari ilmu makrifat terlebih dahulu. Barulah perkara iman kepada Allah itu, mempunyai asas untuk ditunjangi dan untuk dipegang. Asas iman itu adalah yakin, manakala asas yakin adalah mengenal Allah.
HUKUMNYA KAFIR- ZALIM - MUNAFIKOON - FASIQ - ZINDIQ
PENGKHIANAT - PENDERHAKA - PENIPU - PENDUSTA IMAN
----------------------------------------------------------------------
Apakah Hukum Bagi Yang Tidak Mempelajari Ilmu Iman?
Hukum mempelajari iman itu, adalah wajib. Orang Islam yang tidak mempelajari dan mendalami iman, hukumnya tidak sah dalam mengerjakan ibadat. Ibadat yang dikerjakannya itu, tidak akan diterima Allah. Ibadat tanpa iman itu, adalah suatu ibadah yang sia-sia.
SYAHADAH tanpa IMAN tak sah
Solat tanpa Iman tak sah
Puasa Tanpa Iman tak sah
Zakat tanpa Iman tak sah
Di antara perkara Islam dan Haji Umrah tanpa Iman tak sah
Tak masuk Syurga TANPA IMAN
TETAP WAJIB DI ISI dengan iman, perkara imanlah yang dipandang Allah. Islam boleh dimiliki oleh sesiapa, sementara perkara iman itu, adalah perkara yang dicampakkan sendiri oleh Allah ke dalam hati hamba-hamba yang dikehendakiNya. Mengikut hukum syarak, tidak dikira sah iman seseorang, jika belum islam. Manakala tidak dikira sempurna Islam seseorang jika belum beriman.
Firman Allah :
49.Surah Al-Ĥujurāt (Verse 14)
ﻗَﺎﻟَﺖِ ﺍﻟْﺄَﻋْﺮَﺍﺏُ ﺁﻣَﻨَّﺎۖ ﻗُﻞ ﻟَّﻢْ ﺗُﺆْﻣِﻨُﻮﺍ ﻭَﻟَٰﻜِﻦ ﻗُﻮﻟُﻮﺍ ﺃَﺳْﻠَﻤْﻨَﺎ ﻭَﻟَﻤَّﺎ ﻳَﺪْﺧُﻞِ ﺍﻟْﺈِﻳﻤَﺎﻥُ ﻓِﻲ ﻗُﻠُﻮﺑِﻜُﻢْۖ ﻭَﺇِﻥ ﺗُﻄِﻴﻌُﻮﺍ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻭَﺭَﺳُﻮﻟَﻪُ ﻟَﺎ ﻳَﻠِﺘْﻜُﻢ ﻣِّﻦْ ﺃَﻋْﻤَﺎﻟِﻜُﻢْ ﺷَﻴْﺌًﺎۚ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻏَﻔُﻮﺭٌ ﺭَّﺣِﻴﻢٌ
"Orang-orang "A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: "kami telah Islam". Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
Maksud hadis:
"Demi jiwaku yang ada di dalam tanganNya, kamu tidak akan dapat masuk syurga kecuali kamu beriman."
Firman di atas menyatakan bahawa, Islam dan iman itu, suatu perkara yang berbeza. Ramai di kalangan kita sekarang, hanya tahu untuk beragama (Islam), tetapi belum tentu ramai yang tahu untuk beriman.
Menurut hadis pula, tidak akan masuk syurga bagi yang Islam, jika tidak disertai dengan perkara iman. Hanya yang beriman sahaja yang layak masuk syurga, semua itu menggambarkan betapa iman itu, berada pada kedudukan yang tinggi (wajib) dan yang harus dituntut oleh sekalian kita yang beragama Islam.
Bagaimana Pekerjaan Islam Dan Bagaimana Pekerjaan Iman?
Pekerjaan Islam itu, dilakukan melalui pergerakkan anggota panca indera tubuh badan yang zahir. Boleh dipertontonkan kepada khalayak ramai. Boleh ditambah dan boleh dikurangkan mengikut kekuatan atau kemampuan. Seumpama pekerjaan sembahyang, ianya boleh dibanyak dan dipanjangkan melalui sembahyang sunat, wajib, boleh dilakukan dua rakaat, empat rakaat, lapan rakaat, siang hari, malam hari dan pada bila-bila masa, mengikut kekuatan atau kemahuan sendiri.
Pekerjaan Islam itu, boleh dilafaz melalui anggota zahir. Seumpama dengan hanya melafaz dua kalimah syahadah melalui anggota bibir sahaja, seorang kafir telah dikira memeluk islam.
Perkara Islam itu boleh dizahir kepada pendengaran telinga dan penglihatan mata. Konsep Islam itu teramat mudah, hanya dengan menzahirkan perbuatan ibadah sahaja, sudah tergolong dalam golongan Islam.
Perkara Iman pula bagaimana?
ALLAH berfirman Umat Islam ramai yang menipu ALLAH dan
Orang yang beriman.
Al baqarah Ayat 8 dan 9.
Manakala konsep iman pula, ianya hendaklah dikerjakan melalui anggota hati yang ghaib. Iman itu lebih kepada pekerjaan hati melalui perkara rasa dan perkara zouk, yang tidak boleh nampak walaupun diperzahirkan. Perkara rasa dan perkara zouk itu, tidak boleh diukur dengan banyaknya rakaat sembahyang dan banyaknya hari berpuasa.
IMAN & ILMU,IMAN DENGAN ILMU GHAIB APA ILMU GHAIB YANG TELAH DI TETAPKAN OLEH ALLAH YANG MAHU KITA BERIMAN
Perkara rasa dan perkara zouk itu, tidak akan hadir pada hati mereka yang tidak beriman. Perasaan zouk itu tidak boleh hadir tanpa iman, manakala iman itu pula, tidak boleh hadir tanpa ilmu mengenal Allah Ta'ala. Zouk bagi yang tidak beriman itu, adalah suatu penipuan (pendusta pada Allah dan pendusta pada diti sendiri).
Islam itu terzahir hanya melalui pekerjaan anggota jasad, manakala iman itu terzahir melalui pekerjaan anggota batin.
Maksud hadis :
"Islam itu pekerjaan nyata dan Iman itu (berada) di dalam hati"
Bagaimanakah Cara Menghampiri ilmu Iman?
Perkara iman itu, melibatkan rohani yang ghaib, cara mendalaminya juga hendaklah melalui rohani dan melalui rasa yang ghaib juga.
Dalam perkara islam, cara mendalaminya, adalah melalui memperbanyakkan ibadah anggota zahir, seumpama sembahyang puasa, haji, zikir, sedekah dan sebagainya.
Manakala cara mendalami perkara iman pula, adalah melalui diri roh (hati), iaitu dengan cara mengenal ilmu makrifat terlebih dahulu. Bukan sahaja iman, dalam apa jua perkara dan apa jua bidang ilmu, ilmu mengenal diri dan ilmu mengenal Allah itu, selalunya berada di hadapan dan mendahului dari lain-lain keutamaan.
Setelah Allah dikenal dengan nyata, barulah boleh disusuli dengan menghampiri iman. Perkara iman akan datang dan menyusul selepas mengenal Allah. Untuk mendalami ilmu iman, ianya memerlukan kepada mengenal Allah.
Bagaimana untuk membicarakan tentang iman, sedangkan yang hendak kita imani itu, belum kita kenal! Sebagai contoh, bagaimana dapat kita tanam nilai kasih sayang dan nilai ingatan kepada bakal isteri, seandainya sejak dari kecil kita belum pernah melihat wajah dan paras rupanya! Begitu juga halnya dalam perkara iman kepada Allah. Nilai iman kepada Allah itu, hanya akan dapat dirasai dan hanya dapat dinikmati setelah mengenalNya.
Bagi mereka yang belum mengenal Allah, ia tidak boleh mengaku dirinya sebagai beriman. Pengakuannya itu sekadar bicara dari mulut seorang pendusta terhadap Allah. Iman itu keyakinan kepada Allah, bagaimana hendak kita yakini, jika tuan yang hendak diyakini itu, tidak pernah kita kenal! Oleh itu, sebelum sembahyang dan sebelum beriman, hendaklah terlebih dahulu mengenal Allah.
Sebelum membicarakan soal iman, kita dikehendaki mengenal tuan yang hendak kita imani dan yang hendak kita sembah terlebih dahulu, barulah iman itu dapat masuk dan dapat dirasai melalui hati, jangan kita beriman dengan hati yang kosong. Setelah hati kita telah penuh dengan wajah Allah, barulah iman itu dapat kita rasa dengan sebenar-benar yakin dan percaya. Setelah kita mengenal Allah, iman dengan sendirinya akan datang, menggamit dan menghampiri kita. Di situ kita akan temui sifat kefakiran diri, kekurangan, kelemahan, kerendahan, kekecilan, kehambaan, kemiskinan, kedhaifan dan kebinasaan (fana') diri. Apabila sifat yang ada pada diri semua sudah menjadi hak Allah, yang hendak dikembalikan semula kepada Allah. Di situ akan kita nampak kebesaran Allah, kemuliaan, keagungan, ketinggian dan kesempurnaan Allah. Selagi sifat sebagai hamba tidak dibinasakan, sifat Allah tidak akan dapat mengambil tempat. Apabila sifat Allah tidak dapat mengambil tempat di hati kita, segala sifat kebesaran Allah, tidak akan dapat kita lihat.
BICARA IMAN YANG HAQQ - TIDAK DI BIACAR HANYA DALAM MAJLIS IMAN DENGAN MUKMINEEN HAQQA
----------------------------------------------------------------
Untuk mendalami iman, kita dikehendaki terlebih dahulu menempatkan Allah ke dalam hati kita. Apabila wajah Allah telah memenuhi hati, semua alam ini, akan kelihatan terang, jelas dan nyata dengan wajah Allah.
Apabila Allah telah terang di pandangan mata kita, di situlah perasaan malu akan mengambil tempat. Malu untuk mencuri, menipu, khianat dan lain-lainnya, takut nanti dilihat dan dipandang Allah. Apabila iman telah memenuhi hati, perasaan malu kepada manusia sudah tidak timbul, tetapi malu kepada Allah, mengatasi malu kepada manusia.
Diri kita yang zahir ini, menjadi cermin tempat memandang diri yang batin. Manakala diri kita yang batin itu pula, menjadi cermin tempat Allah memandang kita. Setelah Allah menjadikan hati kita itu sebagai cerminnya, bermakna permukaan hati kita, akan berwajah Allah, apabila hati telah tergambar wajah Allah, ianya akan melimpah keluar, sampai kepada diri yang zahir dan ianya juga akan melimpah sampai ke merata alam.
Apabila wajah Allah telah melimpah ke merata alam, di situlah menjadikan semua yang kita pandang itu akan terlihat dan terpandang wajah Allah. Lihat semut yang merayap, akan terlihat wajah Allah, lihat pohon yang bergoyang akan terpandang wajah Allah, apa lagi bila melihat keburukan tempat rumah abadi kita.
Bilamana konsep iman telah dapat kita takluki dengan sempurna, di situlah nantinya kita akan dapat melihat dan memandang Allah dengan nyata.
Memandang Allah pada setiap masa dan waktu. Di situ juga kita akan nampak bahawa Allah itu, meliputi dari setiap apa yang kita pandang. Semakin menebal iman memenuhi hati kita, wajah Allah akan dapat kita lihat dengan lebih terang, memenuhi, melimpahi, menerangi dan meliputi seluruh alam.
Setelah konsep iman telah kita miliki dengan penuh yakin, di situlah akan terzahirnya wajah Allah meliputi sekalian alam dan meliputi diri kita sendiri. Jadilah apa yang kita kerjakan itu, semuanya disertai dengan iman.
Setelah iman telah menyelimuti diri, keangkuhan diri telah tenggelam di dalam ketinggian Allah. Kebesaran diri telah karam di dalam keperkasan Allah. Ketuanan diri dan sifat keakuan diri sendiri, telah berkubur di dalam wajah Allah. Orang yang memiliki tahap keimanan yang tebal akan dapat menzahir dan melimpahkan wajah Allah ke semerata alam. Sehingga apa yang terpandang olehnya itu, semuanya kelihatan wajah Allah belaka. Inilah baru dikatakan hati seorang yang benar-benar beriman kepada Allah, bukannya dengan cara sekadar menzahirkan perbuatan amal yang benyak, tetapi tidak disertai oleh roh ibadah. Sedangkan roh ibadah itulah, yang akan dapat menzahirkan wajah Allah dan zouk di dalam ibadatnya.
Setelah anggota tubuh tidak lagi terdaya mengerjakan amal ibadat kepada Allah, di situlah timbulnya kekuatan, keagungan, kebesaran, kemuliaan, ketinggian dan kesempurnaan Allah atas makhlukNya. Selagi kaki masih kuat berdiri mengejar ibadah, selagi itulah kaki Allah tidak digunakan untuk berdiri. Selagi diri zahir masih boleh berdiri untuk beribadah, selagi itulah sifat angkuh, takbur dan riak mengambil tempat di dalam diri. Sifat Allah tidak lagi kelihatan olehnya, yang terpandang dan terlihat pada mereka, hanyalah dunia dan daripada dirinyalah datangnya segala sifat gagah, kuat, rajin, alim, patuh dan takwa dalam mengerjakan ibadat.
Sifat kekuatan Allah, sudah tidak lagi terpandang pada perhitungan dan perkiraan mereka. Apa yang mereka nampak hanyalah, dirinya sahaja yang alim, patuh, taat, dan rajin beramal. Sifat sebegini bukannya menggambarkan kepatuhan atau kekuatan iman seseorang, tetapi menggambarkan sifat orang yang membelakangi Allah.
INI PANDANGAN AHLI TARIKAT - MASIH JAUH DARI IMAN
--------------------------------------------------------------------
Cara untuk mendalami ilmu iman itu, adalah melalui ilmu mengenal rohani (roh). Jalan untuk mmengenal rohani (roh) pula, hendaklah melalui cara membinasakan diri zahir. Apabila diri zahir semuanya telah binasa, di situlah nantinya, akan terzahir dan kelihatannya diri rohani (diri batin). Apabila diri rohani telah mengambil tempat dan menjadi cermin tempat tilikan Allah, ianya menjadikan cermin hati kita itu berwajah Allah, wajah Allah itulah yang akan melahirkan iman di dalam hati kita. Apabila akal sudah menjadi lemah, maka akan lemahlah seluruh anggota. Setelah seluruh anggota panca indera menjadi lemah, yang berdiri itu bukan lagi kaki makhluk, sesungguhnya yang berdiri itu adalah wajah Allah. Yang bertakbir itu bukan lagi anggota tangan makhluk, sesungguhnya yang bertakbir itu adalah wajah Allah.
Sesungguhnya Allahlah yang berkata-kata. Setelah anggota pinggang sudah tidak berdaya lagi untuk rukuk dan sujud, sesungguhnya Allahlah yang rukuk dan sujud. Yang rukuk dan sujud itu, bukan lagi sifat kudrat dan iradat kita, melainkan kudrat dan iradat Allah. Inilah kaedah perjalanan ilmu makrifat dalam menterjemahkan konsep iman.
Setelah berserah diri kepada Allah, bermakna diri kita sudah terjual dan sudah pun terbinasa di dalam wajah Allah. Sesudah diri kita, telah terbinasa dalam wajah Allah, maka wajah Allahlah yang bersembahyang, bukannya lagi anggota zahir, angota zahir kita di waktu itu, telah karam dan lebur dalam wajah Allah. Inilah konsep iman apabila sampai kepada peringkat zouk.
FIRMAN ALLAH :
122. "(ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka; dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal."
Banyak atau sakannya dalam mengerjakan amal ibadah (memperbanyakkan amal), itu sekadar menggambarkan kedudukan pekerjaan orang yang berada pada tahap Islam. Sebagaimana yang kita tahu, pekerjaan orang pada tahap Islam itu, hanya melihat kepada kuantiti. Seumpama memperbanyakkan sembahyang, berzikir, puasa, tahajud malam dan berbagai-bagai lagi istilah ibadah. Manakala dalam pekerjaan amal orang yang berada pada tahap iman pula, ia lebih condong memandang kepada perkara rasa dan zouk, berbanding banyaknya beribadah. Orang yang berada pada tahap iman itu, ia lebih memandang kepada nilai kualiti berbanding kuantiti. Apabila perkara kualiti mengatasi kuantiti, tugasan amal dari pekerjaan anggota zahir akan berpindah tangan kepada pekerjaan anggota batin. Dengan pertukaran tugasan itu, menjadikan pekerjaan amal anggota zahir telah terjual, terpadam, tenggelam dan karam ke dalam amal diri yang batin.
Setelah diri zahir dapat dipertemukan, kembalikan dengan diri yang batin, dengan sendirinya peranan diri zahir itu, tidak lagi akan terpandang dan tidak lagi akan terpandang dan tidak lagi akan terlihat oleh Allah. Amal diri batin kita, telah mengambil tempat menggantikan diri yang zahir. Kualiti amal yang sebeginilah yang mendapat tempat di sisi Allah Taala.
Apabila yang tinggal itu hanya amal dari batin, maka di situlah wajah Allah akan kelihatan, terzahir, dan terpandang di dinding hati, dari itu jugalah akan terzahirnya sifat iman, takwa, warak, tawaduk, khusyuk, zouk, cinta, ingat, tawakkal dan berserah diri kepada Allah. Perkara-perkara inilah yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nantikan oleh seluruh manusia. Perkara-perkara seumpama inilah, yang nantinya akan mencorak warna-warna keimanan kita yang sebenar terhadap Allah, samada dalam kehidupan seharian mahupun dalam kaedah beribadat.
Iman adalah penemuan antara anggota zahir dengan anggota batin. Setelah keduanya bertemu, pada kebiasaannya anggota zahir akan tunduk kepada anggota batin. Bukan sekadar tunduk dan taat, malahan diri zahir akan hangus, terbakar dan ghaib dalam yang batin, yang terus bertahan, terus berdiri tegak dan yang tetap utuh mendiami kerajaan langit itu, adalah amal anggota batin. Apabila anggota batin telah dapat menundukkan anggota zahir, dengan sendirinya mengheret anggota zahir supaya tunduk, patuh dan taat kepada perintah Allah. Inilah konsep dan kaedah yang diguna pakai oleh ilmu makrifat dalam memenuhi tuntutan iman. Bila sampai kepada peringkat ini, anggota zahir tidak perlu lagi dipaksa, tidak perlu lagi didorong, ibu bapa juga tidak perlu lagi menggunakan rotan dan berleter panjang lebar kepada anak-anak untuk menunaikan ibadat. Apabila kesedaran ini telah timbul dan tertanam ke dalam lubuk hati masing-masing, dengan sendirinya mereka akan melakukan kerja-kerja amal dengan rela hati dan ikhlas tanpa sebarang paksaan dari sesiapa.
WAJIB KENAL PERANAN QAL;BU - ROH DAN FUAD DALAM
-------------------------------------------------------------
Ibadah tanpa paksaan, membuat hati dan akal kita menjadi tenang, apa lagi bila berhadapan dengan Allah. Akan datang perasaan khusyuk dalam beribadah dan kemanisan dalam beramal. Bilamana roh ibadah telah memenuhi batin, dengan sendirinya anggota zahir akan terikut-ikut untuk patuh. Bilamana diri batin telah menguasai diri zahir, akan lahirlah perasaan malu dan perasaan ingin bertaubat dengan segala kemungkaran. Penyesalan dalam setiap kekhilafan dan perasaan ingin mendekati Allah. Anggota zahir termasuk akal, telah dapat ditakluki dan ditundukkan oleh anggota batin, inilah yang dikatakan cara makrifat, dalam mengendalikan iman.
Setelah diri zahir mengenal diri yang batin (roh), ilmu makrifat akan mengambil tempat. Setelah makrifat mengisi ilmunya ke dalam hati kita, dengan sendirinya diri zahir kita ini, akan terjual kepada Allah (binasa). Apabila diri zahir telah tergadai, dengan sendirinya diri batin kita, akan hanya nampak Allah dalam setiap ibadahnya. Bilamana ibadah kita telah dimasuki wajah Allah, itulah yang menjadikannya khusyuk, zouk, manis, cinta, lazat dan tawaduk dalam beribadah. Apabila lumpur yang menyelaputi berlian telah terhakis, akan terpancarlah sinar manikamnya dan akan menampakkan sinar dirinya yang hakiki. Apabila diri hakiki kita, sudah dapat kita kenal dengan jelas, di situ jugalah akan ternyata dan terzahirnya wajah Allah pada segenap apa yang kita lihat.
Bagi sesiapa yang tidak nampak Allah pada setiap apa yang mereka lihat, itulah tandanya kita belum sampai kepada tahap iman.
Setelah diri zahir dan diri batin karam dan tenggelam dalam wajah Allah, tidaklah ia berdiri sembahyang, melainkan Allahlah yang berdiri di kala ia berdiri. Tidaklah ia bertakbir melainkan Allahlah yang bertakbir, ketika ia bertakbir. Tidaklah ia jaga (sedar), melainkan Allahlah yang jaga. Tidaklah ia tidur, melainkan tidurnya berserta Allah. Tidaklah ia hidup melainkan Allahlah yang hidup, ketika ia bernafas. Tidaklah ia sihat melainkan sihatnya itu berserta Allah. Tidaklah ia beribadah melainkan ibadahnya itu berserta Allah. Tidaklah ia merasa tenang, bahagia bersama keluarga, melainkan tenang dan bahagianya itu berserta Allah. Tidak ia rindu, kasih, melainkan rindu kasihnya itu dengan Allah. Inilah cara-cara mendalami ilmu iman, mengikut kaca mata makrifat.
Sekali lagi dingatkan bahawa, iman itu bukan terletak dan tidak tertakluk pada banyaknya ibadah sembahyang, berzikir atau berpuasa, iman juga bukan terletak pada cara berpakaian, berserban atau berjubah. Iman itu dilihat dan dinilai melalui kualiti hati dan bukannya melalui kuantiti amal. Iman itu adalah roh, roh kepada ibadat, sembahyang, zikir, puasa, pakaian jubah dan roh kepada serban itu sendiri.
Penghayatan iman itu, bukan sekadar mengetahui syarat dan rukun syarak, amal perbuatan dan lafazan bibir sahaja. Perkara iman itu, adalah perkara ibadah yang menyentuh soal rohani (roh), Iman itu adalah peringkat mengenal roh (mengenal diri). Setelah kita mengenal diri sendiri (mengenal roh), dengan sendirinya akan menjadikan diri kita seorang yang beriman, segala perbuatan amal yang dilakukan oleh kita, tidak lagi menjadi milik kita. Ianya sudah tergadai, sudah terjual dan sudah dikembalikan menjadi milik mutlak Allah Ta'ala. Apabila amal telah terjual kepada Allah, bermakna yang beramal ibadah itu, bukan lagi diri yang zahir, tetapi ianya telah disertai oleh roh. Apabila anggota batin (roh), telah menyertai anggota zahir, itulah yang akan melahirkan rasa zouk dan khusyuk di dalam setiap ibadah.
Dalam beribadah, anggota ghaib(roh) tidak perlu kepada paksaan, desakan, upah, pujian atau sanjungan. Bilamana ibadah kita itu, sedah sampai kepada peringkat roh, dengan sendirinya anggota zahir akan patuh dan tunduk kepada anggota batin, yang membuatkan ibadah, bersembahyang, berpuasa, berzikir dan sebagainya itu, dalam keadaan zouk dan kusyuk. Itu tanda sampainya kita ke kemuncak hakikat iman yang sebenar. Tanpa kehadiran anggota zahir sekalipun, setiap ibadah itu, masih boleh dikerjakan melalui anggota batin (roh).
Menghayati dan memahami ilmu iman, tidak cukup dengan hanya mempelajari rukun islam yang lima dan tidak cukup dengan hanya mendalami rukun iman yang enam sahaja, seandainya tidak disertai dengan ilmu roh, rukun dan roh iman.
Perkara iman adalah pekerjaan hati, yang melibatkan perkara rasa dan yang melibatkan anggota rohani. Iman adalah perkara kepercayaan dan keyakinan hati, yang tidak dapat diukur, dinilai dan diterjemahkan melalui perbuatan anggota zahir. Cara mendalami ilmu iman dan untuk menjadi seorang Islam muslim yang sempurna imannya, hendaklah ia belajar ilmu mengenal Allah.
Bilamana kita telah makrifat kepada Allah, barulah hati kita itu, benar-benar beriman dengan ainul yakin dan haqqul yakin terhadap Allah Ta'ala.
Dalam beribadah kepada Allah, jangan kita ikut syarat dan rukun ibadah secara melulu, tanpa mengetahui hakikat di sebaliknya. Syarat dan rukun ibadah itu, hanyalah sekadar kiasan, sebagai panduan asas sahaja. Catatan yang tersurat di dalam syarat dan rukun ibadat itu, tidak menunjuk di atas rupa, melainkan hanya kiasan dan ibarat sahaja. Yang ada pada syarat dan rukun ibadah itu, hanya sekadar kata pembayang sahaja, bagi menjelaskan roh pembayang kata itu, hendaklah kita mengenal makrifat.
Segala isi kitab yang kita baca termasuk isi kandungan kitab Al-Quran sekalipun, ada mempunyai rohnya tersendiri. Roh Al-Quran yang tersirat itu, ada tersembunyi di sebalik huruf yang tersurat. Bagi yang berpandangan jauh (tasawuf), mereka akan dapat menyingkap roh Al-Quran yang terselindung di sebalik makna yang berlapis-lapis. Setiap kitab yang kita baca itu, ada mempunyai rohnya sendiri yang menyimpan rahsia di sebalik rahsia. Rahsia di sebalik rahsia ibadah itu, harus digali, dikorek dan diperhalusi melalui roh ilmu itu sendiri. Terbenamnya segala rahsia Al-Quran dan rahsia syarat dan rukun ibadah itu, dikeranakan oleh bunyinya.
Terkuburnya segala makna itu, dikeranakan oleh hurufnya. Andai kata segala bunyi dan segala huruf itu dapat diterjemahkan kepada diri sendiri, di situlah terletak dan terzahirnya rupa roh Al-Quran dan terletaknya roh segala syarat dan rukun yang sebenar. Bagi sesiapa yang berakal dan berhati basyirah, akan dapat menyingkap dan melihat roh ibadat yang tersirat di sebalik huruf. Itulah orang yang akan beruntung di dunia dan di akhirat. Bagi sesiapa yang hanya tahu bunyi dan yang hanya tahu baca sahaja, celakalah badan di dunia dan di akhirat. Roh (rahsia) kitan Al-Quran dan roh ibadat itu, ada terpendam di dasar lautan huruf yang tersirat. Cari dan pandanglah dengan dengan mata hati yang kasyaf.
Begitu juga dalam pekerjaan amal ibadat. Di sebalik pekerjaan amal ibadat itu, terdapatnya rahsia ibadat (roh ibadat). Sembahyang ada mempunyai roh sembahyang nya sendiri, puasa ada mempunyai roh puasanya sendiri, zikir ada mempunyai roh zikirnya sendiri dan sebagainya. Bagi sesiapa yang ibadatnya sampai kepada tahap memiliki roh ibadat, di situlah terdapatnya kemanisan dan kecintaan kepada ibadat dan di situlah terletaknya iman. Iman itu terletak pada roh ibadat itu sendiri.
Perbuatan ibadah itu hendaklah disertai bersama dengan roh ibadah. Ianya harus seiring dan keduanya tidak boleh dipisahkan. Sebutan mulut yang terlafaz itu, hendaklah disertai dengan keyakinan hati. Perbuatan ibadah anggota zahir, hendaklah disertai sama dengan pekerjaan anggota batin (roh). Barulah ibadat itu ada roh dan dapat diletak seimbang dan kena pada tempatnya.
Apabila mulut menyebut lain, sedangkan hatinya pada lain, bermakna itu bukan dari golongan yang beriman. Hati golongan yang beriman itu, gerak hati dengan gerak lidahnya hendaklah seiring. Bagi golongan yang hanya tahu menyebut dan tahu mengerjakan ibadat, sedangkan hatinya alpa, sesungguhnya Allah itu Maha Tahu barang apa yang ada di dalam hati.
Firman Allah :
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 167)
ﻭَﻟِﻴَﻌْﻠَﻢَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻧَﺎﻓَﻘُﻮﺍۚ ﻭَﻗِﻴﻞَ ﻟَﻬُﻢْ ﺗَﻌَﺎﻟَﻮْﺍ ﻗَﺎﺗِﻠُﻮﺍ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺃَﻭِ ﺍﺩْﻓَﻌُﻮﺍۖ ﻗَﺎﻟُﻮﺍ ﻟَﻮْ ﻧَﻌْﻠَﻢُ ﻗِﺘَﺎﻟًﺎ ﻟَّﺎﺗَّﺒَﻌْﻨَﺎﻛُﻢْۗ ﻫُﻢْ ﻟِﻠْﻜُﻔْﺮِ ﻳَﻮْﻣَﺌِﺬٍ ﺃَﻗْﺮَﺏُ ﻣِﻨْﻬُﻢْ ﻟِﻠْﺈِﻳﻤَﺎﻥِۚ ﻳَﻘُﻮﻟُﻮﻥَ ﺑِﺄَﻓْﻮَﺍﻫِﻬِﻢ ﻣَّﺎ ﻟَﻴْﺲَ ﻓِﻲ ﻗُﻠُﻮﺑِﻬِﻢْۗ ﻭَﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﻋْﻠَﻢُ ﺑِﻤَﺎ ﻳَﻜْﺘُﻤُﻮﻥَ
"Dan juga dengan tujuan Ia hendak melahirkan dengan nyata akan dikatakan kepada mereka: "Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu)". Mereka menjawab: "Kalaulah kami faham ada peperangan (dengan sebenar-benarnya), tentulah kami mengikut kamu (turut berperang)". Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada iman. Mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan." Amiin²
pelajari lah ilmu Imanul Yakin Haqqul Yakin sebenar benar iman
0 comments:
Catat Ulasan