ADA APA PADA NAFAS

 


ADA APA PADA NAFAS ? Ilmu Nafas bahagian : 1
"Nikmat mana yang kamu dustakan !"
Nikmat yang paling berharga didalam kehidupan ini adalah "NAFAS"...
Jasad tanpa "Nafas" dikatakan Mayat,
Roh tanpa Nafas dikatakan Arwah.
Tanpa disedari, Nafas itulah yang telah menjadi "TALI" penghubung antara Roh dan Jasad, antara Kalimah Tauhid dan Kalimah Rasul, antara Allah dan Akhbar. Dia jugalah yang menjadi TALI pengikat antara Ijab dan Qabul.
Ramai yang beranggapan "Nafas" hanyalah sekadar angin yang keluar masuk melalui hidung atau mulut. Memenuhi paru-paru sambil membekalkan oksigen, mengambil karbon dioksid dan keluar melalui hidung atau mulut juga.
Bagi mereka Nafas itu hanyalah proses semulajadi yang telah ditentukan sejak dari azali. Lalu ia tidak perlu diambil peduli dengan secara Khusus.
Namun.......
Apabila berlakunya Kematian, yang diperiksanya adalah PERNAFASAN dan Denyutan Jantung.
Semua yang hidup sangat perlu Bernafas. Jika tidak Bernafas maka ia akan Mati.
Kematian itu adalah berpisahnya Roh dari Jasad. Tetapi ia juga dikatakan telah "Menghembuskan Nafasnya yang terakhir".
Didalam seni bela diri, orang cina telah mengolah pergerakan anggotanya seiring dengan Nafas untuk mendapatkan tenaga dalaman yang dipanggil tai-chi.
Orang jepun pula telah mengawal Pernafasannya mengikut denyutan jantungnya yang dipanggil ninja.
Begitu juga dengan orang india yang mengamalkan yoga dan berbagai lagi teknik Pernafasan ini.
* Apakah hubungan NAFAS dan ROH ???
Roh itulah yang telah Menghidupkan manakala Nafas itu pula adalah Kehidupan.
Roh itu Ghaib,
Nyata Roh itu pada NAFAS.
Sebab itulah dikatakan Nafas itu adalah kembarnya Roh.
* Apakah yang ada pada NAFAS ???
Ramai pengkajian yang mencari sesuatu kehebatan melalui Nafas.
Mereka berjurus dengan menggunakan kaedah Nafas yang diolah beserta dengan pergerakan anggota badan. Hanya dengan pergerakan anggota badan yang seiring dengan Nafaslah yang mampu menzahirkan sesuatu yang
hebat
diluar jangkauan akal (Terkeluar dari akal sedar).
* Dari manakah datangnya kekuatan tersebut ???
Kekuatan itu terbit dari KUDRAT ALLAH SWT yang terpancar bersama "Nafas".
Apabila berDzikir, mereka akan mengamalkan Dzikir Nafas...
Kebiasaannya, Dzikir adalah untuk Akhirat. Namun, apabila dibawa ke dunia, maka kehebatannya tiada tandingan.
Sebab itulah mereka mampu menjadi perawat hanya dengan kekuatan Nafas. Menarik atau menolak penyakit, menangkap makhluk halus, membuka pancaindera dan sebagainya.
Yang suka bertaranum pula juga menggunakan Nafas. Dengan mengawal Pernafasannya, mereka akan mampu melagukan ayat-ayat Al-Qur'an dengan Sempurna.
Sesungguhnya "Suara" yang dilafaskan itu terbit dari getaran udara yang keluar bersama Nafas...
Al-Imam Al-Ghazali ra pernah berkata;
"Zikir yang disertakan dengan NAFAS akan mempercepatkan penyucian hati".
Dari sinilah timbulnya bab "Zikir Nafas".
Setinggi-tingginya ilmu adalah ILMU NAFAS...
Sebaik-baiknya Zikir adalah Zikir "Lailahaillallah". Tetapi jika tidak disertakan dengan "Nafas" maka ianya hanya dikira sebagai "Tahlil" sahaja.
Sebaik-baiknya Amalan adalah "Tafakur". Tiadalah ia dinamakan "Tafakur" jika tidak menyertakan "Nafas" bersama.
... Alif - Lam - Mim ...
Ada yang menghuraikan maksud huruf tersebut sebagai;
ALIF - ALLAH
LAM - LATIFF (Lembut)
MIM - MUHIT (Meliputi)
Allah Lembut Meliputi,
"Didalam Dia Memenuhi, di luar Dia Meliputi"
Itulah NAFAS AL- HAYAT...
Sesungguhnya, pergerakan "Jurusan" itu diolah dari pergerakan "SOLAT".
Didalam Solat, kita Wajib menghadirkan kesemua yang "ADA" pada diri kita untuk Beribadah kepada Allah swt.
Tidak cukup hanya melaksanakan perlakuan Solat yang sekadar menghadirkan Jasad dan Roh tanpa menyertakan "NAFAS" bersama.
Mana mungkin Makmum Solat TANPA Imam,
Yang menjadi Imam itu Roh,
Roh itulah "Nur Muhammad.
"Aku Bapa segala Roh dan Adam itu Bapa segala Jasad".
"Aku Imam sekalian manusia".
Nafas itu kembarnya Roh. Maka dialah IMAM yang "Nyata" didalam Solat.
Itulah yang dimaksudkan dengan,
"Aku Solat..... Berimamkan Al-Qur'an"
Roh itu Hakikat,
Nafas itu Syariat.
Al-Qur'an itu Qodim,
Allah itu Qodim.
Allah itu Dzat,
Muhammad itu Sifat.
Muhammad itu Roh,
Nyata Roh pada Nafas.
"Solat itu Mikraj mereka yang Mukmin".
Yang "Mikraj" itu hanyalah Nabi Muhammad Rasullullah saw. Jasad adalah "Batu" yang tidak di izinkan turut serta.
Yang dikatakan "NABI" itu adalah pangkat yang tertinggi untuk seorang manusia, yang tertinggi itu adalah NAFAS. Hanya "DIA" yang mampu naik ke Tujuh Petala Langit dan turun ke Tujuh Petala Bumi.
Didalam Solat, "Nafas" itu yang mengiringi setiap pergerakan. Maka tariklah Nafas ketika pergerakan ke atas dan lepaskanlah "Nafas" ketika pergerakan ke bawah.
Sebelum melafaskan sesuatu, tariklah Nafas terlebih dahulu dan biarlah Nafas itu keluar bersama dengan suara yang dilafaskan.
Yang dikatakan "MUHAMMAD" itu adalah "Diri Yang Sebenar Diri" kita.
Maksud Isra' adalah Perjalanan. Perjalanan dari "ADAM" ke "MUHAMMAD". Dari dalam ke luar, manakala "Mikraj" pula adalah "Naik" ke Maqam yang lebih tinggi.
Dari "Manusia" kepada "Adam" dan terus ke Maqam "Muhammad Rasullullah" agar mampu Mikraj untuk bertemu Allah swt.
"Neraka Weil untuk mereka yang lalai didalam Solatnya".
Lalai kerana mengaku segala perlakuan Solat itu adalah perlakuannya sendiri, tanpa Menyedari dia telah Mensyirikkan Allah swt.
Lalai kerana membiarkan Nafasnya tidak diurus dengan Sempurna.
"Lalai" kerana "Makmum" Solat tanpa "Imam".

KESEMPURNAAN ALLAH SWT*
Untuk Sempurna Mengetahui dan Mengenal Allah swt, maka ketahuilah "ASAL DIRI"...
Bukankah yang dijadikan Allah itu Dzat, Sifat, Asma dan Af`al ???
Inilah yang perlu diketahui HAKIKATNYA...
Kata Ibnu Abbas ra kepada Nabi Muhammad saw. Dia bertanya;
"Yaa junjunganku, apa yang mula-mula dijadikan Allah Ta`ala ?"
Sabda Nabi Muhammad saw;
"Innallaaha khalawa qablal asya`i nuurun nabiyyika"
Ertinya : Sesungguhnya Allah telah menjadikan yang mula-mula dari segala sesuatu ialah Cahaya Nabimu (Nur Muhammad).
Nyatalah, Nur Nabi itulah yang mula-mula dari sekalian alam...
Dan kata Abdul Wahab Syarani ra dari Nabi Muhammad saw;
"Innallaaha khalaqarruuhin nabiy Muhammad Shalallaahu `alaihi wasalam min zaatihi wa khalaqarruuhin alam"
Ertinya : Sesungguhnya Allah menjadikan Ruh Nabi Muhammad saw, dari Dzat-Nya (Dzat Allah) dan menjadikan Ruh sekalian alam dari Nur Muhammad.
SEDARILAH.......!
Segala sesuatu jenis yang Zahir (Jasadi) dari Nur Muhammad. Sedangkan Ruhnya dari Dzat Allah swt,
Maka pandanglah Diri kita, Jasad ini Nur Muhammad, Ruh ini dari Dzat Allah, Sifat dan Dzat itu satu.
Contoh;
Kalau Ketan dengan Ragi;
Satu, dinamai Tapai...
Kalau Dzat dan Sifat;
Satu, dinamai Diri...
Lalu siapakah Diri kita ini ???
Nur itu Sifat, Dzat itu Rahasia...
Dzat itu Hayyun Se-Hayyun-Hayyun-nya.
Maka yang hiduplah yang berkelakuan, mana mungkin yang Mati (Fana) yang berkelakuan...
Kalau kita sudah tahu bahawa Dzat itu Wujud Allah dan Wujud Allah itu Diri Allah, maka Rahasia itulah Diri Allah.
Kalau sudah faham ini, janganlah lagi kamu menyebut Diri Allah yang berkelakuan, maka sebutlah dengan sebenar-benarnya, iaitu;
Allah yang Berkelakuan, kerana didalam Hakikat Tauhid : Sudah tidak ada Wujud Baharu lagi...
Apapun yang kamu lihat, Wujud Allah yang ADA !
Wujud Allah itu Dzat Allah, Dzat Allah itu DIRI ALLAH SWT...
Kalau sudah Mengetahui dan Mengenal Allah, maka tidaklah perlu lagi kamu mahu sama dengan Allah atau mahu menjadi Allah !
Kalau sudah Allah...
Ya ! tetap Allah...
Allah tetap Allah,
Baharu tetap Baharu...
Mana mungkin Baharu boleh jadi Allah atau Allah jadi Baharu !?
Jadi... Diri Insan ini Diri Allah kerana Diri Insan ini Dzat dan Sifat.
Jadi yang dikatakan Solat itu, Diri Allah Memuji Tuhan-Nya...
Kalau Kesedaran ini kamu pegang terus, boleh kamu rasakan disetiap tidur kamu akan mendapat Hidayah...
Inilah pelajaran Mengenal Allah swt yang tidak dibutakan didunia, malah dicelikkan didunia hingga ke Akhirat... !!!
Sampaikanlah kepada keluarga, sanak-saudaramu dan saudara-saudari Islam Kebenaran Allah swt;
MATIKAN DIRIMU DAHULU !!!
Maksudnya;
"Kembalikanlah Hak-Hak Tuhan itu sebelum kamu Mati."
Wujud Allah = Dzat Allah = Rahasia Allah = Diri Allah...
Bukti Allah adalah Wujud.
Bukti Wujud adalah Makhluk-NYA.
Bukti Makhluk-NYA adalah Hidup.
Bukti Hidup adalah Roh-Nya.
Bukti Roh kepada Tubuh adanya Nafas didalam Nyawa...
- Hidupnya Nafas kerana Tanafas.
- Hidupnya Tanafas kerana Anpas.
- Hidupnya Anpas kerana Nufus.
- Hidupnya Nufus kerana DZATULLAH.
Pandang Tubuh menunjukkan Hati.
Pandang Hati menunjukkan Nyawa.
Pandang Nyawa menunjukkan Rahasia.
Pandang Rahasia menunjukkan Wujud...
Maka dengan demikianlah,
"La Ila ha ilallah"...
Itulah maknanya didalam kesudahan TAUHID dan MAKRIFAT' tidak lain hanya Allah swt yang ADA !
Demikianlah seharusnya senantiasa Pandangan kita, Kesedaran kita, Tauhidnya kita, Makrifatnya kita...
Maka SEDARLAH...
HANYALAH ALLAH SWT ADALAH SEGALA-GALANYA...
Inilah Itikad kita sebagai DIRI INSAN KAMIL yang menjalankan Kesempurnaan Allah swt dimuka bumi ini...
Tegakkanlah KEESAAN ALLAH SWT dan MEMBENARKAN KEBENARAN RASULULLAH SAW di Akhir Zaman ini demi menuju Negeri Akhirat yang kekal Abadi...
BANGKITLAH WAHAI INSAN JIWA-JIWA KETENANGAN DAN KEBENARAN !!!

ADA APA PADA NAFAS ? Ilmu Nafas bahagian : 2
Didalam Solat kita WAJIB melafaskan Surah Al-Fatihah pada setiap Raka'at.
Maka setiap kali itulah kita memohon ditunjuki "JALAN YANG LURUS".
Yang dimaksudkan dengan "JALAN YANG LURUS" itu adalah "NAFAS" !
Tanpa kita sedari, Nafas itu sentiasa Berdzikir kepada Allah...
Nafas yang masuk, Dzikirnya adalah "HU" manakala ketika keluarnya pula Dzikirnya adalah "ALLAH".
NAFAS itu adalah penghubung antara Ruh dan Jasad,
Allah dan Muhammad, dua nama yang bercerai tidak berpisah, menyatu bukannya Satu...
Yang Satu adalah DZAT manakala yang lagi satu lagi adalah SIFAT.
Sebab itu ketika melafaskan Kalimah Syahadah, TIDAK BOLEH menggunakan 'Dua Nafas'.
* DUA KALIMAH SYAHADAH.
Dua Kalimah - Iaitu KALIMAH TAUHID dan KALIMAH RASUL.
Satu Syahadah - SATU NAFAS...
* IJAB DAN QABUL.
SAH nya sesuatu pernikahan itu apabila Ijab Qabulnya SAH. Yang menentukan ianya SAH juga adalah NAFAS.
Apabila Nafas si wali disambut oleh pengantin lelaki dan melafaskan Qabul dengan Satu Nafas.
Nafas itu yang menjadi "TALI" pengikat sesuatu perkahwinan...
* TAKHBIRATULIHRAM.
TAKHBIR dan IHRAM...
Takhbir - "ALLAH"
Ihram - "AKHBAR"
(HU) - Hanyalah berupa satu "Kalimah" yang terbit (tanpa huruf ada suara) Nafas disedut dari mulut...
PESANAN...
Selebihnya carilah Guru Mursyid dan duduklah berdepan dengan Guru Mursyid untuk mempelajari Ilmu Nafas ini dengan lebih mendalam, kerana jika tersalah fahaman kita, akan boleh mendatangkan fitnah malahan boleh membuatkan kita tersesat.
Saya yang fakir lagi hina ini hanyalah sekadar menunjukkan jalan kepada saudara-saudara Islam saya yang saya sayangi seluruhnya, niat saya hanyalah mahukan sekalian Umat Selamat Pulang ke Negeri Akhirat.
Ramai yang bertanya siapakah diri saya, ramai yang mahu Berguru dari saya, maafkan saya saudara-saudari... Saya lebih suka tidak dikenali, kerana saya khuatir akan terjatuh kedalam Jurang Kenikmatan yang akan membuatkan saya tersesat didalam Cahaya...
Dan pesan Guru saya Allahyarham Haji Rosli Siroon;
"Ilmu Allah jangan sesekali dijual beli, kerana Keberkatan ilmu adalah lebih penting dari segala isi duniawi ini dan sebarkan Kebenaran agar seluruh umat dapat kembali ke Kampung Akhirat yang kekal Abadi dan sembunyikanlah dirimu, agar Allah swt sahaja yang tahu keberadaanmu"...
INSYAALLAH... Kita akan bertemu di Kampung Akhirat yang kekal Abadi...
TAUHIDKANLAH ALLAH SWT DAN BENARKANLAH KEBENARAN RASULULLAH SAW...
[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan