TAHAP KEYAKINAN HAMBA : USAHA, IKTHIAR, DOA DAN TAWAKKAL

 


TAHAP KEYAKINAN HAMBA : USAHA, IKTHIAR, DOA DAN TAWAKKAL
Keberkesanan keatas Varian DELTA baru diuji dgn dose ketiga, maka bgmn dgn varian terbaru LAMBDA yg didapati lebih menjangkit dan lebih 'ganas' dr varian sebelumnya?.... Sampai bila kita akan berusaha "mengejar" COVID19 ? Tidak sedarkah kita bahawa saban masa munculnya varian2 baru yang dikatakan lebih cepat menjangkit dan lebih ‘ganas’ dari sebelumnya. Tahukah kita ini seolah2 ALLAH TAALA mengisyaratkan bahawa COVID19 tidak mau diubat. mengapa demikian? Kerana COVID19 adalah tentera diutus olehNya.
Kita sedia maklum ALLAH TAALA telah menjanjikan bahawa setiap penyakit ada ubatnya seperti sabda Nabi SAW :
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ فَإِذَا أُصِيبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
Dari Rasulullah SAW bersabda: "Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ditemukan ubat yang tepat untuk suatu penyakit, akan sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah 'azza wa jalla." (HR Muslim)
Hadis ini jelas menunjukkan setiap penyakit ada ubatnya. Namun hendaklah kita ketahui ubat itu bukan semata2 bermaksud ubat zahir yg mesti ditelan, disumbat, disapu atau disuntik. Ubat boleh jadi dalam bentuk pepejal, cecair atau bentuk bacaan atau ucapan seperti doa, zikir, bacaan ayat2 quran atau mentera dan boleh jadi juga ubat itu dgn cara melakukan korban binatang ternakan. Disamping itu juga ubat atau penawar boleh jadi sesuatu yang syirik, sesat atau amalan syaitan seperti dalam pengubatan sihir, santau atau apa2 bentuk kebatilan serta "penyakit" melalui campur tangan jin dan syaitan. Semua ini ALLAH TAALA masih izinkan sebagai UBAT walaupun ianya bertentangan dgn kehendakNya, salah atau pun dosa dan pastinya ia menjadi ujian. Oleh kerana itu hendaklah berhati2 dalam memilihnya agar sesuai dgn kehendak ALLAH TAALA dan tidak mengundang kemurkaanNya. Semua kaedah pergubatan ini masih wujud sehingga kini.
Diriwayatkan dari musnad Imam Ahmad dari sahabat Usamah bin Suraik, bahwasanya :
كُنْتُ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَجَاءَتِ اْلأَعْرَابُ، فَقَالَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، أَنَتَدَاوَى؟ فَقَالَ: نَعَمْ يَا عِبَادَ اللهِ، تَدَاوَوْا، فَإِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلاَّ وَضَعَ لَهُ شِفَاءً غَيْرَ دَاءٍ وَاحِدٍ. قَالُوا: مَا هُوَ؟ قَالَ: الْهَرَمُ
“Aku pernah berada di samping Rasulullah, Lalu datanglah serombongan Arab badwi. Mereka bertanya, 'Wahai Rasulullah, bolehkah kami berubat?' Beliau menjawab, 'Iya, wahai para hamba Allah, berubatlah. Sebab, Allah tidaklah meletakkan sebuah penyakit melainkan meletakkan pula ubatnya, kecuali satu penyakit.' Mereka bertanya, 'Penyakit apa itu?' Beliau menjawab, 'Penyakit tua.'" (HR Ahmad).
Hadis ini juga menjelaskan bahawa mengubat itu dibolehkan sebagai usaha ikhtiar di dalam Islam namun bukanlah suatu kewajiban. Bagaimanakah kita menghubungkaitkan USAHA, IKHTIAR dan DOA serta TAWAKKAL?
Secara umumnya manusia boleh dibahagikan kepada 3 kategori.
1. Kategori pertama ialah mereka yang masih bergantung kepada usaha dan ikhtiar iaitu kepada perkara zahir atau syariat semata2. Usaha dan ikhtiar memonopoli perbuatan mereka manakala doa dan tawakkal perkara kedua, iaitu bila menemui kegagalan maka barulah mereka berdoa dan bertawakkal. Golongan ini perlu dan dikehendaki berubat kerana keyakinan mereka yg tipis dan rapuh kepada ALLAH TAALA bila ditimpa penyakit atau kesusahan mereka mudah berkeluh kesah, cepat putus asa dan seolah2 hilang keyakinan kepada ALLAH SWT. Kebergantungan kpd ALLAH TAALA masih memerlukan sesuatu seperti perlukan ubat sbg penyembuh.
2. Kategori kedua, mereka yang boleh memilih samada berubat atau tidak. Mereka adalah golongan tarekat yang masih berjalan menuju ALLAH TAALA. Keyakinan kepada Allah Taala masih tidak
mantap
kerana masih dalam proses membangunkannya. Usaha, ikhtiar, doa dan tawakkal kepada ALLAH SWT jalan seiringan. Oleh kerana hijab belum disingkap kpd mereka, maka mereka belum
mantap
dalam memahami dan mengetahui perkara hakikat dan kehendak ALLAH SWT. Oleh kerana itu mereka bersungguh2 berusaha untuk menjadikan tawakkal lebih utama dari usaha dan ikhtiar.
3. Kategori ketiga adalah mereka yg tidak lagi berubat iaitu telah meninggalkan usaha dan ikhtiar serta doa. Ini kerana kebergantungan kpd makhluk sudah tiada atau hilang dan semata2 hanya kepada ALLAH SWT. Mereka telah berada dalam makrifat ALLAH AZZA WA JALLA. Pandangan mereka kepada sesuatu adalah melihat ALLAH TAALA bukan lagi pada makhlukNya. Hilang kewujudan makhluk, yg ada hanya ALLAH SWT. Kalau pun mereka menyuruh berubat atau mereka menerima untuk diubat, ini bukan kerana mereka perlu tetapi untuk menjadi contoh kpd kita yang masih tipis keyakinan dan kebergantungan kepada ALLAH TAALA , sedangkan mereka tidak memerlukannya. Disebabkan ketidakmampuan kita untuk mengetahui KEYAKINAN DAN KEFAHAMAN mereka kepada ALLAH SWT maka mereka melakukan sesuatu pada tingkatan kita utk kita memahaminya jika tidak iaitu kalau mereka menzahirkan keadaan mereka pasti kita akan menganggap itu bukan ajaran islam, bukan daripada Islam, sedangkan sebenarnya kita belum sampai ke tahap itu sebab itulah kita tidak faham dan menjadi salah anggap. Menilai sesuatu yg kita tidak tahu adalah suatu kebodohan dan jahil. Bukannya tiada dalam Islam.
Mereka dalam makam makrifat pastilah tidak memerlukan ubat untuk menyembuhkan penyakit mereka. Ini kerana bagaimana mereka perlu kpd ubat2an atau keperluan syariat iaitu usaha dan ikhtiar, sedangkan mereka telah berada dalam wilayah makrifatullah yg tidak lagi terhijab yg ghaib. Mereka telah menyaksikan yg hakikat. Mereka telah meyaksikan dengan mata hati bahawa semuanya dari Kehendak ALLAH SWT. Namun mereka tetap manusia dan hidup dalam kalangan manusia dan perlu melaksanakan perkara syariat sbg seorang hamba ALLAH SWT. Namun penghambaan mereka tidak lagi dicemari oleh syirik kepada ALLAH SWT walaupun ianya syirik kecil. Ini berlaku disebabkan keimanan mereka telah mencapai keimanan PENYAKSIAN ALLAH SWT.
Bagi memahami perkara ini, ALLAH SWT telah menjadikan Nabi Ayub as sebagai contoh. Nabi Ayub as tidak pernah ada usaha dan ikthiar untuk menyembuhkan penyakitnya. Nabi Ayub as walaupun diusir dari kampung halamannya dan terpaksa mengasingkan diri bersama isterinya di gua disebabkan keadaannya yg teruk berulat dan bau yg busuk. Namun Nabi Ayub as tidak pernah memohon doa kepada Allah Taala untuk menghilangkan atau memyembuhkannya. Malah jika ulat2 itu jatuh dari anggota badannya, baginda as akan mengutip dan meletakkannya kembali ke badannya sambil berkata " Makanlah rezeki mu". Adakah agaknya manusia berkelakuan sedemikian rupa dewasa ini?
Kenapa Nabi Ayub as berkelakuan demikian dan tidak pun berusaha, ikhtiar atau memohon doa disembuhkan penyakitnya sedangkan ALLAH TAALA telah menjanjikan setiap penyakit ada ubatnya apatah lagi kedudukan baginda as yg istimewa sbg Nabi dan Rasul Allah Taala pastilah mudah bagi Allah SWT menyembuhkan dan menghilangkannya. Jadi kenapa Nabi Ayub as tidak berusaha dan berdoa serta kenapa pula ALLAH SWT Sendiri tidak menyembuhkan atau menawarkan utk kesembuhannya, malah seolah2 membiarkan Nabi Ayub as menderita akibat sakitnya? Maha Suci Allah dr ketidakAdilan dan menzalimi makhlukNya apatah lagi Kekasih2Nya seperti NabiAyub as. Kita sebagai org awam tentu boleh terlintas berfikiran seperti ini sbb kita hanya nampak yg zahir .Kita menilainya atas tahap pemikiran, keimanan dan makam orang yg peringkat syariat sahaja. Pastilah tanggapan sebegini byk bahayanya. Oleh kerana itu Wali Allah berkata bahawa sesiapa yg tidak belajar ilmu hakikat dikhuatiri matinya membawa dosa besar. Ini kerana kegagalan memahami perkara batin atau hakikat menyebabkan seseorang salah anggap, memandang salah dan serong akan PERBUATAN ALLAH SWT yang penuh rahsia dan pengertian di alam hakikat.
Ada org mengatakan bahawa Nabi Ayub as ada juga berdoa kepada ALLAH TAALA agar sembuh kerana itulah ALLAH TAALA memakbulkan doanya dan menyembuhkannya, sepertimana yang diutarakan oleh ALLAH SWT dalam firmanNya pada surah Al Anbiya ayat 83 - 84 :
۞وَأَيُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥٓ أَنِّي مَسَّنِيَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٰحِمِينَ
فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُۥ فَكَشَفۡنَا مَا بِهِۦ مِن ضُرّٖۖ وَءَاتَيۡنَٰهُ أَهۡلَهُۥ وَمِثۡلَهُم مَّعَهُمۡ رَحۡمَةٗ مِّنۡ عِندِنَا وَذِكۡرَىٰ لِلۡعَٰبِدِينَ
Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika dia berdoa kepada Tuhannya, “(Ya Tuhanku), sungguh, aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang. Maka Kami kabulkan (doa)nya, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan (Kami lipat gandakan jumlah mereka) sebagai suatu rahmat dari Kami, dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Kami."
Dalam ayat ini, bukanlah maksud Nabi Ayub as berdoa demikian untuk memohon sembuh dari penyakit. Ini kerana kalaulah baginda as memohon kesembuhan dari penyakitnya maka tentulah baginda tidak akan berkelakuan seolah2 seperti memelihara ulat2 itu dgn membiarkan ulat2 itu memakan dagingnya. Ini kerana perbuatannya itu bertentangan dgn konsep usaha ikthiar apa lagi berdoa untuk sembuh.
Perlu kita ingat bahawa penyakit yg penimpa Nabi Ayub as ini adalah merupakan ketinggian makam bagi baginda as. Ada pendapat ulama tasawwuf menghuraikan bahawa doa Nabi Ayub as itu hanya ingin memberitahu Allah SWT bahawa dia sangat bersyukur kpd ALLAH yang MAHA PENGASIH dan PENYAYANG, kerana telah menganugerahkan baginda satu kurnia yg sangat besar iaitu penyakit. Ini kerana dengan penyakit itu akan naiklah pangkat dan makamnya di sisi ALLAH TAALA. Oleh kerana itu baginda as tidak akan melepaskan atau menghapuskan anugerah itu malah Nabi Ayub as memeliharanya. Dalam ayat ke 84 terbukti bahawa apabila Nabi Ayub as telah lulus ujiannya, ALLAH SWT bukan sekadar menyembuhkan penyakitnya malah ALLAH SWT telah menjadikannya jauh lebih muda dari sebelumnya, dianugerahkan pakaian persalinan dari syurga dan dikurniakan isteri-isteri dan anak-anak serta kekayaan yang berlipat kali ganda. Itu baru ganjaran di dunia belum lagi di akhirat kelak. Ini sebagai contoh kepada umat manusia sepanjang zaman.
Begitu jugalah halnya dgn BAGINDA RASULULLAH SAW. Ketidakbolehan Baginda SAW untuk membaca dan menulis sehingga akhir hayat adalah merupakan pangkat dan keistimewaan BAGINDA SAW. Boleh sahaja BAGINDA SAW berusaha dan berikhtiar serta berdoa malah tentu sekali Allah SWT menunaikannya dan menjadikan Baginda SAW lebih cekap menulis dan membaca, namun itu tidak berlaku. Ini kerana tidak pandai menulis dan membaca itulah salah satu keistimewaan dan ketinggian makam BAGINDA SAW. Sengaja Allah SWT menjadikan BAGINDA SAW tidak pandai agar membuktikan AlQuran itu benar2 drpdNya bukan buatan Baginda SAW.
Mereka yang dekat kepada ALLAH TAALA, yg telah mencapai makam makrifatullah dapat memahami zahir dan batin serta mengetahui KEHENDAK ALLAH TAALA. Oleh itu setiap yg ALLAH TAALA timpakan kepada mereka bukan buruk atau kehinaan apatah lagi menyusahkan mereka tetapi sebagai kurnia dan anugerah serta rahmat dr ALLAH SWT sbg tanda kasih sayangNya kepada hamba-hamba yg terpilih.
Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bagi setiap seorang hamba ada martabat yang tertentu di sisi Alah SWT dan apabila hamba itu tidak dapat mencapai martabat itu dengan amalannya, maka Allah SWT akan terus mengujinya dengan perkara yang tidak disenanginya (seperti sakit, susah dan sebagainya) supaya dengan perantaraan perkara yang tidak disenanginya itu dia dapat mencapai martabat berkenaan." (Hadis Riwayat Abu Ya'la)
Kesimpulannya apapun keadaan atau masalah atau penyakit seperti pandemic COVID19 sekarang ini, seandainya kita gagal menanganinya dengan cara syariat atau zahir semata-mata iaitu dengan cara USAHA, IKHTIAR dan DOA maka perlulah kita mencari mereka yang telah mencapai makam MAKRIFATULLAH untuk menanganinya. Mereka inilah AHLAL ZIKRI sebenarnya. Kegagalan kita itu bermaksud kita masih gagal mengetahui dan memahami perkara yang hakikat apatah lagi gagal memahami apa sebenarnya KEHENDAK ALLAH SWT menimpakan COVID19 ini kepada kita. Maka sebelum terlewat hendaklah kita menukar pendapat dan beralih kpdNya kerana pada hakikatnya kita tidak mampu memahami apa yang ALLAH KEHENDAKI melainkan ahlinya.
https://www.bharian.com.my/.../pfizer-biontech-mohon...
#COVID19tenteraKEBENARANkurunKE15H
#ERAkebangkitanMINHAJalanNUBUWA
#JANJIALLAHdanRASULNYApastiBENAR.

[ Sumber dari Hadi Hasan ]



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan