ALLAH TUNJUKKAN DIDALAM AL-QURAN UNTUK DILAKUKAN SUPAYA BOLEH BERTEMU DENGAN ALLAH ...

 

          ANUGERAH ALLAH UNTUK MEMANDANGNYA 

                                         Tuan Guru Dr. Hj Jahid Sidek Al - Khalidi


ALLAH TIDAK AKAN BOLEH NAK DITERANGKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN, NAMUN DEMIKIAN ADA JALAN DAN CARA YANG TELAH ALLAH TUNJUKKAN DIDALAM AL-QURAN UNTUK DILAKUKAN SUPAYA BOLEH BERTEMU DENGAN ALLAH ...
31.Surah Luqmān ayat 25
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".
Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
31.Surah Luqmān ayat 26
Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
31.Surah Luqmān ayat 27
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
31.Surah Luqmān ayat 28
(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
18.Surah Al-Kahf ayat 109
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
BAGI ORANG YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA ALLAH BERFIRMAN MEMPERJELASKAN
18.Surah Al-Kahf ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;
OLEI ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"
Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan lain-lain cara,
Tidak ada seorang makhlok pun yang boleh menerangkan tentang Allah
Nak mengenal Allah itu adalah dengan Allah sendiri,
Mengenal Allah ini didalam Al-Quran telah dinyatakan sebagai pegangan atau iktiqad tauhid atau yang telah dibersihkan daripada sebarang syirik..
Awal ugama ialah mengenal Allah membawa maksud kepada bermulanya kita untuk berugama setiap seorang itu mesti berpegang dengan pegangan atau iktiqad tauhid atau melakukan perintah Allah dan Rasul supaya dibersihkan daripada syirik.
Berkaitan dengan soal untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid Allah telah berfirman didalam Al-Quran ...
SURAH AL ISRO' (ayat 36 - 48)
36. Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
37. Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.
38. Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.
39. Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu. Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah).
40. (Jika demikian wajibnya mengesakan Allah, maka patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula dari jenis yang kamu tidak sukai?). Adakah Tuhan kamu telah memilih anak-anak lelaki untuk kamu dan Ia mengambil untuk diriNya anak-anak perempuan dari kalangan malaikat? Sesungguhnya kamu adalah memperkatakan dusta yang amat besar.
41. Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
42. Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah ada tuhan-tuhan yang lain bersama-sama Allah, sebagaimana yang mereka katakan itu, tentulah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan kepada Allah yang mempunyai Arasy (dan kekuasaan yang mutlak).
43. Maha Sucilah Allah dan tertinggilah Ia setinggi-tingginya, jauh dari apa yang mereka katakan itu.
44. Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
45. Dan apabila engkau membaca Al-Quran (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu.
46. Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al-Quran; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri.
47. Kami lebih mengetahui akan tujuan mereka mendengar Al-Quran semasa mereka mendengar bacaanmu (wahai Muhammad), dan semasa mereka berbisik-bisik iaitu ketika orang-orang yang zalim itu berkata (sesama sendiri): "Kamu tidak menurut melainkan seorang yang kena sihir".
48. Lihatlah (wahai Muhammad) bagaimana mereka menyifatkan engkau dengan yang bukan-bukan, maka dengan sebab itu mereka sesat, sehingga mereka tidak dapat mencari jalan kebenaran.
Didalam Surah Al-Kahf (Ayat 110) diatas Allah telah menegaskan
"OLEI ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"
Untuk dianugerah atau dipimpin atau diberikan hidayah petunjuk dengan tetap diatas pegangan iktiqad tauhid atau dibersihkan daripada sebarang syirik atau makrifatullah, kita mesti mempelajari tentang bagaimana untuk melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid bukan mempelajari tentang Allah kerana Allah tidak akan boleh diterangkan dengan apa cara sekalipun.
Setiap seorang mesti melakukan sendiri "JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID" seperti firman Allah
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Atau
Melakukan "JALAN DAN CARA UNTUK MENGENAL TUHANMU" seperti yang telah Allah firmankan
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 15
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 16
Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 17
(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 18
"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 19
`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?
Nabi Musa menyeru kepada firaun " DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"
Apa yang telah difirmankan ialah Jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal tuhanmu
Untuk Mengenal Allah setiap seorang itu mesti melalui jalan untuk mengenal Tuhanmu (ALLAH)
KEPADA SIAPAKAH YANG TELAH ALLAH JANJIKAN UNTUK DIPIMPIN KEJALAN YANG LURUS?
berdasarkan kepada firman Allah yang terkandung pada
4.Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah)
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' ayat 67
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
Apakah jalan yang lurus ?
Ini juga telah diterangkan oleh Allah didalam firmanNya
15.Surah Al-Ĥijr ayat 39
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr ayat 40
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr ayat 41
Allah berfirman: "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA"
Didalam surah dan ayat yang lain Allah telah berfirman memperjelaskan
10.Surah Yūnus ayat 9
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.
22.Surah Al-Ĥaj ayat 23
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di
situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.
22.Surah Al-Ĥaj ayat 24
Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.
Inilah apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan sudah pasti Allah tidak akan mungkir janji
30.Surah Ar-Rūm ayat 6
Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
10.Surah Yūnus ayat 44
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.
DIDALAM SOAL YANG SEDANG DIPERKATAKAN INI, KESEMUANYA ADALAH BERKAITAN DENGAN YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK,
UNTUK DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK SETIAP BADAN DIRI SENDIRI MESTI BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG SYIRIK SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH
2.Surah Al-Baqarah ayat 54
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
MAKSUD DARIPADA PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU"
Ialah seseorang itu mesti melakukan apa yang telah diperintahkan oleh Allah yang terkandung didalam Al-Quran yang apabila dilaksanakan perintah Allah yang tersebut akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri..
Salah satu perintah Allah yang boleh dilakukan ialah dengan melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Yang pertama yang tersirat yang perlu dilakukan ialah dengan melakukan penumpuan dengan sebulat tumpuan terlebih dahulu, walaupun apa yang tersuratnya difirmankan sebutlah akan nama Tuhanmu dahulu...
Kepada apa yang hendak ditumpukan?
Untuk ini kita perlu merujuk kepada hadis Qudsi yang bermakna "INSAN ITU ADALAH RAHSIA AKU, AKU ADALAH RAHSIA INSAN, RAHSIA ITU ADALAH SIFAT AKU, SIFAT AKU BUKAN LAIN DARIPADA AKU"
Kita perlu tumpukan kepada sifat-sifat ketuhanan yang ternyata kepada badan diri kita (contoh sifat ada, sifat hidup, sifat tahu, sifat berkuasa, sifat berkehendak, sifat melihat, sifat mendengar, sifat berkata-kata dan lain-lain lagi)
Ini kerana Allah telah menjelaskan didalam hadis Qudsi menerangkan yang sifat Allah bukan lain daripada Allah
Dengan bahasa mudahnya bolehlah dikatakan sifat Allah itu adalah Allah itu sendiri...
Selama ini kita sedang merasakan yang sifat-sifat ketuhanan tersebut adalah sifat badan diri kita sendiri.
Setelah kita membaca firman Allah tentang sifat ketuhanan yang ada pada diri kita
34.Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Tahulah kita bahawa segala sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri kita adalah sifat ketuhanan Allah.
Walaupun telah lahir pada pengetahuan kita yang sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri kita ialah sifat ketuhanan Allah tetapi didalam perasaan kita masih lagi sedang merasakan sifat ketuhanan yang ada pada diri kita sebagai sifat diri kita sendiri..
Kita memperkatakan apa yang kita tahu ialah segala sifat ketuhanan yang ada pada badan diri kita adalah sifat ketuhanan Allah
Apa yang sedang dilakukan ialah sedang merasakan segala sifat ketuhanan yang ada pada diri kita ialah atau sebagai sifat diri kita sendiri...
Ini adalah keadaan yang sedang memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan kerana kita memperkatakan apa yang kita tahu iaitu segala sifat ketuhanan yang ternyata kepada badan diri kita adalah sifat ketuhanan Allah sedangkan apa yang sedang kita lakukan ialah sedang merasakan segala sifat ketuhanan yang ada pada kita sebagai sifat badan diri kita sendiri..
Jika dinilai dari sudut ilmu yang diketahui apa yang diketahui apa yang diperkatakan itu benar kerana telah memperkatakan sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah
Sedang jika dipandang dari sudut apa yang sedang dilakukan adalah tidak benar kerana sedang dan masih merasakan segala sifat ketuhanan yang ada pada diri kita adalah sifat badan diri kita sendiri... Apa yang sebenar sedang berlaku ialah kita sedang memperkatakan dan bersangka-sangka sifat ketuhanan Allah yang sedang disangka sebagai keberadaan diri sendiri yang akan disangka pula sebagai keberadaan Allah dalam ertikata yang lebih mudah kita sedang memperkatakan sangkaan ada diri sendiri itulah ada Allah (keadaan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi)
Sebab itu perlunya bagi setiap seorang itu melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhan tanpa didahulukan dengan sangka-sangkaan kepada Allah..
Untuk melaksanakan apa yang tersirat didalam firman Allah
"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."
17.Surah Al-'Isrā' ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Kita perlu menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang ada pada badan diri kita...
Jangan dirasakan sifat ketuhanan yang dirasakan itu sebagai sifat diri kita sendiri
Untuk tidak merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri setiap seorang tidak boleh samada
- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- Memikirkan dengan fikirannya atau
- Ada didalam lintasan hatinya
Tentang keberadaan dirinya sendiri
dan jangan disangka sifat ketuhanan yang sedang dirasakan sebagai sifat Allah
Untuk tidak menyangka sifat ketuhanan sebagai sifat Allah setiap seorang tidak boleh samada
- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- Memikirkan dengan fikirannya atau
- Ada didalam lintasan hatinya
Tentang keberadaan Allah diketika seseorang itu masih lagi merasakan akan keberadaan dirinya.
Jadi sifat ketuhanan yang sedang dirasakan itu bukanlah yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan sifat ketuhanan yang sedang ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan itu bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah
Apabila menyedari sifat ketuhanan yang bukan sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan yang bukan sedang disangka sebagai sifat Allah dengan sebulat-bulat tumpuan..
Setelah kesedaran yang sedang disedari dengan sebulat-bulat tumpuan itu sedang tertumpu kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah..
Maka sebutlah Allah dengan sebanyak-banyaknya... setiap sebutan Allah yang disebut itu hendaklah ditujukan kepada tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat Allah, sehinggalah mendapat kemahiran menyebut Allah tersebut telah berlaku didalam satu masa yang sama dengan kesedaran yang sedang disedari dengan sebulat-bulat tumpuan yang sedang tertumpu kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah
Setelah berlaku menyebut Allah dengan menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah didalam masa yang sama
Pada ketika inilah akan berlaku penyaksian dan pengakuan bahawa sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah adalah sifat ketuhanan Allah
Penumpuan dengan sebulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah ini akan menjadi sebagai penyaksian
Dan sebutan Allah yang sedang disebut itu pula akan menjadi sebagai pengakuan bahawa sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah itu adalah sifat ketuhanan Allah
Penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah ini akan berlaku setelah penumpuan dengan sebulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah dengan menyebut Allah telah berjaya dilakukan pada satu masa yang sama..
Atau dengan kata lain ditempat pertemuan diantara menyebut Allah dengan sebulat-bulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan sifat ketuhanan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah akan berlakunya "PENYAKSUAN DAN PENGAKUAN" kepada sifat ketuhanan Allah.
Selagi belum berlaku kedua perkara yang dilakukan ini didalam satu masa yang sama selagi itu belum berlaku penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah seperti yang telah difirmankan didalam firmanNya.. pada Surah Saba' (Ayat 27)
"bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
JIKA APA YANG DILAKUKAN DIPERINGKAT AWAL DENGAN MENYEBUT ALLAH DAHULU DARIPADA MENUMPUKAN DENGAN SEBULAT TUMPUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN YANG SEDANG DISEDARI, INI JUGA TIDAK BOLEH BERLAKU KEDUA PERKARA DIDALAM SATU MASA YANG SAMA
Ini adalah apa yang perlu difahamkan untuk kita melakukan, setelah faham tentang bagaimana cara untuk melakukan maka bolehlah dilakukan mengikut apa yang tersurat dan apa yang tersirat didalam sabda Rasulullah saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2 nya
- Dimana pejamkan mata - maksudnya menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah
- Tongkatkan lidah kelangit-langit
- Sebutlah Allah sebanyak-banyaknya supaya dapat berlaku menyebut Allah dengan menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang sedang disedari pada satu masa yang sama
Atau supaya dapat tempat pertemuan diantara menyebut nama Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah..
**Pesanan**
- Semasa menyebut Allah secara lisan lidah iaitu diketika lidah tidak ditongkatkan kelangit-langit, pergerakan lidah tersebut akan membunyikan sebutan Allah pada lisan
- Apabila menyebut Allah diketika lidah telah ditongkatkan kelangit-langit, lidah tidak lagi boleh digerakkan semasa menyebut Allah tetapi ada satu anggota lahir yang lain yang akan bergerak sepertimana pergerakan lidak diketika menyebut Allah secara lisan
Ada yang memanggil anggota tersebut sebagai bulu ruma tunggal dan ada juga yang menyebutnya sebagai kunci nyawa, kerana anggota ini akan membentuk huruf mim simpul diketika berlakunya sakaratul maut...
- pergerakan anggota inilah yang menandakan sedang menyebut Allah yang tanpa suara, tanpa huruf dan tanpa kata-kata didalam hati
Pergerakan anggota yang bergerak dengan menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan (yang disedari semasa memejamkan mata yang mana sifat ketuhanan tersebut yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan pula yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah) telah berlaku pada satu masa yang sama
Diketika inilah sedang berlaku penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah...
Ini latihan diperingkat awal yang perlu dilakukan...
Setelah mahir melakukan apa yang tersurat dan tersirat didalam firman Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." Didalam atau pada masa yang sama, disinilah akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada samada (zat, sifat, mama dan perbuatan) Allah.
Diketika ini binasalah segala (zat, sifat, nama dan perbuatan) yang ternyata pada makhlok, kekallah (zat, sifat, nama san perbuatan) Allah.
Dengan ini berlakulah sepertimana firman Allah
55.Surah Ar-Raĥmān ayat 26
Segala yang ada di muka bumi itu binasa
55.Surah Ar-Raĥmān ayat 27
Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
Apa yang dibicarakan ini adalah salah satu daripada berbagai jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid yang boleh dilakukan sendiri untuk tetap berpegang dengan pegangan atau iktiqad dan tauhid.
JANGAN KATAKAN APA YANG TIDAK DILAKUKAN.
JANGAN MENGHURAIKAN TENTANG ALLAH BERDASARKAN KEPADA ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT YANG DIPELAJARI DARI SESAMA MAKHLOK, TANPA MELAKUKAN SENDIRI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHANMU
TIDAK ADA SEORANG MANUSIA PUN YANG MAMPU MENGENAL ALLAH,
APA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH SETIAP MANUSIA IALAH MELAKUKAN SENDIRI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHANMU MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
BUKAN MENGIKUT PANDANGAN MASING-MASING
Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:
5.Surah Al-Mā'idah ayat 105
“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”
Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan.
SETIAP ORANG AKAN TENGGELAM DALAM PANDANGAN MASING-MASING
Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]
KEMUDIAN ALLAH YANG AKAN PIMPIN DAN BERIKAN PETUNJUK HIDAYAH
INI YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH SEPERTI FIRMAN ALLAH
Jika seseorang yang menghuraikan tentang Allah tanpa melakukan "JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID" atau "JALAN UNTUK MENGENAL TUHANMU" sepertimana yang telah Allah perjelaskan didalam Al-Quran, sebenarnya dia sedang memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan sendiri..
61.Surah Aş-Şaf ayat 1
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
61.Surah Aş-Şaf ayat 2
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
61.Surah Aş-Şaf ayat 3
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
Apa yang telah diperkatakan itu semestinya adalah hasil daripada apa yang telah diamal atau telah dilakukan sendiri, bukan hasil daripada sangkaan berdasarkan kepada ilmu pengetahuan yang diketahui tanpa melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid seperti yang dikehendaki oleh Allah
Jika memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan, inilah yang menunjukkan yang seseorang itu sedang berada didalam keadaan yang sedang bersangka-sangka seperti yang telah difirmankan oleh Allah
10.Surah Yūnus ayat 36
Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
10.Surah Yūnus ayat 66
Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta.
53.Surah An-Najm ayat 28
Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).
Apa yang telah diperkatakan itu sebenarnya mestilah terhasil daripada apa yang telah diamal atau telah dilakukan sendiri,
Bukan memperkatakan sesuatu berdasarkan kepada kebenaran ilmu yang diketahui tanpa perlu melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu...
Jika seseorang itu memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan atau diamalkan
ALLAH SENDIRI TELAH MEMBERIKAN PENJELASAN SEPERTI DIATAS
MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN JUGA TELAH DIJELASKAN OLEH ALLAH AKAN MENJADI TEMPAT UNTUK SYAITAN TURUN
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 221
Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 222
Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,
Siapakah pendusta ... ?
6.Surah Al-'An`ām ayat 148
Orang-orang musyrik akan mengatakan: "Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun". Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami.
"Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta".
Cuba kita kembali kepada firman Allah
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
ALAH SENDIRI TELAH MENCABAR KEPADA MEREKA YANG SEDANG BERADA DIDALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA "Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata" -
JIKA BENAR KAMU TIDAK BERADA DIDALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA TUNJUK DAN BUKTIKANLAH BAHAWA KAMU TIDAK BERADA DIDALAM BERSANGKA-SANGKA ITU"
JIKA KAMU TIDAK DAPAT TUNJUKKAN BAGAIMANA JALAN DAN CARA YANG KAMU TELAH LALUI SENDIRI SEHINGGA KAMU TELAHPUN BERADA DIDALAM KEADAAN IKTIQAD TAUHID SEPERTI YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH SEPERTI DIATAS MAKA ALLAH JUGA DENGAN KERAS MENYATAKAN "dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta"
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 223
Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 224
Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 225
Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 226
Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 227
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.
WALAUPUN MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN TELAH MENJADI TEMPAT UNTUK SYAITAN SELALU TURUN TETAPI MEREKA YANG MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN PULA MENYANGKA MEREKA ADALAH ORANG YANG MENDAPAT HIDAYAH
KEADAAN INI TELAH DITERANGKAN SEPERTIMANA DIDALAM FIRMAN ALLAH
43.Surah Az-Zukhruf ayat 36
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
43.Surah Az-Zukhruf ayat 37
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
43.Surah Az-Zukhruf ayat 38
Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman".
43.Surah Az-Zukhruf ayat 39
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab".
43.Surah Az-Zukhruf ayat 40
Maka (mengapa engkau berdukacita wahai Muhammad) adakah engkau berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak mendengar, atau menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta (mata hatinya), dan juga orang-orang yang berada dalam kesesatan yang nyata?
43.Surah Az-Zukhruf ayat 41
Oleh itu (bertenanglah engkau, kerana) kalaulah Kami wafatkan engkau (sebelum Kami perlihatkan kepadamu azab yang akan menimpa mereka), maka sesungguhnya Kami tetap menyeksakan mereka.
43.Surah Az-Zukhruf ayat 42
Atau sekiranya Kami (hendak) memperlihatkan kepadamu apa yang Kami janjikan kepada mereka (dari azab seksa itu), maka Kami tetap berkuasa terhadap mereka.
43.Surah Az-Zukhruf ayat 43
Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.
43.Surah Az-Zukhruf ayat 44
Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).
7.Surah Al-'A`rāf ayat 29
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan solat, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
7.Surah Al-'A`rāf ayat 30
Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah.
SEBAGAI BUKTI KITA TIDAK SEDANG BERADA DIDALAM KEADAAN YANG SEDANG BERSANGKA-SANGKA,
SETIAP SEORANG MESTI TAHU DAN BOLEH MENGHURAIKAN SENDIRI BAGAIMANA HENDAK MELAKUKAN SENDIRI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHANNYA IAITU ALLAH
SEHINGGA SAMPAI KEPADA SEPERTI APA YANG TELAH DIPERKATAKAN ITU.
Jika tidak ada jalan dan cara yang dilalui (dilakukan) sendiri, maka segala kata-kata itu adalah merupakan sangkaan-sangkaan semata-mata dengan kata lain selagi seseorang itu sedang bersangka-sangka dengan ilmu pengetahuan yang dipelajari belum lagi sampai seseorang itu kepada pegangan atau iktiqad dan tauhid atau makrifatullah kerana Allah sendiri telah menjelaskan bahawa untuk berpegang dengan pegangan atau iktiqad dan tauhid Allah telah tunjukkan
PELBAGAI CARA UNTUK MENCAPAI KEPADA IKTIQAD TAUHID SETERUSNYA MAKRIFATULLAH
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
72.Surah Al-Jinn ayat 11
Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.
78.Surah An-Naba' ayat 39
Itulah keterangan-keterangan mengenai hari yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya !
UNTUK MENCAPAI KEPADA PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID ATAU MAKRIFATULLAH, ALLAH TELAH SEDIAKAN PELBAGAI JALAN DAN CARA DIDALAM AL-QURAN.
SESEORANG YANG SEDANG MEMBICARAKAN TENTANG MAKRIFATULLAH,
SEBAGAI UNTUK MEMBUKTIKAN PERBICARAANNYA TIDAK SEDANG BERADA DIDALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA YANG ILMU PENGETAHUAN YANG SUDAH DIPELAJARI ITU TELAH DIJADIKAN ATAU DISANGKA SEBAGAI PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID TANPA DIAMALKAN (CUKUP SEKADAR TAHU SAHAJA, TIDAK PERLU DILAKUKAN APA-APA LAGI)
TAHU HASIL DARI MEMPELAJARI ILMU PENGETAHUAN ITU TELAH DISANGKA SEBAGAI PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID ATAU MAKRIFATULLAH TANPA PERLU MELAKUKAN APA-APA LAGI. ILMU PENGETAHUAN YANG TELAH DIPELAJARI ITULAH YANG TELAH DISANGKA SEBAGAI PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID..
BILA MEMBICARAKAN TENTANG PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID DAN MAKRIFATULLAH, ILMU PENGETAHUANLAH YANG AKAN DIHURAIKAN BUKAN DENGAN MENUNJUKKAN JALAN DAN CARA BAGAIMANA YANG PERLU DILAKUKAN SUPAYA DAPAT MENCAPAI KEPADA PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID DAN MAKRIFATULLAH..
DIDALAM MEMBICARAKAN TENTANG MAKRIFATULLAH, ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFATULLAH, ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT YANG DIPERDAPAT DARI MULUT KEMULUT JUGA YANG AKAN DIHURAIKAN
SEBENAR-BENAR ILMU TENTANG HAKIKAT DAN MAKRIFAT IALAH ILMU YANG AKAN DIPIMPIN DAN DIBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH OLEH ALLAH KEPADA SESIAPA YANG TELAH MELAKUKAN SENDIRI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID.
ILMU INI ADALAH MERUPAKAN RAHSIA YANG DIPECAHKAN OLEH ALLAH KEPADA ORANG YANG TELAH MELAKUKAN JALAN UNTUK MENGENAL TUHAN ATAU JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID
IANYA MENJADI RAHSIA KETUHANAN DAN TIDAK AKAN BOLEH DIHURAIKAN UNTUK MEMAHAMKAN ORANG LAIN
SESIAPA YANG INGIN MENDAPATKANNYA MESTI MELAKUKAN SENDIRI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID MENGIKUT SEPERTI YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
Apa yang boleh diterangkan kepada sesiapa yang ingin mencapai kepada pegangan atau iktiqad dan tauhid atau yang dibersihkan daripada sebarang syirik atau rata-rata orang menyebut makrifatullah ialah menunjukkan tentang bagaimana untuk melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
SEPERTIMANA YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH
Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
KESIMPULANNYA UNTUK MENCAPAI KEPADA PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG SEBENAR, SETIAP SEORANG MESTI MENCARI DAN MELAKUKAN SENDIRI SALAH SATU JALAN DAN CARA DARI PELBAGAI JALAN DAN CARA YANG TELAH DIJELASKAN OLEH ALLAH DIDALAM AL-QURAN..
BUKAN DENGAN MENGHURAIKAN ILMU PENGETAHUAN YANG DIKETAHUI TANPA PERLU MELAKUKAN AMAL...
JIKA HENDAK MENCAPAI KEPADA PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID DAN MAKRIFATULLAH, ADA JALAN DAN CARANYA YANG TERSENDIRI..
SEPERTI UNTUK MENJADI SEORANG ISLAM MESTI MELAKUKAN RUKUN ISLAM YANG LIMA PERKARA YANG TELAH DIKETAHUI OLEH SEMUA ORANG..
INI NAK JADI SEORANG ISLAM, SEBELUM DARIPADA NAK MELAKUKAN SEGALA RUKUN ISLAM TERLEBIH DAHULU KITA SEMUA MESTI BERIKTIKAD DENGAN IKTIQAD DAN TAUHID TERLEBIH DAHULU SUPAYA TIDAK MENYENGUTUKAN ALLAH DENGAN SEGALA SESUATU SEMASA MELAKSANAKAN SEGALA RUKUN ISLAM, IMAN DAN IKHSAN.
SEBELUM DARIPADA MELAKSANAKAN RUKUN ISLAM IMAN DAN IKHSAN, TERLEBIH DAHULU KITA PERLU KEPADA IKTIQAD TAUHID ATAU MAKRIFATULLAH ( AWAL AGAMA MENGENAL ALLAH)
UNTUK MENCAPAI KEPADA IKTIQAD TAUHID (MAKRIFATULLAH) ALLAH TELAH SEDIAKAN PELBAGAI JALAN DAN CARA DIDALAM AL-QURAN,
MANAKAH SALAH SATU JALAN DAN CARA DARI PELBAGAI JALAN DAN CARA YANG KITA TELAH JALANI SENDIRI...
JALAN DAN CARA UNTUK MENCAPAI KEPADA PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID ADALAH YANG PERLU DIJALANI SENDIRI SEBELUM DARI MELAKSANAKAN SEGALA RUKUN ISLAM, RUKUN IMAN DAN RUKUN IKHSAN..
PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID ADALAH AWAL DARI ISLAM, IMAN DAN IKHSAN..
Maksudnya sebelum dari seseorang itu melaksanakan segala rukun Islam, Iman dan Ikhsan terlebih dahulu ia hendaklah mencapai kepada pegangan atau iktiqad dan tauhid ( didalam keadaan sentiasa mengesakan Allah )
Jika seseorang itu melaksanakan segala rukun Islam, Iman dan Ikhsan didalam keadaan sedang menyengutukan Allah dengan segala sesuatu akan gugur segala amal itu
GUGUR SEGALA AMAL KERANA MEMPERSEKUTUKAN ALLAH DENGAN RASA ADA DIRI SENDIRI DAN DENGAN SEGALA SESUATU YANG LAIN
39.Surah Az-Zumar ayat 65
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.
40.Surah Ghāfir ayat 42
"Kamu mengajakku supaya aku kufur (tidak percayakan keesaan) Allah dan mempersekutukanNya dengan apa yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, padahal aku mengajak kamu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun?
72.Surah Al-Jinn ayat 20
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun".
BERIBADATLAH DENGAN IKHLAS
39.Surah Az-Zumar ayat 66
"(Janganlah menyembah yang lain dari Allah) bahkan (apabila beribadat) maka hendaklah engkau menyembah Allah semata-mata, dan hendaklah engkau menjadi dari orang-orang yang bersyukur".
51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 56
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
98.Surah Al-Bayyinah ayat 5
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 51
"Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus".
ORANG YANG AKAN DIPIMPIN OLEH ALLAH KE JALAN YANG LURUS IAITU "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK"
4.Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' ayat 67
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
4.Surah An-Nisā' ayat 69
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan
(ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat.
[ Sumber dari ISLAM SUDAH KEMBALI DAGANG ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan