SAKARATUL MAUT DIDALAM KALIMAH “LAA ILAHA ILLALLAH”

 


BERLATIH UNTUK MENGHADAPI SAKARATUL MAUT SUPAYA AKHIR KALAMNYA DIDALAM KALIMAH “LAA ILAHA ILLALLAH”

NAFI DAN ISBAT DIDALAM KALIMAH TAUHID DAN BAGAIMANA NAK MEMPRILAKUKANNYA.
Didalam kalimah tauhid yang diucapkan iaitu
‎اسهد ان لااله الا الله
AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
Didalam ucapan kalimah tauhid ini terbahagi kepada tiga bahagian yang penting iaitu
1- kalimah اسهد ان menerangkan seseorang itu sedang menyaksi, tetapi perbuatan sedang menyaksi ini apabila diucapkan oleh sipelaku yang sedang menyaksi jadilah ucapannya berbunyi Aku bersaksi
2- kalimah لااله ialah kalimah nafi menerangkan orang yang telah mengucapkan kalimah ini sedang menafikan segala sifat-sifat atau unsur-unsur ketuhanan kepada selain daripada Allah, jika tidak dinafikan segala sifat-sifat atau unsur ketuhanan kepada selain daripada Allah, apa yang akan berlaku seseorang itu akan menyengutukan sifat-sifat atau unsur-unsur ketuhanan yang ada pada selain daripada Allah dengan Allah. Sedang sekutukan sifat-sifat atau unsur-unsur ketuhanan yang ada pada selain daripada Allah (iaitu pada diri sendiri dan pada makhlok-makhlok lain), dengan Allah. Apa yang akan berlaku selanjutnya orang tersebut telah menjadikan hawa nafsunya sendiri atau makhlok-makhlok lain sebagai tuhan yang lain disisi, didamping arau bersama-sama Allah
Apabila dinafikan segala sifat-sifat atau unsur-unsur ketuhanan kepada diri sendiri dan kepada makhlok-makhlok lain, orang tersebut tidak akan menjadikan sesuatu yang lain selain daripada Allah sebagai tuhan.
3- kalimah الا الله iaitu kalimah isbat menunjukkan orang yang telah mengucapkan kalimah ini sedang mengisbatkan segala sifat-sifat atau unsur-unsur ketuhanan hanya kepada Allah. Ini menunjukkan orang tersebut hanya menjadikan Allah sebagai tuhan yang satu iaitu esa
Ini bertepatan dengan firman Allah didalam
16.Surah An-Naĥl ayat 22
Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).
16.Surah An-Naĥl ayat 51
Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana
sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.
18.Surah Al-Kahf ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
41.Surah Fuşşilat ayat 6
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanNya), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu). Dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain),
Kembali kita kepada membicarakan tentang kalimah nafi dan kalimah isbat dan apa yang perlu dinafikan dan apa yang perlu diisbatkan diketika seseorang itu sedang mengucapkan kalimah tauhid.
Berhubung dengan perkara ini ada sebuah hadis Nabi telah memperjelaskan iaitu
“TIDAK BOLEH MEMBEZAKAN DIANTARA KEDUANYA IAITU NAFI DAN ISBAT, BARANG SIAPA YANG MEMBEZAKAN KEDUANYA, IANYA KAFIR”
Hadis ini telah menerangkan kepada kita bahawa setiap seorang tidak boleh membezakan apa yang perlu dinafikan dengan apa yang perlu diisbatkan, maksudnya apa yang hendak dinafikan dan apa yang hendak diisbatkan adalah mesti perkara yang sama tidak boleh perkara yang berbeza.
Contoh yang membeza-bezakan diantara nafi dan isbat ialah
Menafikan patung-patung sembahan mengisbatkan Allah
Menafikan keberadaan, keakuan atau keupayaan diri sendiri mengisbatkan Allah
Menafikan tuhan-tuhan yang lain mengisbatkan Allah
Jika seseorang itu membezakan nafi dan isbat, perbuatan ini adalah kafir.
Jadi untuk kita tidak membeza-bezakan diantara nafi dan isbat ini kita boleh merujuk kepada apa yang telah difirmankan oleh Allah didalam Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
( iaitu Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Didalam firman diatas Allah telah menerangkan bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada diri sendiri yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang ada pada makhlok yang dipandang sebagai keberadaan makhlok tersebut. Adalah merupakan apa yang telah dihubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutu
Sedang merasakan keberadaan atau keakuan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok sesuatu selain daripada Allah. inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah makhlok-makhlok yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
Dengan kata lain sedang mengadakan tuhan-tuhan yang lain disisi Allah, iaitu hawa nafsu atau makhlok-makhlok selain daripada Allah
INI ADALAH MERUPAKAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI - MAKSUDNYA ORANG TERSEBUT TIDAK MENYEDARI PERBUATANNYA SEDANG MERASAKAN KEBERADAAN, KEAKUAN ATAU KEUPAYAAN DIRINYA ATAU MAKHLOK-MAKHLOK LAIN DISISI ALLAH ITU ADALAH SATU PERBUATAN SYIRIK
Allah berfirman memperjelaskan bahawa tidak ada pada sesuatu makhlok sifat-sifat ketuhanan itu
Hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan.
Disini memperjelaskan lagi bahawa sesiapa yang merasakan akan keberadaan atau keakuan dirinya sendiri disamping ada Allah sebenarnya sedang berlaku sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 29
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
SEDANG MERASAI ADA DIRI KITA SENDIRI JIKA DIHURAIKAN SECARA LISAN AKAN MEMBAWA MAKNA YANG KITA SEDANG BERKATA SESUNGGUHNYA AKU IALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH.
KITA TAHU ADA DAN SEGALA SIFAT KETUHANAN SEPERTI (ILMU, HAYAT, QUDRAT, IRODAT, MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA DAN LAIN-LAINNYA) ADALAH SIFAT ALLAH, SELAIN DARI ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA DAN BERSIFAT DENGAN SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH
APABILA KITA MERASA DIRI KITA BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA BERMAKNA KITA SEDANG MERASAI SIFAT KETUHANAN ALLAH (ADA) ADALAH SEBAGAI SIFAT DIRI KITA SENDIRI..
OLEH KERANA SIFAT ADA ITU SEBENARNYA SIFAT KETUHANAN ALLAH , MAKA SEDANG MERASA ADA DIRI SENDIRI BERMAKNA KITA SEDANG MELETAKKAN SIFAT KETUHANAN ALLAH KEPADA DIRI SENDIRI (YANG SEBENARNYA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA)..
Sedang merasakan keberadaan atau keakuan diri kita sendiri membawa makna sedang bertuhankan kepada nafsu sendiri sepertimana firman Allah
25.Surah Al-Furqān ayat 43
Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
45.Surah Al-Jāthiyah ayat 23
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
Begitu juga jika kita memandang ada makhlok selain daripada ada Allah membawa makna kita sedang meletakan sifat ketuhanan Allah kepada maklok tersebut yang membawa erti kita sedang menjadikan makhlok tersebut sebagai tuhan yang lain disisi Allah, bermakna sedang bertuhankan kepada dua atau lebih Tuhan selain daripada Allah membawa makna sedang menyengutui Allah dengan sesuatu yang lain. Keadaan inilah yang dipanggil sebagai syirik. Tetapi orang tersebut tidak menyedari perbuatan ini adalah merupakan syirik..
Firman Allah
16.Surah An-Naĥl ayat 22
Tuhan kamu ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).
16.Surah An-Naĥl ayat 51
Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.
Apabila kita membaca firman Allah Surah Saba' ayat 27, tahulah kita bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada makhlok-makhlok termasuk pada diri kita sendiri adalah sifat ketuhanan kepunyaan Allah, makhlok tidak tidak mempunyai sifat ketuhanan. Sifat-sifat ketuhanan yang ternyata pada makhlok-makhlok sebenarnya adalah sedang menyatakan atau sedang mentajallikan sifat ketuhanan Allah, bukan merupakan kepunyaan makhlok tersebut.
Ini apa yang kita tahu, semasa kita tahu yang sifat ketuhanan yang ada pada makhlok-makhlok itu adalah sifat ketuhanan Allah, jauh didalam rasa perasaan yang merasai kita tetap akan merasai akan keberadaan, keakuan atau keupayaan diri kita sendiri dan keberadaan sesuatu selain daripada Allah, Dengan pengetahuan yang diketahui ini tidak akan menghilangkan akan keberadaan diri kita sendiri dan keberadaan sesuatu yang lain, selain daripada Allah
Maksudnya dengan mengetahui bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada kita adalah sifat ketuhanan Allah, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan keakuan atau keupayaan diri kita sendiri
Kita tidak boleh memperkatakan yang sifat ketuhanan yang ada pada kita adalah sifat ketuhanan Allah diketika kita masih lagi sedang merasakan akan keberadaan, keakuan atau keupayaan diri kita sendiri kerana apa yang akan berlaku ialah kita akan memperkatakan sifat ketuhanan yang sedang dirasakan atau yang sedang disangka sebagai diri kita sendiri itu adalah sifat ketuhanan Allah
Keadaan ini akan berlaku dengan cara yang tidak disedari. INI ADALAH SYIRIK YANG TERSEMBUNYI LAGI TERSEMBUNYI, LAGI TERSEMBUNYI, LAGI TERSEMBUNYI
Dimana orang yang telah dan sedang memperkatakan segala sifat ketuhanan yang ada pada malhlok adalah sifat ketuhanan Allah pada masa ia sedang masih lagi merasakan keberadaan, keakuan atau keupayaan dirinya sudah merasakan ia telah mentauhid atau mengesakan Allah sedang sebenarnya ia masih lagi sedang berada didalam keadaan masih lagi menyengutukan Allah dengan keberadaan, keakuan atau keupayaan dirinya sendiri atau dengan makhlok-makhlok lain kerana walaupun ia sudah memperkatakan yang segala sifat ketuhanan yang ada pada durinya dan yang ada pada makhlok-makhlok lain adalah sifat ketuhanan Allah tetapi didalam masa yang sama keberadaan, keakuan atau keupayaan diri sendiri dan makhlok-makhlok lain tidak hilang didalam rasa perasaan dirinya sendiri.
Dari keterangan-keterangan diatas dapatlah disimpulkan bahawa apa yang perlu dinafikan dan apa yang perlu diisbatkan ialah sifat-sifat atau unsur-unsur ketuhanan.
Hendaklah menafikan sifat-sifat ketuhanan kepada diri sendiri dan kepada makhlok-makhlok lain
Hendaklah mengisbatkan sifat-sifat atau unsur-unsur ketuhanan hanya kepada Allah sahaja.
APA YANG SEDANG DIBICARAKAN INI ADALAH DARI SUDUT PANDANGAN ILMU BERHUBUNG DENGAN APA YANG PERLU DILAFAZKAN DENGAN LIDAH IAITU KALIMAH
‎اسهد ان لااله الا الله
AKU BERSAKSI TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
DAN BEGITU JUGALAH DENGAN APA YANG PERLU DITASDIQKAN DIDALAM HATI.
APA YANG DIBICARAKAN BELUM LAGI BERKAITAN DENGAN BAGAIMANA CARA UNTUK MEMPRILAKUKAN AKAN KANDUNGAN KALIMAH TAUHID TERSEBUT.
Sekarang sampai masanya untuk kita sama-sama membicarakan bagaimana cara untuk seseorang itu mempraktikkan akan kalimah tauhid iaitu kalimah
‎اسهد ان لااله الا الله
HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH DAN RASUL IAITU SEPERTI FIRMAN ALLAH DIDALAM AL-QURAN DAN SABDA NABI SAW DIDALAM HADIS
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
BUKAN MENGIKUT PANDANGAN ATAU PENDAPAT MASING-MASING SEPERTI YANG TELAH DISABDAKAN OLEH RASULULLAH SAW
Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:
5.Surah Al-Mā'idah ayat 105
“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”
Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan.
SETIAP ORANG AKAN TENGGELAM DALAM PANDANGAN MASING-MASING
Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]
ATAU BUKAN MENGIKUT DARI CAKAP-CAKAP ORANG
Firman Allah
43.Surah Az-Zukhruf ayat 86
Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).
43.Surah Az-Zukhruf ayat 87
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka:
"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?
43.Surah Az-Zukhruf ayat 88
Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"
43.Surah Az-Zukhruf ayat 89
(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!"
CARILAH YANG BOLEH MENYAMPAIKAN KEPADA ALLAH
Firman Allah
5.Surah Al-Mā'idah ayat 35
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya, dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan.
78.Surah An-Naba' ayat 39
Itulah keterangan-keterangan mengenai hari yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya !
PELBAGAI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD TAUHID...
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 89
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.
Atau
Dari keterangan firman Allah tentang Jalan untuk mengenal Tuhanmu
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 15
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 16
Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 17
(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 18
"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 19
Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?
Nabi Musa menyeru kepada firaun " DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"
Apa yang telah difirmankan ialah Jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal tuhanmu
Untuk seseorang itu memprilakukan isi kandungan yang terkandung didalam kalimah tauhid setiap seorang mesti melakukan sendiri jalan untuk mengenal Tuhanmu (ALLAH) atau jalan untuk menetapkan iktiqad tauhid sepertimana yang telah Allah beri penerangan didalam Al-Quran..
72.Surah Al-Jinn ayat 11
Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.
Diketika seseorang sedang menjalani kehidupan seharian sejak dari mula berakal setiap seorang sedang sekutukan segala sifat-sifat atau unsur-unsur ketuhanan yang ada pada diri sendiri dan yang ada pada makhlok-makhlok lain dengan Allah
Ini telah diperjelaskan oleh Allah seperti yang terkandung didalam firmanNya pada 34.Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
(Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah adalah merupakan satu perbuatan syirik yang tersembunyi.
Apa yang perlu dilakukan oleh setiap seorang yang untuk menjadikan yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik.
Ini boleh dilakukan mengikut sepertimana yang telah Allah firmankan didalam Surah Al-Baqarah ayat 54
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
Didalam firman Allah didalam Surah Al-Baqarah ayat 54, Allah menerangkan bahawa kaum Nabi musa telah melakukan syirik dengan menyembah patung anak lembu.
Nabi Musa telah mengarahkan kaumnya supaya bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik tersebut dengan perintah “BUNUHLAH DIRI KAMU”
Didalam firman Allah pada surah dan ayat yang lain Allah telah berfirman memperjelaskan yang merupakan janji yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang telah bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik iaitu “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI”
Firman Allah
4.Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' aya 67
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
Sedang melaksanakan perintah Allah “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI”.
ADALAH MERUPAKAN PERKARA YANG DISUNATKAN YANG APABILA DILAKUKAN ALLAH MENCINTAI KEPADANYA
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah saw bersabda :
“Allah swt berfirman : “Barangsiapa yang menunjukkan permusuhan dengan Wali-Ku maka Aku menyatakan perang dengannya.”
Sambungan hadist tersebut adalah :
“….Tidaklah hambaKu mendekatiKu dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Ketika Aku mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, menjadi penglihatannya yang ia melihat dengannya, menjadi tangannya yang ia bergerak dengannya dan menjadi kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepadaKu, niscaya Aku berikan kepadanya; Dan sesungguhnya, jika ia memohon perlindungan kepadaKu niscaya Aku berikan perlindungan kepadanya.” (HR Bukhari)
Bersabda Rasulullah saw kepada Saidina Umar Ibnu Al Khattab ra dalam dialog mereka :
Rasulullah saw berkata :
Para Nabi dan para syuhada’ akan cemburu kepada segolongan hamba Allah kelak di akhirat kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah padahal mereka bukan para Nabi.
Umar bertanya : Siapakah mereka wahai Rasul?
Rasululullah saw menjawab :
Mereka ialah satu kaum yang saling mengasihi sesama mereka semata-mata kerana Allah, bukan kerana hubungan silaturrahim atau kerana harta. Demi Allah, sesungguhnya wajah mereka bercahaya, mereka memiliki beberapa mimbar yang bercahaya. Mereka tidak takut di kala manusia lain merasa takut, dan mereka tidak sedih di kala manusia lain merasa sedih. Lalu Rasulpun membaca ayat 62-63 dari surah Yunus :
“Ingatlah, sesungguhnya Wali-Wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. (QS Yunus : 62-63)
Rasulullah Saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah Swt. berfirman, ‘Siapa yang memusuhi wali (kekasih)-ku maka aku menyatakan perang kepadanya. Dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai selain dari apa yang Aku wajibkan kepadanya. Dan hamba-Ku terus menerus mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (amalan sunah) hingga Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya maka Akulah pendengarannya yang dengannya ia mendengar, Akulah pandangannya yang dengannya ia memandang, Akulah tangannya yang dengannya ia bertindak, dan Akulah kakinya yang dengannya ia berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku niscaya Aku memberinya dan jika ia meminta perlindungan kepada-Ku niscaya Aku melindunginya.’” (H.R. Bukhari)
KENAPA DIKATAKAN SEDANG MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI” ADALAH MERUPAKAN PERKARA SUNAT YANG APABILA DILAKUKAN ALLAH MENCINTAI KEPADANYA
Kita perlu lihat kembali kepada apa yang telah Allah firmankan didalam Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah)
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Didalam firman ini Allah telah berfirman dengan “ DAN SESINGGUHNYA KALAU KAMI WAJIBKAN KEPADA MEREKA”
Ini membawa kepada makna perintah Allah “"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU" ini tidak diwajibkan.
Oleh kerana perintah ini telah diperintahkan tetapi ianya tidak diwajibkan maka perintah tersebut menjadi yang disunatkan...
Kesimpulan dari keterangan-keterangan yang berdasarkan dari firman-firman Allah yang berkaitan ialah orang yang telah bertaubat dari melakukan sebarang perbuatan syirik dengan melaksanakan perintah Allah “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI”, Alah akan pimpin mereka kejalan yang lurus iaitu menjadi orang “YANG DIBERSIHKAN DARI SEBARANG SYIRIK” iaitu dengan kata lain “TIDAK MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..”
JADI DISINI APA YANG PERLU KITA KETAHUI IALAH APAKAH YANG TELAH DIMAKSUDKAN DENGAN PERINTAH ALLAH “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI” DAN BAGAIMANA CARA UNTUK MEMPRILAKUKANNYA?
Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran, dan perintah Rasulullah saw yang terkandung didalam hadisnya yang apabila dilakukan perintah tersebut akan menghilangkan keberadaan, keakuan atau keupayaan diri sendiri
Firman Allah dan sabda Rasulullah saw yang mana, yang apabila dilakukan akan menghilangkan keberadaan, keakuan atau keupayaan diri kita sendiri.
Firman Allah yang Apabila dilaksanakan akan menghilangkan keberadaan, keakuan atau keupayaan diri sendiri ialah dengan melakukan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam
20.Surah Ţāhā ayat 8
‎اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ
Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.
7.Surah Al-'A`rāf ayat 180
‎وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَاۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 110
‎قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَٰنَۖ أَيًّا مَّا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰۚ وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
YANG PERLU DILAKUKAN DENGAN CARA SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Ini adalah cara untuk menyebut Allah dengan cara lusan lidah.
FADZILAT ZIKIR YANG TERSEMBUNYI
Rasulullah saw pernah bersabda ,
“Zikir (dengan tidak bersuara) lebih unggul dari pada zikir (dengan suara) selisih tujuh puluh kali lipat.
Jika tiba saatnya hari kiamat maka Allah akan mengembalikan semua perhitungan amal semua makhluk-makhluknya sesuai amalnya.
Para malaikat pencatat amal datang dengan membawa tulisan-tulisan mereka.
Allah berkata pada mereka , lihatlah apakah ada amalan yang tersisa pada hamba-Ku ini ?
Para malaikat itu menjawab , kami tidak meninggalkan sedikit pun amalan yang kami ketahui kecuali kami mencatat dan menulisnya.
Allah lalu berkata lagi (pada hamba-Nya itu), kamu mempunyai amal kebaikan yang hanya Aku yang mengetahuinya.
Aku akan membalas amal kebaikanmu itu.
Kebaikanmu itu berupa zikir dengan sembunyi (tak bersuara).”
( Hadis Riwayat Al-Baihaqi )
Yang cara untuk dilakukan menyebut nama Allah didalam hati pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
bagaimana hendak melaksanakan apa yang tersurat didalam firman Allah
“Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.” Iaitu cara untuk menyebut Allah secara lisan lidah...
Semasa seseorang menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang ada pada diri sendiri, tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan itu hendaklah ditumpukan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah
Untuk menumpukan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah orang tersebut hendaklah selalu mengulang-ngulang ungkapan “BUKAN AKU, BUKAN ALLAH” dengan memahami maksud “BUKAN AKU, BUKAN ALLAH” yang sedang disebut itu..
Semasa menyebut “BUKAN AKU” apa yang perlu difahami yang dia tidak boleh merasai sifat ketuhanan yang ada pada dirinya sebagai sifat keberadaan, keakuan atau keupayaan dirinya sendiri samada dengan cara
- yang telah diperkatakan dengan lisan lidahnya
- Yang difikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas didalam hatinya
Tentang keberadaan dirinya sendiri
Dan
Semasa menyebut “BUKAN ALLAH” apa yang perlu difahami ialah dia tidak boleh menyangka sifat ketuhanan yang ada pada dirinya yang sedang dirasakan sebagai keberadaan dirinya yang sedang disangka pula sebagai sifat ketuhanan Allah...
Yang telah dilakukan samada dengan cara
- yang telah diperkatakan dengan lisan lidahnya
- Yang difikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas didalam hatinya
Tentang keberadaan Allah diketika ia masih lagi atau sedang merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan dirinya sendiri
Dia sedang memperkatakan sifat-sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah pada masa dia masih lagi merasakan akan keberadaan, keakuan atau keakuan dirinya sendiri. Keadaan ini sebenarnya adalah merupakan sangka-sangkaan kepada sifat ketuhanan Allah.
Apa yang telah dan akan disangka sebagai sifat ketuhanan Allah ialah keberadaan dirinya yang sedang dirasakan keberadaannya
Ulang-ulangkan ungkapan “BUKAN AKU, BUKAN ALLAH” ini sehinggalah sudah boleh menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.
Tanda sudah dan sedang berlaku tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah ialah “Tidak ada lagi yang diperkatakan dengan lisan lidah, tidak ada lagi yang bermain-main didalam lembah pemikiran dan tidak lagi yang terlintas didalam hati”
Apa yang “Tidak ada lagi yang diperkatakan dengan lisan lidah, tidak ada lagi yang bermain-main didalam lembah pemikiran dan tidak lagi yang terlintas didalam hati”
Ialah tentang sifat ketuhanan yang ada pada diri sendiri ialah sifat ketuhanan Allah sepertimana yang telah Allah firmankan didalam Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Setelah dapat menumpukan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah
Tumpukanlah kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah dengan sebulat-bulat tumpuan.
Didalam masa sedang menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah
Sebutlah Allah, Allah, Allah tanpa putus dan setiap sebutan Allah itu hendaklah ditujukan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah
Sehinggalah berlakunya sedang menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah pada masa atau pada saat yang sama atau berlakunya pertemuan diantara menyebut nama Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.
Setelah berlakunya sedang menyebut nama Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah pada masa atau pada saat yang sama
Disinilah tempat berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah.
Dimana tumpu dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah adalah merupakan penyaksian
Dan
Menyebut Allah adalah merupakan pengakuan bahawa sifat ketuhanan yang sedang ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan itu adalah sifat ketuhanan Allah
Selagi belum lagi berlaku sedang menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah pada satu masa atau disaat yang sama, belum lah berlaku penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah seperti yang terkandung didalam firman Allah pada surah saba’ atat 27 iaitu “Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Disini sedang berlaku ternafinya sifat ketuhanan kepada diri sendiri dan terisbatnya sifat ketuhanan kepada Allah.
Nafi dan isbat apabila disebut nampak macam dua perkara yang berlainan tetapi didalam perlakuan yang dilakukan ia adalah satu perkara yang sama..
Setelah berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah diteriskan dengan menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan Allah, kemudian sebutlah nama Allah tanpa putus dan setiap sebutan Allah tang disebut itu hendaklah ditujukan kepada tumpuan dengan sebulat tumpuan kepada penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah yang sedang berlaku.
Lakukan sehingga berlaku penyaksian dan pengakuan kepada Allah..
Setelah berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada Allah diteruskan latihan dengan menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang sedang berlaku. Sebutlah Allah, Allah, Allah secara istiqomah dan tanpa putus.
Tujukan sebutan Allah yang disebut itu kepada tumpuan dengan sebulat tumpuan kepada penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang sedang berlaku, dari sini akan berlaku pula penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.
Ini apa yang Allah perintahkan yang tersirat didalamnya penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, asma' dan perbuatan Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah..
Disinilah sedang berlaku seperti yang telah diperkatakan iaitu (ASHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH IAITU AKU BERSAKSI TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH)
Setelah berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah barulah dilafazkan akan kalimah tauhid “LAA ILAHA ILLALLAH” mengikut sepert yang telah disandakan oleh Rasulullah saw
hadis Riwayat Thabrani dan Baihaqi
Dari ’Ali karamallahu wajhah: Aku katakan: Ya Rasulullah, manakah jalan thariqat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas hamba Allah dan semulia-mulianya di sisi Allah?
Maka Sabda Rasulullah SAW.: Ya Ali, penting atas kamu berkekalan/senantiasa berzikir kepada Allah.
Berkatalah Ali: Tiap orang berdizikir pada Allah.
Maka Rasulullah SAW. bersabda: Ya Ali, tidak ada terjadi kiamat sehingga tiada lagi tinggal di atas permukaan bumi ini, orang yang mengucapkan Allah, Allah.
Maka sahut Ali kepada Rasulullah SAW: Bagaimana caranya aku berzikir ya Rasulullah?
Maka Sabda Rasulullah SAW: Pejamkan kedua matamu dan dengarkanlah dari saya ucapan tiga kali. Kemudian ucapkanlah seperti itu dan aku akan dengarkan. Maka sejenak Rasulullah SAW mengucapkan Laa ilaaha illallah, tiga kali sedang kedua matanya tertutup.
Kemudian Ali pun mengucapkan kalimat laa ilaaha illallaah seperti demikian.
Ajaran tersebut kemudian Sayyidina Ali ajarkan pula kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri diajarkan kepada al-Habib al-Ajamy, dari al-Habib diajarkan kepada Daud Atha’iy, dari Daud diajarkan kepada al-Makruf Al Karakhi dan dari al-Makruf ke pada As Sari, dan kemudian dari As Sari kepada al-Junaid.
Ketika Nabi Muhammad SAW menunjukkan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu kepada Saidina Ali, baginda bersabda :
Hai Ali, pejamkan kedua matamu dan engkau dengar daripada aku tiga kali aku berkata “Laa ilaaha illallah” tiga kali, dan aku mendengar bacaan engkau. Maka berkata Nabi tiga kali mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) dengan memejamkan kedua mata, Nabi mengangkat suaranya, Ali mendengarnya. Kemudian Ali mengatakan “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) tiga kali seperti yang dikatakan Nabi itu, dan Ali pun memejamkan kedua matanya dan mengangkatkan suaranya, sedangkan Nabi mendengar bacaan Ali pada saat Ali ibn Abi Thalib mengalami fana fillah. Kemudian Setelah Ali sadar, maka Nabi bertanya kepada Ali mengenai perjumpaannya dengan Allah, maka Ali berkata :Roaitu robbi bi'aini qolbi, faqultu laa sakka anta anta Allah.
“Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan akupun berkata: tidak aku ragu engkau, engkaulah Allah”.Setelah Ali menceritakan perjumpaannya dengan Allah, maka kemudian Nabi membawa Ali di hadapan para umat dan berkata :Ana madinatul 'ilmi wa Ali baabuhaa.
“Aku adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah pintunya”.
Keadaan ini berlaku sepertimana didalam peristiwa nabi musa memohon untuk melihat Allah yang telah dijelaskan didalam firman Allah pada
7.Surah Al-'A`rāf dari ayat 143 hingga 158
Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalli" kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan.
Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman.
Didalam soal untuk bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik dengan melaksanakan perintah Allah iaitu “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI”, Allah telah memperjelaskan sikap orang ramai iaitu dengan firmanNya “NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA”
Inilah realiti yang sedang berlaku didalam kehidupan seharian kita semua.
Tidak ramai yang akan bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik (samada syirik yang terang, syirik yang tersembunyi atau syirik yang tersembunyi, lagi tersembunyi, lagi tersrmbunyi, lagi tersembunyi...) dengan melaksanakan perintah Allah “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI” iaitu melakukan apa yang tersurat dan apa yang tersirat didalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Ini adalah cara untuk menyebut nama Allah dengan lisan lidah
Yang cara untuk dilakukan untuk menyebut nama Allah didalam hati pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Inilah yang akan menyebabkan walaupun Allah telah menerangkan dengan berbagai jalan dan cara untuk menetapkan oktiqad tauhid didalam Al-Quran,
Keterangan-keterangan ini tidak menjadikan ramai orang menjadi bertambah beriman, malah keterangan-keterangan ini menyebabkan mereka menjadi semakin atau bertambah liar
Firman Allah
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 89
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.
Setelah mengucapkan kalimah tauhid Didalam keadaan sedang berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada Allah mengikut sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw diatas
Setiap orang perlu tahu dan boleh menghuraikan sendiri tentang bagaimana untuk melakukan perintah Allah
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Dan sabda Rasulullah saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada
- sifat ketuhanan Allah
- Allah
- Allah yang mengenal Allah
Setelah itu Bolehlah seseorang itu melakukan pula penyerahan dengan sebulat-bulat penyerahan kepada Allah.

[ Sumber dari ISLAM SUDAH KEMBALI DAGANG]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan