KEBENARAN FITNAH AKHIR ZAMAN*
"Aku telah Meyakini bahawa tiada TUHAN Melainkan ALLAH dan MUHAMMAD itu Pesuruh ALLAH."
"Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."
Wahai orang-orang Islam !
Kembalilah kepada Allah, Tuhan Sekalian Alam dengan Taubat yang BENAR...
Bersihkanlah tubuhmu daripada dosa dan noda.
Berpalinglah kamu daripada segala yang sia-sia.
Sucikanlah hatimu daripada segala aib cela dan najis-najis Syirik.
Maka Sujudlah dihadapan Tuhanmu dengan hina dan kefakiran.
Dan tangisilah dirimu kerana engkau masih terhalang dari Taufik dan Kebenaran.
Moga-moga Allah swt berkenan menghulurkan Rahmat-Nya kepadamu dan memimpin tanganmu kepada Jalan-Nya yang BENAR...
"Demi Tuhan yang nyawaku didalam genggaman-Nya."
Sesungguhnya zaman ini kita berada dibawah langit dan bumi KEMURKAAN Tuhan !
Terkecuali kita yang mendapat Rahmat dan Keampunan Allah swt...
Pada hari ini SYIRIK telah pun menguasai TAUHID !
Maksiat terlalu banyak dan Ketaatan hanya sedikit. Kemunafikan bermaharajalela, pendustaan Agama merata-rata. Kejujuran dan Keikhlasan sudah tiada !
Orang-orang yang benar-benar takut kepada Allah swt hanya satu didalam beribu-ribu orang.
AMANAH Allah swt telah dikhianati dan Ibadah sudah tidak diperdulikan lagi. Urusan dunia dipandang tinggi dan Akhirat terus dilupai...
Mufti dan kadi-kadi mabuk dengan gaji yang menjadi tuhan-tuhan duniawi. Imam dan Bilal sudah di ikat dengan wang yang sedikit maka hilanglah ketakutan kepada Allah swt bertukar rasa bimbang dan takut kepada makhluk...
Perempuan dizaman ini telah hilang rasa malu dan harga diri. Berpakaian tetapi seperti telanjang, memakai kain, baju nipis, berseluar ketat sendat dengan bangganya !
Mereka Lalai dan tidak takut lagi kepada Azab Laknat Allah swt. Dan maka tercetuslah nafsu-nafsu lelaki menjadi buas dan zalim. Kejadian rogol dan pembunuhan tidak dapat dibendung lagi...
Penzinaan, berzina dan zina mata sudah menjadi kebiasaan umat Akhir Zaman.
Minum arak menjadi kegemaran bahkan dipandang remeh akan keberadaannya disekeliling mereka.
Judi dan memakan RIBA’ menjadi kemegahan dan kebiasaan.
Lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki.
Dadah dan hiburan menjadi pemujaan.
Majalah, lakonan, video ringkas mendedahkan tubuh wanita bebas diserata tempat dan media sosial.
Tempat-tempat penginapan sulit, rumah-rumah rahsia gelap, filem-filem lucah, bar dan disco mendapat sambutan hangat dan pembelaan.
TV, surat khabar dan berita dusta menjadi rujukan mereka, dan kitab-kitab mereka hanyalah duniawi belaka. Rumah-rumah mereka telah menjadi panggung-panggung wayang.
Dan Alim Ulama sudah tidak berani lagi memberikan Fatwa mengenai TV dan filem-filem yang bercanggah dengan Syarak kerana hendak menjaga hati orang ramai...
Masjid dan surau tidak lagi menjadi tempat-tempat untuk mendekati diri kepada Allah swt, tetapi menjadi tempat medan perebutan pangkat dan kemasyhuran. Bahkan orang kafir mampu membuat peraturan didalam HUKUM ALLAH SWT !
Permainan dan pekerjaan menjadi lebih utama daripada Ibadah...
Sembahyang dan Puasa sudah menjadi Adat bukan lagi Ibadat.
Akhlak semakin rosak !
Segala yang mereka hendak buat semuanya boleh belaka.
Tiada siapa yang berani menyekat atau mengatakan apa-apa Halal atau Haram !
Raja dan Penguasa sudah tidak lagi peduli kepada AMANAH Allah swt.
Pejabat Agama sudah menjadi topeng dan boneka para penguasa negeri.
Polis dan Tentera menjadi alat kepada pemerintah yang zalim tidak mengikut PETUNJUK AGAMA...
Masjid-Masjid hanya tinggal Jasad. Jasad yang di hati mereka tiada lagi Taqwa dan ketika itu yang paling jahat ialah orang Alim !
Daripadanyalah datangnya FITNAH dan kepadanyalah kembali FITNAH itu.
Mereka itu syaitan-syaitan bisu dan penolong kepada iblis.
Mimbar-mimbar Masjid sudah dicemari oleh daki-daki duniawi dan debu-debu Syirik. Dan Al-Qur'an telah dipenjarakan didalam Masjid-Masjid.
Pada hari ini ramai orang yang fasih lidahnya tetapi BUTA HATINYA !
Orang jahil dan orang Islam terus berada didalam KEJAHILANNYA...
Tidak mahu belajar Agama dan membaiki diri. Orang yang Berilmu telah terpengaruh dengan keduniaan dan hati-hati mereka telah menjadi Buta.
Menjadi alat kepada makhluk dan berpaling diri dari Tuhan...
Alim Ulama diam membisu masing-masing menjaga kepentingan diri. Takut hilang gaji dan pencen.
Alim pendusta semakin ramai yang menjadi lidah-lidah kebatilan. Bagaikan lalat yang berebut-rebut menghinggapi najis yang busuk. Dan akhirnya, mereka tertimbus didalam najis itu.
Orang Alim di Akhir Zaman ini, Agama dijadikan alat untuk mencari makan dan yang paling jahat telah menjadi alat melawan Tuhan.
Mereka seperti lembu-lembu yang dicucuk hidungnya dengan tali dan ditarik sesuka hati tuannya.
Pakaian Sunnah Nabi saw menjadi dagang didalam negeri sendiri dan Ulama moden lebih bangga meniru pakaian barat yang menjadi musuh Islam...
Golongan yang Berjuang didalam Islam masih lagi takut dan bimbang kerana mereka masih bergantung rezeki pada tangan makhluk. Dan mereka tidak yakin rezeki dari Tuhan. Menyebabkan Fatwa Agamanya menjadi longgar dan berbolak-balik. Ditipu nafsu sendiri kerana takutkan terlucut habuan dunia dari tangannya.
Rahsia Zikir Isbah dan Zikir Kuat sudah tidak difahami oleh Ulama Akhir Zaman kerana dunia telah bertahta dihatinya dan tiada sifat merendah diri.
Umat telah kehausan Para-para Guru yang mahir didalam bab Ketuhanan. Yang mengajar harini sendiri pun tidak faham Hakikat Ketuhanan.
Golongan Tarekat pula terumbang ambing tanpa nasihat dan pimpinan Guru Mursyid yang BENAR dari Tuhan.
Mursyid yang benar kadangkala ada tetapi sukar dikenali kerana ditudung oleh Alim Ulama dunia yang bimbang pengaruhnya akan hilang.
Jalan Tasawwuf amat sedikit pengikut tetapi banyaknya FITNAH. Orang yang berjalan pun jarang yang sampai.
Yang BENAR ada tetapi amatlah jarang. Menjadi musuh kepada Ulama yang terhijab dengan Tuhan.
JAGA-JAGA... !
Ahli Tasawwuf Tiruan juga ramai dan kebanyakkannya mereka mengambil kesempatan duit dan perempuan.
Meraba-raba hal Ketuhanan didalam gelap tanpa Hidayah dari Tuhan dan akhirnya tergelincir kaki dan tersesatlah jalannya !
IMAN semakin menipis, Janji Tuhan menjadi keraguan didalam diri dan bala’ dari Tuhan tidak diperdulikan lagi...
Cinta dunia, Cinta harta benda, Cinta pangkat dan Cinta kebesaran dan lupa mati telah melanda masyarakat.
Tamak, iri hati dan FITNAH-MEMFITNAH.
Khianat-mengkhianati, megah, sombong, lupa diri dan lupa Tuhan telah menjadi seperti kuman-kuman penyakit yang telah merebak WABAK di kota dan di desa...
Suami-suami menjadi dayus tidak mendidik anak isteri kepada jalan Taqwa. Isteri-isteri menjadi jari telunjuk didalam rumahtangga. Ramai isteri yang derhaka kepada suami.
Orang tua tidak lagi mengasihi golongan muda dan golongan muda tidak lagi menghormati orang tua.
Dan tugas nasihat-menasihati sudah tidak diamalkan lagi. Jalan dunia diperluaskan dan ramai teman taulan kesesatan.
Jalan Akhirat telah disempitkan, dikambus-timbus dan tiada teman taulan menuju Kebenaran.
Semuanya berada diatas jalan menaiki kenderaan, satu cita-cita satu tujuan. Mencari kepentingan duniawi dan kebendaan.
Inilah kebanyakkan orang di Akhir Zaman...
Dusta, penipu dan belit jadi mainan asalkan mendapat wang. Mereka tidak lagi takut pada Azab Tuhan !
Hukum Hakam Tuhan diketepikan !
Orang yang BENAR dihina dan dicela.
Orang yang pendusta dipuji-puja...
Benar dan salah tidak dapat dibezakan lagi kerana telah BUTA MATA didalam dada.
Inilah tanda orang yang dusta dalam IMAN.
Manusia ramai yang menjadi seperti haiwan !
Hidup, makan, minum siang dan malam.
Hawa nafsu menjadi tuhan...
IMAN telah tercabut dan akal Nuraninya sudah padam dan menjadi rosak.
Pemuda-pemuda tidak lagi sayangkan nyawa mereka, berlumba-lumba motorsikal dan kereta di tengah jalanraya seperti dirasuki syaitan.
Pemuda-pemudi bebas berkeliaran memuaskan nafsu syahwat kebinatangan mereka.
Wanita zaman ini tidak lagi peduli batas-batas aurat dan pergaulan mereka.
Telah menjadi senjata-senjata syaitan.
Mereka berpakaian seperti pelacur. Bermegah-megah dijalanan, tempat hiburan maksiat dan tempat membeli-belah.
Anak-anak ramai yang telah menderhaka kepada ibubapa dan ibubapa pun juga ramai yang telah menderhaka pada Allah swt dan Rasul-Nya.
NASIHAT yang BENAR tidak didengari dan AMARAN Tuhan tidak dipedulikan lagi.
Batas-batas Islam sudah mula pecah dan banjir kekufuran melanda negeri.
Allah... ! Allah... ! Allah... !
Ajaran Nabi saw sudah banyak dibuang dan ditambah sesuka hati, Sunnah Nabi saw telah ditinggalkan.
Tuhan hanyalah tinggal Nama-Nya sahaja.
Bukan lagi yang Dipuja, yang Disembah dan yang Ditaati.
RUH IMANNYA TELAH MATI DAN HANYA JASAD YANG MENUNGGU MAUT.
ISLAM HANYA TINGGAL NAMANYA.
AL-QUR'AN HANYA TINGGAL HURUF-HURUFNYA SAHAJA.
MASJID-MASJID HANYA TINGGAL BANGUNAN YANG INDAH SAHAJA.
UMAT SEMUA HANYA PENTINGKAN DIRI.
Zaman ini ramai manusia telah berpaling daripada Allah swt dan berhadap kepada makhluk.
Hanya sedikit orang yang Hatinya Rindu kepada Akhirat. Dan amat sedikit orang yang dapat merasai Kelazatan, Kecintaan dan Kerinduan kepada Allah swt.
Apatah lagi Mengenal Allah swt, Tuhan Pencipta Sekalian Alam...
Manusia di zaman ini tamak dan haloba dengan Nikmat Allah swt tetapi mereka tidak mahu Taat kepada Allah swt.
Manusia mengetahui Allah swt ADA tetapi mereka tidak mahu Mengenal Allah swt dan berhadap kepada Allah swt.
Mereka menyembah Allah swt tetapi tidak berusaha Mengenali Allah swt.
Bahkan mereka mula menyembah berhala-hala makhluk hidup dan menjadi pentaksub buta, mereka sembah harta duniawi.
Alangkah murkanya ALLAH !!!
Tidakkah mereka tahu bahawa hanya Allah swt sahaja Tuhan yang WUJUD didalam alam ini ?
Manusia ramai yang tidak bersyukur dengan Nikmat Allah swt.
Rezeki yang Allah swt kurniakan kepada mereka, mereka anggap dari usaha mereka sendiri dan dari cerdik pandai mereka.
SEDARLAH ! Allah swt akan menghancurkan kita, jika kita terus berkerjasama didalam Kemungkaran yang membuatkan kita terus terleka dan terlalai didalam jurang kenikmatan.
Ambillah Iktibar dari negara-negara saudara Islam kita yang telah dihancurkan akibat CINTA DUNIA dan TAKUT MATI yang membuatkan mereka sebelum ini terleka dan lalai didalam duniawi palsu ini akibat tidak berada diatas Landasan Islam yang SEBENAR...
“Barangsiapa yang tidak turut perintah Allah, tidak bersyukur dengan nikmat Allah dan tidak redha barang yang Allah takdirkan kepadanya maka carilah Tuhan yang lain daripada Allah dan janganlah duduk didalam dunia Allah ini.”
Wahai orang Islam yang masih hidup Hatinya... !
Sebarkanlah... Tiupkanlah dan Nyalakanlah semula RUH JIHAD didalam dirimu.
INSHAAALLAH...
ISLAM akan bersinar kembali !
Inilah FITNAH di AKHIR ZAMAN...
Maka tunggulah, tunggulah PERANG dari Tuhan Maharaja Yang Maha Perkasa...
“Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu mengkhianati terhadap Allah dan Rasul-Nya dan jangan pula khianati barang yang diamanahkan kepada kamu sedang kamu mengetahuinya.”
Dan moga-moga kami dan kamu DISELAMATKAN oleh ALLAH SWT daripada KEJAHILAN KESESATAN, agar kita semua memperolehi jalan KESELAMATAN menuju NEGERI AKHIRAT...
[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]
0 comments:
Catat Ulasan