PUNCAK MAKRIFAT

PUNCAK MAKRIFAT

*.Inilah yang disebut Tajalli.
*Dalam istilah lain disebut juga
" Musyahadah atau MUKASYAFAH." .
Manusia yang sudah mencapai tajalli bererti ia telah bermikraj.
Dalam peristiwa Isra Mikraj, Nabi diceritakan telah sampai ke “Pohon Sidrah” yang biasa dikenal dengan sebutan :
" Sidratul MUNTAHA " .
Dengan Mikraj bererti beliau telah sampai kepada bayt Allah lalu menemui-Nya.
Nabi sendiri mengatakan :
" RA'AITU ROBBBI FI AHSANI SHURAH "
" Aku telah melihat Tuhanku pada
seelok-elok rupa yang tiada seumpamanya "
Dengan demikian, tidak ada hijab lagi antara diri dan Tuhannya.
Yang ditemui adalah
Cahaya atas Cahaya
( NURUN 'ALA NURIN )
Allah adalah cahaya langit dan bumi.
Perumpamaan Cahaya Allah adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus ( lubuk sarang Nur) yang di dalamnya ada pelita besar.
Pelita itu di dalam kaca ( dan ) kaca itu bak bintang yang memancarkan sinar gemerlapan yang dinyalakan ( dengan minyak ) dari pohon yang diberkati – iaitu Pohon Zaitun yang tidak tumbuh di timur mahupun barat.
Minyaknya pun bercahaya meskipun tidak disentuh api.
Cahaya atas Cahaya.
Allah membimbing sesiapa jua yg
Dia Sendiri kehendaki kpd cahaya Nur-Nya itu.
( QS. An Nuur (24):35 )
Solatnya orang-orang beriman ( MA'RIFAT ) itu sangatlah khusyu' kerana ketika mereka solat, tidak ada hijab antara dia dan Tuhannya.
Nabi bersabda:
“Solat adalah mikrajnya
orang-orang yang beriman”.
Ya ! Hanya orang orang berimanlah yang mengalami Mikraj ketika solatnya.
Ini bererti :
*mereka itu tidak menyembah kekosongan.
*Mereka itu bashar ( melihat ) Allah ketika solat dan Allah juga bashar kepada mereka.
Sunan Bonang – salah seorg WALI Songo, penyebar agama Islam di Nusantara pernah berkata, seperti yang tertulis dalam Suluk Wujil sebagaimana berikut :
"Endi ingaran sembah sejati, Aja nembah yen tan katingalan, Temahe kasor kulane, Yen sira nora weruh, Kang sinembah ing dunya iki, Kadi anulup kaga, Punglune den sawur, Manuke mangsa kenaa, Awekasa amangeran adam sarpin, Sembahe siya-siya."
Ertinya :
“Manakah yang disebut solat yang sesungguhnya ? Janganlah menyembah bila tidak tahu siapa yang disembah. Akibatnya akan direndahkan martabat hidupmu.
Apabila engkau tidak mengetahui siapa yang disembah di dunia ini, engkau seperti menyumpit burung. Pelurunya disebar tetapi tak ada satupun yang mengena burungnya. Akhirnya cuma menyembah kekosongan, penyembahan yang tiada berguna.”
Dalam beragama. :
*ada golongan Orang ‘Alim
*ada golongan Orang ‘Arif
( yg sudah kenal Allah ).
Perbedaannya adalah. :
*Orang ‘Alim mengenal Tuhan hanyalah sebatas percaya belaka.
Syahadatnya pun hanya diucapkan di bibir nya saja.
*Orang ‘Arif mengenal Tuhannya adalah melalui Musyahadah ( penyaksian mata hati ). Syahadatnya bukan hanya diucapkan sahaja melainkan telah dibuktikannya.
Jika seseorang sudah mencapai tahap alim maka sayugianya ia meningkatkan kualiti dirinya menjadi seorang yang ‘Arif.
Orang yang telah mengenal Tuhannya akan mampu solat terus menerus / non stop dalam keadaan berdiri, duduk, bahkan tidur nyenyak sekalipun.
Intinya adalah segala perbuatannya adalah solat.
Inilah yang disebut :
“ Solat Daim ”.
Aladzinahum ‘ala sholaatihim daa’imuun.
" Mereka itulah yg terus menerus / sentiasa / tetap melakukan solat"
( QS. Al-Ma’aarij : 70:23 )

[ Sumber dari Syeikh Amdan Maulana ]
 


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan