PERMULAAN CIPTAAN NUR MUHAMMAD

 


PERMULAAN CIPTAAN NUR MUHAMMAD
Makhluk yang pertama yang di ciptakan oleh Allah adalah Ruh Muhammad saw. Ia diciptakan dari cahaya ‘Jamal’ Allah. Sebagaimana firman Allah di dalam hadis Qudsi, “Aku ciptakan ruh Muhammad dari cahaya Zat-Ku”.
Nabi Muhammad saw juga bersabda: “Yang pertama diciptakan oleh Allah ialah ruhku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah cahayaku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah qalam. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah akal”.
Ruh, cahaya, qalam dan akal pada dasarnya adalah satu, iaitu hakikat Muhammad.
Hakikat Muhammad di sebut “nur”, kerana bersih dari segala kegelapan yang menghalangi untuk dekat kepada Allah sebagaimana firman Allah, “Telah datang kepadamu cahaya dan kitab penerang dari Allah”.
Hakikat Muhammad disebut juga akal, kerana ia yang menemukan segala sesuatu. Hakikat Muhammad disebut qalam kerana ia yang menjadi sebab perpindahan ilmu (seperti halnya mata pena sebagai pengalih ilmu di alam huruf pengetahuan yang tertulis). Ruh Muhammad adalah ruh yang termurni sebagai makhluk pertama dan asal seluruh makhluk sesuai dengan sabda Rasulullah saw: “Aku dari Allah dan orang-orang mukmin dari aku”.
Dan dari ruh Muhammad itulah Allah menciptakan semua ruh di alam ‘Lahut’ dalam bentuk yang
terbaik
yang hakiki. Itulah nama seluruh manusia di alam Lahut. Alam Lahut adalah negeri bagi seluruh manusia. Allah menciptakan arasy dari cahaya zat Muhammad saw. Bagitu juga makhluk lain berasal dari zat Muhammad.
Selanjutnya ruh-ruh diturunkan ke alam yang terendah, dimasukan pada makhluk yang terendah iaitu jasad. Sebagaimana firman Allah, “Kemudian Aku turunkan manusia ke tempat yang terendah” Proses turunnya itu adalah setelah ruh diciptakan di alam Lahut, maka diturunkan ke alam Jabarut dan dibalut dengan cahaya Jabarut. Sebagai pakaian antara dua haram lapis kedua ini disebut ruh ‘Sultani’.
Selanjutnya ia diturunkan lagi ke alam Malakut dan dibalut dengan cahaya Malakut yang disebut ruh ‘Ruhani’. Kemudian diturunkan lagi ke alam Mulki dan dibalut dengan cahaya Mulki. Lapis keempat ini disebut ruh ‘Jismani’.
Selanjutnya Allah ciptakan badan (jasad) dari Mulki (bumi), sebagaimana firman Allah: “Dari bumi aku mencipta kamu. Kepada bumi aku mengembalikanmu. Dan dari bumi pulalah aku mengeluarkanmu”.
Setelah terwujud jasad, Allah memerintahkan ruh agar masuk ke dalam jasad, maka ruh masuk ke dalam jasad, sebagaimana firman Allah: “Kutiupkan ruh dari Ku ke dalam jasad”.
Ketika ruh berada di dalam jasad, ruh lupa akan perjanjian awal di alam Lahut, iaitu hari perjanjian: “Bukankah Aku ini tuhan mu” Ruh menjawab, “Benar, engkau adalah Tuhan kami”.
Disebabkan ruh lupa pada perjanjian awal, maka ruh tidak dapat kembali ke alam Lahut sebagai tempat asal. Oleh kerana itu, dan kasihnya Allah menolong mereka (manusia) dengan menurunkan kitab-kitab samawi sebagai peringatan tentang negeri asal mereka, sesuai dengan firman Allah; “Berikanlah peringatan pada mereka tentang hari-hari Allah”, iaitu hari pertemuan antara Allah dengan seluruh arwah (ruh) di alam Lahut. Lain halnya dengan para nabi, mereka datang ke bumi dan kembali ke akhirat, badannya di bumi, sedangkan ruhnya berada di negeri asal kerana adanya peringatan ini.
Sangat sedikit orang yang sadar dan kembali serta berkeinginan dan sampai ke alam asal mereka. Oleh kerana sedikitnya manusia yang mampu kembali ke alam asal, maka Allah melimpahkan kenabian kepada ruh agung Muhammad Rasulullah, penutup penunjuk jalan dari kesesatan ke alam terang. Ia ditulis untuk mengingatkan mereka yang lupa membuka hatinya. Nabi mengajak manusia agar kembali dan sampai serta bertemu dengan ‘Jamal Allah’ yang azali, sesuai dengan firman Allah: “Katakanlah, Ini adalah jalanKu. Aku mengajak ke jalan Allah dengan pandangan yang jelas. Aku dan para pengikutKu”.
Nabi bersabda, “Para sahabatku seperti bintang-bintang, mengikuti yang mana pun kamu akan mendapat petunjuk”.
Pada ayat tadi dijelaskan bahawa Nabi mengajak manusia kembali kepada Allah dengan pandangan yang jelas, yang di dalam Al-Quran di sebut ‘basyirah’. Basyirah adalah dari ruh asli yang terbuka pada ‘mata hati’ bagi para aulia. Basyirah tidak akan terbuka hanya dengan ilmu zahir saja, tetapi untuk membukanya harus dengan ilmu ladunni batin (ilmu yang langsung dari Allah). Sesuai dengan firman Allah, “Kepada dia Kuberikan ilmu yang langsung dariKu”.
Untuk menghasilkan basyirah, manusia mengambilnya dari ahli basyirah dengan mengambil talqin dari seorang wali mursyid yang telah berkomunikasi dengan alam lahut.
Wahai saudaraku, masuklah pada ‘tariq’ (jalan kembali kepada Allah) dan kembalilah kepada Tuhanmu bersama golongan ahli ruhani. Waktu sangat sempit, jalan hampir tertutup dan sulit tempat untuk kembali ke negeri asal (alam Lahut)........
Sumber :- - Kitab Al-Hikam - Isi Dari :- - Sirr Al-Asrar - Halaman :- ☆ (10 -16 ) ☆
{ "As- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani" }

D I R I.
_________
Allah tiada didalam diri kita, tetapi kitalah yang ada didalam Allah, bukan kita mengandung Allah, tetapi Allah-lah yang mengandungi kita, bukan kita yang meliputi Allah, tetapi Allah-lah yang meliputi kita.
Semua sifat ini kita ada adalah sifat Allah, sifat yang ada pada kita pasti akan hilang dan musnah. Sifat yang kekal dan abadi hanyalah Allah SWT.
Firman Tuhan:
′′ Setiap perkara akan binasa, kecuali belas kasihan-Nya, baginya hukum dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan."
Makhluk itu hanya 'digunakan' atau tempat Ketuhanan. Dia mengisytiharkan Diri Sendiri.
melalui 4 artikel yang diterbitkan:
1. Usul (Dzat) 1. n
2. Asal Usul (Pengkhianatan)
3. Daging (Asma) 3. n
4. Amalan (Af ' al)
Yang menjadi empat jalan:
1. Shariat
2. Tharekat
3. Hakikes
4. Ma ' rifat
Maruahnya:
1. Hukumnya ialah Af ' al Allah
2. Tharekat ialah Asma Tuhan
3. Alam semula jadi ialah Alam Semula Jadi Tuhan
4. Ma ' rifat itu nikmat Allah
Sifat semula jadinya:
1. Sifat Shariat - Sifat Nasut
2. Alam Tharikat - Alam Malakut
3. Sifat Alam - Alam Jabarut
4. Alam Ma ' rifat - Alam Lahut
Jadi:
1. Shariat untuk menjadi Badan
2. Tharekat menjadi Hati
3. Penting untuk menjadi Semangat atau Jiwa
4. Ma ' rifat menjadi Rahsia Tuan.
Penjelasannya ialah:
1. Dzat = Bentuk Dzat ialah bentuk HAQ dalam Dzat Allah difahami dengan Rabbul Izzati yang sebenarnya melekat pada Allah, yang menjadi Rahsia (SIRR), adalah sesuatu yang tidak dapat dilafazkan tetapi dapat dirasai, seperti rasa manis gula, perasa garam, hanya boleh dirasai tanpa diperkatakan.
2. Sifat = Bentuk alam adalah bentuk yang melekat pada sifat difahami oleh sifat Allah iaitu sifat sifat semua harta, yang diringkaskan oleh para wali ke alam 20, wujudnya alam ini juga dipanggil Nur Muhammad, iaitu Roh atau jiwa pada diri.
3. Asthma = Bentuk Asthma ialah bentuk yang melekat pada nama nama semua nama, yang diringkaskan menjadi asmaul husna 99 nama 1 rahsia, bentuk ini juga dipanggil bentuk iman , adakah hati tempat keyakinan menjadi beriman kepada Allah sebagai cermin setiap makhluk yang memahami kehebatan Allah.
4. Af 'al = Bentuk Af' al ialah bentuk yang melekat pada perbuatan difahami oleh kelakuan Allah dalam Qurrat IradatNya, iaitu wujudnya kewujudanNya yang disebabkan oleh sebab maka ia tidak berlaku dengan sendirinya , borang ini juga dipanggil adam, ialah badan pada Diri Sendiri.
Justeru pemahaman ini tentang manifestasi Tuhan ialah:
1. Rahmat Tuhan adalah rahsia dirinya sendiri.
2. Sifat Tuhan untuk menjadi jiwa atau Nur Muhammad atau roh ke atas diri saya.
3. Asma Tuhan menjadi hati atau iman dalam diri kita.
4. Af ' al Allah menjadi badan kepada diri sendiri.
Tugas sirr ialah untuk merasai.
Tugas Roh ialah untuk menghidupkan kehidupan.
Tugas Hati ialah mengakui.
Tugas manifestasi ialah menunjukkan Af ' al-Nya.
Tugas deria adalah untuk berfikir.
Tugas nafsu ialah keinginan
Jadi ia bukan Sedap tetapi RAHSIA bagi saya.
Ia bukan sifat tetapi Nur Muhammad atau HIDUP untuk menjadi Semangat kepada saya.
Bukan Asma atau nama tetapi HATI atau kepercayaan menjadi kepercayaan kepada saya.
Bukan Amalan tetapi rod MAYAT ke atas saya.
Inilah diri yang sebenar dengan Tuhan Yang Maha Esa, Manunggaling Kawula Gusti atau maksud Wahdatul Manifestasi yang ada dalam diri termasuk Af ' al dan Asma, tiada jarak antara Hamba dan Tuhan.
[ Sumber dari TASAWUF FALSAFI ]

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

1 comments: