KEBENARAN IMAM AL-MAHDI

 

KEBENARAN IMAM AL-MAHDI
Adakah Beliau MELAYU atau ARAB ???
Saya tidak pasti pun mana satu sebab tidak disebut didalam Hadis, namun terdapatnya begitu banyak dakwaan melalui pelbagai sumber.
Antara sebab-sebabnya dakwaan IMAM AL-MAHDI asal daripada Melayu, pada pandangan saya seperti berikut;
1) KERANA TIMUR.
Daripada kedudukan Timur dari Tanah Arab memanjang ke hujung yang paling Timur adalah 'Asia Tenggara'.
Asia Tenggara atau Nusantara ini majoritinya penduduk yang Beragama Islam dari pelbagai Ras. Apabila penduduk majoritinya Islam, maka secara teorinya senanglah untuk dikaitkan bahawa KEBANGKITAN ini datang daripada sebelah Timur iaitu daripada Bangsa Melayu, kerana Bangsa ini adalah Bangsa yang paling besar di Nusantara ini.
Bahkan apabila disebut sahaja Melayu WAJIB Islam...
2) KERANA KETURUNAN.
Nabi Muhammad saw sendiri memberitahu bahawa "AHLUL BAIT" Baginda ini dari awal hingga ke akhirnya sentiasa akan hidup didalam keadaan susah. Iaitu;
Diburu, Difitnah, Dibunuh, Dipinggirkan dan sebagainya. Bahkan adanya Keturunan Baginda yang terpaksa merahsiakan identitinya seperti tukar cara percakapan mengikut tempat, pakaian, gaya dan sebagainya.
Keturunan-keturunan Baginda banyak yang menjadi pelarian dan paling ramai Keturunan Baginda yang masih terjaga dan dilindungi yang berada di sebelah Nusantara sehingga harini.
(Itulah mengapa wahabi membenci keturunan Baginda, dan mengajarkan fahaman supaya menolak dan tidak mempercayai Keturunan Baginda, mereka ini ibarat boneka terakhir dizaman ini untuk mematikan langkah 'AHLUL BAIT' supaya tidak akan adanya KEBANGKITAN ISLAM lagi. Mungkin juga mereka ingin menyiasat keberadaannya dan membunuhnya)
3) KERANA NAMA.
Jikalau diperhatikan dengan teliti, hanya di Nusantara sahajalah Khususnya Melayu yang menamakan anak-anaknya sebagai MUHAMMAD, MUHD, MOHAMAD, MOHAMED, MOHD sebelum di ikuti oleh nama lainnya seperti Alif, Safuan, Hairi dan sebagainya.
Nama 'Muhamad bin Abdullah' adalah sangat banyak disebelah Nusantara ini. Mungkin langkah untuk mengelirukan orang kafir yang masih memburu Keturunan Baginda sehingga harini.
Kemungkinan besar juga adanya maksud lain disebalik nama-nama ini, hanyalah Guru Mursyid Tersembunyi dan Para Wali Allah swt yang Tersembunyi sahaja yang mengetahui Hakikatnya berkenaan nama ini...
4) KERANA RUPA.
IMAM AL-MAHDI tidak sama seperti orang Arab. Tetapi seperti Bangsa Israel.
Jikalau kita tengok dan teliti tentang bentuk, rupa dan warna kulit orang Melayu sebenarnya sudah tiada lagi 'Pengenalan Khas', kerana Bangsa ini sudah berasimilasi begitu lama, sehinggalah wujudnya dari serendah-rendah orang hingga setinggi-tinggi galah, dari yang gelap kulitnya sehinggalah yang putih melepak, dari yang kurus kering hinggalah yang bidang dan sasa.
Bangsa Melayu sudah mengalami globalisasi bangsa. Rupa Melayu sudah seperti Mat Salleh, Yahudi, Mamak, Arab, Cina, Jepun dan segala rupa bangsa didalam dunia ini.
Mungkin inilah sebabnya dahulu mereka mengambil dan menjalankan kajian genom atau genetik Bangsa Melayu ini untuk disebarkan seluruh dunia atau juga melalui perkahwinan campuran...
5) KERANA KETURUNAN.
IMAM AL-MAHDI pada asasnya walaupun apa jua Keturunannya, ia tetap adanya darah Bani Hasyim, kerana dia adalah "AHLUL BAIT" Baginda.
Darah Keturunan Bani Hasyim ini banyak mengalir dikalangan orang Melayu, kerana misi Dakwah mereka terdahulu yang datang ke Nusantara...
6) KERANA SEJARAH.
Dua figura besar sebagai Raja adalah Nabi Sulaiman as dan Zulkarnain as.
Mengaitkan IMAM AL-MAHDI dengan dua watak ini menjadikan cerita lebih sedap digarap walaupun hampir mustahil untuk membuktikan dari segi genetik.
Namun jikalau kita tahu Rahasia siapa itu 'Malaikat Rifail', maka kita akan tahu perkara ini dengan senang. Kita tunggu sajalah...
7) KERANA PESANAN.
Wali-Wali Allah swt dan Ulama-Ulama besar terdahulu sudahpun berpesan bahawa dari Keturunan inilah nantinya akan lahirlah "PEMIMPIN AKHIR ZAMAN" sebagaimana yang Didoakan oleh Nabi Ibrahim as.
Cara Wali-Wali Allah swt ini melihat tidak seperti cara kita melihat, jikalau mereka digerakkan untuk menyatakan demikian, mungkin ada sebab dan rahsianya.
Mungkin untuk tujuan Kebenaran atau mungkin juga untuk tujuan tipu muslihat menyembunyikan identiti sebenar IMAM AL-MAHDI.
Hakikatnya Rahasia IMAM AL-MAHDI ini tetaplah berada didada Para Guru Mursyid yang Tersembunyi atau Wali Allah swt yang Tersembunyi...
KERANA OPTIMIS.
Ya, kita menyangka IMAM AL-MAHDI akan datang dari Bangsa Melayu !
Di Indonesia mereka pula menyangka bahawa IMAM AL-MAHDI akan datang dari Bangsa mereka, Bangsa Jawa dan sebagainya.
Begitu juga di Brunei, Pakistan dan sebagainya. Semuanya mengharap akan datang dari bangsa mereka.
Itu adalah dakwaan dan disandarkan kepada kebetulan-kebetulan yang dinyatakan dari No.1 hingga no.7
Hakikatnya Rahasia IMAM AL-MAHDI tetaplah berada didada,
PARA GURU MURSYID YANG TERSEMBUNYI DAN PARA WALI ALLAH SWT YANG TERSEMBUNYI...
*** KESIMPULANNYA... ***
Dari mana Keturunan Baginda IMAM AL-MAHDI muncul nanti bukanlah isu sebenarnya...
Isu yang lebih penting nanti, adakah kita tetap boleh menerima Baginda jika ia datang tidak seperti jangkaan kita ???
Dan membawa ISLAM dengan yang sebenar-benarnya dengan Kebenaran, bukannya seperti Islam yang kita fahami dan nikmati harini yang telah terpesong 99% dari Kebenaran ???
Apabila Baginda menuntut HAKNYA dan HAK ISLAM adakah kita beri atau kita memerangi Beliau ???
Ambillah iktibar daripada kisah kelahiran Baginda Rasulullah saw...
Baginda lahir dari kalangan Bangsa Arab, bangsa yang lekeh, kerana bangsa-bangsa Bertamadun bukanlah era Bangsa Arab ketika itu.
Semua bangsa ketika itu menyangka bahawa Nabi penutup sekelian Nabi akan datang dari bangsa mereka.
Itulah dakwaan dan harapan mereka sama seperti kita yang sedang mengharap IMAM AL-MAHDI ketika ini...
Nasrani sangka daripada mereka, Parsi juga begitu, orang Hindu juga sama, Parsi pun sama, yahudi apatah lagi... Sebab itu catatan hal Nabi Penutup segala Nabi itu ada didalam semua Agama.
Apakah yang terjadi apabila yang diharapkan tidak lahir dari bangsa yang mereka sangka ???
Maka adanya yang BERIMAN dan ada pula yang menolaknya...
Jadi situasi yang sama akan berlaku juga kepada kita...
Maka bersediakah kita jikalau Beliau tidak Zahir seperti yang kita sangka ???
Beliau tidak datang dari golongan bangsawan...
Beliau tidak datang dari orang yang memiliki akademik tinggi...
Beliau tidak datang dari orang yang berharta dan bergelaran...
Beliau tidak juga datang dari para ulama dan ustaz...
Bahkan Beliau mungkin tidak pandai berbahasa arab dan akan berbahasa mengikuti tempat Beliau dibesarkan....
Sebaliknya (CONTOH) datang daripada keturunan rohingya yang berkahwin dengan orang tempatan dan memegang kad UNHCR ?
Maka apakah kita bersedia menerima atau menolaknya ???
"SEJARAH SENTIASA AKAN BERULANG"
Jadi pedulikanlah hal Bangsa. Janganlah dilihat hal luarannya, tetapi Suluhlah dahulu ke dalam diri kita, kerana itulah PENTINGNYA mendalami ILMU TAUHID yang sebenar-benarnya...
Bersediakah kita untuk menghadapi keadaan itu ???
Adakah kita akan mengikuti Beliau atau memerangi Beliau ???
Akhir sekali... Mahu mencari IMAM AL-MAHDI bukannya semudah kita hanya menunggu dan terus menunggu, sedangkan kita masih lagi leka didalam jurang kenikmatan dan pertelingkahan yang melalaikan kita.
Selagi tidak kita mendalami Ilmu Tauhid dengan sebenar-benarnya dan mencarinya bersungguh-sungguh dengan melalui Para Guru Mursyid yang TERSEMBUNYI dan Para Wali Allah swt yang TERSEMBUNYI, maka tidaklah kita akan temui HAKIKAT KEBENARANNYA...
Namun mencari "PANJI HITAM" apabila sudah diketahui mula didirikan dan disemarakkan, maka adalah WAJIB setiap orang Beriman untuk pergi kepadanya walaupun terpaksa merangkak diatas salji...
Patah sayap bertongkatkan paruh, tetap perlu dikejar kerana didalam Jemaah itu nanti akan ada didalamnya TERSEMBUNYI bakal AL-MAHDI, hanya yang BERTAUHID dengan sebenar-benar TAUHID dan Rohaninya yang Suci dan Kasyaf sahaja akan dapat bertemu dengannya bahkan tidak akan tertipu dengan individu yang palsu.
KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN...
[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan