"TIADA ILMU TANPA SANAD"

 

"TIADA ILMU TANPA SANAD"

al-Imam Syafii berkata : "Penuntut ilmu tanpa sanad adalah bagaikan pencari kayu bakar yang mencari kayu bakar di tengah malam, ia membawa tali pengikatnya tetapi ia tidak tahu dan sedar tali pengikat yang dibawanya itu adalah ular berbisa."
al-Imam Malik berkata: "Janganlah engkau membawa ilmu (yang kau pelajari) dari orang yang tidak engkau ketahui catatan (riwayat) pendidikannya (sanad ilmu) Inilah Pentingnya Menuntut Ilmu Dengan Berguru dan Bersanad Dalam Islam."
al-Imam At-tsauri berkata: "Sanad adalah senjata orang mukmin, Maka bila kau tak memiliki senjata, maka dengan apa kau membela diri ?"
Berkata juga al-Imam Ibnul Mubarak : "Penuntut ilmu tanpa sanad bagaikan orang yang ingin naik ke atap rumah tanpa tangga"
Berkata pula al-imam Abu Yazid Bustami : Barangsiapa tidak memiliki susunan guru dalam bimbingan agamanya, Tidak ragu lagi gurunya adalah syaitan."
Sheikh Ibn Jama’ah berkata: “Sebesar-besar musibah adalah dengan bergurukan sahifah (lembaran-lembaran atau buku sahaja)."
.
Jadi kesimpulannya kalau mahu belajar agama, wajib tahu akidah gurunya dan gurunya siapa, serta guru kepada gurunya siapa ? , sehinggalah sanad gurunya itu sampai kepada Rasulullah S.A.W.
Hendaklah seseorang penuntut ilmu itu berusaha mendapatkan Sheikh yang menguasai ilmu-ilmu Syariat secara sempurna, yang mana dia melazimi para sheikh yang terpercaya di zamannya yang banyak mengkaji dan dia lama bersahabat dengan para ulama’, bukan berguru dengan orang yang mengambil ilmu hanya dari lembaran kertas.
Ibnul Mubarak berkata: "Sanad merupakan bahagian dari agama, kalaulah bukan kerana sanad, Maka pasti akan berkata siapa saja yang mahu dengan apa saja yang diinginkannya (dengan akal fikirannya sendiri)." (Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Muqoddimah Sahih Muslim)
#PentingnyaSanad #AhlusSunnahWalJamaah / Tengku Daeng Mawalle
_____________________________________________
Apakah itu agama?
Agama adalah merangkumi segala hal hal yang amat berkait rapat dengan kehidupan manusia, sebelum kejadian, semasa hidupnya & sesudah kematiannya. Semua itu adalah agama.
Termasuklah juga segala ilmu-ilmu dunia & akhirat jugak agama.
Semua ilmu itu wajib bersanad dengan guru yang masih hidup yang jelas sanadnya, tiada akan hidup agama dari tangan mereka yang bercita cita untuk bangunkan agama namun rujukan ilmunya adalah guru yang hanyalah diambil dari kitab kitab yang mati.
Salah ke ambil ilmu dari kitab?
Tak salah pun, cuma BAHAYA!
Tak salah jika kitab itu dikarang oleh ulama yang sah sanad ilmunya, benar aqidah dan akhlaknya, diterima majoriti ahli ilmu zamannya menurut kepakarannya, namun tidak memadai hanya bertaqlid kepada kitab sahaja ye, kerana jika berlaku salah kefahaman kita maka kitab tidak akan bangun memperbetulkan kesalahfahaman kita. Sebab itu BAHAYA bergurukan kitab sahaja!
Yang akan memperbaiki kesalahan kita adalah guru yang bersanad dan masih hidup, sahih pada sanad dengan ilmu-ilmu syariat, thoriqat, hakikat & makrifat, benar pembawaannya pada syariat & hakikat menurut disiplin ilmu Quran & sunnah nabi.
Begitulah juga ilmu dakwah pun wajib bersanad, jika ada yang try ijtihad dakwah tanpa bimbingan, contohnya semata-mata khatam berjuta kali kitab Hayatus Sahabah, lepas tu klaim dia dah alim dakwah manhaj sahabat, buat pulak usul dakwah dari kefahaman akalnya sendiri tanpa bimbingan guru yang hidup. Inilah fitnah & syaitan dalam usaha dakwah.
Bermula dihukum bersalah bagi seorang murid adalah bilamana dia mula meninggalkan gurunya.
Credit syarahan : Ulama Setahun
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan