Pulau Tiga, Kampung Gajah
Pulau Tiga ialah sebuah kampung yang terletak di tepi tebing Sungai Perak dan merupakan mukim yang terletak di dalam daerah Kampung Gajah.
Pada tahun 1983, gempar satu kisah penemuan senaskah al-Quran di Pulau Tiga yang dikira-kira paling lama ditulis dalam Tanah Melayu. Ianya dipanggil Quran Semut Gatal.
al-Quran yang berusia 418 ini juga disebut sebagai Quran Tok Mencalang. Barang siapa yang bersumpah dengan menjunjung Qur'an ini dan jika ia sumpah palsu nescaya dengan izin Allah Taala, badan mereka akan kegatalan seumpama digigit oleh semut gatal. Ianya ditulis oleh tiga orang tokoh namun nama yang diketahui hanyalah Tok Mencalang. Tok Mencalang adalah seorang ulama' yang menetap di Pulau Tiga sekitar tahun 1600. Makamnya terletak di Pulau Tiga.
Sebuah lagi al-Quran yang berusia 181 tahun juga turut ditemui di kawasan yang sama. Ianya ditulis oleh Syeikh Hussein al-Yamani pada tahun 1860. Syeikh Hussien ialah seorang penyebar Islam yang kuat dan gigih juga guru al-Quran terkenal di Pulau Tiga. Makamnya juga terletak di Pulau Tiga.
1- Tuan Guru Qadhi Ayub Bin Alang Abdullah - Qadhi Besar Perak
2. Tuan Guru Haji Lebai Taih Kampung Jawa, Pulau Tiga
3. Tuan Guru Haji Salleh Teluk Dendang, Pulau Tiga
4. Tuan Guru Haji Muhammad Salleh Bin Haji Abdurrahman Kampung Baru, Pulau Tiga
5. Tuan Guru Haji Abdul Razak Kampung Baru, Pulau Tiga
6. Tuan Guru Haji Shaari Kampung Baru, Pulau Tiga
7. Tuan Guruuru Haji Mokhtar Bin Haji Ngah Ibrahim Kampung Baru, Pulau Tiga
8. Tuan Guru Haji Wok Bahauddin Bin Haji Abdurrahman Kampung Baru, Pulau Tiga
9. Tuan Guru Haji Husin Qari Teluk Sareh
10. Tuan Guru Haji Abdul Majid Teluk Sareh
11. Tuan Guru Haji Idris Teluk Sareh
12. Tuan Guru Haji Ismail Bin Haji Ahmad Teluk Sareh
13. Tuan Guru Haji Zainuddin Teluk Sareh
14. Tuan Guru Haji Zakaria Teluk Sareh
15. Tuan Guru Haji Abdur Rahman Teluk Sareh
16. Tuan Guru Haji Maarof Bin Haji Abbas Teluk Sareh
17. Tuan Guru Haji Zayyan Bin Haji Abdur Rahman Teluk Dendang
18. Tuan Guru Haji Sehat Pulau Tiga Kiri
19. Tuan Guru Haji Ahmad Bin Pandak Ibrahim Pulau Pacat Pulau Tiga Kiri
0 comments:
Catat Ulasan