PULAU BESAR MAQAM SULTAN ARRIFIIN

 


 MAQAM SULTAN ARRIFIIN

Nama sebenar Sultanul Aarifeen ialah As Sayyid Ismail (qaddasallahu sirrahu). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W). Sultanul Aarifeen As Sayyid Ismail telah dilahirkan pada 17 Rabiul Awal tahun 867H di Baghdad. Bapanya bernama As Sayyid Abdul Qadir dan ibunya bernama As Sayyidah Fatimah. Habsah atau Syarifah Siti Maimunah adalah isteri kepada Sayyid Ismail. Syarifah Siti Maimunah adalah anak kepada Maulana Ishaq atau Maulana Mohamad Yusof Sidiq. Perkahwinan diantara Sayyid Ismail dengan Syarifah Siti Maimunah melahirkan anak mereka iaitu,

1.Sayyid Ahmad Tajudin
atau Ahmad Salim
atau Ahmad Qadir
atau Panglima Alang Daik Hitam
atau Datuk Paduko Berhalo
atau Tok Putih.
2.Al Syahid Syarifah Siti Zubaidah
3.Syarifah Siti Zulaikha
Syarifah Rodziah atau Syarifah Siti Sarah adalah KAKAK kepada Syarifah Siti Maimunah,dan Suami NENEK ini ialah Sayyid Ibrahim bin Sayyid Abdul Qadir iaitu abang kandung Syeikh Ariffin….Mereka berkahwin..abang kawin kakak..dan adik kawin adik…dalam bahasa Melayu di panggil KAWIN SERAI SERUMPUN.
Panglima ini kulit nya putih,hidung mancung,macam arab dan memang arab pun, tinggi nya 7 kaki. dan pakaian nya baju silat hitam tetapi kekadang berjubah putih. Nama Panglima Hitam ialah Datuk Adi Putra atau Sayyid Thanaudin.
Panglima Hitam dan Panglima Lidah Hitam adalah orang yang BERBEZA. Panglima Hitam hidup pada tahun 1350-1510 M .Panglima Lidah Hitam,nama sebenar nya Sayyid Ahmad Khamal atau Zaharudin bin Sayyid Ahmad Khamil atau Panglima Daek atau Tok Kayo Hitam hidup pada tahun 1575-1696 M. Panglima Lidah Hitam ialah CICIT kepada Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail.
Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail hidup pada tahun 1463-1520 m.Puteri Bunian itu seramai 7 orang dan Puteri Nilam itu nama sebenar nya Puteri Mayang Nilam Sari,puteri yang bungsu dari 7 adik beradik.Nama ayahanda dan bonda nya dan juga adik beradik nya,saya tidak di izin kan untuk beritahu pada umum.
Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam islam. Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarah makam Nabi, beliau telah didatangi satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ilmu Islam di kepulauan Jawa. Sebagai seorang yang taat kepada agama beliau menunaikannya dan beliau telah mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama dengan 16 orang ahli dalam kumpulannya. Di antara orang yang penting dalam kumpulan itu ialah gurunya Yusuf Siddiq dan saudaranya As Sayyid Ibrahim.
Di Pulau Besar ilmunya telah berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai. Sultanul Aarifeen telah meninggal dunia pada 17 Rabiul Awal tahun 925H ketika beliau berusia 58 tahun. Selain dari beliau, di situ juga termakam antara 41 hingga 43 orang pengikut-pengikut beliau yang lain. Beliau mempunyai seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.
Sekarang makam Sultanul Aarifeen terus dikunjungi orang ramai. Selain dari niat untuk ziarah mereka juga datang dengan pelbagai hajat.
Tapak kaki Sultanul Aarifeen
Tapak kaki ini terletak di dalam kawasan Pusat Latihan IMM. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa tapak kaki ini adalah kepunyaan Sultanul Aarifeen. Tapak kaki yang kelihatan di gambar adalah tapak kaki sebelah kanannya. Manakala tapak aki kirinya terdapat di Pulau Serimbun.
[ Sumber dari Harry HanafiPULAU BESAR MAQAM SULTAN ARRIFIIN ]


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan