Mansur al hallaj
Bagi Al Hallaj Dosa terbesar ialah "MERASA DIRI ADA".
Sebab bagaimana mungkin seseorang yang sebelumnya tidak ada dan suatu saat di tiadakan merasa dirinya ada...???
Sungguh yang ada hanyalah "SANG ADA", selebihnya hanya di adakan oleh yang ada dan akan menjadi ada jika sang ada mengadakannya...!!!
KEMBALI PADA TUHAN
Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah sekadar prasangka,. Maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.. Begitulah caranya..
Jika engkau tidak mampu untuk terbang atau pun berlari,. tapi hanya mampu merangkak,. Maka merangkaklah menuju kepadaNya..
Jika engkau belum mampu untuk berdoa dengan khusyuk,. Maka tetaplah juga engkau persembahkan doamu- Yang kering, munafik, dan juga tanpa keyakinan itu;
Kerana Tuhan, dengan limpah rahmatNya.. Akan tetap menerima mata wang palsumu..
Jika engkau masih mempunyai seratus keraguan mengenai Tuhan,. Maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.. Begitulah caranya, wahai pejalan..
Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,. Ayuhlah datang., dan datanglah lagi., Kerana Sang Kekasih telah berfirman:
"Ketika engkau melambung ke angkasa..
Ataupun jatuh terperuk ke dalam jurang.."
"Ingatlah kepadaKu.,
kerana Akulah jalan itu"
0 comments:
Catat Ulasan