SEBENAR-BENAR FANAFILLAH DAN BAQO'BILLAH

 



SEBENAR-BENAR FANAFILLAH DAN BAQO'BILLAH ATAU NAFI DAN ISBAT BUKAN SEKADAR YANG DIPERKATAKAN SAHAJA
Fana'fillah - binasa selain daripada Allah - hasil dari ternafinya segala sifat ketuhanan kepada selain daripada Allah
Baqobillah - kekal Allah semata-mata - hasil terisbat segala sifat yang wajib bagi Allah hanya kepada Allah...
Fanafillah (nafi) dan baqobillah (isbat) akan berlaku yang terhasil daripada seseorang itu telah melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid
Huraian diatas berdasarkan kepada ilmu. Menampakkan fana'fillah dan boqo'billah adalah dua hal yang berasingan diantara satu sama lain..
Manakala hasil daripada praktikal kedua-dua hal iaitu fanafillah dan baqobillah terhasil melalui satu perlakuan sahaja iaitu dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid yang akan menghasilkan penyaksian dan pengakuan yang segala sifat yang wajib bagi Allah adalah sifat Allah sendiri.. bukan kita melafazkan dengan lisan lidah, bukan yang bermain-main didalam lembah pemikiran kita dan bukan yang terlintas didalam hati kita
BERLAKU DENGAN TERANG DAN NYATA
Selagi masih dilafazkan dengan lisan lidah, selagi ada yang bermain-main dilembah pemikiran dan selagi ada yang terlintas didalam hati kita itu bukan lagi penyaksian dan pengakuan kepada (zat, sifat, asma’ atau afa’al) Allah tetapi lebih menjurus kepada sangka-sangkaan dari kita sendiri..
Sangkaan yang sedang berlaku ialah kita bersangka-sangka ilmu yang diketahui yang akan disangka sebagai pegangan atau iktiqad tauhid...
Tentang sangka-sangkaan ini ada Firman Allah yang telah menjelaskannya
10.Surah Yūnus ayat 36
Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
10.Surah Yūnus ayat 66
Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta.
DEMIKIAN JUGA KEPADA ORANG-ORANG YANG MENGAKUI DAN MEMBENARKAN BAHAWA APA YANG DISEMBAH OLEH ORANG-ORANG KAFIR ADALAH TUHAN MEREKA SEDANGKAN YANG SEBENAR-BENARNYA TUHAN ORANG KAFIR IALAH ALLAH YANG MAHA ESA, TIADA TUHAN KECUALI ALLAH YANG MEMBAWA KEPADA MAKSUD SELAIN DARIPADA ALLAH TIDAK MEMILIKI SIFAT-SIFAT KETUHANAN, YANG MEMILIKI SIFAT KETUHANAN HANYA ALLAH SAHAJA.
53.Surah An-Najm ayat 28
Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).
34.Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Firman Allah yang telah menerangkan berkaitan perlunya melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
IKTIBAR PENGAJARAN DARI FIRMAN ALLAH TENTANG JALAN DAN CARA UNTUK MENGENAL ALLAH BUKAN TENTANG MENGENAL ALLAH
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 15
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 16
Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 17
(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 18
"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 19
`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?
Nabi Musa menyeru kepada firaun " DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"
Apa yang telah difirmankan ialah Jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal tuhanmu
Untuk Mengenal Allah setiap seorang itu mesti melalui jalan untuk mengenal Tuhanmu (ALLAH)
FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN BAHAWA ALLAH TIDAK AKAN TERTERANGKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN SETERUSNYA MEMPERJELASKAN JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK BERTEMU DENGAN ALLAH
18.Surah Al-Kahf ayat 109
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
18.Surah Al-Kahf ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;
OLEI ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"
Lagi sekali ditegaskan, Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan lain-lain cara,
Walaupun Allah menegaskan bahawa Allah tidak boleh diterangkan walau dengan apa cara sekalipun tetapi ramai yang masih ingin dan berusaha dan mencari penerangan tentang Allah dan memperkatakan Allah begitu dan begini..
Selagi dibicarakan dengan lisan lidah, selagi ada yang bermain didalam lembah pemikiran dan selagi ada yang terlintas didalam hati, selagi itulah keberadaan diri masih belum hilang. Selagi belum hilang keberadaan diri sendiri, selagi itu tidak akan nyata tajalli Allah.
Walaupun Allah menegaskan "SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"
Ramai yang tidak akan melakukan kecuali sedikit..
KITA KEMBALI MERUJUK KEPADA FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD "SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"
Dari sini kita diarahkan melakukan setiap amal didalam keadaan yang telah dibersihkan daripada sebarang syirik
Untuk dibersihkan daripada sebarang syirik seseorang itu boleh bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik
Cara untuk bertaubat daripada sebarang perbuatan syirik, Allah telah berfirman
2.Surah Al-Baqarah ayat 54
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
Perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" membawa maksud lakukan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran, Apabila melakukan perintah tersebut akan menghasilkan hilang rasa keberadaan atau keakuan diri kita sendiri.. iaitu hikmah yang akan berlaku hasil daripada melahsanakan perintah Allah
Untuk melaksanakan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" kita boleh melaksanakan apa yang tersurat dan apa yang tersirat didalam firman Allah..
20.Surah Ţāhā ayat 8
‎اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ
Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.
7.Surah Al-'A`rāf ayat 180
‎وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَاۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 110
‎قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَٰنَۖ أَيًّا مَّا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰۚ وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
YANG PERLU DILAKUKAN DENGAN CARA SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
INI ADALAH CARA UNTUK MENYEBUT ALLAH DENGAN ATAU MELALUI LISAN LIDAH
Yang cara untuk melaksanakannya secara menyebut dan mengingati Allah yang tersembunyi pula dengan mengikut sepertimana yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Dengan berlakunya penyaksian dan pengakuan segala sifat yang wajib bagi Allah yang sedang dirasai oleh rasa perasaan itu adalah sifat Allah secara automatik ternafi segala sifat yang wajib bagi Allah kepada selain dari Allah dan terisbatlah srgala sifat ketuhanan hanya kepada Allah..
PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN ALLAH YANG SEDANG BERLAKU MENUNJUKKAN SEGALA SIFAT KETUHANAN TELAH TERNAFI KEPADA DIRI SENDIRI DAN KEPADA SESUATU SELAIN DARIPADA ALLAH DAN SEDANG TERISBAT SEGALA SIFAT KETUHANAN HANYA KEPADA ALLAH...
INI ADALAH HURAIAN HASIL DARIPADA PRAKTIKAL... APABILA SESEORANG ITU TELAH MENGALAMI SENDIRI BARULAH MEMAHAMI APA YANG SEBENARNYA YANG DIMAKSUDKAN KERANA TIADA BAHASA YANG BOLEH MENGHURAIKAN KEADAAN TERSEBUT...
CARA PERLAKSANAAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN MENGIKUT FIRMAN ALLAH
33.Surah Al-'Aĥzāb ayat 41
Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;
33.Surah Al-'Aĥzāb ayat 42
Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.
25.Surah Al-Furqān ayat 58
Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman diatas pula boleh dilakukan mengikut sepertimana yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Dengan memejamkan mata, rasa perasaan akan dapat ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada apa yang dirasakan pada ketika itu (samada zat, sifat, asma' atau afa'al yang bukan yang sedang dirasakan sebagai zat, sifat, asma' atau afa'al diri sendiri atau zat, sifat, asma' atau afa'al yang bukan yang disangka sebagai zat, sifat, asma' atau afa'al Allah)
IKTIBAR PENGAJARAN DARI PERISTIWA NABI MUSA MEMOHON UNTUK MELIHAT ALLAH
7.Surah Al-'A`rāf dari ayat 143 hingga 158
Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalli" kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan.
Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman.
Perkara yang sama telah berlaku kepada saidina Ali sepertimana telah diperjelaskan didalam sebuah hadis
hadis Riwayat Thabrani dan Baihaqi
Dari ’Ali karamallahu wajhah: Aku katakan: Ya Rasulullah, manakah jalan thariqat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas hamba Allah dan semulia-mulianya di sisi Allah?
Maka Sabda Rasulullah SAW.: Ya Ali, penting atas kamu berkekalan/senantiasa berzikir kepada Allah.
Berkatalah Ali: Tiap orang berdizikir pada Allah.
Maka Rasulullah SAW. bersabda: Ya Ali, tidak ada terjadi kiamat sehingga tiada lagi tinggal di atas permukaan bumi ini, orang yang mengucapkan Allah, Allah.
Maka sahut Ali kepada Rasulullah SAW: Bagaimana caranya aku berzikir ya Rasulullah?
Maka Sabda Rasulullah SAW: Pejamkan kedua matamu dan dengarkanlah dari saya ucapan tiga kali. Kemudian ucapkanlah seperti itu dan aku akan dengarkan. Maka sejenak Rasulullah SAW mengucapkan Laa ilaaha illallah, tiga kali sedang kedua matanya tertutup.
Kemudian Ali pun mengucapkan kalimat laa ilaaha illallaah seperti demikian.
Ajaran tersebut kemudian Sayyidina Ali ajarkan pula kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri diajarkan kepada al-Habib al-Ajamy, dari al-Habib diajarkan kepada Daud Atha’iy, dari Daud diajarkan kepada al-Makruf Al Karakhi dan dari al-Makruf ke pada As Sari, dan kemudian dari As Sari kepada al-Junaid.
Ketika Nabi Muhammad SAW menunjukkan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu kepada Saidina Ali, baginda bersabda :
Hai Ali, pejamkan kedua matamu dan engkau dengar daripada aku tiga kali aku berkata “Laa ilaaha illallah” tiga kali, dan aku mendengar bacaan engkau. Maka berkata Nabi tiga kali mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) dengan memejamkan kedua mata, Nabi mengangkat suaranya, Ali mendengarnya. Kemudian Ali mengatakan “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) tiga kali seperti yang dikatakan Nabi itu, dan Ali pun memejamkan kedua matanya dan mengangkatkan suaranya, sedangkan Nabi mendengar bacaan Ali pada saat Ali ibn Abi Thalib mengalami fana fillah. Kemudian Setelah Ali sadar, maka Nabi bertanya kepada Ali mengenai perjumpaannya dengan Allah, maka Ali berkata :Roaitu robbi bi'aini qolbi, faqultu laa sakka anta anta Allah.
“Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan akupun berkata: tidak aku ragu engkau, engkaulah Allah”.Setelah Ali menceritakan perjumpaannya dengan Allah, maka kemudian Nabi membawa Ali di hadapan para umat dan berkata :Ana madinatul 'ilmi wa Ali baabuhaa.
“Aku adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah pintunya”.
7.Surah Al-'A`rāf dari ayat 158
158. Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk".
19.Surah Maryam ayat 51
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya ia adalah orang pilihan, dan adalah ia seorang Rasul, lagi Nabi.
19.Surah Maryam ayat 52
Dan Kami telah menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Tursina, dan Kami dampingkan dia dengan diberi penghormatan berkata dengan Kami.
6.Surah Al-'An`ām ayat 124
‎وَإِذَا جَاءَتْهُمْ آيَةٌ قَالُوا لَن نُّؤْمِنَ حَتَّىٰ نُؤْتَىٰ مِثْلَ مَا أُوتِيَ رُسُلُ اللَّهِۘ اللَّهُ أَعْلَمُ حَيْثُ يَجْعَلُ رِسَالَتَهُۗ سَيُصِيبُ الَّذِينَ أَجْرَمُوا صَغَارٌ عِندَ اللَّهِ وَعَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا كَانُوا يَمْكُرُونَ
Dan apabila datang kepada mereka sesuatu keterangan, mereka berkata: "Kami tidak akan beriman sehingga kami juga diberi (wahyu) sama seperti yang telah diberikan kepada pesuruh-pesuruh Allah". Allah lebih mengetahui di mana (dan kepada siapakah yang sepatutnya) Ia berikan jawatan Rasul (dan wahyu) yang diberikanNya itu. Orang-orang yang melakukan perbuatan yang salah itu akan ditimpa kehinaan di sisi Allah, dan azab seksa yang amat berat, disebabkan perbuatan tipu daya yang mereka lakukan.
6.Surah Al-'An`ām ayat 125
‎فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِۖ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِۚ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
6.Surah Al-'An`ām ayat 126
‎وَهَٰذَا صِرَاطُ رَبِّكَ مُسْتَقِيمًاۗ قَدْ فَصَّلْنَا الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَذَّكَّرُونَ
Dan inilah jalan Tuhanmu (ugama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf.
7.Surah Al-'A`rāf ayat 158
‎قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُۖ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk"
61.Surah Aş-Şaf ayat 5
‎وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ لِمَ تُؤْذُونَنِي وَقَد تَّعْلَمُونَ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْۖ فَلَمَّا زَاغُوا أَزَاغَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu?" Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik - derhaka.
61.Surah Aş-Şaf ayat 6
‎وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُۖ فَلَمَّا جَاءَهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَٰذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ
Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"
61.Surah Aş-Şaf ayat 7
‎وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُوَ يُدْعَىٰ إِلَى الْإِسْلَامِۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak kepada memeluk Islam; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
61.Surah Aş-Şaf ayat 8
‎يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
61.Surah Aş-Şaf ayat 9
‎هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
24.Surah An-Nūr ayat 34
Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
24.Surah An-Nūr ayat 35
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Dengan menyebut Allah didalam keadaan menongkatkan lidah kelangit-langit, akan menggerakkan satu anggota zahir yang dipanggil dengan nama bulu ruma tunggal atau ada juga yang menamakan nya sebagai kunci nyawa, pergerakan anggota terebut adalah merupakan sedang menyebut Allah yang tanpa suara, tanpa huruf dan tanpa kata-kata didalam hati
Pergerakan kunci nyawa inilah yang merupakan tanda seseorang sedang mengingat Allah secara tersembunyi didalam hati sepertimana pergerakan lidah yang membunyi sebutan Allah yang disebut secara lisan yang dilakukan dengan kaedah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan" secara yang betul akan mendatangkan ingat kepada Allah
Latihan yang dilakukan diperingkat awal, iaitu untuk mendapatkan kemahiran untuk menunaikan perintah Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." Didalam satu masa yang sama. dengan menggunakan kaedah
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah yang tanpa suara, tanpa huruf dan tanpa kata-kata sebanyak2 nya, (setiap satu pergerakan akan terjadi satu sebutan Allah)
Dengan sendirinya akan menghasilkan penyaksian dan pengakuan samada kepada zat, sifat, asma' atau afa'al Allah. Bergantung kepada apa yang sedang ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan.
Kita hanya perlu melakukan sahaja perintah Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." Didalam satu masa yang sama dengan menggunakan kaedah
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah yang tanpa suara, tanpa huruf dan tanpa suara sebanyak2
Penyaksian dan pengakuan kepada Allah akan berlaku hasil daripada perlakuan yang telah dilakukan tersebut...
SEBUTLAH ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA SAMBIL RASA PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT-SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN.. SEHINGGA KEDUA-DUA PERKARA INI BERLAKU PADA ATAU DALAM MASA YANG SAMA
CONTOH:-
SEBUTLAH ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA SAMBIL RASA PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT ADA DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN....
DARI SEGI HURAIAN KITA PERLU MENGADAKAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN YANG ALLAH ITU ADALAH ALLAH...
DARI SEGI SEMASA MELAKUKAN PRAKTIKAL PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN YANG ALLAH ITU ADALAH ALLAH AKAN BERLAKU DENGAN SENDIRI APABILA MELAKSANAKAN DENGAN CARA YANG TERTENTU....
FIRMAN ALLAH
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
ALLAH TELAH MENEGASKAN TERDAPAT PELBAGAI CARA YANG BOLEH DIJALANKAN DAN SUDAHPUN TERMAKTUB DIDALAM AL-QURAN...
IKUT DAN BAWALAH MANA-MANA CARA, JANGAN TAKSUB DENGAN CARA YANG KITA LAKUKAN SAHAJA.
MAKSUDNYA BERANGGAPAN HANYA DENGAN CARA YANG KITA SENDIRI LAKSANAKAN SAHAJA YANG BENAR, CARA ORANG LAIN TIDAK BENAR...
LAKUKANLAH PRAKTIKAL MELALUI MANA-MANA JALAN DAN CARA YANG SEDIA TERMAKTUB DIDALAM AL-QURAN..
MUDAH-MUDAHAN ALLAH AKAN MEMBUKA HIDAYAH DAN PETUNJUK KEPADA KITA SEHINGGA SAMPAI KEPADA ALLAH YANG MERASAKAN ADA ALLAH
"HANYA ALLAH YANG MENGENAL ALLAH"..
*PESANAN*
APA YANG PERLU DIMUZAKARAHKAN LAGI DISINI IALAH TENTANG BAGAIMANA UNTUK MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH YANG TERSIRAT DIDALAM FIRMAN ALLAH
"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."
Dan apa yang tersirat didalam sabda Rasulullah saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Supaya ianya dilakukan sepertimana yang dikehendaki oleh Allah bukan dengan mengikut fahaman masing-masing diri..
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
BUKAN MENGIKUT PANDANGAN ATAU PENDAPAT MASING-MASING SEPERTI YANG TELAH DISABDAKAN OLEH RASULULLAH SAW
Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:
5.Surah Al-Mā'idah ayat 105
“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”
Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan.
SETIAP ORANG AKAN TENGGELAM DALAM PANDANGAN MASING-MASING
Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]
ATAU BUKAN MENGIKUT DARI CAKAP-CAKAP ORANG
Firman Allah
43.Surah Az-Zukhruf ayat 86
Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).
43.Surah Az-Zukhruf ayat 87
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka:
"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?
43.Surah Az-Zukhruf ayat 88
Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"
43.Surah Az-Zukhruf ayat 89
(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!"
Dengan membawa kepada makna yang setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan sendiri apa yang akan dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.
( Sumber dari ISLAM SUDAH KEMBALI DAGANG )


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan