AHLI HAKIKAT DAN MA'RIFAT YANG MENINGGALKAN SYARIAT, MEREKA TERTIPU DIJALANAN..

 


AHLI HAKIKAT DAN MA'RIFAT YANG MENINGGALKAN SYARIAT, MEREKA TERTIPU DIJALANAN..

Ada sebahagian dari pengamal ajaran ilmu tarekat tauhid hakikat makrifat mendakwa bhawa mereka sudah gugur bersyariat, tidak perlu sholat, berpuasa, zakat, mengerjakan haji dan sebagainya krena mereka sudah mencapai maqom tauhid haqiqat dan berma’rifat... dan dengan berani melangar syariat malah berbangga diri atas prbuatannya.
Apakah benar dakwaan sebegini??? Dan bolehkan mereka yang mendakwa sedemikian dijadikan panutan.???
Dakwaan itu adalah bathil, krena hakikat dan ma’rifat setinggi mana sekalipun tidak terpisah dengan syariat...Dakwaan ini adalah dari golongan yang Tertipu, Terpedaya dan Keliru dalam perjalanan ketauhidtannya.
bginda ROSULULLAH.s.a.w.tetap kekal bersyariat dan berhakikat sampai di pghujung hayatnya... dan tiada manusia yang lebih mulia dan lbih sempurna dari bginda ROSULULLAH s.a.w.
Mari kita lihat apa kata para ulama’ terutamanya ulama’ tasawuf atau para masyaikh thoriqat yang mu’tabarah yang juga merupakan Kata-kata ulama berkenaan dengan syariat dan tasawuf (thoriqat/hakikat)
Syaikh al-‘Allamah al’Arifbillah Abi al-Qasim Abdul Karim bin Hawazin bin ‘Abdul Malik bin Talhah bin Muhammad al-Qusyairi an-Naisaburi menyebut di dalam kitab..
《 AL-RISALAH -AL QUSYAIRIYAH 》
Telah berkata seorang lelaki kepada Junaid [al-Baghdadi]: Diantara ahli ma’rifah ada satu kaum yang mengatakan bahwa meninggalkan harakat [amal perbuatan – ubudiah] termasuk dalam bab berbuat baik dan taqwa. Maka Junaid [al-Baghdadi] berkata: Ini adalah perkataan orang-orang yang ingin menggugurkan ‘amal [menggugurkan taklif]. Dan mereka disisiku perkara ini besar. Dan sesungguhnya orang yang mencuri dan berzina pun masih lebih baik daripada orang yang mengatakan hal tersebut kerana para arifbillah mereka memperoleh ‘amal dari Allah Ta’ala dan ber’amal kerana Allah Ta’ala. Dan andaikata aku hidup 1,000 tahun, aku tidak akan meninggalkan amal-amal kebajikan sebesar zarrahpun.
Syaikh Junaid al-Baghdadi berkata lagi:
علمنا هذا مقيد بالكتاب والسنة من لم يقرأ القرآن ويكتب الحديث لا يقتدى به في علمنا هذا
Manakala Abu Yazid al-Bustomi pula berkata:
Andaikata kalian melihat seorang yang diberikan pelbagai karamah, hingga di dapat terbang diudara sekalipun, maka janganlah kamu terpedaya, hingga kalian melihat bagaimana dia mematuhi perintah, larangan dan menjaga batas-batas Allah (hukum-hukum Allah) dan bagaimana ia menjalankan syariat.
Imam Malik رضي الله عنه berkata:
مَنْ تصوف ولم يتفقه فقد تزندق، ومن تفقه ولم يتصوف فقد تفسق، ومن جمع بينهما فقد تحقق
Barangsiapa bertasawuf (berhaqiqat) dan tiada berfeqah maka dia zindiq(orang yang zahirnya Islam tapi menentang alqur-an ), dan barangsiapa yang berfeqoh tiada bertasawuf maka dia fasiq,...dan barangsiapa yang menghimpun keduanya maka dia tahqiq. dalam Kitab..《 SHARH AIN AL ILM. WAZA'IN ALHILM; MULLA ALI QORI..》
Yang pertama dikatakan sebagia zindiq kerana ia melihat kepada haqiqat tanpa melaksanakan hukum-hukum syariat yang ditaklifkan kepadanya. Manakala yang kedua dikatakan sebagai fasiq krena syariat dzahirnya bagus namun bathinnya masih bergelimang dengan mazmumah, tiada keikhlasan pada amalannya. Dan ketiga itu dikatakan tahqiq kerana dia telah menghimpunkan diantara syariat dan haqiqat. Sempurna dzahir dan batinnya.
Telah berkata Abu Nuaim al-Asbahani didalam kitabnya Hilyatul Auliya:
كان أبو حفص يقول: من لم يزن أفعاله وأحواله في كل وقت بالكتاب والسنة، ولم يتهم خواطره فلا تعده في ديوان الرجال
Abu Hafs [Umar bin Salamah al-Haddad; wafat 260H/874M] berkata: Barangsiapa yang tidak menimbang perbuatannya dan ahwalnya setiap waktu dengan al-Kitab (al-Quran) dan as-Sunnah, dan tidak merasa syak terhadap lintasan-lintasan hatinya, maka ia tidak termasuk di dalam diwan ( AL RIJAL ) bukan golongan orang yg soleh
Sultanul Auliya’ Shaikh Abdul Qadir al-Jilani رضي الله عنه berkata:
كل حقيقة لا تشهد لها الشريعة فهي زندقة. طِرْ إِلى الحق عز وجل بجناحي الكتاب والسنة، ادخل عليه ويدك في يد الرسول صلى الله عليه وسلم
Setiap haqiqat yang tidak disaksikan baginya dengan syariat, maka ia adalah zindiq. Terbanglah kepada al-Haq عز وجل dengan sayap al-Kitab dan as-Sunnah. Masuklah kepadaNya sedangkan tanganmu dalam genggaman tangan RROSULULLAH صلى الله عليه وسلم . – kitab
《 FATHUR RABBANI 》
ترك العبادات المفروضة زندقة. وارتكاب المحظورات معصية، لا تسقط الفرائض عن أحد في حال من الأحوال-الفتح الرباني للشيخ عبد القادر الجيلاني
Meninggalkan ibadat yang fardhu adalah zindiq. Melakukan perkara yang terlarang adalah ma’siat. Tidak gugur akan kefardhuan daripada seseorang ketika ia berada di dalam satu hal diantara ahwalnya(keadaan tidaki bersama ALLAH). -kitab 《 FATHUR RABBANI 》
Shaikh Abdul Wahab ash-Sha’rani berkata di dalam Thabaqatul Kubra:
من دقق النظر علم أنه لا يخرج شىء من علوم أهل الله تعالى عن الشريعة وكيف يخرج والشريعة صلتهم إلى الله عز وجل في كل لحظة
Barangsiapa yang menghalusi penelitiannya terhadap ilmu tasawuf, ia mengetahui bahwasanya tidak terkeluar satupun daripada ilmu-ilmu AHLILLAH (ilmu sufi atau ilmu haqiqat) daripada landasan syariat. Dan bagaimana mereka boleh keluar daripada landasan syariat sedangkan ia hanya merupakan penghubung mereka kepada ALLAH pada setiap saat.
Shaikh Abul Hasan ash-Shadhzuli رضي الله عنه berkata
إِذا عارض كشفُك الصحيح الكتابَ والسنة فاعمل بالكتاب والسنة ودع الكشف، وقل لنفسك: إِن الله تعالى ضمن لي العصمة في الكتاب والسنة، ولم يضمنها لي في جانب الكشف والإِلهام
Apabila kasyafmu bersanggah dengan al-Kitab (ALQUR'AN) dan as-Sunnah, maka beramal dengan al-Kitab (ALQUR'AN) dan as-Sunnah dan tinggalkan kasyaf itu. Dan katakanlah kepada dirimu: Sesungguhnya ALLAH.s.w.t.. telah menjaminkan bagiku akan 'ismah (keterpeliharaan) al-Kitab (ALQUR'AN) dan as-Sunnah, dan Dia tidak pernah menjamin tentang 'ismah kasyaf, ilham [kecuali jika kasyaf dan ilham itu tidak bersanggah kpd ALQUR'AN dan as-Sunnah].
Abu al-Hussin al-Warraq berkata:
لايصل العبد إلى الله الا بالله، وبموافقة حبيبه صلى الله عليه وسلم في شرائعه. ومن جعل الطريق إلى الوصول في غير الإقتداء يضل من حيث يظن أنه مهتد
Tiada sampai seseorang hamba kepada ALLAH melainkan dengan ALLAH dan mengikut syariat kekasihNYA, Nabi MUHAMMAD صلى الله عليه وسلم. barang siapa yang menjadikan jalan untuk sampai kepada ALLAH tanpa mengikuti ROSULULLAH صلى الله عليه وسلم , dia akan sesat dalam keadaan hina ..dn dia menyangka diberi petunjuk oleh ALLAH.
Abu Said Ahamd bin Isa al-Kharraz (wafat 277H) berkata:
كل باطن يخالفه ظاهر فهو باطل
Setiap perkara yang batin yang bercanggah dengan perkara yang zahir (syariat), maka ia adalah batil.
Demikianlah sebahagian daripada petikan dari kata-kata ulama’ besar tasawwuf yang mana ada dikalangan mereka hidup dizaman salafus sholeh dan mereka inilah merupakan diantara imam-imam dan ulama yang mu’tabar...WASSAJAM.
mhon maaf sy tdk ada mksud tuk menggurui siapapun jua..ini bntuk silaturrahim..sy hanya memetik faedah dari 3 kitab..silahkan di cek kbenarannya.
( Sumber dari Grup Ilmu Tasawuf - Hakikat )

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan