Pengertian kepada "Mati Syahid" itu,adalah mati di dalam keadaan "Ber'Syahadah'".
Ramai dikalangan kita yang mempunyai kefahaman yang keliru mengenai mati syahid.
Ada orang berkata,mati syahid itu,adalah mati ketika mempertahankan ibu pertiwi. Dan ada pula orang berkata bahawa mati syahid itu,adalah mati ketika dia sempat mengucapkan kalimah syahadah. Lalu pelbagai cerita yang kononnya orang kafir, orang zalim juga dapat memiliki syurga jika dia sempat bertaubat dan bersyahadah disaat2 terakhirnya atas alasan Tuhan itu penerima taubat hamba2nya.dan..ada pula yang mempunyai kefahaman bahawa jika pergi berjuang mempertahankan ibu pertiwi kaum lain juga adalah sebagai mati syahid, asalkan nama mereka itu "Islam",tanpa mengira tumpah darah itu terjadi kerana timbulnya kerakusan nafsu kerosakan dan tumpah darah oleh kedua pihak yang bertelagah.Itu hanya sekedar beberapa rangkaian kefahaman mengenai "Mati Syahid".
Namun..
Berlainan pula kata Allah,kerana kata "Syahid" itu adalah "Penyaksian". Dan "menyaksikan".
Ada yang menyatakan "Persaksian",sementara itu ada yang menyaksikan. bukan lafaz tanpa ada yang menyaksikan, tetapi disandarkan kepada Allah yang ghaib. Jika demikian kefahamanNya, Fir'aun yang saatnya ditelan oleh bentakan gelora dilautan juga mampu masuk syurga,kerana dia sempat melafazkan "Iman" kepada seruan Musa as.
Maka apakah "Mati Syahid" itu yang sesungguhnya .?
"Dan ingatlah..ketika kami mengambil janji
(persaksian/penyaksian)daripada kamu.."
"Dan tepatilah janji (persaksian/penyaksian) tatkala kamu berjanji..".
Terlalu banyak ayat2 sedemikian di dalam Al-Quran..dan ianya menggunakan kata dhomir "KAMI.." bukan AKU..bukan DIA..
Hai jiwa2 yang tenang - manusia2 yang sudah dijinakkan hawa nafsunya@hubud dunya.
sistem kehidupan telah membentuk karektar manusia menjadi haiwanis sesamanya bagaikan diantara sekawanan singa,dubuk,
serigala,dengan sekelompok kawanan domba2 yang tidak berdaya,selain terpaksa hidup dalam ketakutan dan jeritan, atau hanya mampu tinggal diam dan menyerah tatkala terkepong dan dibaham.
Kembalilah engkau kepadaku dengan hati yang redha lagi diredhai - redha melepaskan keinginan sementara yang memperdayakan dan Allah juga redha untuk menganugerahkan ketinggian darjat kemuliaan, serta melipatgandakan serta memenuhkan selimpah2nya keinginan2 yang dulunya diminta bagi dipuasakan demi menumpukan kepada jalan penegakan sistemnya.
"Huwallazi arsalarasulahu bil huda - Kasi melayu lah..!! Dan dialah yang mengutuskan seorang rasul dengan membawa petunjuk dan sistem (dien) yang benar, Agar dia MEMENANGKAN DIEN itu DIATAS segala Dien2 lain yang ada diatas muka bumi (lakun dinukum waliyaddien) Jikapun orang2 yang suka berpecah belah (musyrik) itu tidak menyukainya.." Yang selesa dengan sarong2 kehidupan seperti sekawanan Singa, dubuk, serigala dan sebagainya, Maka teruskanlah dengan sistem atau tatacara kamu menjalani kehidupan (berpecah belah,
bermusuhan, dan saling menerkam).Darjat maqam kau rendah kami tinggi, kau lemah kami kuat, kau tersesat kami betul dan sebagainya.singa kata aku tak hairan untuk berhadapan dengan dubuk dan serigala. Dubuk dan serigala pun berkata hal yang sama..As-Shaff 9. Pendek.yang panjang huraian..
Kembalilah ke dalam jamaah hamba2ku - Mahu atau tidak mahu..tiada paksaan kata Allah. Mana jamaah hamba2ku..
Al-Mulk:3.
Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-
lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-
ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang.?
Sambung baca ayat 4&5-nya sekali(kalau sy copy/paste,Panjang jadinya..) Ar-Rahman ayat 5-9 pun ok..
Itulah jamaah2 hambaku.mrk taat(tunduk dan patuh@senentiasa rukuk dan sujud kpd aturan rabbnya). Yang rosak sistem rukuk&sujudnya itu manusia,maka kehidupan mereka dan jiwa mrk menjadi tidak tenang,selain berlakon2 sandiwara tenang..kehidupan mrk sesamanya tidak damai dan harmoni sepertimana kehidupan makhluk dilangit,yang tidak pernah berhentam sesamanya. Jika mrk juga perangainya seperti kita manusia yg pelbagai ajaran dan aliran ini..hmm entahlah..!!
Maka itu sambungnya...
Masuklah kamu ke dalam Syurgaku - Bumi dan kehidupan ini dapat menjadi syurgaloka bagi hidupnya manusia.tenang..damai..dan sejahtera..dan setiap kali bangun dari tidur yang enak di malam hari tanpa ketakutan dan kebimbangan,mrk dapat bersiul riang seperti beburung yang berkicauan..indahnya dunia,
sehingga terasa ingin dipanjangkan umurnya.
Last part.
Mati syahid itu,adalah mati didalam perjalanan dan perjuangan.bukan jadi hero tebus orang lain dgn pedang dibalas pedang,sedang diri sendiri terjajah sbg hamba thagut yg ditentang.
Merdekakan diri,keluarga,kerabat terdekat dan jauh dengan pergantian langit(aturan yg diatas,
yang terpaksa dijunjung diatas kepala.patah balik kpd surah As-Shaff ayat 9 supaya jelas).
Sistem harus dilawan dengan sistem,atau konsep harus dilawan dgn konsep.ideologi
(isme@ismu)harus dilawan dgn ismu juga ibarat gigi dibalas dgn gigi,gusi dibalas dgn gusi..
Jadi harus tahu meletakkan perjuanganNya kearah mana..landasanNya apa..serta berdiri betul,tegak dan lurus diatas landasan terbabit.
Niat atau matlamatnya hanya satu.An Aqimuddien.Angkatlah takbiratulihram Allahu Akhbar,serta rukuk dan sujudlah kepada ajaran Allah,(tali ikatan@simpulan diantara kita-habal-
hablum minan naas)dan janganlah terpecah belah seperti saat ini.
Siapa si Singa itu,siapa pula serigala,dan siapa pula menjadi dubuk,yang mengepong serta membaham tawanan dari pengikut2nya yang jahil lagi tidak berdaya,kerana fakirnya ilmu.
Bebaskan mereka..dan pulangkan mereka kpd Allah(Al-Quranul hakim). Musa as mengembalikan domba2 dibawah jagaanNya kepada Allah semula..begitupun rasul2 yang lain yang mengerjakan ternakan domba.
semuanya dikembalikan kepada Allah.ikutilah jejak2 mereka wahai para penguasa kepada domba2 ini
Hakikat Insan ( Mengenal Diri Mengenal Tuhan )
0 comments:
Catat Ulasan