RAHSIA SERBAN BESAR*


RAHSIA SERBAN BESAR*
Tentu kita berfikir dan menjadi tanda tanya atau menjadi pelik apabila Serban itu lebih besar dari kepala ?
Ada yang bertanya kepada saya, mengapa Serban mereka Para-Para Ulama' atau Khilafah terdahulu lebih besar dari kepala, apakah Rahsia disebalik itu sebenarnya ???
Dan kalau kita tengok sendiri gambar atau di Makam Beliau, Serban sebenar Sultan Muhammad Al-Fatih ini, memang Serbannya lagi besar daripada kepala dan lagi lebar daripada mukanya.
Saya bertanya kepada beliau, cuba teka Serban besar itu digunakan untuk apa dan apa Rahsia disebaliknya ?
Jawaban yang paling logik boleh beliau fikirkan adalah 'SEJADAH'
Saya berkata kepada beliau jawapannya adalah salah, dan saya akan menjawab dipost untuk semua Umat Islam dipages ini juga tahu apa Rahsia disebaliknya. Mungkin juga ada yang tertanya-tanya mengapa ?
Baik... Saya beritahu Rahsia sebenarnya disebalik Serban itu adalah;
"KAIN KAFAN" Beliau.
Kain Kafan itulah yang Sultan Muhammad Al-Fatih juga Khilafah-Khilafah atau Para Ulama' lainnya junjung setiap masa dimana jua untuk senantiasa mengingat KEMATIAN.
Sultan Muhammad Al-Fatih adalah 'Khilafah Islamiyah' yang ketujuh berjaya menaklukan dan membuka Kota terbesar dunia yang bernama 'Kota Constantinople' dan juga membuka laluan terbesar 'Pintu Gerbang Islam' keseluruh dunia.
Ketika itu Beliau hanya baru berusia 21 tahun. Beliau juga diberi gelaran oleh barat dengan panggilan "Mehmed The Conqueror" atau didalam islam nama gelarannya adalah "Sang Penakluk".
Beliau juga menukarkan nama 'Kota Constantinople' kepada nama 'Islambul' yang bermaksud 'Negara Islam'.
Mereka dahulu Para-para Pejuang Islam tidak mencintai dunia berlebihan dan juga mereka tidak sama sekali takutkan akan Kematian, malah mereka lebih mencintai Mati Syahid (Kesaksian) kerana itulah tujuan utama Umat Islam sebenarnya untuk mencapai ke Negeri Akhirat (Syurga Allah). Itulah mereka dahulu berlumba-lumba pergi Berjihad kerana mahu menjadi Syuhadah, kerana didalam Islam kita semuanya akan Mati dan akan dibangkitkan semula untuk kekal selamanya, dan tidak akan ada mahkluk yang terlepas dari Ajalnya.
'Sangat pelik pula pada manusia hari ini yang kebanyakkannya lebih Mencintai Dunia berlebihan dan sangat Takut akan Kematiannya.'
'Ramai yang hendak Mati dengan cara Islam, tetapi tidak ramai pula yang mahu hidup dengan cara Islam'
"HIDUP MULIA, MATI SYAHID"
Sabda Nabi saw didalam satu Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA bahawasanya Rasulullah saw telah ditanya;
“Siapakah dikalangan mukmin yang paling bijak ?
Rasulullah saw bersabda;
“Mereka yang paling banyak mengingati MATI dan yang paling baik persediaannya untuk selepas daripada MATI, mereka itulah orang-orang yang bijak”
(Riwayat Ibnu Majah)
Benar sekali !
* Bila kita ingat Mati ! - Kita tidak akan mahu lagi dengki mendengki.
* Bila kita ingat Mati ! - Kita tidak mahu lagi mencaci maki.
* Bila kita ingat Mati ! - Fokus kita akan menjadi lebih tinggi.
* Bila kita ingat Mati ! - Kita akan lebih mempersiapkan diri sendiri.
* Bila kita ingat Mati ! - Masa yang ada akan menjadi lebih berkualiti.
* Bila kita ingat Mati ! - Kita akan tahu gelaran, pangkat dan harta tidaklah menjamin kehidupan di syurga nanti.
* Bila kita ingat Mati ! - Kita akan bekalkan masa dan tenaga kita pada benda yang lebih bererti.
* Bila kita ingat Mati ! - Kita akan mencari jalan sebanyak mungkin untuk mensucikan diri sendiri.
* Bila kita ingat Mati ! - Kita tidak akan melakukan kemungkaran, kezaliman dan dosa-dosa yang menghancurkan diri.
* Bila kita ingat Mati ! - Segalanya akan BERSERAH DIRI.
Rasulullah saw menerusi sabda Baginda yang bermaksud;
“Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan. Jika ia diingati dan direnung pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika ia diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.”
(Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi)
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud;
“Dan, sesungguhnya amalan itu bergantung dengan penutupnya.”

( Sumber dari Syeh Haqtullah )


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan