HAKIKAT MATI SEBELUM MATI*
(Kita cuba kaji hal Mati Sebelum Mati melalui Bahasa Sains )
Didalam dunia fizikal, MATI adalah merujuk kepada hal Jasad yang sudah tidak lagi Bernyawa, maksudnya bila Jasad sudah tidak ada Nafas yang keluar dan masuk serta naik dan turun, dek kerana jantung sudah tidak berdegup. Makanya, manusia itu dikatakan telah MATI.
Didalam perspektif Kerohanian, MATI itu sentiasa berlaku pada setiap detik dan ketika. Dalam masa yang sama, Hidup jua sedang berlaku pada setiap detik dan ketika seiring dengan berlakunya KEMATIAN. Sama ada kita Sedar ! atau tidak, hal MATI dan Hidup ini sentiasa berlaku pada setiap masa, didalam dan di luar Jasad.
Contoh;
Disaat berlakunya KEMATIAN di sesebuah negara, Kelahiran juga sedang berlaku di negara-negara lain. Disaat ada orang yang MATI disini, diwaktu yang sama, ada pula orang Lahir disana. Disaat ribuan sel dibadan kita sedang MATI, disaat yang sama, ribuan sel-sel baru dibadan yang sama, sedang Lahir dan meneruskan kehidupan. MATI dan Hidup adalah proses alam Zahir dan alam Batin yang sentiasa berterusan.
* JASAD
Jasad terbina dari gabungan trillion, billion sel. Dari sel Tunggal yang Satu, ia bermitosis (Beranak pinak) menjadi Satu Gabungan sel yang besar yang bernama Jasad. Bila Jasad yang besar itu sudah tidak lagi Bernyawa, sel-sel yang banyak ini kembali memisahkan diri mereka dari gabungan sel-sel yang banyak, kembali kepada sel Tunggal asal yang Satu semula.
Sebab itu, bila Jasad manusia itu MATI, ia cuma KEMATIAN bersifat illusi, kerana jika dilihat melalui mikroskop, sel-sel Jasad dari manusia yang MATI itu sedang Bergerak dan Hidup. Sel-sel yang Hidup ini sedang memisahkan diri mereka dari gabungan billion sel, kembali kepada sel Tunggal yang Satu.
* ROH
Roh adalah hal Batin yang tidak tertakluk kepada Nafas dan Jantung untuk Hidup. Roh adalah hal Kerohanian yang tidak perlukan Jasad untuk Hidup kerana Roh itu sendiri adalah KEHIDUPAN. Roh adalah hal Batin yang tiada jantina, bukan perempuan dan bukan pula lelaki. Roh tiada umur, tiada sifat dan tiada bentuk kerana Roh adalah hal alam Batin yang tidak tertakluk kepada hukum, ruang dan masa. Roh tidak berbentuk, sebaliknya Roh itu mengikut bentuk.
* KESIMPULAN
"Jika engkau memandang yang Batin, engkau akan sentiasa Hidup dan jikalau engkau memandang yang Zahir maka engkau akan sentiasa MATI"
Engkau tidak akan mengalami hal "MATI SEBELUM MATI", itu hanyalah sekadar berkobar-kobar mengucapkan teori kata-kata sahaja.
Hal MATI SEBELUM MATI adalah hal yang engkau RASAKAN bukan hal yang engkau perkatakan !
* MEMAHAMKAN ISTILAH MATI SEBELUM MATI DALAM BAHASA MUDAH.
Untuk memahamkan hal teori 'Mati Sebelum Mati' kita perlu memahamkan Hakikat hal AIR dan Hakikat hal SAHLA, kerana hal Hakikat AIR dan hal Hakikat dan SAHLA adalah saling kait mengait dan banyak persamaan.
Didalam dunia fizikal, Air hanya wujud didalam bentuk KONSEP PEMIKIRAN. Hakikat Air, tidak dapat dibuktikan kewujudannya. Bila engkau bercakap soal Air, yang dicakapkan adalah hal Hidrogen dan Oksigen (H2O), lalu menghilangkan nama Air itu sendiri.
Realitinya, bukan sahaja Air, bahkan semua Benda yang kita cakapkan adalah semata-mata hal Konsep yang tercetus dari Pemikiran.
Air adalah elemen paling penting didalam kejadian Hidup dan MATI manusia. Dalam perspektif Jasad manusia, Air itu berkaitan hal gelombang dan frekuensi yang dizahirkan oleh HAKIKAT TENAGA yang digerakkan melalui Dna, jantung, otak dan seluruh sistem kelenjar Jasad. Makanya, memahamkan hal Hakikat Air itu adalah sangat penting agar kita dapat memahamkan hal SAHLA.
SAHLA adalah hal Realiti yang semua Diri mengalaminya. SAHLA bukan konsep, ia juga bukan hal fikiran, ia adalah hal Realiti yang boleh dinikmati semua Diri namun hal Hakikat SAHLA, tidak ramai yang SEDAR ! dan tidak ramai yang tahu untuk mengalaminya.
* MATI SEBELUM MATI vs SAHLA
Teori Mati Sebelum Mati itu merujuk kepada hal SAHLA. Jadi apakah itu SAHLA ?
S.A.H.L.A itu acronim yang bermaksud "Sedang Alami Hal Luar Akal". Sains menggelarnya sebagai "PURE CONSCIOUSNESS"
Bahasa Mudahnya Begini...
Engkau Solat didalam keadaan yang tenang hingga engkau terlupa hal Deria Pengamatan. Terlupa hal mata, lupa hal telinga, lupa hal hidung, lupa hal lidah dan lupa hal kulit.
Kemudian Akal mulai 'Hilang' dan peranan otak terhenti hingga tiada lagi apapun yang difikirkan, tiada apa lagi pun bayangan yang terpancar di benak fikiran.
Kemudian degup jantung makin menjadi perlahan hingga tiada lagi emosi, tiada lagi perasaan. Tiada lagi terlihat apa-apa penglihatan, tiada lagi terdengar apa-apa pendengaran, tiada lagi terbau sesuatu, tiada lagi rasa di lidah dan tiada lagi terasa sentuhan di kulit.
Bila semua ini berlaku, maka apa lagi yang tinggal ?
Bukankah segalanya Terhenti ?
Bukankah segalanya MATI ?
Hal dikala segalanya Terhenti inilah yang dikatakan 'SAHLA' atau 'MATI SEBELUM MATI'.
Keadaan berada didalam Dimensi yang 'TIADA SEGALA SESUATU' inilah yang dikatakan SAHLA. Hal SAHLA inilah hal HAKIKAT DIRI. Inilah 'HAKIKAT MATI SEBELUM MATI'.
Jadi, jika ada yang belum Terhenti disaat engkau mengatakan engkau mengalami MATI SEBELUM MATI, itu adalah sekadar kata-kata penyedap bicara !
Bolehkah segalanya Terhenti disaat engkau sedang meneruskan kehidupan biasa engkau ?
Bolehkah segalanya Terhenti disaat engkau sedang makan, tidur, riadah, beradu asmara ?
Jika boleh dan jika engkau benar-benar sedang mengalaminya, makanya engkau adalah orang yang BENAR !
Kerana KEBENARAN hanya Wujud pada engkau sahaja. Hanya engkau sendiri yang tahu Kebenaran tentang apa yang engkau ALAMI.
Jika tidak, engkau adalah PENIPU yang paling besar terhadap Diri engkau sendiri !
Makanya, SAHLA...
Boleh ke kita merasakan Mati Sebelum Mati ???
Boleh ! Jika engkau tahu Teknologinya.
Soalan diatas berkaitan tentang hal 'Realiti Ilmu'
Ilmu itu terbahagi kepada empat bahagian teknologi;
1) Teknologi Bahasa Ilmu.
2) Teknologi Operasi Ilmu.
3) Teknologi Manupulasi Ilmu.
4) Teknologi Realiti Ilmu.
Ramai diantara kita yang hanya arif hal-hal berkaitan bahasa ilmu. Menguasai teknologi bahasa ilmu itu hanya membolehkan kita menjadi Tukang Karut atau Professor yang hanya pandai berkata-kata sahaja.
Kenapa ?
Kerana bercakap, bersyarah, berpidato, berhujah, berdialog dan berteori. Betul atau salah sahaja yang kita lakukan setiap hari hingga menjadi rutin, rutin jadi tabiat, tabiat menjadi budaya. Maka, jadilah kita Pakar Teori yang balik-balik citer hal yang sama je !
Hal 'Mati Sebelum Mati' (MSM) adalah hal Realiti Ilmu yang harus Dirasai didalam keadaan PENUH KESEDARAN.
MSM bukan hal teori, bukan hal bahasa, bukan hal operasi, bukan hal manupulasi tetapi MSM adalah hal Realiti yang perlu dicapai. Bila sudah ada PENGALAMAN mencapai dan Merasakan hal MSM itu, maka segala persoalan berkaitan MSM itu akan terjawap dengan sendirinya tanpa bahasa kata-kata.
Segalanya Realiti akan menjadi KELU !
Pengalaman Merasakan hal Mati Sebelum Mati itu akan menjadi AIN YANG DIFARDHUKAN kepada seluruh umat manusia, bukan hanya sekadar menjadi Fardhu Ain kepada Umat Islam sahaja.
Jika engkau memahamkan hal MSM dalam batas Agama, maka persepsi engkau terhadap MSM akan terhad didalam kefahaman Agama engkau sahaja, sedangkan MATI itu berlaku kepada setiap makhluk didalam seluruh Agama.
Ungkapan Mati Sebelum Mati itu adalah ungkapan kuno yang telah ribuan tahun dahulu dipopularkan dengan bahasa yang berbeza. Sains menggelarkannya MATI SEBELUM MATI sebagai OUT OF BODY EXPERIENCE.
Istilah Near Death Experience dan Astral Travel juga popular. Untuk mencapai hal Mati Sebelum Mati, kita perlu tahu teknologinya.
Ada aliran Sufism Decode hal MSM melalui Tarian. Raja-raja Mesir kuno Decode hal MSM melalui teknologi Awetan Mayat. Melayu Decode MSM melalui Agama. Yogee Decode MSM melalui Yoga dan banyak lagi aliran Decode untuk mencapai MSM. (Tapi ingat aliran yang Benar dan Suci hanyalah Islam sahaja, kerana Islam itu Kesempurnaan dan Kesucian)
Sebagai seorang Muslim sejati engkau boleh Decode Diri engkau melalui BERDZIKIR atau SOLAT FARDHU / SOLATUL'DAIM.
Nantinya bila engkau telah sampai kepada Nikmat dan RahmatNya (Dzauq) engkau akan tersenyum dan memahami bahawa;
"AKU tidak pernah berpisah dari ENGKAU walaupun sedetik"
وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا الۡاِنۡسَانَ وَنَعۡلَمُ مَا تُوَسۡوِسُ بِهٖ نَفۡسُهٗ ۖۚ وَنَحۡنُ اَقۡرَبُ اِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ الۡوَرِيۡدِ
"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."
(QS. Qaf : 16)
“Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap, di situlah wajah Allah”.
(QS. Al-Baqarah : 115)
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖفَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(QS. Al-Baqarah : 186 )
0 comments:
Catat Ulasan