RAHASIA TAUHID DAN IMAN*
(Perihal MA'KRIFAT dan RUKUN SYAHADAH)
SUNGGUH-SUNGGUHKAH AKU TELAH ISLAM DAN BERIMAN ???
Aduhai... Wahai Sahabatku semua !
(Baca pelahan-lahan dan memahaminya dengan baik)
*** MUKADDIMAH ***
Apabila kita memperihalkan persoalan Rukun, maka jelaslah terbayang pada benak fikiran kita dan tersimpul fahaman dan hati kita tentang betapa sesuatu yang disebut sebagai Rukun itu sebenarnya Mendasari, Menegakkan dan Mengesahkan sesuatu Pegangan ('iktikad), KEPERCAYAAN dan AMALAN.
Maka apabila terdapat sebarang kecacatan pada kelangsungan Rukun tersebut, maka goyah atau terbatallah Pegangan atau Amalan tersebut.
Didalam Muamalah kehidupan, kita ditemukan dengan pelbagai Amalan yang berbentuk kemasyarakatan, kenegaraan, malah terlebih-lebih lagi disudut ke Agamaan. Misalan seperti;
Rukun negara, Rukun tetangga, Rukun ibadah antara lain, seperti Rukun Sembahyang, Rukun Haji, Rukun Nikah dan sebagainya.
Malah, perkara yang paling kritis pula jarang disebut, jarang dimenitip beratkan, disyarah atau ditazkirah dimana-mana media sekalipun kepada khalayak Umat Islam yang telah dewasa ini.
(Yang saya akan bincang) saya terpanggil kerana menganggap perkara-perkara yang menjadi Asas, Pokok, Tiang Seri, Tunjang, Teras dan Tonggak kepada kelangsungan hidup Beragama ini telah mengalami ketirisan dan penghakisan yang maha getir dan lagi hebat dikalangan orang-orang Melayu islam hari ini.
Hal ini telah mengancam KEPERCAYAAN dan PEGANGAN AKIDAH sehingga keakar umbi KEIMANAN Umat Melayu Islam khususnya !
Tragedi ini, terutama sekali mengancam generasi muda belia kini dan masa depan, kerana sentiasa digoda dan diasak oleh gelombang Negatif dan Destruktif didalam kehidupan, sama ada oleh faktor kelemahan sendiri atau faktor luaran yang sememangnya dirancang oleh kaum kuffar atau Dajjal Laknatullah !
(Yang memusuhi Agama Islam)
Isu tegar yang saya akan bincangkan adalah mengenai TAUHID atau AKIDAH;
Kaedah mengetahui dan memahaminya, tidak lain melainkan melalui pengetahuan didalam memahami lafaz "DUA KALIMAH SYAHADAH" dan segala tuntutan-tuntutan yang berkait rapat dengan Kalimah tersebut. Umum sedia maklum bahawa Dua Kalimah ini menjadi PRA-SYARAT bagi memeluk Agama Islam, dan untuk menjadi seorang Muslim Sejati dan kekal sebagai Muslim !.
Justru, berapa ramaikah tokoh dan juga berapa banyakah pihak yang menyeru kita agar kembali kepada Islam yang SEBENAR ???
Bagi mengukuh dan mendalami AKIDAH TAUHID dan memperkasa IMAN !
Namun, belum ada dan tidak ada seorang tokoh pun bergegas tampil kedepan hingga saat ini, bagi menunjuki dan mengajari apa dan bagaimana HAKIKAT KEBENARAN yang Sebenar-benarnya.
Sampaikan banyaknya Umat Islam hari ini telah TERGELINCIR dari LANDASAN HAKIKAT KEBENARAN ALLAH SWT, dek kerana tertipu dan terlena dengan duniawi yang palsu ini, sehinggakan mereka tidak KENAL yang mana HAK dan yang mana BATIL.
Justru, saya mengambil inisiatif dan tanggungjawab untuk menangani permasalahan sekritis ini demi kepentingan Umat Islam Akhir Zaman ini.
INSYAALLAH.......
(QS. Muhammad : 19) yang bermaksud;
‘'Maka ketahuilah Laa ilaaha illallaah.’'
Saya menggariskan dibawah ini tanpa sebarang kompromi bahawa andainya kita hanya lancar melafazkan Dua Kalimah Syahadah, bukanlah bermakna segala tuntutan Kalimah tersebut telah pun kita selesaikan !
Fahami benar-benar persoalan ini !!!
*** TUNTUTAN DUA KALIMAH SYAHADAH ***
Perkara-perkara menjadi tuntutan WAJIB keatas Umat Islam berkait dengan Dua Kalimah Syahadah atau Kalimah Tauhid itu adalah seperti berikut;
a) Rukun Syahadah
b) Fardhu Syahadah
c) Kesempurnaan Syahadah
d) Syarat Sah Syahadah
e) Yang Membinasakan Syahadah
Tuntutan WAJIB yang lain, antaranya ialah mengetahui dan memahami 50 AQAIDUL' IMAN yang terkandung didalam Kalimah tersebut;
Memahami konsep Nafi dan Isbat didalamnya dan terpenting, mengetahui dan memahami Rahsia jari telunjuk tidak digenggam ketika BERSYAHADAT, 9 kali sehari semalam !
*** RUKUN SYAHADAH ***
Didalam penulisan kali ini saya akan membincang perkara-perkara yang UTAMA didalam tuntutan Dua Kalimah Syahadah, yakni;
"Rukun Syahadah"
Berapa ramaikah yang mengetahui dan menghafalnya sebanding dengan hafalan Rukun negara, dan sebagainya !?
Rukun Syahadah adalah IBU segala Rukun. Mengetahuinya, seperti telah di Firmankan oleh Allah swt adalah WAJIB (Fardhu ‘Ain).
"Barangsiapa tidak mengetahui atau memahaminya, maka menjadi Batal Syahadahnya; Batal Islamnya; malah menjadi Sah Kafirnya !"
Janganlah pandang ringan, sampai tergugat PEGANGAN AKIDAH kita.
Fahamkan benar-benar permasalahan ini !
*** SOAL - JAWAB ***
(Bersama Allahyarham Guruku Haji Rosli Siroon, AL-FATIHAH)
Saya mengajukan perbincangan ini didalam bentuk soal - jawab seperti saya dengan Guru saya sebelum Beliau wafat, bagi lebih memudah dan mendekatkan fahaman kita, seperti berikut;
1) S : Berapakah Rukun Syahadah ?
J : Rukun Syahadah itu mengandungi 4 perkara, seperti berikut;
a) Mengisbatkan Dzat Allah Taala
b) Mengisbatkan Sifat Allah Taala
c) Mengisbatkan Af’aal Allah Taala
d) Mengisbatkan Kebenaran Rasulullah
2) S : Apakah erti Rukun ?
J : Rukun itu adalah dasar Kepercayaan. Bererti, Rukun Syahadah adalah dasar Kepercayaan atau Pegangan Akidah didalam Syahadah.
3) S : Apakah Rukun pertama didalam Syahadah ?
J : Mengisbatkan Dzat Allah Taala.
4) S : Apakah erti Isbat ?
J : Ertinya ialah Menetapkan. Misalannya, Mengisbatkan Si ALIF berdiri dan menafikan beliau duduk.
5) S : Bagaimana Isbat kepada Dzat Allah Taala ?
J : Bermula Mengisbatkan Dzat Allah Taala, yaitu Membenar dan Menetapkan Dzat itu dengan tidak adanya bandingan dan sekutunya.
Bersifat Kesempurnaan, tidak terhingga, Maha Kaya dan Maha Suci dari sebarang sifat kekurangan. Maha Esa dan Tunggalnya Dzat Allah itu sehingga wujud selain dariNya adalah bersifat majazi sahaja !
Allah swt berfirman didalam Surah Al-Ikhlas, yang bermaksud;
‘'Katakanlah (Muhammad), ’Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang seumpama/setara denganNya.’'
Didalam Hadits Qudsi, Dia menyatakan yang bermaksud;
‘'Tuhan ada dan tidak ada apa-apa disampingNya.’'
Telah tetap Adanya Allah dan tidak ada sesuatu pun sertanya Allah. Dia sekarang adalah pada apa-apa yang telah tetap Adanya atasNya.
6) S : Adakah WAJIB Mengisbatkan Dzat Allah Taala itu ?
J : Ya WAJIB bagi setiap Muslim Mukallaf, lelaki dan perempuan Mengisbatkan Dzat Allah Taala itu.
7) S : Bolehkah Mengisbatkan barang yang tiada di lihat itu ?
J : Ya, boleh di Isbatkan dengan sekira-kira ‘iktikad Keimanan dan Keyakinan kita, bahkan di lihat dengan Mata Hati.
(Sila rujuk kepada AHLINYA atau Guru mursyid (Ahli Hakikat) untuk lebih mendalaminya)
8) S : Dengan sebab apakah didapati ‘iktikad yang demikian itu ?
J : Adalah dengan jalan Mengenal segala Sifat-SifatNya dan menjalani jalan orang-orang Sodiqin.
(QS. At-Taubah : 119) yang bermaksud;
‘'Wahai orang-orang beriman ! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama dengan orang-orang yang benar (Para Sodiqin)."
9) S : Apakah sebabnya dapat Mengisbatkan dengan Mengenal Sifat ?
J : Kerana dengan Mengenal Sifat Allah, dapatlah Mengisbatkan Dzat, oleh kerana Sifat itu berdiri kepada Mausuf.
10) S : Manakah yang dinamakan jalan orang-orang yang Sodiqin ?
J : Yaitulah jalan orang-orang yang bersungguh-sungguh Hati Rohani mereka, Zahir dan Batin menjalani dan Beramal dengan Amalan, sehingga mencapai Hakikat dan Ma’krifat, yang dengannya dapatlah mereka Mengisbatkan Dzat Allah Taala dengan Tahkik dan setetap-tetapnya (Istiqamah).
Seandainya belum lagi, hendaklah kita terus mencari sehingga mendapatkan WASILAH dan JALAN menuju kepada Allah swt, walhal kita sering memohon 17 kali didalam Al-Fatihah, didalam Solat, sehari semalam, bahkan sepanjang hayat kita, agar Allah swt menunjukkannya.
Sekarang ! Sudahkah Allah swt menunjukkan kita agar kita memperolehinya dan Beramal dengannya ?
(QS. Al-Maaidah : 35) yang bermaksud;
"Wahai orang-orang beriman ! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah WASILAH (JALAN) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah (berjuanglah) di JALAN-Nya agar kamu beruntung.’'
Dan lagi...
FirmanNya (QS. Al-Jinn' : 16) yang bermaksud;
‘'Dan sekiranya mereka tetap berjalan lurus diatas TAREQAH (JALAN-NYA), nescaya Kami mencurahkan air hikmah melimpah ruah.’'
11) S : Bagaimanakah jika tiada kita Mengisbatkan Dzat Allah Taala itu ?
J : Maka adalah jatuh didalam keadaan tiada Sempurna ‘iktikadnya, kerana terdapat ragu-ragu, syak, dzan dan waham.
Bahkan, ‘iktikad yang tidak Sempurna juga bermakna Tauhidnya juga tidak Sempurna kepada Allah Swt. Tidak IKHLAS, tidak Murni dan tidak Sempurna pula, dan pasti membawa kepada Syirik juga kesesatan disepanjang hayat, terlebih-lebih lagi diakhirat kelak !
12) S : Manakah dalil yang menyuruh kita Mengisbatkan Dzat Allah Taala itu ?
J : (QS. Al-Ikhlas : 1) yang bermaksud;
'‘Katakan oleh mu ya Muhammad bahawa Dzat Allah Taala itu Esa.’'
Adalah Allah swt itu ESA pada Dzat, ESA pada Sifat, ESA pada Asma’ dan juga ESA pada Af’aalNya.
Malah, kita diperintahkan Mengisbatkan dan Menetapkan Setetap-Tetapnya, Seyakin-Yakinnya didalam pandangan dan penglihatan Mata Hati kita didalam hubungan ini.
Allah swt berfirman (QS. Adz-Dzaariyaat : 21) yang bermaksud;
‘'Dan didalam dirimu sendiri apakah kamu tidak memperhatikan ?’'
Fahamkan benar-benar ya !
13) S : Apakah Rukun Syahadah yang kedua ?
J : Mengisbatkan Sifat Allah Taala.
14) S : Apakah yang dikatakan Sifat itu ?
J : Yang dikatakan Sifat itu ialah suatu rupa, warna atau keadaan yang menggambarkan dan menentukan sesuatu perkara atau benda.
Misalnya, warna putih menunjukkan kepada zat kapur. Demikianlah juga dengan Sifat Allah Taala: umpamanya Sifat Qudrat, yaitu suatu Sifat yang menunjukkan bahawa Dzat Allah Taala itu Kuasa dan lagi Maha Berkuasa.
15) S : Manakah yang dinamakan sebagai Sifat-Sifat Allah swt itu, silalah disenaraikan ?
J : Yang dinamakan Sifat-Sifat Allah Taala itu dan yang WAJIB diketahui berjumlah 20 Sifat, seperti berikut;
a) Wujud
b) Qidam
c) Baqa
d) Mukhalafatuhu Lil Hawadis
e) Qiyamuhu Binafsih
f) Wahdaniyah
g) Qudrat
h) Iradat
i) Ilmu
j) Hayyat
k) Sama’
l) Basar
m) Kalam
n) Qadiran
o) Muridan
p) ‘Aliman
q) Hayyan
r) Sami’an
s) Basiran
t) Mutakalliman
Untuk perhatian, Sifat-Sifat Allah swt yang Mustahil (20 Sifat) dan yang Harus (1 Sifat),
(Tidaklah dibincangkan kali ini)
16) S : Bolehkah dikenali Dzat tanpa Mengisbatkan Sifat ?
J : Tidak boleh, kerana Sifat itu menunjukkan diri Mausuf (Dzat Allah Taala).
17) S : Bagaimanakah kaedah Mengisbatkan Sifat Allah Taala itu ?
J : Bermula kaedah Mengisbatkan Sifat Allah Taala itu ialah ibarat salah satu daripada segala Sifat-Sifat yang ada didalam alam ini.
Umpama, tiada ada yang Kuasa hanya Allah, tiada yang Berkehendak, tiada yang Tahu, tiada yang Hidup, tiada yang Mendengar, tiada yang Melihat dan tiada yang Berkata-kata pada Hakikatnya hanya Allah swt dan sifat-sifat yang ada pada kita hanya menzahirkan Sifat-Sifat Allah Taala jua adanya.
18) S : Bolehkah Mengisbatkan Dzat Allah Taala dengan tiada Mengisbatkan SifatNya ?
J : Tidak boleh, kerana dapat Mengisbatkan Dzat Allah Taala itu hanya dengan perantaraan dapat Mengisbatkan SifatNya’ terkecuali atas jalan Majzub dan Wujdan.
Orang seperti ini adalah ia Mengenal Dzat Allah Taala terlebih dahulu, kemudian Sifat, Asma’ dan Af’aal, bersalahan Salik dari Af’aal, kemudian Asma’, Sifat dan Dzat.
19) S : Manakah dalil kita diperintah atau disuruh Mengisbatkan Sifat Allah Taala ?
J : Dalilnya, seperti Firman Allah Taala didalam Hadits Qudsi, bermaksud;
‘'Tidak menghampirkan diri kepada Aku akan hamba-hambaKu jika mengerjakan yang Fardhu sahaja, terkecuali, mengerjakan mereka itu akan yang Sunnat sehingga kasih Aku kepada mereka; jika Aku Kasih, Akulah Pendengarannya yang mendengar; Akulah Penglihatannya yang melihat dan Akulah Lidahnya yang berkata-kata sehingga akhirnya.
20) S : Apakah Rukun Syahadah yang ketiga ?
J : Bermula Rukun Syahadah yang ketiga ialah Mengisbatkan Af’aal Allah.
Islam, Khususnya mendirikan Solat 5 waktu. Kelebihan Solat ialah kerana didalam Solat itu telah terkandung kelima-lima Rukun Islam, dan pada Hakikatnya orang yang mendirikan Solat telah sekaligus menunaikan kesemua Rukun Islam, dan sekaligus menegakkan Agamanya. Perhatikan;
Hadits Rasulullah saw yang bermaksud;
‘'Perbezaan antara orang-orang Islam dan orang-orang kafir ialah dengan meninggalkan Solat.'’
Dan lagi...
‘'Barangsiapa yang meninggalkan Solat dengan sengaja adalah kafir.'’
Sama ada Solat kita dapat menepati syarat-syarat, kehendak dan objektif Bersolat harus dibincang didalam kesempatan yang lain.
Namun, kita telah dapat membuktikan andainya kita melaksanakan semua tuntutan yang tersebut, sesungguhnya kita adalah orang Islam yang Sebenar !
*** KEIMANAN KITA ***
Keislaman itu sifatnya hanyalah luaran. Justru kita dituntut oleh Allah swt agar mengisi dan melengkapkannya dengan KEIMANAN.
Firman Allah swt yang bermaksud;
‘'Katakanlah kamu memang telah Islam. Hanya Iman belum memasuki hati kamu.'’
Islam tanpa dipupuk dengan IMAN, TAUHID, TAQWA, IHSAN dan MA'KRIFAT tidak membuahkan sebarang kelebihan, malah suatu kesia-siaan dan meletakkan penganutnya didalam kategori;
a) Islam warisan atau keturunan
b) Islam taklid atau ikutan
c) Munafiq
d) Syirik
e) Fasiq dan Zindiq
Jelaslah... Bahawa Keislaman adalah lebih mudah dibuktikan kerana ia merupakan paparan Amalan bersifat Zahir, sedangkan Keimanan pula adalah bercirikan Amalan Dalaman atau Bersifat Kebatinan, yang hampir mustahil dilihat atau diketahui, melainkan oleh yang empunya diri sendiri !.
KEIMANAN adalah berlandaskan kepada Pegangan, Kepercayaan dan Keyakinan seseorang terhadap Agama Islam, yang seharusnya dihayati dan di jiwai secara TAHKIK dengan berpaksikan kepada keenam-enam Rukun Iman yang sedia dimaklumi.
Walaupun demikian, terdapat banyak ciri-ciri atau tanda-tanda pada diri seseorang yang benar-benar BERIMAN, hanya jika kita lebih prihatin menyedari dan memerhatikannya !
*** TAUHID (AQIDAH) KITA ***
Pengertian Tauhid ialah Aqidah, Pegangan, ‘iktikad, PengESAan dan Penunggalan terhadap 'Dzat Wajibal Wujud' yang bernama ALLAH SWT itu. Lawannya pula adalah Syirik.
(QS. Muhammad : 19) yang bermaksud;
‘'Ketahui olehmu bahawa tiada Tuhan sebenarnya melainkan ALLAH.'’
Inilah Kalimah yang tiada timbang tara, tiada tolok bandingnya dengan Kalimah-Kalimah Allah swt yang lainnya.
Kalimah ini juga dinamai KALIMAH TAUHID, KALIMAH TAQWA, KALIMAH IKHLAS dan juga KALIMAH TOYYIBAN.
Diatas Kalimah ini jugalah berdirinya Hukum-Hakam Allah swt, berdirinya yang Halal dari yang Haram, berdirinya yang Hak dari yang Batil dan atas Kalimah ini jugalah berdirinya MAK’RIFATULLAH !
(Sila bertanya kepada AHLINYA)
Kalimah ini jugalah menjadi 'KUNCI PEMBUKA SYURGA' dan 'PENUTUP NERAKA' bagi orang-orang yang BERIMAN, seperti;
Hadits Rasulullah saw yang bermaksud;
‘'Barangsiapa pada akhir kalamnya dapat menyebut 'LAA ILAAHA ILLALLAAH' akan dimasukkan kedalam Syurga.’'
Perlu ditekankan disini bahawa majoritinya Umat Melayu Islam di negara ini amat TERKELIRU atau memandang sepi dan mudah tentang keutamaan, kelebihan, kepentingan peranan dan implikasi kejahilan didalam memahami Dua Kalimah Syahadah ini !
Kalimah Tauhid ini, walaupun begitu mudah disebut, namun... ketidak fahaman dan tanpa ilmu akan mengundang BAHAYA nya kekhilafan dan kegelinciran keatas Aqidah sebenar seseorang.
Saya mengulangi sekali lagi !!!
Pada Kalimah Tauhid ini antara lain, tersimpulnya sekurang-kurangnya '50 AQAIDUL IMAN'.
Tanpa AQAIDUL IMAN akan terbatallah SYAHADAH itu !
Perlu mengetahui Fardhu Syahadah, Kesempurnaan Syahadah, Syarat Sah Syahadah dan perkara yang membinasakan Syahadah.
Syahadah juga mengandungi Kalimah Nafi dan Isbat, yang mana fahaman yang Sempurna amatlah dituntut diatas Kesempurnaan dan SAH pelaksanaan Syahadah tersebut.
Dan mutakhir sekali adalah mengetahui dan memahami Rahsia jari telunjuk tidak digenggam ketika mengangkat Syahadah !
Implikasi dari kesemua ini akan menjadi jelas dan amat serius bagi mereka yang boleh berfikir, mempunyai Firasat dan Mata Hati !
Apakah memerlukan tindakan susulan ?
Fahamkan benar-benar permasalahan ini !
*** MA’KRIFAH KITA ***
‘'Awal Agama adalah mengenal Allah."
Bererti, andai kita tidak Mengenal Allah swt, maka kita TIDAK Beragama !
Ma’krifah itu bermakna Mengenal. Yakni, kita dikehendaki Mengenal Allah swt yang disembah terlebih dahulu, kemudian baharulah kita dikehendaki menyembahNya.
Kedapatannya, lumrah dan lazim menyembahNya tanpa terlebih dahulu mengenali objek yang disembah !
Justru, mana mungkin kita berupaya mencapai ‘KHUSYUK’ didalam Solat, tanpa kaedah yang betul !
Juga pengertiannya, dengan Ma’krifah baharulah Beramal dan bukannya dengan Beramal baharulah BerMa’krifah !
Oleh yang demikian, Rasulullah saw Berjihad atau Berjuang selama 13 tahun untuk menegakkan KALIMAH TAUHID dan menyemarakkannya. Khususnya, dikalangan Keluarga, Para Sahabat dan sekelian Umat Islam dizaman itu, bagi Penyempurnaan Iman, Tauhid dan Ma’krifah mereka.
Kemudian dari itu baharulah Rasulullah saw di "Isra’ Mi’raj" kan untuk menerimah Watikah dan Perintah mewajibkan Solat 5 waktu keatas Umat Islam seluruhnya, dari ALLAH SWT.
Ditekan dan Diperingatkan bahawa Kalimah 'LAA ILAAHA ILLALLAAH' juga adalah Kalimah Ma’krifah. Dengannya sahaja kita, Umat Islam dapat Mengenali Tuhan kita "ALLAH" secara ‘TAHKIK’ disamping dapat Mengenali Diri kita yang sebenar-benar ‘DIRI’, seperti;
Kalam Sufi yang bermaksud;
‘'Barangsiapa mengenal dirinya, mengenal ia akan Tuhannya.'’
Bagaimana ???
(Sila bertanyakan kepada AHLINYA sahaja)
*** KEUTAMAAN DZIKIR 'LAA ILAAHA ILLALLAAH' ***
Berkata Abu Said ra bahawa Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud;
‘Allah swt telah berfirman: ‘Berkata Nabi Musa as: Ya Tuhanku ! Ajarilah aku sesuatu yang dapat aku menyebut NamaMu dan berdoa kepadaMu ! Menjawab Allah swt: Wahai Musa ! Katakanlah Laa ilaaha illallaah ! Berkata lagi Nabi Musa as: Ya Tuhanku ! Semua hamba-hambaMu mengucapkan demikian ! Lalu Berfirman Allah swt: Katakanlah: Laa ilaaha illla Anta Rabbi (Tiada Tuhan melainkan Engkau ya Tuhanku). Nabi Musa as berkata: Sesungguhnya, aku ingin mengucapkan sesuatu yang khusus bagiku sahaja ! Berfirman Allah swt: Wahai Musa ! Andai diletakkan seluruh 7 petala langit dan isi-isinya dan seluruh 7 petala bumi dan isi-isinya, selain Aku, disatu sisi neraca timbangan dan Kalimah Laa ilaaha illallaah di satu sisi yang lain pula; lalu ditimbang kedua-duanya, nescaya lebih beratlah lagi neraca Kalimah Laa ilaaha illallaah itu !"
Ayat diatas menjelaskan betapa paling utama pentingnya dan betapa beratnya pahala orang-orang yang Beramal atau Berdzikir dengan Kalimah tersebut !
Malaikat Jibril as mengakui dan menyatakan bahawa beliau tidak pernah membawa sesuatu bingkisan atau Amalan yang lebih hebat, sarat dan terlebih Afdhal dari Kalimah 'LAA ILAAHA ILLALLAAH' !
Maka Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud;
‘Seafdhal-afdhal dzikir ialah menyebut Kalimah Laa ilaaha illallaah.’'
‘'Barangsiapa yang menyebut Kalimah Laa ilaaha illallaah sebanyak 70,000 kali (yakni sekhatam Tahlil), maka dimerdekakan ia dari api Neraka.’'
Beramallah dengan yang lebih UTAMA atau bertanyalah kepada AHLINYA !
Fahamkan benar-benar !
*** KESIMPULAN DAN PENUTUP ***
Jelas dari huraian didalam tulisan ini, dapatlah kita memahami bahawa Agama Islam itu adalah himpunan dari Ilmu dan Kefahaman (Baca : Bukan bertaklid buta atau ikut-ikutan), Amalan dan Penghayatan ciri-ciri penting yang telah dipaparkan, yang amat menuntut Kefahaman Mantap dan Kesempurnaan dalam pelaksanaan elemen-elemen dan ciri-ciri tersebut,
Disamping menegakkan Suruhan dan Tegahan Allah swt. Ini sekaligus membolehkan kita menentukan ‘STATUS’ diri kita sendiri didepan dan Dipenglihatan Allah swt !
Dengan kaedah ini dan KESEDARAN baru yang bertamu dan bertemu didalam diri kita, baharulah kita akan dapat merasakan diri kita sebenar-benarnya BERAGAMA, BERTUHAN, BERIMAN, BERTAUHID dan BERMA'KRIFAH, sebagaimana dituntut oleh Allah swt, bertepatan dengan;
FirmanNya, yang bermaksud;
‘'Tidak Aku ciptakan jinn dan manusia melainkan bagi mengabdikan diri mereka kepadaKu.'’
‘'Sembahlah Tuhanmu hatta, sehingga datang keyakinan (ajal).’'
‘'Sesungguhnya kita dari Allah dan kepadaNya kita dikembalikan.’'
INSYAALLAH...
Diharapkan anda berpuas hati kerana dapat memahami mesej dan intipati dari penjernihan isu pokok didalam tulisan ini, sebagai suatu usaha berfadhilat dan bermanfaat maksima.
Dikesempatan lain, tulisan saya ini akan terus menyambung penulisannya demi Peningkatan Ilmu, Kemaslahatan Ummah Sejagad dan kelangsungan Semarak Agama Islam yang kita CINTAI.
Allah swt adalah sebaik-baik tempat kembali !
Amin... Ya Robbul ‘Izzati ! Wabillahit Taufiq !
( Sumber dari - Dari Allahyarham Haji Rosli Siroon, AL-FATIHAH... )
0 comments:
Catat Ulasan