PENJELASAN MENGENAL HUKUM AKAL*

 


PENJELASAN MENGENAL HUKUM AKAL*

Sebelum kita belajar MENGENAL ALLAH SWT, terlebih dahulu mestilah kita harus belajar dan mengenal dengan tiga jenis Hukum yang digunapakai didalam Pemahaman Ilmu Mengenal Allah swt iaitu ILMU TAUHID.
Erti Hukum ialah untuk menetapkan sesuatu dan menidakkan sesuatu...
Hakim untuk Hukum pula ada tiga iaitu;
1) AKAL
2) SYARAK
3) ADAT
Maka tiga jenis Hukum itu ialah;
1) HUKUM AKAL
2) HUKUM SYARAK
3) HUKUM ADAT
* MENGENAL AKAL...
Ada empat kurniaan Allah swt yang tidak dapat dihuraikan pada Hakikatnya, iaitu;
1) AKAL
2) ROH
3) HATI
4) NAFSU
* DIMANAKAH LETAKNYA AKAL ?...
Manusia dan haiwan Dikurniakan Otak, akan tetapi hanya manusialah yang mempunyai Akal.
Jelaslah bahawa Akal dan Otak adalah dua Kurniaan Allah swt yang berbeza. Akal Dianugerahkan kepada manusia supaya dapat naik ke darjat yang tinggi, tanpa Akal manusia akan turun ke darjat binatang.
Akal adalah satu Anugerah Allah swt kepada manusia. Setiap Anugerah Allah swt adalah AMANAH, manakala setiap Amanah akan ditanya kelak.
Maka gunakanlah Akal untuk apa ia dijadikan iaitu untuk Mengenal Yang Empunya Alam ini. Inilah AMANAH yang DIWAJIBKAN ke atas setiap manusia.
KEWAJIPAN Mengenal Allah swt dikenakan ke atas setiap Mukallaf yang mencapai usia Baligh termasuk orang yang cacat pendengaran atau penglihatan, di usia Baligh Akal telah mula berfungsi.
Tanda Akal telah berfungsi ialah apabila sudah dapat Berfikir dengan baik, maka fungsi Akal yang pertama dan utama itu ialah untuk Berfikir.
ILMU TAUHID ini mestilah bersandar kepada Akal dan Keyakinan Hati sendiri bukan dengan Bertaqlid !
Salah satu SYARAT Mengenal Allah swt ialah mesti dengan Bukti yang diterima Akal.
Allah swt tidak boleh dikenal dengan Pancaindera yang ada pada manusia.
Allah swt bukanlah benda yang boleh dilihat, dihidu atau dirasa.
Maka Mengenal Allah swt adalah dengan Akal...
Surah As-Syura ayat 11 yang seperti berikut;
ِۚ Ù„َÙŠْسَ ÙƒَÙ…ِØ«ْÙ„ِÙ‡ِÛ¦ Ø´َÙ‰ْØ¡ٌ ۖ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ ٱلسَّÙ…ِيعُ ٱلْبَصِيرُ
Ertinya : "Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan DIA dan DIAlah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
Ingatlah bahawasanya semasa Sakaratulmaut kelak, iblis akan datang kepada kita dengan menyerupai benda, bau-bauan atau bunyian lalu mengakui dirinya sebagai Tuhan !
Siapa yang tidak Mengenal Allah swt maka ia akan mengakui jelmaan iblis itu adalah Tuhan lalu ia pun mati didalam Kesesatan.
Manakala siapa yang Mengenal akan Tuhannya, maka akan Terselamatlah dari tipu daya si iblis laknatullah.
Neraka Jahanam disediakan untuk manusia dan jin yang dikurniakan Akal akan tetapi enggan Berfikir tentang Tuhan mereka sendiri iaitu Allah swt...
Firman Allah swt didalam Surah al-A'raf ayat 179, yang bermaksud;
"Dan sesungguhnya telah Kami sediakan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia. Pada mereka ada hati; mereka tidak mahu memperhatikan dengannya. Pada mereka ada mata; mereka tidak mahu melihat dengannya. Pada mereka ada telinga; mereka tidak mahu mendengar dengannya. Itulah orang-orang yang seperti binatang ternak, bahkan mereka itu lebih sesat. Mereka itu adalah orang-orang yang lalai."
Disamakan orang yang tidak menggunakan Akalnya untuk memikirkan apa yang dilihat dan didengar sebagai binatang ternak bahkan lebih rendah lagi iaitu SESAT !
Binatang tidak Sesat kerana mereka memang tidak Dikurniakan Akal dan tidak DIWAJIBKAN untuk Berfikir. Maka manusia yang Dikurniakan Akal yang Sihat itu yang akan Tersesat kerana tidak menjalankan Perintah Allah swt untuk Mengenal Tuhan Pencipta Alam.
* HUKUM AKAL
Hukum Akal adalah untuk menetapkan atau menidakkan sesuatu. Bila Akal telah Menghukum, ia adalah TEPAT dan tidak perlu diuji atau dicuba betul atau pun tidak.
Hukum Akal terbagi kepada tiga;
1) WAJIB - DITERIMA AKAL
2) MUSTAHIL - DITOLAK AKAL
3) HARUS - BOLEH DITERIMA ATAU DITOLAK AKAL
Hukum Akal yang WAJIB pula terbagi kepada dua;
1) WAJIB DHORURI ( ﺿﺮﻭﺭﻱ )
Iaitu apa yang diterima Akal itu tidak perlu difikir mahupun dibuktikan kerana sudah jelas logiknya. Contohnya;
Setiap benda mesti ada gerak dan diam. Jika tidak gerak bererti ia diam. Jika ia tidak diam bererti ia bergerak. Akal menerima ini tanpa perlu difikirkan.
HUKUM AKAL;
- Setiap benda ada gerak dan diam.
- Gerak dan diam itu adalah sifat benda.
- Sifat benda adalah baharu.
2) WAJIB NAZHARI ( ﻧﻈﺮﻱ )
Iaitu apa yang diterima Akal setelah berfikir, dibahas, dihuraikan dengan bukti-bukti lalu difahami dan diyakini Kebenarannya. Contohnya;
Mempelajari Sifat-Sifat Allah swt adalah dengan penerangan dan Dalil yang kukuh. Allah swt bukan benda yang boleh dilihat dan diterima oleh Akal tanpa dibuktikan. Setelah terbukti Benar barulah Hukum Akal akan menerima akan Tuhan yang bernama Allah swt itu.
Hukum Akal yang MUSTAHIL terbagi kepada dua;
1) MUSTAHIL DHORURI ( ﺿﺮﻭﺭﻱ )
Apa yang tidak diterima Akal tanpa perlu difikirkan atau dibuktikan. Contohnya;
Kejadian siang dan malam. Akal menolak bahawa siang dan malam itu boleh bercampur pada masa yang sama. Akal menerima bahawa siang dan malam itu datang bersilih ganti bukannya serentak menjadi satu. Ia adalah perkara yang Mustahil dan ditolak oleh Hukum Akal.
2) MUSTAHIL NAZHARI (ﻧﻈﺮﻱ )
Apa yang ditolak oleh Akal setelah difikir, dibahas, dihuraikan dengan Dalil yang kukuh lalu difahami dan diyakini bahawa ianya tidak boleh diterima Akal. Contohnya;
Ada yang menandingi Kekuasan Allah swt. Maka Akal mesti dapat membezakan antara yang mempunyai Sifat Ketuhanan dengan yang tidak. Perkara yang ditolak oleh Akal tetapi mesti dibahas dengan mendalam didalam soal Tauhid adalah sangat penting dihuraikan sehingga faham. Contohnya;
Allah swt yang memberi zuriat bukannya manusia. Doktor juga boleh beri zuriat dengan cara-cara saintifik yang canggih lagi moden.
Maka WAJIB dihuraikan apa itu Sifat-Sifat Ketuhanan supaya dapat ditujukkan perbezaan antara Tuhan dan makhluk. Setelah difahami dan diyakini barulah Hukum Akal akan menolak bahawa Allah swt ada yang menandinginya.
Hukum Akal yang HARUS ada satu;
Harus pada Hukum Akal ialah ia boleh menerima atau tidak diterima akan sesuatu. Adalah Harus bagi Allah swt untuk menentukan bagi segala yang Harus.
Alam adalah Harus kejadiannya...
Ertinya alam tidak mesti ada dan tidak mesti tidak ada. Apa yang ditakdirkan Allah swt kepada hamba-NYA adalah Harus pada Hukum Akal. Maka adalah Harus pada Akal untuk Allah swt menurunkan hujan ataupun tidak menurunkan hujan.
* KESIMPULANNYA.
Apa yang di Hukum Akal WAJIB ada pada alam ianya tidak boleh ada pada Allah swt. Contohnya;
Gerak dan diam WAJIB ada pada benda tetapi tidak boleh ada pada Allah swt.
Gerak dan diam adalah sifat baharu.
Allah swt tidak sama dengan yang baharu. Maka Allah swt tidak ada gerak dan tidak ada diam.
Apa yang di Hukum Akal MUSTAHIL ada pada alam ianya WAJIB ada pada Allah swt. Contoh;
MUSTAHIL untuk benda gerak dan diam serentak pada masa yang sama.
Allah swt tidak gerak dan tidak diam serentak pada masa yang sama..

( Sumber dari TASAWUF FALSAFI )

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan