Disebut Mahkota, kerana tempatnya diatas. Ia adalah Fardhu Kifayah tertinggi Umat Islam. Penting bagi Umat Islam untuk memperjuangkan dan menegakkan kembali Khilafah di tengah-tengah keadaan Umat Islam yang merindukan sistem kehidupan yang paling terbaik dari Maha Pencipta Allah Swt.
Ada beberapa alasan yang menjadikan Khilafah layak disebut Mahkota kewajiban;
Pertama;
Khilafah adalah pelaksana hukum-hukum Islam. Islam adalah agama yang SEMPURNA. Islam mengatur tentang tata cara beribadah merangkumi Solat, Puasa, Zakat, Haji dan segala rinciannya. Kemudian Islam mengatur pula masalah berkaitan Makanan, Pakaian dan Akhlak beserta segala rinciannya. Semua itu wajib dijalankan oleh individu Muslim.
Lebih dari itu, masalah Muamalah (Interaksi) dan Uqubat (Hukuman) juga diatur didalam Islam. Aturan tersebut hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat dilaksanakan oleh individu dan masyarakat. Seperti jual beli dan hutang piutang.
Namun, sebahagian besarnya aturan Islam terkait pengaturan kehidupan bermasyarakat seperti Sistem Ekonomi, Sistem Pendidikan, Sistem Pergaulan, Sistem Uqubat (Hukuman) dan Sistem Politik hanya dapat dilaksanakan oleh pemerintahan Islam yaitu Khilafah.
Hari ini, ketiadaan Khilafah menyebabkan hukum-hukum Islam telah hilang dari realiti kehidupan kita. Tidak ada sistem ekonomi Islam. Sehingga saat ini, sistem ekonomi kita menggunakan sistem ekonomi Kapitalis dan Sekuler berasaskan Riba'.
Padahal jelas Allah swt mengharamkan Riba' (Lihat Al Qur’an surah Al Baqarah ayat : 275). Tidak ada pelaksanaan sistem hukuman Islam atau Uqubat yang merangkumi didalam Hudud, Jinayat, Ta’zir dan Mukhalafat.
Sehingga kini penjenayah bermaharajalela, pembunuhan, perzinaan, rompak, rasuah dan kejahatan lainnya mengancam di sekitar kita. Saat ini juga, hukum-hukum Islam yang sepatutnya dilakukan individu Muslim tidak terlihat wujudnya.
Banyak Umat Islam yang enggan menutup auratnya, banyak Umat Islam yang lalai melaksanakan Solat. Itu disebabkan tidak ada sistem Pendidikan Islam yang mampu mendidik umat menjadi peribadi-peribadi yang taat kepada Allah swt.
Tidak ada sistem politik Islam untuk mencegah masuknya budaya-budaya barat ke negeri kita, betapa pentingnya keberadaan Khilafah. Kerana tidak mungkin kita mengharapkan sistem demokrasi untuk menerapkan Islam secara sempurna. Kerana diantara keduanya terdapat perbezaan yang sangat mendasar.
Bagaikan Air dan Minyak, tidak dapat disatukan. Islam berasaskan Akidah Islam, sedangkan demokrasi berasaskan sekulerisme. Jadi, Khilafah ada demi pelaksanaan Islam secara Kaffah.
Alasan kedua;
Khilafah disebut Mahkota kewajiban kerana Khilafah Islamiyah merupakan penjamin kesejahteraan umat manusia, Islam diturunkan sebagai Rahmat bagi sekalian alam. Maknanya, Syariat Islam mengandungi Maslahat bagi manusia dan alam semesta ketika dilaksanakan secara keseluruhan.
Sebagaimana kaedah Ushul Fiqih menyebutkan:
“Dimana ada Islam, disitu ada Maslahat”.
Kaedah ini benar adanya. Satu contoh, ketika sistem ekonomi Islam dilaksanakan, akan mendatangkan kesejahteraan hidup. Sebagaimana kisah sejarah yang menceritakan kesejahteraannya rakyat di masa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Sehingga saat itu, tidak ada rakyat yang bersedia menerima Zakat kerana tidak tergolong Fakir Miskin.
Alasan ketiga;
Khilafah disebut Mahkota kewajiban kerana ia adalah Wadah menyatukan Umat Islam seluruh dunia. Dengan Khilafah, persaudaraan Umat Islam menjadi nyata. Kerana mereka berada didalam naungan satu negara. Tidak terpecah-pecah ke dalam negara-negara bangsa lain seperti saat ini.
Khilafah akan menyatukan segala potensi umat, sehingga Umat Islam menjadi umat yang terkuat, disegani dan dihormati. Tidak seperti saat ini, Umat Islam dibelahan bumi Palestina di zalimi oleh Israel dan sekutunya. Umat Islam di Rohingnya tidak mendapat tempat di negeri kelahirannya. Sementara umat Islam di Malaysia sendiri, mereka masih dijajah pemikirannya, dirompak kekayaannya oleh orang-orang asing dan sekutu-sekutunya.
Meski umat Islam jumlahnya banyak, namun mereka lemah, mereka tak berupaya menghalang serangan fizikal mahu pun serangan pemikiran dari para penjajah. Oleh itu marilah memperjuangkan penegakan Khilafah, demi kebaikan bersama.
Bersabda Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam;
“Hampir tiba masanya kalian diperebutkan seperti sekumpulan pemangsa yang memperebutkan makanannya.” Maka seseorang bertanya: ”Apakah kerana sedikitnya jumlah kita?” ”Bahkan kalian banyak, namun kalian seperti buih dilautan. Dan Allah telah mencabut rasa gentar dari dada musuh kalian terhadap kalian. Dan Allah telah menanamkan dalam hati kalian penyakit Al-Wahan.” Seseorang bertanya: ”Ya Rasulullah, apakah Al-Wahan itu?” Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: ”Cinta dunia dan takut akan kematian.”
(HR Abu Dawud : 3745)
0 comments:
Catat Ulasan