ANAK KUNCI PERBENDAHARAAN SEGALA YANG GHAIB / TERSEMBUNYI

ANAK KUNCI PERBENDAHARAAN SEGALA YANG GHAIB / TERSEMBUNYI 

6.Surah Al-'An`ām ayat 59 
"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata. 

Syeikh Abdul Khodir Jailani menerangkan "Juru-bicara dalam diri si hamba menyampaikan: " Allah s.w.t bertitah, ‘Jangan sesiapa mengganggu Keesaan-Ku. Tidak ada sesiapa dapat merobohkan Keperkasaan-Ku. Sesiapa yang mencerobohi Benteng Keperkasaan-Ku akan Aku bakar dengan api Keagungan-Ku dan dia akan binasa! Selamatkanlah diri kamu. Pergilah kamu dan masuklah kamu ke dalam Perbendaharaan-Ku Yang Tersembunyi untuk mengenal Daku sekadar Daku izinkan engkau mengenali Daku'". Perbendaharaan Yang Tersembunyi itu bernama: Laa Ilaa Ha Illallah.

Sedang sedar dan rasa sifat yang wajib bagi Allah adalah sifat Allah sahaja, bukan sifat diri sendiri dan juga bukan sifat selain daripada sifat Allah. Yang menyedari sifat yang wajib bagi Allah adalah Allah sendiri. Ini adalah dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu Bukan yang diperkatakan dengan lisan mulut kita, bukan yang sedang bermain-main di dalam alam fikiran kita dan bukan yang terlintas di dalam hati kita yang didasarkan kepada ilmu yang diketahui Pintu gerbangnya bernama: Muhammadur Rasulullah - 

keadaan Allah sedang merasakan segala sifat yang wajib bagi Allah adalah sifat Allah. Tidak ada lagi sifat Allah yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri (yang timbul dari sedang menganggap sifat yang wajib bagi Allah adalah sifat diri sendiri dan sifat selain dari Allah) - 

Sifat-sifat terpuji Allah yang sedang ternyata di dalam keadaan kenyataan Allah yang sedang menyedari dan merasai sifat Allah adalah sifat Allah inilah yang dinama dan dipanggil dengan panggilan Mihammadar Rasulullah. Juga akan terhasil daripada seseorang itu melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu, Bukan yang diperkatakan dengan lisan mulut kita, bukan yang sedang bermain-main di dalam alam fikiran kita dan bukan yang terlintas di dalam hati kita yang didasarkan kepada ilmu yang diketahui Kuncinya bernama: Bismillah Hirrah Maa nirrahim - 

menyedari melihat, mendengar dan berkata-kata adalah sifat Allah, celik sahaja mata dari tidur, sifat pertama yang disedari ialah ketiga-toga sifat ini iaitu sifat melihat, sifat mendengar dan sifat berkata-kata yang kenyataannya ternyata di bahagian muka... Bangun sahaja dari tidur terus menyedari melihat mendengar dan berkata-kata adalah sifat Allah dan yang sedang menyedari melihat, mendengar dan berkata-kata adalah sifat Allah ialah Allah sendiri, inilah sifat kasih sayang Allah yang sedang ternyata setelah tersedar dari tidur. 

Juga akan berlaku hasil daripada seseorang itu telah melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untukk mengenal Tuhanmu. Bukan dengan mengaku-ngaku berdasarkan kepada ilmu yang diketahui Cahaya yang menerangi di dalamnya bernama: Al Fatihah - keadaan dimana Allah yang sedang merasa ada Allah, yang kenyataannya dipanggil dengan nama Muhammad Rasulullah. zahir kenyataannya dinamakan Muhammad. 

Yang dipanggil Muhammad itu yang sebenarnya Allah. Tidak ada perbezaan di antara Muhammad dan Allah. Akan berlaku setelah seseorang itu melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid atau melaksanakan jalan untuk mengenal Tuhanmu atau jalan untuk mengenal Tuhanmu Pekerjaan Allah yang meniup sangkakala (memasuk dan mengeluarkan nafas) tiupan yang pertama rosak binasa sekalian alam (mati) iaitu masuknya nafas, tiupan yang kedua hidup kembali iaitu keluarnya nafas, 

Ini ditunjukkan didalam firman Allah 3.Surah 'Āli `Imrān ayat 27 
"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.. 

Pekerjaan Allah yang meniup sangkakala dinamakan dengan nama Malaikat Isrofil bernyawa lemah lembut (ya latif) Nafas kita ialah afa'al bagi roh, roh itu menyatakan nufus iaitu yang tidak masuk dan keluar. Di sinilah pertemuan di antara hamba dengan tuhan. Dipanggil makam Al-fatihah @ sebenar bismillah @ nur muhammad. Apabila berlaku perhimpunan nafas, anfas, tanafas dan nufus dipanggil roh izofi, roh izofi itulah roh kudus, roh kudus itulah ruhullah ( keseluruhan itu dipanggil amar robbi - pekerjaan tuhan) pada ubun2. Tidak ada satu pun yang melata melainkan Dia yang menguasai ubun-ubunnya. 

Dan Tuhanku adalah di atas jalan yang lurus. ( Ayat 56 : Surah Hud ) 11.Surah Hūd ayat 56 "Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. Ialah sidrotul muntaha, pintu loh mahfuz, pintu langit. Kembali ke rahmatullah ialah sentiasa duduk di dalam afa'al Allah. 

Kenderaan di dalamnya bernama: Laa Hau lawala kuwataillah billah - ketika menghembuskan nafas keluar dari makam Al-Fatihah melambangkan kesemua yang berlaku adalah daya dan upaya Allah sahaja Dengan izin Allah s.w.t si hamba masuk ke dalam Perbendaharaan-Nya Yang Tersembunyi. 

Persoalannya sudah berlakukah penyaksian dan pengakuan bahawa kesemua ini adalah Allah yang sedang menyatakan akan wujud, sifat, asma' dan afa'alNya sendiri yang terhasil daripada melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jslan untuk mengenal Tuhanmu Walaupun kesemua ini merupakan kenyataan Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah, kerana kita tidak pernah menyedari bahawa itu adalah Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah, maka dengan sendirinya membawa kepada makna kita mengguna pakai dan beranggapan bahawa Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sebagai Wujud, sifat, asma' dan afa'al badan diri kita sendiri (selagi belum berlakunya penyaksian dan pengakuan bahawa segala tanda-tanda kenyataan zat, sifat, asma' dan afa'al Allah sebagai zat, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri, secara automatik memberi makna kita sedang mengaku yang kita ini ada di samping wujud Allah - sedangkan sebenarnya segala-galanya adalah kenyataan Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri tetapi badan diri kita sendiri tidak pernah melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, asma' dan afa'al Allah) ......

SAYA, AKU, DIA, KAMU, KITA, MEREKA adalah kenyataan yang sedang menyatakan Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah yang dipanggil dengan kepelbagaian nama bagi menunjukkan kepelbagaian kenyataan Allah yang berbeza.... 

Seperti saya adalah seorang lelaki, dipanggil anak kepada ibu bapa saya, Saya juga dipanggil bapa kepada anak-anak saya, saya juga dipanggil abang kepada adik-adik saya, saya juga dipanggil adik kepada abang dan kakak saya, saya juga dipanggil majikan kepada pekerja-pekerja saya, saya juga dipanggil perawat kepada pesakit saya, saya juga dipanggil suami kepada isteri saya... Saya juga dipanggil hamba kepada Allah, Saya adalah diri yang satu ini juga tetapi dipanggil dengan pelbagai nama mengikut keadaan yang berlainan... 

32.Surah As-Sajdah ayat 9 
"Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: rohNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. Allah zahirkan pendengaran dan penglihatannya untuk menyatakan akan sifat melihat dan sifat mendengar adalah sifatNya sendiri, bukan dizahirkan sifat melihat dan mendengar untuk disekutukan denganNya. (Untuk dirasai sebagai sifat badan diri kita sendiri) 

40.Surah Ghāfir ayat 13 Dia lah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaanNya dan kekuasaanNya (untuk kehidupan rohani kamu), dan yang menurunkan (untuk jasmani kamu) sebab-sebab rezeki dari langit. Dan tiadalah yang ingat serta mengambil pelajaran (dari yang demikian) melainkan orang yang sentiasa bertumpu (kepada Allah). 

Untuk itu praktikkan akan firman Allah 17.Surah Al-'Isrā' ayat 41 
"Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar. 

Salah satu daripada pelbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid yang boleh dilakukan ialah dengan bertaubat daripada melakukan segala perbuatan syirik sepertimana firmsn Allah 2.Surah Al-Baqarah ayat 54 
"Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU". Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani". 

Msksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanakan perintah Allah yang telah dijelaskan didalam Al-Quran yang dengan melakukan perintah Allah tersebut akan menghilangkan rasa keberadaan atau keakuan diri sendiri... 

Dengan melaksanajan perintah Allah yang tersurat dan tersirat di dalam firman Allah 73.Surah Al-Muzzammil ayat 8 "Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan. Akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya menghilangkan rasa keberadaan atau keakuan diri sendiri,".

Seterusnya berlaku pula firman-firman Allah .... 
40.Surah Ghāfir ayat 14 Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian). 

56.Surah Al-Wāqi`ah ayat 87 Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ? 

Hakikatnya hanya sedang menerangkan akan Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah yang Esa itu juga... Cuma tinggal tunggu penyaksian dan pengakuan dari badan diri kita masing-masing (yang terhasil daripada telah melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid) sehingga tidak lagi tinggal keakuan (zat, sifat, asmak dan afa'al Allah yang sedang diperkenalkan itu) diletakkan atau disangka sebagai zat, sifat, asma' dan afa'al badan diri sendiri walau sebesar zarah sekalipun... 

Selagi ada keakuan badan diri sendiri (merasai ada diri kita sendiri) yang sebenarnya kesemua sedang menyatakan Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah yang sedang dipertontonkan itu adalah Wujud, sifat, asma' dan afa'al sebagai pengenalan Allah yang dipanggil dengan nama kita. Kita adalah nama bagi menunjukkan keadaan zat, sifat, asma' dan afa'al Allah yang tidak ada ujud sendiri.. 

Jadi tugas kita melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid, sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada Allah, seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah. Diketika ini, hilang rasa keakuan kepada diri kita sendiri (kita menganggap yang Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah itu sebagai Wujud, sifat, asma' dan afa'al diri sendiri dan selain dari Allah) Lakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada badan diri sendiri bahawa kesemua kenyataan Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah adalah Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri, jadi dengan penyaksian dan pengakuan yang sedang berlaku hasil daripada melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid, itu akan menafikan yang Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah kepada badan diri sendiri dan selain dari Allah... (selain dari Allah tidak ada Wujud, sifat, asma' dan afa'al sendiri), dan melalui penyaksian dan pengakuan yang sedang berlaku yang terhasil daripada seseorang itu melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid itu juga akan mengisbatkan Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah hanya kepada Wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri... 

Dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid sehingga berlakunya Penyaksian dan pengakuan bahawa zat, sifat, asma' dan afa'al Allah adalah zat sifat, asma' dan afa'al Allah sehingga sampai berlaku pula penyaksian dan pengakuan bahawa yang sedang mengakui zat sifat asma' dan afa'al Allah adalah Allah sendiri.

Juga dengan mempraktikkan apa yang tersurat dan apa yang tersirat di dalam firman Allah firman Allah 7.Surah Al-'A`rāf ayat 180 
"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. 

17.Surah Al-'Isrā' ayat 110 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu. 

87.Surah Al-'A`lá ayat 15 Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk). CARA UNTUK MENYEBUT ALLAH BOLEH DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTI FIRMAN ALLAH PADA 

73.Surah Al-Muzzammil ayat 8 
"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan Ini adalah cara untuk menyebut Allah dengan lisan lidah ... 

Untuk melaksanakan perintah Allah 7.Surah Al-'A`rāf ayat 180 
"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. 

17.Surah Al-'Isrā' ayat 110 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu. ini seseorang itu boleh juga melaksana mengikut sepertimana sabda Nabi Muhammad saw... 

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut. - Pejamkan mata mu, - Tongkat kan lidah mu ke langit2, - sebutlah nama Allah sebanyak2nya 

Ini adalah cara untuk menyebut Allah secara tersembunyi di dalam hati ... FADZILAT ZIKIR YANG TERSEMBUNYI Rasulullah saw pernah bersabda , “Zikir (dengan tidak bersuara) lebih unggul dari pada zikir (dengan suara) selisih tujuh puluh kali lipat. Jika tiba saatnya hari kiamat maka Allah akan mengembalikan semua perhitungan amal semua makhluk-makhluknya sesuai amalnya. Para malaikat pencatat amal datang dengan membawa tulisan-tulisan mereka. Allah berkata pada mereka , lihatlah apakah ada amalan yang tersisa pada hamba-Ku ini ? Para malaikat itu menjawab , kami tidak meninggalkan sedikit pun amalan yang kami ketahui kecuali kami mencatat dan menulisnya. Allah lalu berkata lagi (pada hamba-Nya itu), kamu mempunyai amal kebaikan yang hanya Aku yang mengetahuinya. Aku akan membalas amal kebaikanmu itu. Kebaikanmu itu berupa zikir dengan sembunyi (tak bersuara).” ( Hadis Riwayat Al-Baihaqi ) 

Perbuatan menyedari dan merasai akan zat sifat asma' dan afa'al yang sedang dirasai dengan sebulat-bulat tumpuan, setelah tertumpu sebulat-bulat tumpuan kepada apa yang sedang dirasai maka akuilah samada zat sifat asma' dan afa'al yang sedang dirasai itu adalah zat sifat asma' atau afa'al Allah hanya dengan menyebut Allah sebanyak-banyaknya “BUKAN DENGAN MENGAKU-NGAKU BERASASKAN KEPADA ILMU YANG DIKETAHUI” 

28.Surah Al-Qaşaş ayat 88 
"Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan),".

Maksudnya janganlah kita mengaku atau mengiktikadkan segala zat, sifat, asma' dan afa'al Allah sebagai zat, sifat, asmak dan afa'al kepunyaan kita sendiri atau kepunyaan sesuatu selain dari Allah.. Jangan sekali-kali merasa dan menganggap zat, sifat, asma' dan afa'al yang sedang dirasai sebagai zat, sifat, asma' dan afa'al diri sendiri Ada lagi satu keadaan di mana kita memperkatakan bahawa zat, sifat, asma’ dan afa’al yang ada pada kita adalah zat, sifat, asma’ dan afa’al Allah di dalam keadaan kita sedang merasakan akan keberadaan atau keakuan akan zat, sifat, asma’ dan afa’al diri kita sendiri. 

Di sini apa yang akan berlaku ialah kita sedang mengaku-ngaku akan zat, sifat, asma’ dan afa’al keakuan atau keberadaan diri kita itu adalah Allah Sebenarnya apa yang perlu dilakukan kita melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid atau jalan dan cara untuk mengenal Tuhanmu 

Setelah melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid atau jalan dan cara untuk mengenal Tuhanmu akan berlaku penyaksian dan pengakuan bahawa zat, sifat, asma’ dan afa’al yang ada pada kita itu adalah zat, sifat, asma’ dan afa’al Allah, dengan ini akan hilanglah keakuan kepada zat, sifat, asma’ dan afa’al diri kita sendiri 

JIKA KITA MENGAKU-NGAKU YANG ZAT, SIFAT, ASMA’ DAN PERBUATAN YANG ADA PADA DIRI KITA ADALAH ZAT, SIFAT, ASMA’ DAN AFA’AL ALLAH, RASA KEAKUAN KEPADA ZAT, SIFAT, ASMA’ DAN PERBUATAN TIDAK AKAN HILANG DARI PERASAAN KITA SENDIRI BERBEZA APABILA KITA MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHANMU, KEAKUAN KEPADA ZAT, SIFAT, ASMA’ DAN PERBUATAN DIRI SENDIRI AKAN HILANG DIKETIKA SEDANG BERLAKUNYA PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ZAT, SIFAT, ASMA’ DAN PERBUATAN ALLAH SETERUSNYA PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ALLAH YANG MENGENAL ALLAH 

Lakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu sehingga berlaku penyaksian dan pengakuan bahawa segala zat, sifat, asma' dan afa'al Allah yang sedang diperkenalkan keatas badan diri sendiri dan keatas sesuatu selain dari Allah adalah zat, sifat, asma' dan afa'al Allah sendiri (dengan cara merasai sebulat-bulat tumpuan dan menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya) sehingga tidak tinggal walau sebesar zarah sekalipun pengakuan terhadap diri sendiri lagi... Selama ini kita sedang merasai (secara sedar atau tidak sedar) yang kenyataan zat, sifat, asma' dan afa'al Allah itu adalah zat, sifat, asma' dan afa'al kita sendiri sebenarnya binasa, tidak berasas, Walaupun kita mengaku dan beriktikad bahawa zat, sifat, asma' dan afa'al Allah yang ditunjukkan itu sebagai kepunyaan kita sendiri hakikat sebenarnya zat, sifat, asma' dan afa'al Allah itu tetap kepunyaan Allah.. 

Tidak pernah berlaku perpindahan milik dari Allah kepada kita, yang berlaku hanyalah kenyataan Allah sendiri yang dipanggil sebagai kita.. Sebenarnya kenyataan kita adalah nabi Allah sendiri yang sedang menerangkan akan kewujudan Allah sendiri.. Kita tidak ada ujud sendiri (keakuan diri, jika ada ujud keakuan diri sendiri itu adalah hawa nafsu)... 

25.Surah Al-Furqān ayat 43 
"Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? 

21.Surah Al-'Anbyā' ayat 29 
"Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim. 

55.Surah Ar-Raĥmān ayat 26 
"Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa: 

55.Surah Ar-Raĥmān ayat 27 
"Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan: 

57.Surah Al-Ĥadīd ayat 5 
"Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. 

4.Surah An-Nisā' ayat 174 
"Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak). 

6.Surah Al-'An`ām ayat 104 
(Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu". 

3.Surah 'Āli `Imrān ayat 190 
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; 

3.Surah 'Āli `Imrān ayat 191 
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. 

73.Surah Al-Muzzammil ayat 8 
"Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan. Dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid akan berlakulah penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, asma' dan afa'al Allah seterusnya kepada penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.. 

Dengan ini akan berlaku pula sepertimana firman Allah 37.Surah Aş-Şāffāt ayat 96 
"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!" 

13.Surah Ar-Ra`d ayat 16 
Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa". 

39.Surah Az-Zumar ayat 62 
"Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya. 

19.Surah Maryam ayat 65 
"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?" Dengan melaksanakan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat di dalam firman Allah 

73.Surah Al-Muzzammil ayat 8 
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan. 

73.Surah Al-Muzzammil ayat 9 
"Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu. Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw 

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut. - Pejamkan mata mu, - Tongkat kan lidah mu ke langit2, - sebutlah nama Allah sebanyak2nya 

Akan berlaku pula akan firman Allah 28.Surah Al-Qaşaş ayat 88 
"Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan). 

( Sumber dari ISLAM SUDAH KEMBALI DAGANG ) ANAK
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan