ZAKAT DAN FITRAH - Pengertian Dari Sudut Syariat dan Hakikat

 


ZAKAT DAN FITRAH

PENGERTIAN SYARIAT

Mengeluarkan harta lebihan mengikut Hisab yang ditentukan oleh hukum kepada Baitulmal atau kepada yang berhak. Yang lebih afdal menerima zakat ialah anak anak yatim dan yatim piatu.

PENGERTIAN HAKIKAT

Bersandarkan Ayat Surah As Shaff , pengertian Hakikat ialah saperti prinsipnya yg lebih merujuk kepada Amalan Batin.
Harta yang dimaksudkan ialah HARTA ALLAH YANG ZAHIR itu iaitu JASAD kita. Jasad itu disuruh mengenal. Jalan Mengenal itu dinamakan JIHAD. Yang hendak dikenal atau dijihadkan ialah NYAWA atau DIRI BATIN.
Jadi zakat diertikan sebagai mengeluarkan diri manusia dari KEFASIKAN MENGSYIRIKKAN Allah dengan mengenal Nyawa kerana NYAWALAH ANAK YATIM YANG TIADA IBU dan TIADA AYAH.
Nyawa itulah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah supaya dapat mengekalkan HARTANYA iaitu JASAD bila akhir hayat nanti ( bila mati nanti ). Jasad pula dipertanggungjawabkan supaya menyerahkan segala urusannya kepada HAQ iaitu Nyawa.
Adapun Nyawa itu bersifat Siddiq / Amanah / Tabliq / Fatonah. Adapun sifat yang lain dipanggil HAWA NAFSU iaitu kembarnya Nyawa ( Hawa kepada Nafs )
Maka jika Jasad berpedomankan Hawa Nafsu ( dan bukannya Nyawa ) maka jelaslah ianya tersalah jalan dan mintalah nyawa itu membantu menunjukkan jalannya agar Zakat Fitrah manusia diterima Allah.
Apabila manusia berjaya menyerahkan Jasad ( Diri Zahir ) kepada Muhammad Mustaffa ( Diri Batin ) maka sempurnalah Amanah Allah yang penting sekali - yang perlu dilakukan oleh manusia itu.
Penyerahan Diri Jasad kepada Diri Batin dinamakan FITRAH. Menyerah Diri itu Sifat Hamba. Penyerahan Diri Zahir kepada Diri Batin itu Sifat Rasul.
Bila Diri Batin itu meliputi Jasad, maka tiadalah bergelar Zahir atau Batin lagi, tetapi digelar Zat Tuhan Wajibul Wujud. Maka inilah Rahsia Zakat Fitrah.
Kesimpulannya Zakat & Fitrah ialah Meng-ESA-kan Allah atau disebut juga sebagai Jalan Kembali kepada Allah iaitu Allah menyuruh manusia KEMBALIKAN DIRI PADA FITRAH ALLAH sebagaimana ianya datang atau dilahirkan. ( Macam mana datang ..macam itu jugalah kembali…jika datang sebadan dan senyawa maka kembali juga wajarlah sebadan dan senyawa..jangan nyawa pergi tempat lain badan pula pergi tempat lain ??? )
Walau bagaimanapun jika anda ada lebihan harta …maka berzakat hukumlah –asalkan anda juga mengzakatkan Jasad anda kepada Nyawa anda….iaitu jangan sekali – kali mengsyirikkan Allah.

#makrifat
#syariat
#hakikat
#tasawwuf
#sufi
#tvtarekat

( Sumber dari Sukmadia Muhammad. )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan