AKU (KALAM MURSYID)

 


AKU (KALAM MURSYID)

AKU adalah RAHSIA
99 ASMA'UL HUSNA adalah Sifat² AKU
ALLAH adalah 99 ASMA'UL HUSNA
TAUHID adalah isbatkan ALLAH
Setiap sifat ALLAH ada berlawanan ke atas sifat itu sendiri
Bila Penyayang nya ALLAH
Bila lembut nya ALLAH
Bila Rahmat nya ALLAH
Bila pengasih nya ALLAH
Semua ni akan padam dengan hanya 1 sifat..
Maha Murka nya ALLAH
Jangan kejar selain ALLAH S.W.T
Jangan cari selain ALLAH S.W.T
Maha Murka akan padam dengan banyak nya sifat Kebaikan dan kelembutan yang ALLAH S.W.T miliki
Kau kejar sifatku tapi kau lupakan AKU
Kau kenali AKU melalui sifat2 ku
Kau sebenarnya tidak mengenali AKU
AKU tidak berpisah dengan sifat2 ku
Kau sengaja memudahkan aku dengan sifat2 AKU
Kau lena dan leka di dalam sifat KU
tapi kau gagal menjumpai AKU
AKU selalu ada
Sifat2 itu hanya jalan dan ilmu untuk kau memahami siapa AKU
AKU berdiri sendiri
AKU ada sebelum sifat2 itu ku bukakan untuk kau mencari dan pulang kepada KU
KAU akan bersama sifat2 ku tapi tidak bersama KU
Karna kau mengejar sifat2 bukan AKU
Kau telah jadikan sifat2 ku keperluan dan keutamaan dalam dirimu dan bukan AKU
Cari lah AKU
Dan AKU ada bersama mu
AKU tidak perlukan kau
Kau perlukan AKU
Kau tidak akan ada tanpa AKU
AKU (Tidak kau kenali)... Kau terhijab oleh pencarianmu kepada sesuatu selain ku.
AKU (Tidak kau kenali)... Kau tertipu oleh rasa mu.
AKU (Tidak kau kenali)... Kau terhijab oleh sangkaan buruk mu.
AKU (Tidak kau kenali... Kau terhijab oleh rasa berilmu.
AKU (Tidak kau kenali)... Kau terhijab oleh keinginan yang berlebih-lebihan.
AKU (Tidak kau kenali)... Kau terhijab oleh kehendak yang melampau.
AKU (Tidak kau kenali)... Kau mengikuti nafsumu...
Matilah kau daripada semua hijab2 ..
Baru lah kau akan Melihat KU
Hanya AKU yang menuntunmu
Hanya AKU yang memimpinmu
Hanya AKU yang bisa membuka apapun untuk mu
AKU juga yang bisa menutupkan segala sesuatu ke atasmu
Apabila kau tidak mahu segalanya tertutup keatas mu maka leraikanlah dan robeklah tabir-tabir hijab dalam dirimu satu persatu
Mintalah Pimpinan daripada AKU
Hanya AKU yang dpt memimpin MU
KAU sengaja ku biarkan dalam pencarian
KAU ku letak kan dalam kesamaran
KAU ada dalam kefakiran
KAU ada dalam kemurungan
KAU ada dalam kerunsingan
KAU ada dalam kebingungan
Semua yang kau alami itu juga akan bisa hancur dan mati karna
AKU
LAILAHAILALLAH
Tiada lain
Hanya AKU
Kenali lah aku melalui sifat2 KU
AKU atas Sifat2 KU
Dan kau dakilah gunung sifat2 ku
Jangan pernah mengeluh
Karna di setiap perhentian sifat2 KU
AKU selalu ada buat mu
Ingatlah
KUN FAYAKUN
Milik KU dan bukan milik mu
KUN FAYAKUN berhak kau dapatkan apabila kau sedar siapa dirimu
Bangun lah daripada buaian mimpi yang hanya menjadikan hijabmu bertambah
Hijab-hijab yang kau sendiri bina memisahkan AKU dengan mu
Kau perlukan AKU
carilah AKU
Mintalah hanya kepada AKU
Jangan AKU kau duakan
Cintailah AKU
Rindu lah hanya kepada KU
KUN FAYAKUN
Ku titipkan buatmu
Agar kau kenal siapa AKU
( Sumber dari FB )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan