Tuan Haji Abdullah Fahim bin Syeikh Ibrahim

 


28 April 1961 – Seorang ulama dan pemimpin besar tanahair Tuan Haji Abdullah Fahim bin Syeikh Ibrahim yang juga merupakan datuk kepada YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1961. Allahyarham yang dilahirkan pada tahun 1880 di Mekah merupakan tokoh ulama yang tidak dapat disangkal ketinggian ilmunya.

Haji Abdullah Fahim telah banyak memberi jasa dan sumbangan kepada perkembangan Islam dan politik di Seberang Perai, Pulau Pinang. Pada tahun 1932 sehingga 1948, beliau pernah menjadi Pengetua di Madrasah Idrisiah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga menjadi Mufti Pulau Pinang yang pertama iaitu pada tahun 1951 hingga 1956. Dalam sejarah kemerdekaan negara, Haji Abdullah Fahim merupakan ulama yang telah menentukan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Tunku Abdul Rahman beranggapan bahawa beliau perlu berjumpa dengan Haji Abdullah Fahim yang pada pendapatnya mempunyai firasat dan kasyaf agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu. Di samping itu beliau juga telah mengambil bahagian yang cergas dalam perjuangan untuk memerdekakan Malaya. Tuan Haji Abdullah Fahim telah mencadangkan 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan selepas membuat pengiraan hisab berdasarkan takwim Hijrah.

( Sumber dari Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi )



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan