TRAGEDI MANSUR AL HALLAJ


 TRAGEDI MANSUR AL HALLAJ

Sebuah kisah…. Junaid Baghdadi berkata kepada muridnya, Mansur AlHallaj,
“ Aku lihat di alam musyahadahku, sekeping papan berwarna merah darah dan darah itu adalah darah kamu sendiri .”
Mendengar ucapan gurunya itu, Mansur Al- Hallaj tersenyum.
“ Wahai tuan guru, pada ketika itu tuan sendiri telah menanggalkan jubah sufi tuan dan memakai jubah orang awam ”.
Sebelum Mansur Al-Hallaj ditangkap atas tuduhan telah menyeleweng dari akidahnya. Khalifah yang memerintah di masa itu telah menghimpunkan semua ulama syariat di sekitar Baghdad. Lalu…khalifah meminta fatwa adakah Mansur Al-Hallaj itu kafir atau Islam?
Setelah semua sidang sepakat membuat fatwa atau keputusan bahawa Mansur Al-Hallaj itu adalah kafir dan wajar dijatuhkan hukuman bunuh, khalifah menyatakan bahawa dia tidak akan menjatuhkan hukuman bunuh atas Mansur Al-Hallaj sebelum mendapatkan pula fatwa dari guru Mansur yakni Junaid Baghdadi. 6 pucuk surat dihantar kepada Junaid, tetapi tidak satu pun dibalas oleh Junaid dan surat terakhir yakni surat ke 7 merupakan kiriman terakhir sebelum Mansur dijatuhkan hukuman bunuh dan khalifah turut mengambil keputusan tegas untuk menghukum semua ahli sufi dan mengusir mereka keluar dari Baghdad.
Pada kiriman surat terakhir itu, maka Junaid melakukan munajat pada setiap malam bagi mendapatkan jawaban dan akhirnya Junaid membalas surat tersebut dengan menjelaskan :
“ Jika menurut pada hukum syariat, Mansur Al-Hallaj adalah kafir dan wajar dihukum bunuh. Akan tetapi jika menurut dari sudut Haq Allah, bahawa Mansur Al-Hallaj itu adalah benar ”.
TRAGEDI “ ANA–AL–HAQ ” “
Aku telah diajarkan dua macam ilmu,satu telah aku nyatakan kepada kalian,yang satu lagi, jika aku nyatakan…nescaya akan kau penggal leherku
Berapa ramai umat islam menyedari kenyataan Allah itu ada pada batang tubuh sendiri?
Berapa ramai yang sedar, tubuhnya itulah alat penzahiran Allah dan mengetahui bahawa ruh Al-Qudus inilah sebenar-benar dikatakan Muhammad dan inilah yang sebenar-benar dikatakan hak Ta’ala.
Ruh Qudus inilah hak Allah dan berhak atas Muhammad Rasul Allah dan jangan keluar lagi dari kefahaman bahawa yang kita sebut Muhammad Rasul Allah itulah hakikat sebenar-benar dikatakan Muhammad Darullah itu.
Segalanya atas diri kita, kita ini pusat pembinaan EMPAYAR TUHAN.
Kitalah Akyan Sabithah yang termakam dalam keujudan insan kamil Mukamil itu.Tiada lagi pada sesuatu yang lain yakni Allah Muhammad Adam itulah AKU.
Segala yang kita pelajari ini sekadar menuju khabar diriNya sahaja dan hakikatnya adalah berita diri kita sendiri ( Muhammad Darullah ).
Berita rahsia kita dan kitalah Zat Wajibul Ujud yang bernama Ahdah di alam sebelum ada apa-apa itulah kita dan kita itu hari ini telah bersemayam bersatu dalam hakikat diri. Satu peringkat : Istilah Aku Engkau itu sekadar adab dan akhlak semata-mata dan tiada lagi istilah-istilah mendua dalam satu perkara itu wujud dalam iktikad tauhid.
Ilmu semata-mata bagi arah tuju pemahaman hidup berAllah padahal Allah itu senantiasa hidup sejak Awal tiada permulaan pada Asma kita dan juga Sifat kita.
Ruh Ruhani Ruh Idhofi Ruh Al-Qudus ini terpisah pada istilah semata-mata hakikatnya hal yang sama. Ruh Idhofi inilah ruhul Qudus dan Ruhul Qudus inilah Ruhani yang bernama Allah itu dan kemas sempurna ianya dalam batang tubuh kita.
Jangan ada syak wasangka barang sedetik terhadap perkara yang saya jelaskan ini. Pegang saja walaupun dituduh sesat.
Orang yang menuduh sesat itulah telah mewujudkan dua kesesatan dalam bertuhankan tauhid Allah.
Soalan : Siapa Allah?
Jawaban : Dialah yang Maha Zahir Dialah yang Maha Batin
Bilamana dinyatakan Maha Zahir itu bermakna tidak ada lagi perkara yang zahir itu mampu mengatasiNya dan yang zahir-zahir itu, tenggelam dalam kezahiran.
( Sumber dari FB )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan