Puasa dari sudut ilmu hakikat

 


Puasa dari sudut ilmu hakikat

Setiap kali datang bulan Ramadhan, kita pun berpuasa. Kenapa ? Jawapan cliche; kerana puasa adalah Rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh semua penganut Islam. Namun, jika kita berpuasa tanpa ilmu, makanya puasa kita ini menjadi puasa ikut-ikutan yang sekadar meniru puasa orang-orang terdahulu. Jika sekadar ikut-ikutan, puasa kita menjadi seperti puasa puak ’Sabian’, suatu puak Arab zaman jahiliyah, yang telah lama hidup di Timur Tengah dengan mengamalkan sistem kepercayaan mereka tersendiri. Bagi mereka yang belajar dalam jurusan Perbandingan Agama, mereka tentu arif tentang puak Sabian ini.

SEBELUM ISLAM
Lama sebelum kedatangan Islam, puak Sabian telah melakukan upacara puasa selama sebulan dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Dalam bahasa Aramaic, (bahasa pertuturan Arab kuno) perkataan ‘Shahr-sn-Ramadhan bermaksud ‘Peka Pada Sin Yang Sangat Panas’. ‘Shahr’ bermaksud peka atau berjaga-jaga atau sedar. ‘Sn’ atau ‘Sin’ bermaksud Tuhan Bulan. ‘Ramadhan’ bermaksud sangat panas.
PUASA SABIAN
Dalam setahun, ketika matahari mula menghampiri planet Aries, keadaan siang menjadi sangat panas maka puak Sabian mula berpuasa dalam cuaca yang sangat panas ini supaya mereka tetap tidak lupa pada Sin (Tuhan Bulan). Mereka mula berpuasa pada waktu Sehr (sahur) hingga Ma’arab (maghrib). Selama sebulan ini, mereka tidak boleh makan, minum dan bersetubuh di siang hari. Bilamana planet matahari mula memasuki Aries, cuaca yang sangat panas akan mula reda. Ketika ini puak Sabian akan mencari tanda munculnya ‘Hilal’ (Tuhan Bulan Berbentuk Sabit) di langit. Bila Hilal sudah nampak, maka mereka akan menamatkan puasa mereka dan menyambut hari kebesaran yang dipanggil ‘Fitr’ yang bermaksud ‘hari tamatnya puasa’.
RITUAL SABIAN
Ritual puak Sabian ini termasuklah, melakukan perbuatan Rukuk dan Sujud 5 kali sehari yang mana sebelum rukuk dan sujud, mereka terlebih dahulu perlu membasuh anggota badan dengan air. Orang-orang Sabian di Yatrib (nama lama Madinah) akan ke Makkaiya untuk mengelilingi Kaba sebagai menghormati ‘Tuhan Sin’ (Tuhan Sin yang menggunakan lambang bulan sabit). Bila ada kematian, mereka akan ‘bersembahyang’ beramai ramai dengan berdiri tegak dalam barisan tanpa rukuk dan sujud, sebagai tanda penghormatan terakhir.


JANGAN IKUT-IKUTAN
Makanya, janganlah kita berpuasa sekadar copy-paste atau ikut-ikutan. Belajar memahami puasa secara zahir dan batin. Puasa zahir yang kita lakukan adalah suatu kaedah untuk menyediakan jasad mengenali Hakikat Diri yang tidak makan, tidak minum tetapi sentiasa kekal hidup.
Puasa yang
terbaik
ialah puasa secara sufi iaitu puasa haqiqi yang mencegah hati dari mempersekutukan Allah. Caranya ialah dengan membutakan pandangan matahati dari segala yang ada di dalam dan di luar duniawi ini. Sehingga yang tinggal hanyalah cinta kepada Allah semata-mata.
Meskipun Allah yang menciptakan segala sesuatu untuk manusia, sebenarnya DIA menciptakan manusia itu untuk DiriNya. Firman Allah, “Manusia adalah hakikatKU dan AKU adalah Hakikatnya.”
Hakikat itu ialah Cahaya dari Allah. Ianya tersembunyi di matahati yang di dalamnya ada lagi matahati. Puasa hakikat itu akan batal jika ada cinta selain Allah walau pun sebesar zarrah. Demi itu Allah berfirman, “Puasa adalah untukKU dan AKUlah yang akan membalasnya.”
Kesimpulan puasa itu dalam beberapa kategori:
• Puasa Syariat: Menahan jasadnya tidak makan dan minum serta menjaga alat kelamin daripada melakukan persetubuhan atau mengeluarkan air mani dengan sengaja.
• Puasa Tarekat: Menahan segala tempat pancaindera jasadnya seperti mata, telinga dan mulut supaya tidak melakukan maksiat. Mulutnya hendaklah diam dan tidak berkata-kata kecuali yang perlu sahaja.Matanya tidak memandang sesuatu yang boleh mendatangkan nafsu syahwat atau semua pandangan yang melalaikan dari ingat kepada Allah seperti menonton hiburan di kaca telivisyen dan sebagainya.
• Puasa Hakikat: Menjaga hati dan fikirannya daripada segala buruksangka atau lintasan-lintasan khayalan yang negatif. Hati dan fikirannya hendaklah sentiasa syuhud kepada Allah dan tanpa mengalih sejenak pun kepada hal-hal keduniaan serta menghilangkan perasaan wujud dirinya kecuali tertumpu kepada Wujud Allah semata-mata.
• Puasa Makrifat: Berserah diri kepada Allah (hauqalah) bahwa yang berpuasa itu sebenarnya adalah Allah kerana puasa itu sebenarnya adalah milik Allah dan bukan milik hamba. Tetapi puasa Allah itu meliputi diri hambaNya.

Puasa dari sudut ilmu hakikat
Cuma jadikan hadith Nabi Muhammad saw yang sebut
"Ramai org berpuasa tetapi hanya dapat lapar dan dahaga"
PUASA HAKIKAT.
Puasa yang terlebih afdhal dan dituntut keatas setiap insan ialah mengekang hawa nafsu ( sifat keakuan diri ) dari rasa memiliki zat, sifat, nama dan perbuatan Allah yang sedang ditajallikan
(Allah memberitahu kepada kita pada diri kita dan pada keseluruhan ufuk alam ada tanda-tanda wujud Allah iaitulah tajalli zat, sifat, nama dan perbuatan Allah yang tertera pada diri dan keseluruhan ufuk Alam)..
Allah memberitahu kepada kita sedemikian adalah sebagai memberi peringatan supaya kita tidak dibenarkan mengaku walau sebesar zarah pun segala pentajalian Zat, sifat, nama dan perbuatan Allah menjadi milik kita.

( Sumber dari Hakikat Insan ( Mengenal Diri Mengenal Tuhan )

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan