PUASA

 

PUASA

Seringan-ringan puasa di bulan Ramadan adalah menahan lapar dan dahaga. Ini hadis sohih. Bermakna lapar dan dahaga itu puasa yang ringan. Mana yang berat? Baik,,, nak tahu yang berat...
Ambil satu piring, ambil satu pinggan. Baik,,, ini umpama bulan. Ini umpama anak bulan. Nak menjadikan puasa ini. Kita kena faham dulu fekahnya.
Jikalau terbitnya anak bulan. Macam bulan sabit... Hendaklah kamu berpuasa. Kalau kita sihat berpuasalah. Kerana apa??? Nampak anak bulan. Ini langitkan... Kita tropong. Nampak sikit. Betulkan... Berpuasalah kita.

Lalu anak bulan ini pun berputar. Selama empat minggu. Kalau masuk dalam bulan ini. Maka esok berhari rayalah kamu. Haram berpuasa. Itulah yang Al-Quran, hadis cerita kepada kita. Betulkan??? Habis apa kita dapat? Inilah kata ilmu papan tanda. Ilmu signboard. Habis setakat itulah ilmu fekah.
Itu makanya kita jangan duduk sebatas papan tanda. Apa ilmu makrifat, ilmu hakikat, cerita... Baik,,, bukan ada kena-mengenanya dengan bulan bintang di atas langit. Ini Ibu bulan. Ini umpama Allah. Anak bulan umpama diri kita. Ini orang makrifat. Dia tidak letak anak bulan, bulan bintang di atas langit.
Ini, siapa? Diri kita... Ini siapa? Allah... Seumpamanya sebegitu. Apabila kamu ternampak keberadaan dirimu. Terlihat akan keberadaan dirimu. Hendaklah kamu berpuasa. Apa hendak dipuasa? Hendaklah kamu keliling selama empat minggu. Jangan sebut tiga puluh hari. Jangan sebut sebulan.

Empat minggu. Apa empat ini? Ini Zat, Sifat, As'ma, Af'al. Hendaklah kamu serah kembali ke dalam Allah SWT sebagaimana kamu datang tadi. Ini dikatakan hari raya Aidilfitri. Hari raya apa? Aidilfitri. Apa Aldilfitri? Fitrah. Apa erti fitrah? Semulajadi.
Jadi asal semulajadi kita, ada tidak??? Jadi kita ada tidak??? Hendaklah kamu fitri. Fitrah. Apa fitrah? Kembalikan dirimu sebagaimana asal datangnya.
Ini dikatakan hari raya fitrah. Fitrah-fitrah, apa erti? Semulajadi. Jadi asal usul kamu, adakah tidak? Tidak ada. Jadi apabila kamu terlihat dirimu. Ada zat, nyawamu. Sifat, anggotamu. Af'al, perangaimu. As'ma namamu. Ini siapa? Diri sendiri. Jadi dikembalikan balik kepada Allah. Ini yang dikatakan hari raya fitri. Hari raya semulajadi.

Yang berfikir ke dalam bulan bintang itu kenapa? Kamu tahan lapar dan dahaga itu kenapa? Itu kiasan untuk budak-budak kecil. Bukan tua macam kita ini. Tua masih sekolah tadika lagi, kenapa anakanda ini?
Hospital tidak ada dalam signboard. Hospital tidak ada dalam papan tanda. Ada tidak signboard Kuala Lumpur di sini? Tidak akan. Ada tidak Kuala Lumpur di situ? Muzium Negara? Begitu juga ilmu fekah ini. Jangan duduk di atas langit. "". Kenapa kamu tidak tilik pada diri kamu sendiri???
Ini sudah tua. Cium tubuh, bukan bau minyak wangi lagi. Sudah bau tanah liat. Bau tanah kubur sudah. Masih merangkak tadika lagi, kenapa? Tapi tidak apalah. Kalau tidak ada orang cerita. Pada hari ini, dikatakan hari raya Aidilfitri. Apa fitri? Fitrah. Apa erti fitrah? Semulajadi.
Ini kita nak bayar duit fitrah. Miskinkah Allah nak RM 9.80. Miskinkah Allah itu? Itu papan tandanya. Yang hendak engkau serah itu bukan beras atau duit. Ini empat sifat. Serahlah empat sifat. Maka berhari rayalah kita. Merdekalah kita. Sebegilah...

Kemudian kita ada berapa hari raya? Dua... Yang satu lagi hari raya korban. Hari raya haji. Korban dengan haji itu sama. Barangsiapa berkorban, dialah suci seperti budak baru lahir. Baik... Hari raya korban apa maksud? Saban tahun kita dengar. Ohhh... kita ingatilah Ibrahim bunuh Ismail. Ibrahim sembelih ismail.

Cantikkah memperingati bapa bunuh anak? Bagus kita dengar orang buang baby itu. Perempuan buang bayi. Lagi bagus hari-hari dia buang dalam longkang. Ini Nabi buat kerja seperti ini. Kalau orang perempuan, budak-budak buang baby itu, patutlah.
Nabi bunuh, sembelih anak dia, diingat saban tahun. Apa maksud anakanda? Tidak ada contoh lain ke nak bagi tunjuk keimanan sehingga ke perkara potong, bunuh anak?? Bagi cerita.
Tetapi ada muslihatnya. Bukan saja-saja Allah nak bagi cerita sebegitu. Baik,,, kalau tidak sembelih anak. Allah tidak tahukah kamu itu beriman ke tidak??? Tidak reti nak kena ukur? Nak kena sembelih anak dulu baru aku tahu kamu itu, beriman? Bodohnya Allah?

Tidak tahu. Bukan sebegitu, sebodoh itu Allah. Tidak bunuh anak pun, dia boleh ukur iman nabi Ibrahim setakat mana. Tidak payah tunggu bunuh anak, sembelihan anak. Jadi apa disebalik itu?
Ya,,,. Kita korban ini, sembelih. Ada tak, kita sembelih lembu yang mati? Lembu yang hidup. Kalau tidak apa salah kita beli kambing di supermarket. Banyakkan? Nak berapa banyak daging. Boleh beli.

Tidak boleh,,, melainkan dengan sembelih daripada lembu yang hidup. Betul? Kita pun berebut-rebutlah sembelih. Dengan sapinya, gajahnya, rimaunya. Bukan begitu anakanda. Apa maksud sembelih? Sembelih ini ertinya pisahkan nyawa lembu daripada jasad. Jadi jikalau hari raya Aidilfitri, hari raya fitrah, hari raya semulajadi ini. Serahkan zahirmu kepada Allah.
Jikalau hari raya korban, serahkan nyawamu kepada Allah. Maka selesailah penyerahan zahir dan batin pada Allah. Sebegitu... Ini kita sembelih daging. Puasa sunat zahir kepada Allah. Betul sifat kita sifat tepuk tangan kaki kita pilih siapa sudah balik kepada Allah. Tangan, kaki, mata, telinga sudah fitri.

Ada pun hari raya korban pula, serah apa? Serah nyawa. Maka hajilah kita. Maka sucilah kita zahir dan batin. Ini baru di kata Al-haji, Al-haj. Bukannya pergi ke Mekah sana. Jadi hajilah anakanda pada sekarang ini. Sudah haji, Al- haj. Orang lain bawa balik hantu setan. Kita betul-betul pada hari ini seperti budak yang baru lahir. Zahir milik siapa? Batin milik siapa? Ada tak kita punya? Baik,,, semua ini siapa punya? Ada kita punya? Tidak ada bukan?

Maka kita serahlah ketujuh anggota jasad kita kepada Allah. Maka jadilah sepertimana mula-mula kita datang dulu. Mula- mula kita datang dulu ada penglihatan? Ada telinga? Semua anggota, milik siapa? Sekarang milik siapa? Tidak serupa dengan kita yang baru lahir dulu?
Inilah dikatakan Al-haj, haji, suci zahir dan batin. Tapi jangan haji hari ini sahaja. Haji sampai bila-bila. Sampai kita mati, kita ini milik siapa? Milik Allah swt....




Saya sudahi dengan Wabillahi Taufiq Wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Amin drpd Tuan Guru Haji Shaari Mohd Yusof.
Bicara ilmu oleh Ayahanda Tuan Guru Haji Shaari Mohd Yusof.
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan