RAHSIA PEGANGAN AQIDAH*
(Pensucian ANA AL-HAQ)
Dengan Kemuliaan KEESAAN Dzat yang bernama ALLAH swt juga terhimpun empat ketinggian nama Dzat-Nya yang menaungi sekalian Asmaul Husna.
Disandingkan dengan himpunan Kepujian-Nya yang ditanggung di wadah Jiwa Kekasih-Nya yang menyatakan Sifat Rahmat dan Kasih Sayang-Nya.
"Allahumma Solli A’la Syaiyidiana Muhammad Wa A’laa Alihihi Wasohbihi Ajmain."
Firman Allah swt didalam Hadis Qudsi;
"Al Insaanussirrii Wa Anaa Sirruhu"
Ertinya : Manusia itu Rahasia-Ku dan Aku Rahasianya.
Kalam dari Hadis Qudsi inilah Dalil yang paling masyhur juga digunakan didalam kefahaman "WAHDATUL WUJUD dan ANA AL-HAQ".
Kemudian fahaman-fahaman itu dikuatkan pula dengan Hadis Qudsi dibawah.
Firman Allah swt;
بنيت فى جوف ابن ادم قصرا وفى القصر صدرا وفى الصدر قلبا وفى القلب فؤادا وفى الفؤد شغافا وفى الشغاف لبا وفى اللب سرا وفى السر انا.
Ertinya : Aku buatkan didalam rongga anak Adam satu MAHLIGAI, dan didalam Mahligai itu ada DADA, dan didalam Dada itu ada HATI, dan didalam Hati itu ada FUAD, dan didalam Fuad itu ada SYAROFAN, dan didalam Syarofan itu ada LUBBAN, dan dalam Lubban itu ada RAHASIA, dalam Rahasia itu ada AKU.”
(Hadis Qudsi)
AQIDAH atau KEPERCAYAAN terbina dari Pengetahuan, Pengalaman Hidup dan Perjalanan Rohani. Sementara I’ktiqod adalah Pegangan Hati kepada Aqidah.
* Peringkat ILMU AQIDAH;
a) Ilmu tentang Aqidah adalah bermula dengan Ilmu Usuluddin pada Hukum Akal.
b) Kemudian Ilmu Tasawwuf pada Perjalanan Rohani.
c) Kemudian di ikuti dengan Ilmu Tauhid iaitu gabungan Usuluddin dengan Tasawwuf.
Keputusan Ma'krifat ialah I'ktiqod atau Pegangan Hati kepada yang dikenalnya.
Proses MENTAUHIDKAN ALLAH swt ini berjalan sampailah kita menemui Ajal (Mati).
“Qul Hu Allahu Ahad”
Katakanlah Wahai Nabi-Ku bahawa Allah itu AHAD. Perintahkanlah Wahai Nabi-Ku supaya umatmu berI'ktiqod dengan Allah yang Ahad. Bimbinglah Wahai Nabi-Ku supaya hamba-hamba-Ku sampai kepada HAKIKAT KEESAAN-KU.
1) Peringkat ILMU USULUDDIN.
Ilmu Usuluddin batasnya adalah Mengenal Allah swt dibatas Akal yang membezakan HAQ dan yang BATHIL dengan Akal dan Dalil dari Firman-Firman Allah swt. Keyakinan maksima hanyalah kepada Ilmul Yaqin iaitu di Yakini dengan Ilmu Kalam atau Ilmu Akal.
2) Peringkat ILMU TASAWWSUF.
Menjalani proses Kerohanian seperti Salik Majzub yang mendaki atau Tanazul Rohaninya kepada wilayah KEESAAN Allah swt adalah punca terbitnya keadaan Hulul atau Mabuk dengan kesan daripada wilayah Wahdatul Wujud, samada seseorang itu tenggelam didalam Syuhudul Kasrah Fil Wahdah mahupun didalam Syuhudul Wahdah Fil Kasrah, bagi Majzub Salik yang di sentap Rohaninya kepada isim Ar-Rahman.
3) Peringkat ILMU TAUHID.
Peringkat Ilmu Tauhid adalah proses Mengenal Allah swt dengan Ilmu dan Pengalaman Rohani yang tidak terhenti, sampailah kita mati walaupun kita telah mengalami Pengalaman-pengalaman Rohani yang mistik, kerana Anugerah Ma'krifat bagi setiap hamba Allah itu tidak sama.
Ma'krifat Nabi Musa as dengan Ma'krifat Nabi Khidir as tidak sama. Dan tiada Nabi yang mampu mencapai Ma'krifat yang Sempurna kecuali Nabi Muhammad saw, kerana Roh Nabi Muhammad saw adalah Roh yang paling hampir kepada Allah swt.
"Maka umat yang paling beruntung adalah kita iaitu umat Nabi Muhammad saw."
Dan tiada jalan yang paling SELAMAT dan yang paling baik untuk sampai kepada Hakikat Ahad melainkan Manhaj Nubuwwah iaitu jalan Sunnah Kenabian Nabi Muhammad saw. Dan jalan yang tersisa kini adalah jalan Kewalian iaitu Manhaj Kesufian dari keturunan Baginda sendiri.
Pensucian "ANA AL-HAQ" adalah bagi Mensucikan fahaman Wahdatul Wujud yang telah tercemar kerana salah faham orang awam yang hanya memilki Ilmu Usuluddin dan Tasawwuf yang tidak melalui Manhaj Kesufian juga meniti amalan-amalan Kesufian yang mistik seperti;
a) Uzlah'
b) Suluk
c) Khalwat
Dan juga bagi mencerahkan kepura-puraan orang-orang yang merasakan ia telah Hulul di Maqam Latah iaitu Maqam Syatahat.
Perlu diketahui...
Maqam-Maqam Wali Allah itu banyak, dari Salik, Wali kecil hinggalah ke Maqam Wali Qutub atau Aqtab iaitu penghulu sekalian Wali.
Maka Insan Sejati yang Muhaqqiqin itu hanya ada satu, pada satu-satu zaman yang menjaga HAQ KEESAAAN Allah yang AHAD, iaitu Maha ESA dan HAQ ketinggian Azzawajala yang tiada tandingan.
Sementara fahaman Wahdatul Wujud ini sudah mula dirasai oleh permulaan Kewalian apabila ASYIK dengan Anugerah Tajali Ma'krifat ataupun telah tenggelam didalam Maqam Ma'krifat.
Maka kita tidak boleh menyalahkan Wali-Wali Allah ini kerana mereka seperti orang yang mabuk kepayang atau gila angau. Cuma kita perlu nilai mereka ini agar tidak melanggar HAQ KEESAAAN Allah yang Maha ESA (Ahad) dan ketinggian Allah yang Maha Sempurna Kemuliaan-Nya.
مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ
"Siapa yang memusuhi Wali-Ku maka sesungguhnya Aku telah menyatakan perang terhadapnya. Dan tidaklah Hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu ibadah yang lebih Aku cintai dari apa yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan senantiasa seorang Hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan Sunnah hingga Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya maka Aku menjadi pendengarannya yang ia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat, dan sebagai tangannya yang ia gunakan untuk berbuat, dan sebagai kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Dan jika ia meminta (sesuatu) kepada-Ku pasti Aku akan memberinya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku pasti Aku akan melindunginya.”
Hadis Qudsi ini menjadi bukti bahawa adanya keadaan Hulul yang berlaku kepada Wali-Wali Allah swt dan hadis sebelumnya membuktikan bahawa adanya wilayah kedalaman hati yang berbeza-beza dari wilayah Kerinduan, kemudian Fana dan Lebur di wilayah Rahasia Allah swt dan akhirnya hati itu sampai kepada Allah swt.
Tetapi... !
Semua Hadis Qudsi adalah Kalam-kalam yang Musyabihat.
Maka ayat-ayat Al-Qur'an yang Mahkamat adalah ayat yang berguna sebagai batu penguji atau perisai untuk menilai maksud bagi Bathin Kalam-kalam yang Musyabihat dan batu penilai kepada kitab-kitab yang terdahulu seperti Kitab Zabur, Taurat dan Injil, termasuklah Suhuf-Suhuf sekalian Nabi seperti Suhuf Ibrahim as dan Suhuf Musa as.
هَلْ أَتَىٰ عَلَى الْإِنسَانِ حِينٌ مِّنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُن شَيْئًا مَّذْكُورًا
"Bukankah telah datang kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut."
(QS. Al-Insan : 1)
Maka apakah maksud kepada "Al-insanu Sirri" ?
Apakah maksud kepada “Insan itu Rahasia-Ku” ?
Jawaban petunjuk bagi ayat itu kepada "Sirri" adalah “Wa Ana Sirruhu”
“Dan AKU-lah Rahasia itu”...
Maka huraian maksud Insan itu Rahasia-Ku akan menjadi berlapis-lapis dari berbagai-bagai Maqam seseorang Mursyid.
1) Ia boleh jadi Insan itu DIRAHSIAKAN oleh Allah swt. Maka Insan itu menjadi Martabat manusia yang memiliki Sifat-Sifat Terpuji iaitu Wali-Wali Allah yang Allah swt RAHSIAKAN.
Soalnya bukan semua Wali-Wali Allah itu DIRAHSIAKAN seperti Sultanul Aulia Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, al-Imam al-Ghazali dan lain-lainnya, dan semua Khulafa al-Rasyidin itu adalah Penghulu sekalian Wali yang tidak DIRAHSIAKAN Allah swt.
Terdapat juga Wali-Wali yang Allah RAHSIAKAN seperti Uwais Al-Qarni, Abdullah Fasik dan yang lain-lainnya.
2) Petunjuk “Wa Ana Sirruhu” adalah Balaghoh atau Petunjuk yang lebih tepat bagi Kalam Allah pada Hadis Qudsi ini.
Maksudnya...
Insan itu adalah orang-orang yang Dianugerahkan Rahasia Allah swt. Mustahil Allah swt mahu Menganugerahkan Rahasia-Nya kepada orang-orang Kafir Harbi yang memusuhi Nabi-Nya.
Sebab itu Allah swt berfirman;
“Allahu Nuurrus Samawatiwal Ardh.”
Umpama Hidayah itu hanyalah milik Allah swt apabila dibukakan penutup hati-hati manusia, begitu juga dengan Nur Petunjuk dari Allah swt.
Maka Nur Petunjuk dari Allah swt itulah yang menjadi Tajali (Permata Kanzun Makfiyan) yang dipertaruhkan di wilayah hati yang paling dalam kepada Hamba-hamba-Nya yang sangat Dikasihi-Nya.
Firman Allah swt didalam Hadis Qudsi;
“Kelak mereka akan melihat Tuhannya seperti cahaya bulan yang terang benderang”
Inilah batas Ma'krifat tertinggi didunia sebelum kita berjumpa Allah swt bagi melihat Keindahan Wajah-Nya yang tidak Terhijab lagi.
Ingatlah semuanya WAJIB Mati.
(Kulu Nafsin Zaa Ikatu Maut)
“Lahul Mulku Walahul Hamdu Yuhyi Wayumit”
AL-HAQ yang Kekal Hidup.
“Allaahu Laa Ilaaha Ilaa Hu Wal Haiyyul Qaiyum”
Hamzah Fansuri mati.
Al-Hallaj mati.
Kalau AL-HAQ menerima Maut, siapakah yang akan mematikan kita ???
Maka PENYERAHAN DIRI sebagai Hamba-Nya adalah kepada HARAP. Iaitu tiada pernah Putus dan Pudar kepada Mengharapkan Rahmat dan Keampunan-Nya.
Berkata Sayyidina Ibn Athaillah As-Sakandari;
مِنْ عَلَامَةِ اْلاءِ عْتِمَاد عَلَى اْلعَمَلِ نُقْصَانُ الرَّجَاءِ عِنْدَ وُجُوْدِ الزَّلَلِ
"Diantara tanda seseorang bergantung kepada amalan ialah kurangnya Raja’ (mengharapkan kepada Rahmat ALLAH) ketika berlakunya kepincangan (maksiat)."
Inilah kata-kata Hikmah yang sangat berguna kepada kita kerana Allah swt tidak mendapat atau Mengambil Faedah dari amal Hamba-Nya KECUALI amal itu adalah untuk kebaikan hamba itu sendiri.
Pegangan inilah yang membina Aqidah ASWJ dengan doa dan amal yang terbit kepada hati yang BERHARAP.
“Allahu Laa Ghoni Anil A’alamin”
Ertinya : Allah tidak berhajat kepada sekalian alam.
Muhaqqiqin adalah golongan yang menjaga Tauhid KEESAAN Allah yang AHAD (Maha ESA) dan ketinggian ‘Ya Zal Jalaaliwal Ikrom”
( Sumber dari Syeh Haqtullah )
0 comments:
Catat Ulasan