TARIQAT NAQSYABANDIAH KHALIDIYYAH

Kenali Tarekat Berdaftar di bawah Enakmen Tarekat (Negeri Sembilan) 2005, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus:

TARIQAT NAQSYABANDIAH KHALIDIYYAH




Tuan Syeikh Ustaz Dr. Haji Jahid bin Haji Sidek al-Khalidi


Tarekat ini dipimpin oleh Yang Berusaha Tuan Syeikh Ustaz Dr. Haji Jahid bin Haji Sidek al-Khalidi di Institut Latihan Ilmu Tarekat (ILIT) Manarah, Kg. Parit Seberang, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Tuan Syeikh Dr. memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Degree), Sarjana Pengajian Islam (Fiqh & Usul Fiqh) (Master) dan Doktor Falsafah (Tasawuf) (Ph.D) dari Universiti Malaya. Beliau menerima keizinan memimpin tarekat ini daripada guru mursyidnya iaitu Tuan Syeikh Imam Haji Ishak Muhammad Arif al-Rawi yang merupakan anak murid kepada Tuan Syeikh Umar Muhammad Batu Pahat. Ini bermakna jalur pengamalan Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah ini melalui Tuan Guru Besilam; Syeikh Abdul Wahab Rokan kerana Tuan Syeikh Umar sebelum ini, merupakan salah seorang Khalifahnya yang mengembangkan tarekat di Malaysia.
Tuan Syeikh Dr. merupakan tokoh dalam bidang Tarekat Tasawuf. Beliau merupakan bekas Profesor Madya di Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Panel Pakar Tasawuf JAKIM, Ahli Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah di Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan Panel Pakar Pemurnian Akidah & Syariah di Jabatan Agama Islam Pahang. Beliau pernah dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Tokoh Pemulihan al-Riqab dari Majlis Agama Islam Selangor. Beliau telah menerbitkan lebih daripada 10 buah buku dalam pelbagai disiplin ilmu termasuklah Tasawuf, Tarekat, Perubatan Islam, Sejarah, Perundangan Islam dan banyak lagi. Selain itu, beliau menulis banyak artikel dalam karya kreatif seperti majalah, surat khabar dan sebagainya. Beliau telah membentangkan lebih daripada 50 kertas kerja dalam pelbagai seminar, ceramah dan webinar.
Dalam bidang kemasyarakatan, beliau merupakan pengasas Manarah Studio, Biro Dakwah, Persatuan Bina Budi Malaysia (BUDI), Pemegang Amanah Pusat Tahfiz & Dakwah Manarah, pengasas Institut Latihan Ilmu Tarekat Tasawuf Manarah (ILIT), penasihat Koperasi Bina Budi Malaysia, pengasas dan penasihat Pusat Perlindungan Pesakit HIV Kuang dan lain-lain lagi. Dalam bidang perubatan Islam, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Panel Pembangunan Modul Istitabah Majlis Agama Islam Selangor, Panel Pembangunan Modul Ilaj Home JAKIM, Panel Penilai MQA dalam bidang perubatan Islam, Pakar Rujuk Indeks Pematuhan Piawaian Syariah Universiti Malaysia Pahang & Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain.
Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Tuan Syeikh Dr. di talian: https://api.whatsapp.com/send?phone=+6019-3845666 (019-3845666)
Dr. Ahmad Najaa’: https://api.whatsapp.com/send?phone=+6019-2783710 (019-2783710)
Lokasi Pusat Pengamalan Tarekat / ILIT MANARAH: https://www.google.com.my/.../data=!3m1!4b1!4m5!3m4...
Link Pusat Pengamalan Tarekat / ILIT MANARAH:
https://www.facebook.com/ilitmanarah/
Link biodata Tuan Syeikh Dr. : https://drjahidsidek.wordpress.com/biografi/
Link Pusat Rawatan Islam Manarah:
https://www.facebook.com/rawatanmanarah/
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan