SILSILAH PERINGKAT & TAHAP ULAMA'


 SILSILAH PERINGKAT & TAHAP ULAMA'

Dalam silsilah peringkat dan tahap ulama, ada beberapa tahap yang perlu kita ketahui :
1- Nabi.
2- Ulama' Mujtahid Mutlak di kalangan Sahabat Nabi SAW seperti Ibn Abbas, Ibn Mas'ud, Muadz bin Jabal, Saidatina Aisyah radhiallahu anha anhuma, Ibn Umar radhiallahu anhum.
3- Ulama' Mujtahid Mutlak di kalangan Tabi'in (murid kepada para Sahabat Nabi SAW) seperti Imam Abu Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi) dan Imam Malik bin Anas rahimahullahu ta'ala (pengasas Mazhab Maliki).
4- Ulama' Mujtahid Mutlak di kalangan Tabi' Tabi'in (murid kepada para Tabi'in) seperti Imam Syafi'e (pengasas Mazhab Syafi'e) dan Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullahu ta'ala (pengasas Mazhab Hanbali).
5- Ulama' Mujtahid Fil Mazhab seperti Imam Nawawi dan Imam Rofie rahimahullahu ta'ala untuk Mazhab Syafi'e, Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad rahimahullahu ta'ala untuk Mazhab Hanafi.
6- Ulama' Mujtahid Fil Masail seperti Imam Tohawi, Imam Zufar rahimahullahu ta'ala.
7- Ulama' Ashabut Takhrij seperti Imam Quduri rahimahullahu ta'ala bagi Mazhab Hanafi.
8- Ulama' Ashabut Tarjih seperti Imam Ibnu Hajar Haitami, Imam Khatib Syarbini rahimahullahu ta'ala dan ramai lagi Imam-Imam Tarjih bagi Mazhab Syafie dan Imam Sohibul Kanz, Musannif Bahru Roiq rahimahullahu ta'ala untuk Mazhab Hanafi.
9- Ulama' Ashabut Tamiz seperti Musannif Hidayah bagi Mazhab Hanafi, Imam Zainuddin Malibari rahimahullahu ta'ala untuk Mazhab Syafie dan ramai lagi.
10- Mufti seperti Syeikh Ali Jumuah (Mufti Mesir),
- Syeikh Said Ramadhan Al-Butti (Mufti Syria),
- Maulana Asyraf Ali Thanwi (Mufti India),
- Mufti Taqi Usmani (Mufti Pakistan),
- Maulana Zakariyya (Pengarang Kitab Fadhilat Amal),
- Habib Umar (Darul Mustofa),
- Mufti Mahmudul Hassan Ganggohi (Mufti India),
- Mufti Maulana Hazeem dan Mufti Maulana Abd Hamid Chin (kedua-duanya guru di Madrasah Sri Petaling),
- Mufti Radhaul Haq (bekas Mufti Pakistan dan kini menjawat jawatan Ketua Mufti Afrika Selatan),
- Syeikh Nuruddin Al-Banjari dan ramai lagi.
11- Maulana seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias dan ramai lagi.
12- Penuntut-penuntut Ilmu.
13- Orang Awam seperti Cikgu Geografi, Pemandu Kapal Terbang, Doktor Perubatan, Tukang Membaiki Jam, Tukang Kebun, Tukang Cuci Jamban dan sebagainya.
Hanya Mujtahid Mutlak sahaja yang layak menyatakan "Pada pendapat saya..." berkenaan Al-Quran dan Hadis.
Ulama'-Ulama' Mujtahid yang lain di bawahnya pula layak berkata "Pada pendapat saya..." kepada Al-Quran dan Hadis berdasarkan usul-usul yang telah diberikan Ulama' Mujtahid Mutlak yang mereka pilih.
Ulama' Ashab pula layak berkata "Pada pendapat saya..." dalam memilih mana-mana pendapat sebelumnya yang dikajinya mempunyai dalil paling kuat dan paling sesuai dengan Maslahat Ummat dan dirajihkannya(dimenangkan) untuk menjadi Qaul Muktamad/Fatwa terakhir dalam sesuatu mazhab.
Sampai tahap ulama' paling rendah dikalangan ulama' besar iaitu ulama' bertahap Mufti. Kerjanya ialah buka kitab, mengkaji dan mencari keputusan hukum yang telah dibincangkan oleh semua kumpulan ulama besar di atasnya yang dinamakan sebagai Qaul Mufta Bih (Pendapat yang dijadikan fatwa muktamad dalam sesuatu mazhab).
Jadi, Mufti tidak layak berkata "Pada pendapat saya..." dalam apa jua masalah. Lebih-lebih lagi Al-Quran dan Hadis, sebab semua pendapat telah dibincangkan dan telah ada kata putus dari ulama' sebelumnya sejak zaman berzaman. Mufti hanya perlu untuk menyampaikan apakah keputusan-keputusan para ulama' terdahulu, dan juga berbincang dengan ilmu-ilmu Usul Ifta (Ilmu keluarkan fatwa) untuk masalah-masalah baru/moden yang belum pernah wujud sebelumnya seperti hukum merokok, hukum talak SMS dan lain-lain.
Bawah pada Mufti barulah Maulana, iaitu ulama' yang telah menguasai 15 Cabang Ilmu (Nahu, Sorof, Balaghah, Mantik, Bayan, Maani, Usul Fiqh, Aqaid, Isytiqaq, Badi', Qiraat, Sababun Nuzul, Nasikh Mansukh, Fiqh, Hadis) untuk memahami sesebuah kitab dan juga telah khatam Kutubus-sittah yakni 6 kitab hadis yang utama dalam Islam secara bersanad dari Syeikhul Hadis yang muktabar (bukan belajar hadis dari buku seperti Albani dan murid-muridnya) dan juga menguasai Ikhtilaf 4 Mazhab.
Bawah daripada Maulana ialah Penuntut Ilmu iaitu Pelajar Agama Sepenuh Masa, di bawah pengawasan ulama' muktabar yang sedang mempelajari 15 Cabang Ilmu tadi, Ikhtilaf 4 Mazhab dan belum khatam atau diberi Ijazah Sanad Kutubus-sittah yakni 6 kitab hadis yang sahih yang paling utama.
Bawah daripada itu ialah Orang-Orang Awam yang LANGSUNG tidak LAYAK untuk memberi komen/pendapat tentang HUKUM-HAKAM AGAMA bahkan HARAM bagi mereka untuk memberi pendapat dalam mana-mana hukum agama, yang halal bagi mereka hanyalah BerTaqlid (Mengikut) kepada para ulama', dengar dan amalkan apa yang ulama' sampaikan, dan mereka boleh/diharuskan untuk sampaikan ilmu itu kepada orang lain dengan syarat ia diyakini sahih datang dari lidah para ulama muktabar.
Contohnya jika Ustaz Azhar Idrus atau Ustaz Don cakap arak itu haram. Maka orang awam boleh untuk beritahu pada orang lain bahawa arak itu haram. Yang haram ini ialah orang awam menyatakan "Pendapat Sendiri".
Contohnya bila orang tanya apa hukum pakai purdah? Golongan jahil murokkab menjawab "Pada pendapat saya, hukumnya tidak wajib sebab ianya cuma adat orang arab sahaja" --> Memberi jawapan seperti ini hukumnya HARAM dan dia bertanggungjawab di Padang Mahsyar nanti atas jawapan tidak bertauliah itu, bahkan dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW menyatakan orang seperti itu SESAT dan menyesatkan orang lain.
Dari 10 golongan tadi, terpecahlah kepada 4 golongan manusia iaitu :
1. MUQALLID : Iaitu pengikut ulama' TANPA belajar dalil-dalil ulama' itu kerana dia yakin ulama' itu ada dalil yang dapat dipercayai. (Untuk Orang Awam dan Penuntut Ilmu. Tahap ke-12 dan 13)
2. MUTTABI : Iaitu pengikut ulama' BESERTA DALIL agar menjadi pembela kepada mazhab ulama'nya itu dan juga untuk mengajar umat dan untuk menyangkal tuduhan-tuduhan golongan sesat. (Untuk semua Ulama' Ashab, Mufti dan Maulana. Tahap 7, 8, 9, 10, 11)
3. MUJTAHID : Iaitu Ulama'(berkelayakan) yang bertanggungjawab untuk keluarkan hukum dan kelayakan yang paling terendah ialah menghafaz 300 ribu hadis Nabi SAW beserta sanad sampai kepada Rasulullah SAW tanpa silap sepatah pun. Jadi, mustahil ada mujtahid pada zaman ini. Mujtahid Mutlak telah tamat pada zaman Mutaqaddimin. (Untuk Ulama' Mujtahid tahap 2, 3, 4, 5, 6)
4. NABI : Iaitu manusia terpilih yang mendapat ilmu terus dari Allah SWT atau perantaraan Malaikat Jibril. Nabi tidak lagi wujud pada zaman ini hingga kiamat kerana Nabi Muhammad SAW ialah Nabi yang terakhir.
Jadi, harap-harap selepas ini, masing-masing sedar dirilah ya.
Nota : Dalam ajaran Wahhabi, mereka mencela dan mengharamkan semua Muslim dari tergolong dalam golongan Muqallid dan mewajibkan semua orang sama ada ulama' atau orang awam untuk menjadi Muttabi atau Mujtahid. Jadi sebab itulah ramai di kalangan pengikut ajaran Wahhabi suka mengeluarkan pendapat sendiri selepas membaca terjemahan Al-Quran dan Hadis dan amalkan apa yang mereka faham secara nafsu tanpa mengikuti para ulama' muktabar.
Jadi jangan hairan kalau anda lihat ramai pengikut Wahhabi yang bukan ulama' (seperti Cikgu Geografi, Pemandu Kapal Terbang, Doktor Perubatan, Doktor Falsafah), tapi berlagak seperti ulama' besar dan mencela, membidaah, menuduh bodoh, menuduh syirik kepada ulama' muktabar bahkan mereka merasa kagum dengan diri sendiri dan menjadi pengarang-pengarang buku agama tanpa tauliah. Ini dilakukan atas alasan Nabi dan ramai Sahabat Nabi cakap tentang hukum sedangkan mereka bukannya ulama' tapi cuma pengembala kambing (dalil paling bodoh dalam dunia).
Mereka menolak fatwa-fatwa ulama' salafussoleh dan mereka tafsir sendiri Al-Quran atau Hadis atau pun mereka bertaqlid buta kepada ketua-ketua mereka, lalu mereka gelarkan diri mereka SALAFI.
Wahhabi juga menolak ulama' salafussoleh seperti Imam 4 Mazhab (bahkan ada Wahhabi Ekstrim yang mengharamkan mengikut Mazhab Imam Salafussoleh), kemudian mereka amal agama ikut nafsu dan gelarkan diri sebagai Salafi.
Aku pun tidak tahu kejahilan tahap ini istilahnya apa. Mungkin ahli bahasa pun sudah tidak ada istilah lagi untuk golongan sejahil itu...
Rujukan : Kitab Syarah Mukhtasar Quduri Kitab Fiqh Mazhab Hanafi
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan