MENYAMBUT RASULULLAH SAW

 

MENYAMBUT RASULULLAH SAW
Sementara itu berita kedatangan Rasulullah Saw sudah sampai ke Madinah, tapi oleh kerana Rasulullah Saw tiga hari berada di Gua Thur dan Rasulullah Saw tidak melalui jalan biasa, jadi orang tak tahu bila tepatnya Rasulullah Saw akan sampai. Tapi setiap hari orang-orang Madinah dan Saidina Musaab bin Umair menunggu kedatangan Rasulullah Saw. Saidina Musaab sudah mempersiapkan suasana penyambutan kepada ketibaan Rasulullah Saw. Setiap hari orang-orang Madinah, selepas sembahyang subuh mereka keluar beramai ramai kepintu masuk Madinah menunggu Rasulullah Saw. Bila sampai waktu zohor dan cuaca makin panas meraka pulang semula. Begitulah setiap hari. Bukan saja orang Islam yang keluar menunggu, yang bukan Islam juga ikut menunggu bahkan orang Yahudi pun keluar juga menunggu kedatangan Rasulullah Saw.
Jadi memang Saidina Musaab telah mempersiapkan untuk kedatangan Rasulullah Saw. Kedatangan Rasulullah Saw ke Madinah bukan saja sebagai Nabi tapi juga sebagai pemerintah Madinah. Persiapan menyambut kedatangan Rasulullah Saw ini jadi program besar orang Madinah, jadi pesta besar-besaran di Madinah. Rasulullah Saw sampai di Madinah pada 12 Rabiul Awal, hari Isnin. Pada hari itu seperti biasa orang Madinah telah keluar menunggu sejak lepas subuh sampai tengah hari. Bila matahari dah terik mereka beransur pulang. Besok akan datang lagi. Selepas mereka beredar saja Rasulullah Saw sampai. Waktu masih ada seorang Yahudi yang sedang menunggu, dia masih diatas pokok kurma, mereka panjat keatas pokok kurma supaya dapat melihat dari jauh Rasulullah Saw sampai. Si Yahudi ini menjerit, panggil semua orang Madinah, jadi mereka semua patah balik untuk menyamput ketibaan Rasulullah Saw. Ketibaan Rasulullah Saw yang mereka nanti-nantikan itu disambut dengan penuh gembira. Orang orang Madinah beramai-ramai bernasyid.
Tolaal badru 'alaina...
Kebanyakan orang Islam waktu itu belum pernah bertemu dengan Rasulullah Saw, jadi mereka tak kenal yang mana satu Rasulullah Saw yang mana satu Saidina Abu Bakar. Apa lagi umur Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar tak jauh beza. Saidina Abu Bakar muda dua tahun dari Rasulullah Saw. Walaupun belum pernah bertemu tapi mereka telah memberi keyakinan dan keImanan yang tak berbelah bagi kepada Rasulullah Saw, mereka semua sudah berbaiah akan mempertahankan Rasulullah Saw dari musuh-musuh Allah seperti mereka mempertahankan isteri dan anak-anak mereka. Akhirnya matahari mengenai Rasulullah Saw, Saidina Abu Bakar memayung Rasulullah Saw. Ketika itu barulah mereka tahu yang mana satu Rasulullah Saw.
Ketika itu masing-masing berharap Rasulullah Saw berhenti ditempat mereka untuk mendapat keberkatan Rasulullah Saw. Kali pertama Rasulullah Saw turun dari kenderaan baginda iaitu di Qubak. Terus Rasulullah Saw perintahkan para Sahabat membina masjid disitu. Begitulah kedudukan masjid dalam Islam. Selama empat hari Rasulullah Saw berhenti di Qubak. Ketika itu Saidina Ali sampai dari Mekah. Dalam tempoh itu para Sahabat meyiapkan masjid dan Rasulullah Saw menerima kunjungan orang orang Madinah dan Rasulullah Saw mula menyusun orang-orang Islam, khususnya orang Muhajirin. Dari hari Isnin sampai hari Khamis Rasulullah Saw di Qubak. Hari jumaat Rasulullah Saw bergerak dari Qubak masuk ke Madinah. Dalam perjalanan Rasulullah Saw sembahyang jumaat di Diar Bani Salim bin Auf satu tempat diantara Qubak dan Madinah. Hari itu Rasulullah Saw sendiri menyampaikan khutbah jumaat dan itulah khutbah jumaat yang pertama Rasulullah Saw sampaikan. Sebelum itu solat Jumaat telah dibangunkan di Madinah. Orang pertama membangunkan sembahyang Jumaat ini ialah Saidina As'ad bin Zurarah, dia dan 40 orang Islam yang lain sembahyang Jumaat dirumahnya. Sebab itu dalam mazhab syafie, syarat sah Jumaat ialah 40 orang jemaahnya.

( Sumber dari Rahmat Rahman )



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan