ISLAM KEBENARAN HIDUP MANUSIA*
TAUHID yang benar akan menjadikan AKIDAH yang mantap ! lalu melahirkan IMAN yang hebat lagi kukuh kepada ALLAH SWT.
ALLAH swt berfirman yang bermaksud;
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) daripada (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya dengan firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang hakikat tauhid ini.”
(QS. Al-A’raaf : 172)
Apabila membaca Firman itu, barangkali ada yang bertanya ?
Betulkah kita pernah berdialog dengan Allah swt di alam Roh ??
Namun, kenapa kita tidak ingat langsung perkara itu ???
Adakah otak mampu mengingati semula detik itu ?
Tidak !
Namun, kenapa kita masih percaya ?
Itu adalah disebabkan terdapatnya bukti saintifik yang sangat jelas.
Begitu juga bukti Kesahihan Wahyu. Ia sangat jelas untuk kita Percaya.
Daripada persoalan asas yang diutarakan itu, terbukti otak kita sememangnya hebat tetapi ia terbatas. Otak kita memerlukan suluhan AKIDAH daripada sumber Wahyu.
Kita sekarang berada di fasa Ujian atau Peperiksaan di alam dunia.
Sebelum masuk ke alam ini dan diuji, Allah swt telah membekalkan jawapan didalam Wahyu-Nya secara fitrah, logik akal, bisikan ilham yang baik dan sebagainya.
Jawapan itu akan ditunjukkan semula kepada kita di akhirat selepas tamat ujian di dunia ini.
Di dunia ini, kita diuji bagaimana kita memperdayakan AKIDAH supaya ia benar-benar berfungsi untuk memandu kehidupan.
Dengan AKIDAH, kita meyakini Allah swt Wujud. Dengan AKIDAH, keperibadian kita mengikut perilaku yang wajar kerana dipandu Perintah dan Keizinan Allah swt.
Hakikatnya, kepercayaan mengenai Kewujudan Allah swt tertanam didalam Jiwa seseorang Insan secara fitrah.
Kita dilahirkan didalam fitrah iaitu beragama Islam. Bagaimana pula kita mampu menguatkan fitrah agar AKIDAH mampu berfungsi sebagai kekuatan berhadapan cabaran zaman ?
Bagaimana kita boleh menjadikan AKIDAH penggerak motivasi untuk menjadi Hamba dan Khalifah Allah swt yang lebih baik ?
Kita perlu mengetahui pengertian AKIDAH. Secara bahasa, AKIDAH adalah SIMPULAN atau IKATAN yang KUAT !
SIMPULAN itu adalah KEYAKINAN yang kukuh tanpa boleh digugat oleh Syak atau Keraguan.
Menurut kitab Syarah Usul 20 Al-Imam Hasan Al-Banna yang berkait Rukun Faham dikarang Ali Abdul Halim Mahmud mengatakan, Islam adalah AKIDAH dan prinsip meliputi unsur-unsur utama seluruh fenomena kehidupan.
Seorang Muslim WAJIB Beriman dengannya dan Meyakini Kebenaran dan Kesahihannya serta sanggup mati di jalannya.
Saya membahagikan pengertian AKIDAH kepada 6 perkara iaitu;
1) MAK'RIFATULLAH atau Mengenal Allah swt.
Dengan mempelajari Ilmu Tauhid Sifat 20, bagi mencapai Pengenalan serta PengESAaan yang benar kepada Allah swt. Dan ia akan membuatkan setiap Insan itu mempunyai Akidah yang kuat lagi kukuh juga segala Amalan diterima oleh Allah swt.
2) Mengenali Alam Ghaib.
Mengetahui perkara-perkara yang tidak kita lihat dengan mata yang kasar, iaitu dengan melalui jalan Kerohanian. Alam ghaib juga terdiri daripada paksi kebaikan yang diwakili Malaikat dan paksi kejahatan diwakili Iblis dan tenteranya iaitu jin dan syaitan.
3) Mengenali Kitab Allah swt.
Kitab adalah jalan untuk seseorang Insan mendekatkan diri kepada Allah swt, kitab juga diturunkan untuk menjadi kayu ukur kebaikan atau kejahatan, halal atau haram dan baik atau buruk.
4) Mengenali Rasul-Rasul-Nya.
Mereka adalah Insan Mulia pilihan Allah swt sebagai pembawa risalah-risalah, kata-kata serta bukti-bukti Kebenaran Allah swt ke sekalian alam.
5) Mengenali Hari Akhirat.
Juga segala perkara yang berkait rapat dengannya seperti hari Kebangkitan, Pembalasan, Balasan Baik atau Buruk serta Syurga dan Neraka.
6) Mengenali Qadar (Ketentuan Allah)
Yang menentukan sistem perjalanan alam sama ada dari sudut Penciptaan atau Pentadbiran-Nya.
AKIDAH adalah Kepercayaan Hati, Pengakuan Lidah dan Amal dengan segala Rukun atau Perintah.
"Lafas di lidah dan tasdik di hati"
Maksudnya : Diucapkan di lidah dan ditetapkan di hati.
AKIDAH yang berfungsi akan menerangi seluruh Jiwa seseorang Insan dengan IMAN. IMAN pula terasa manis sehingga seseorang begitu mencintai dan mempertahankan IMANNYA.
IMAN memimpin seseorang Insan ke arah kemuliaan dan ketinggian. IMAN mencegah seseorang daripada terikat dengan penjara keduniaan yang merugikan.
IMAN membentuk seseorang menjadi Insan berperibadi yang teguh, bermotivasi tinggi, bahagia lagi membahagiakan orang lain.
Saat menghadapi ujian, IMAN mendorong seseorang untuk tabah dan terus kuat.
Itulah keperibadian unggul ditunjukkan Nabi dan Rasul sehingga sanggup menerima rintangan demi memperjuangkan Agama.
"Mereka semua adalah tokoh Pejuang AKIDAH sepanjang zaman."
Allah swt berfirman;
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedangkan mereka belum diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.”
Kita juga kerap mendengar "SERUAN BERSATU". Tidak dinafikan, kita menjadi lebih kuat dan hebat apabila BERSATU didalam sesebuah negara.
Kesatuan Hati Insan seluruh dunia lebih teguh di bawah SIMPULAN AKIDAH yang SATU.
Simpulan itu membawa kepada persamaan hebat dengan meyakini ALLAH SWT adalah satu-satunya Tuhan yang layak disembah.
Itulah kesatuan Umat Islam sedunia tanpa mengira bangsa, negara dan warna kulit.
Ia akan benar-benar membentuk Kekuatan Umat Islam. Pada masa yang sama, kita tidak memusuhi, bahkan menyantuni kewujudan agama lain.
Syukuri persamaan, hormati perbezaan. Tiada paksaan didalam agama, yang ada cuma ajakan dan pujukan untuk menuju ke jalan KEBENARAN.
Jika semua Umat Islam dapat memahami Hakikat Kebenarannya AKIDAH, nescaya Umat Islam akan BANGKIT dengan kekuatan dan Kehebatan serta Kebenaran ISLAM diseluruh penjuru dunia.
Kesimpulannya, AKIDAH adalah Tunjang Kesatuan. Allah swt menegaskan tentang kepentingan menjaga AKIDAH melalui firman-Nya yang bermaksud;
“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah dan petunjuk.”
(QS. al-An’am : 82)
Allah swt juga menyebut fungsi iman sebagai faktor diterimanya amalan didalam firman-Nya yang bermaksud;
“Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya.”
(QS. al-Anbiya’ : 94)
( Sumber dari TASAWUF FALSAFI )
0 comments:
Catat Ulasan