DEFINASI ILMU HAKIKAT

 


DEFINASI ILMU HAKIKAT

Ilmu Hakikat merupakan salah satu cabang Ilmu Agama Islam. Baginda Rasullullah banyak merujuk tentang ilmu ini dalam Hadith Hadith baginda.
Namun begitu orang orang yang menentang Ilmu Hakikat akan mendakwa bahawa Hadith Hadith itu sama-ada palsu atau daif. Begitulah sifat orang yang menentang kebenaran.
Apa yang ditulis didalam Risalah Kecil ini merupakan intipati intipati Ilmu Ilmu Hakikat ini merupakan salah satu cabang Ilmu Tasuf Islam. Ianya menumpukan kepada Hakikat Manusia yang dirujuk sebagai Insan, Hakikat Alam Mayapada ini dan juga Hakikat Zat Wajibul Wujud yaitu Allah Tuhan yang menciptakan kesemuanya.
Tumpuan utama ialah dalam hal hal Mengenal Allah atau Makrifatullah dan kaitan Rahsia Allah dengan Diri Sebenar manusia itu.
Berlandaskan satu Hadith Qudsi yang menegaskan bahawa sesiapa yang mengenal dirinya akan mengenal Allah Tuhannya, maka Ilmu Hakikat ini juga dirujuk sebagai Ilmu Mengenal Diri.
ADAKAH ILMU HAKIKAT atau ILMU MENGENAL DIRI ITU ILMU YANG BENAR, TIDAK DIMURKAI DAN TIDAK SESAT ?
Pertelingkahan ilmu antara Ahli Feqah yang menggelarkan diri mereka sebagai Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan Ahli Tasauf telah bermula seawal abad ketiga Hijrah dan telah terus berlarutan hingga kehari ini, zaman kita ini.
Oleh kerana mereka mereka yang mendakwa diri sebagai Ahli Sunnah Wal-Jamaah itu merupakan pihak majoriti dan selalunya merupakan pihak berkuasa atau pemerintah, maka ramai juga umat Islam dahulu dan sekarang yang beranggapan bahawa Ilmu Mengenal Diri ini sesat dan menyesatkan. Ramai pula diantara mereka mereka itu bertaraf ulama’. Kita merujuknya sebagai Ulama’ Syariat atau Ulama’ Feqah.
Saya ingin menegaskan kepada pembaca bahawa Ilmu Hakikat ini merupakan satu bidang Ilmu Islam seperti Ilmu Feqah dan Ilmu Syariat jua.
Ianya merupakan Ilmu Syariat Batin atau boleh kita katakan peningkatan ilmu kepada tahap yang lebih tinggi dan lebih mendalam dari Ilmu Syariat biasa yang kita rujuk sebagai Syariat Zahir.
Seperti Ilmu Islam yang lain ianya juga berlandaskan Dalil Dalil NAQLI dan Dalil Dalil AQLI. Terdapat banyak Ayat Ayat Al-Quran dan Hadith Hadith baik Hadith Qudsi mahupun Hadith Biasa yang menjadi asas asas dan hujah hujahnya.
Ada ramai ulama’ ulama ‘ yang menulis banyak kitab kitab berkaitannya. Dan ramai diantara ulama’ ulama ‘ ini yang ada susur galurnya menuju Rasullullah melalui Sayyidina Ali dan keturunan keturunannya.
Malah Sultanul Aulia’ Syeikh Abdul Qadir Jailani membincangkan Ilmu Hakikat ini secara khusus didalam kitab SIRRUR ASRAR nya. Jadi jika orang bertaraf Sultanul Aulia’ mengakui kebenaran Ilmu Hakikat ini, bagaimana pula ulama’ ulama’ bertaraf manusia biasa boleh menghukum ilmu ini sesat dan menyesatkan ?
Ahli grup fikirkanlah sendiri.
ILMU AGAMA ISLAM ITU BERTINGKAT NAIK SEPERTI JUGA KEHIDUPAN MANUSIA DIDUNIA INI BERTINGKAT-TINGKAT.
Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa kehidupan kita didunia ini penuh dengan tingkatan tingkatan, atau tahap tahap atau level level atau “ hierachy “.
Itulah Keagungan, Keindahan dan Kesempurnaan Penciptanya, Allah SWT.
Begitu jugalah halnya dalam hal menuntut ilmu. Kita bermula dari Sekolah Rendah sebagai asas, meningkat ke Sekolah Menengah sebagai tengahnya, kemudian meningkat lagi hingga ke Kolej atau Universiti sebagai matlamat akhirnya.
Dalam proses peningkatan ini penyingkiran berlaku dimana jumlah atau kuantiti akan terus berkurangan hingga dari segi pekerjaan yang berlandaskan pencapaian ilmu maka adalah lebih ramai kerani dari pegawai dan lebih ramai buruh / pekerja dari jurutera.
Dan akhirnya didalam kehidupan kita didunia ini kita dapati adalah lebih ramai orang susah dari orang kaya dan orang yang kaya raya adalah lebih sedikit dari orang yang kaya.
Kita juga dapati dalam sistem kehidupan didunia, tingkat tingkat itu saling perlu memerlukan dalam erti sering landas berlandaskan, dimana yang ramai atau yang dibawah itu menjadi asas kepada “ hierachy” atau piramid kehidupan itu.
Begitu jugalah halnya dalam Ilmu Agama Islam kita. Ilmu asasnya ialah Ilmu Syariat atau Ilmu Feqah sepertimana Sekolah Rendah menjadi asas kepada sistem pendidikan akademik kita. Kemudian sesaorang muslim itu wajar pula meningkatkan pengetahuan agama dengan mempelajari dan mengamalkan ILMU TARIQAT, seterusnya belajar dan mengamalkan Ilmu Hakikat dan akhirnya Ilmu Makrifatullah.
Pada saya Makrifatullah itu bukanlah ilmu yang boleh dipelajari tetapi ianya merupakan matlamat ilmu dan matlamat mengamalkan ilmu. Jadi ianya adalah kemuncak pencapaian ilmu dan amalan.
SEDIKIT BERKAITAN TASAUF
SEKOLAH SEKOLAH / ALIRAN ALIRAN DALAM ILMU TASAUF
Sekurang-kurang ada dua aliran fahaman dalam Ilmu Tasauf itu sendiri.
Pertamanya ialah apa yang disebut sebagai Tasauf Sunni Al-Ghazali, mengambil nama pelopornya Imam Ahmad Al-Ghazali.
Sesuai dengan tujuannya yaitu untuk meredakan perbalahan ilmu antara Ahli Feqah dan AhliTasauf dan mendapatkan penerimaan Ahli Feqah, Imam Al-Ghazali mengutarakan perkara perkara penyucian batin dalam hampir semua karangannya dalam usaha sesaorang muslim itu untuk Mengenal Allah SWT.
Beliau lebih bertumpu kepada pembersihan jiwa dari tahap Nafsu Terendah yang dirujuknya sebagai Nafsu Ammarah kepada Nafsu yang Suci Bersih yang dipanggilnya sebagai Nafsu Al-Kamilah atau Insan Kamil. Imam Ghazali berpendapat sesaorang salik itu akan mendapat Nur Cahaya Ilahi didalam hatinya yang membolehkannya melihat Tuhan dalam Fana’ atau Mabuk Ketuhanan pada tahap Tauhid Peringkat Tertinggi.
Cara pencapaiannya hanya satu yaitu mengikut methodologi Tariqat melalui zikir zikir yang dibimbing oleh Murshid sesuatu Tariqat itu dan melalui amalan amalan pembersihan jiwa dari sifat sifat yang tercela.
Namun Imam Ghazali menegaskan bahawa terdapat kesamaan antara makhluk dengan Khaliknya tetapi perkara ini tidak boleh dibincang didalam kitab tanpa mendatangkan kesalahan ( kepada orang Feqah ).
Oleh kerana itu katanya biarlah ianya hilang dalam tumpukan debu hingga ditemui sendiri oleh orang yang mencarinya.
Aliran kedua disebut sebagai Aliran Wahdatul Wujud atau Ajaran Mertabat Tujuh yang dipelopori oleh Abu Mansur Husein Al Hallaj dan diperincikan oleh Syeikh Muhyiddin Ibnu Arabi.
Ajaran Ibnu Arabi bukan bertumpu kepada amalan sesaorang salik itu tetapi bertumpu kepada penjelasan apakah yang dikatakan Alam, Manusia dan apakah yang dikatakan Tuhan Allah itu.
Kepada Ibnu Arabi Tiada Wujud Yang Lain Melainkan Wujud Allah melalui Pentajallian Allah dalam bentuk alam serba ganda ini.
Manusia itu dirujuknya sebagai Alam Kecil atau Al-Alamul Saghir dimana Allah menampakkan DiriNya dalam bentuk yang paling sempurna.
Penjelasan Ibnu Arabi berkaitan Pentajallian ini adalah mengikut konsep yang diketengahkannya yaitu Pandang Yang Satu Nampak Yang Banyak dan Pandang Yang Banyak Nampak Yang Satu. ( Suhudil Wahdah Fil Kasrah, Suhudil Kasrah Fil Wahdah ) Yang Satu itulah banyak dan yang banyak itulah yang satu.
Di Nusantara ini kedua-dua aliran yang disebutkan diatas telah disatukan oleh ulama terkenal Melayu yaitu Syeikh Abdus Samad Palimbani melalui kitabnya yang tersohor SAIRUS SALIKIN.
Beliau menganjurkan bahawa ajaran Tauhid Peringkat Tertinggi Imam Al-Ghazali adalah serupa dengan ajaran Ibnu Arabi yang menegaskan bahawa Tiada Yang Wujud Di-Alam Maya Pada ini Melainkan Allah SWT.
SAYA berpendapat bahawa Ajaran Syeikh Abdus Samad inilah yang menjadi rujukan utama penganut penganut Ilmu Mengenal Diri di Malaysia ini kerana pada zaman kegemilangan Sekolah Pondok kitab Sairus Salikin merupakan kitab wajib sesaorang murid itu.
Yg kita tumpu dlm kajian kita ialah tasauf wahdatul wujud ibnu arabi spt yg disampaikan oleh ulamak tersohor nusantara
Antaranya
Syeikh hamzah fansuri
Syeikh shamsudin al sumaterai
Syeikh abd rauf singkil
Syeikh daud alfatani yg jalurnya di msia tok kenali tok ku paloh tok pulau manis
Syeikh mohd nafis albanjari
Syeikh abdus samad palimnani dan ramai lagi
Pd masa tok dan ayah kita dulu ilmu ni tak haram.dan sesat pun
SKRG DAH HARAM DAN SESATLAH PULAK
PEDULIKKAN ...
KONSEP UTAMA ILMU HAKIKAT / ILMU MENGENAL DIRI.
TUMPUAN
Ilmu Hakikat atau Ilmu Mengenal Diri bertumpu kepada penjelasan apakah hakikatnya manusia itu dan apakah hakikatnya Tuhan Allah itu.
Yang ditumpukan bukan sahaja dalam hal Makrifah atau Mengenal tetapi juga dalam hal sama-ada sesaorang manusia itu boleh menemui Tuhannya ketika hidup didunia ini. Juga dibincang dengan khusus berkaitan NYAWA manusia itu yang dirujuk oleh Allah sebagai RUHKU.
a. Apakah Ruhku merupakan makhluk yang bersifat baharu jika ditafsir sebagai Ruh yang dicipta oleh Allah ?
b. Atau Ruh itu Ruh Allah yang dipinjamkan sementara kepada manusia semasa manusia itu hidup dan diambil oleh Allah semula yang menyebabkan manusia itu mati ?
c. Atau Ruhku itu boleh ditafsir sebagai Allah sendiri ? Jika ditafsir sebagai Allah sendiri maka ianya akan membuatkan Allah itu bertempat yaitu didalam diri manusia. Ini dikatakan sebagai HULUL sedangkan ulama’ berpendapat HULUL itu adalah BID’AH
d. Jika sekiranya ditauhidkan bahawa Allah itu MELIPUTI sekalian manusia dan Allah jugalah yang meliputi sekalian alam, maka Allah itu berada dimana mana diseluruh alam ini, baik alam Saghir manusia atau Alam Kabir yaitu alam mayapada ini.
e. Allah pula menegaskan bahawa manusia ( Hakiki ) itu adalah Rahsia Allah dan Allahlah Rahsianya.
f. Allah juga menegaskan DIA DEKAT malah terlalu dekat dengan manusia itu hingga lebih dekat dari urat leher manusia itu sendiri.
Maka wajiblah kita BETAUHID bahawa TIADA YANG NYATA DALAM DIRI KITA MELAINKAN ALLAH SEMATA-MATA Jika ini yang ditauhidkan maka apakah Dalil Dalil Naqli dan Aqlinya ? Ilmu Hakikat mengemukakan dalil dalil untuk menegakkan apa yang diyakini oleh orang orang yang percaya.
Yang demikian penganut Ilmu Hakikat yakin seyakinnya bahawa Allahlah yang dirujuk sebagai DIRI HAKIKI manusia itu atau DIRI RAHSIA manusia itu. Ruhku bukanlah Ruh Ciptaan Allah atau Ruh Yang Dipinjamkan tetapi RUHKU itu adalah ALLAH SENDIRI.
Yang demikian RUH itu pasti mempunyai SIFAT 20 YANG WAJIB BAGI ALLAH yaitu 1 Sifat Napsiah, 5 Sifat Salbiah, 7 Sifat Maani dan 7 Sifat Kaunuhu atau Sifat Maknuyah.
Masaalahnya ialah pada zahirnya kesemua Sifat Sifat diatas nyata kelihatan kesan wujudnya pada manusia itu melainkan Sifat Sifat Maknuyah yang MAHA itu. Perkara ini juga menjadikan tumpuan dalam Ilmu Hakikat.
a. Adakah Sifat Sifat Allah yang ada pada Ruh itu hanya 13 ?
b. Atau Ruh itu tidak memilikki Sifat Sifat Allah itu. Yang kelihatan ada adalah Sifat Sifat Allah yang dipinjamkan sementara kepada Ruh.
c. Atau Sifat Sifat Maknuyah itu ada tetapi ke-ada-annya MASIH GHAIB. Ia akan hanya kelihatan WUJUD melalui kesannya jika manusia itu dapat menembusi balutan balutan cahaya atau lapisan lapisan ruh ruh yang disebut diatas ?
Namun begitu adalah DITEGASKAN bahawa manusia itu BUKAN ALLAH. Yang dikatakan Allah ialah DIRI HAKIKI manusia itu sahaja. Yang dikatakan manusia ialah manusia yang hidup berjasad dan bernyawa manakala DIRI HAKIKI ialah Zat Serba Zat yaitu Ruh Al-Qudsi Allah Yang Maha Hidup dan yang menghidupkan Ruhani manusia itu.
Ruhani pula seterusnya menghidupkan Jasad yang pada hakikatnya mati dan dihidupkan. Hanya manusia bodoh yang gila sahaja mengakui dirinya Allah.
Yang demikian, Ilmu Hakikat atau Ilmu Mengenal Diri bertumpu kepada Perintah Allah agar sesaorang muslim itu Mengenal Tuhannya melalui Hadith Qudsi Hadith Qudsi dan Ayat Ayat Al-Quran yang menjadi Dalil Dalil Naqlinya. Antaranya ialah
a. Awaluddin Makrifatullah ( Awal awal agama ialah Mengenal Allah )
Maka wajarlah akhir agama itu Bertemu dan Beserta Allah.
b. Manarafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu ( Sesiapa yang mengenal Dirinya sungguh telah mengenal Tuhannya )
c. Waman Arafa Rabbahu Fasadal Jasad ( Sesiapa yang telah mengenal Tuhannya maka binasalah jasadnya ) .
d. Alinsanu sirri wa Ana sirruhu ( Manusia itu adalah rahsiaKu dan Akulah Rahsianya. )
e. Manusia itu adalah makhluk paling sempurna
f. Manusia itu menanggung amanah Allah yang tidak mampu ditanggung oleh makhluk lain
g. Sesungguhnya Allah itu meliputi sekalian manusia dan sekalian alam.
h. Allah itu lebih hampir kepada manusia itu dari urat leher manusia itu sendiri.
i. Allah meniupkan RuhNya kepada jasad manusia.
j. Allah perkuatkan manusia itu dengan Ruh Al-Qudsi.
k. Bahkan didalam diri kamu, tidak kamu melihatnya ?
l. Aku jadikan kamu dan segala perbuatan kamu
m. Sesungguhnya Aku dari Cahaya Zat Allah dan semua makhluk adalah dari cahayaku
Oleh kerana Allah SWT itu Terlalu Ghaib dan Terlalu Besar, Terlalu Luas, dan Terlalu Suci, maka akhirnya manusia itu sedar bahawa adalah mustahil baginya sebagai manusia untuk mengetahui secara terperinci akan Tuhannya itu apatah lagi untuk mengenalNya dalam ertikata yang sebenar.
Yang demikian, Ilmu Hakikat dalam usaha untuk menunaikan Perintah Mengenal Allah ini, telah menggali Dalil Dalil Naqli dari Al-Quran dan Hadith Hadith tentang jalan atau cara cara yang diterangkan oleh Allah dan dijelaskan oleh Rasul untuk mencari Jalan Makrifatullah itu.
Maka adalah jelas bahawa sesaorang muslim itu perlulah Mengenal Dirinya untuk Mengenal Tuhannya.
Oleh itu perlulah difahami dahulu akan hakikat Diri itu. Seterusnya difahami pula hakikat hubungan antara Diri dan Tuhan melalui pemahaman apakah hakikatnya yang dikatakan Manusia Sempurna itu, apakah yang diAmanahkan Allah kepada manusia itu dan juga maksud Rahsia yang dinyatakan Allah melalui Firmannya.
Setelah memahami dan mengimani perkara perkara diatas maka wujudlah apa yang dikatakan Tauhid Peringkat Tertinggi yaitu Tiada Yang Wujud Pada Diri Manusia itu dan didalam Alam Mayapada ini melainkan Allah semata-mata ( LA MAUJUDA ILLALLAH ).
Maka fahamlah dia bahawa yang dikatakan Muhammad itu ialah Sifat Allah Yang Agung yang bukan sahaja menjadi makhluk pertama diciptakan Allah bahkan menjadi ABU Al-Arwahnya dan menjadi nyawanya.
Juga ditumpukan kepada perkara KEESAAN ALLAH melalui SIFAT MUHITH atau SIFAT MAHA MELIPUTINYA. Hanya dengan memahami SIFAT MUHITH dalam ertikata yang sebenar sesarang salik itu akan dapat mencapai TAUHID PRINGKAT TERTINGGI dan memahami siapakah yang dikatakan hamba dan siapakah yang dikatakan Tuhan.
Berlandaskan KEESAAN Zat, Sifat, Asma’ dan Af’al, sesaorang salik itu akan bertauhidkan bahawa dirinya sebagai manusia sebenarnya, tidak wujud dan kosong melainkan menjadi SANDARAN kepada Tuhan untuk menunjukkan KebesaranNYA, KeagunganNYA KeindahanNYa dan KesempurnaanNYA ( Akbar, Jalal, Jamal dan Kamal ) sesuai dengan
Firman Allah yang bermaksud :
Yang lain adalah kosong melainkan ZATNYA
Tauhid sisalik bermula dengan Nafi dan Isbat dan akhirnya menjadi Tiada Nafi dan Tiada Isbat. Baginya tiada langsung perbuatan manusia itu baik pada dirinya mahupun pada orang lain. Kesemuanya adalah Perbuatan atau Af’al Allah SWT, Tuhannya sesuai dengan
Firman Allah :
Sesungguhnya Aku yang menjadikan kamu dan segala perbuatan kamu.
Mereka mengatakan yang baik itu dari Tuhan mereka dan yang buruk itu dari diri mereka sendiri, katakanlah kedua-duanya adalah dari Tuhan mereka.
Fahamlah juga ia bahawa, manusia diwujudkan oleh Allah untuk DiriNYA dan bukan untuk yang lain. Manusia itu diwujudkan sebagai SANDARAN bagi Tuhan untuk menunjukkan kepada DiriNYA SENDIRI akan KebesaranNYA, KeagunganNYA, KeindahanNYA dan KesempurnaanNYA.
Yang demikian manusia itu umpama pen atau pensil kepada penulis. Yang menulis itu bukannya pen atau pensil tetapi manusia sebagai penulis. Begitulah contohnya bahawa Yang Berbuat itu bukannya manusia yang berbuat. Yang Berbuat itu ialah Allah sendiri. Maka jelaslah maksud ayat diatas kepada penganut Ilmu Mengenal Diri itu
Seterusnya berlandaskan Tauhid bahawa TIADA YANG WUJUD HANYA ALLAH, Ilmu Hakikat menjelaskan RUKUN IMAN dan RUKUN ISLAM mengikut pengertian Hakikat. Asasnya tetap sama yaitu Rukun Iman dan Rukun Islam pada pengertian Syariat.

ALLAHUSALAMUN LaaiLahaillahuMuhammadurasuLLuLLah
AL Fatehah
Selawat
IQRAK
Bacalah
BISMI RABBIKA
Dgn Nama Pemilik dan Pemerentah mu
Sape Rabb kamu ?,
Allah
Maka sebutlah
BISMILLAH HIR RAHMA NIR ROHIM
Dan sebutlah PENGAKUANMU
ASH HADU ALLA ILA HA ILLALLAH WA ASH HADU ANA MUHD RASULULLAH
SEBUT TIGA KALI DAN AKUI DAN SADARLAH YG WUJUD HANYA DIA ALLAH
YG MEMBIMBING JUGA DIA ALLAH
TIADA GHAYRULLAH
TIADA SELAIN ALLAH
KULIAH DUA
ISLAM.ITU APA ??
Saudara Yg Di Rahmati Allah
Kita ni ngaku sbg beragama ISLAM
Ada pula yg ngaku sbg Ahlul Sunnah Wal Jamaah (ASWJ )
Samakah ASWJ dgn ISLAM ??
APAKAH MAKSUD ISLAM ITU
Tak yah jawab cuma
SILA RUJUK NUKILAN DIBAWAH
ISLAM DI EJA SBG
ALIF = ALLAH
SHIM = SALAMUN ( BERKIRIM SALAM )
LAM ALIF = LAILAHA ILLALLAH
MIM = MUHD RASULULLAH
ALLAH MENGUCAP SEJAHTERA KPD ORG MENGAKUI KETUHANAN ALLAH DAN KERASULAN MUHD
( YG MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH )
ITULAH ISLAM = SYAHADAH = MENG ESA KAN ALLAH
ILMU HAKIKAT = ILMU MAKRIFATULLAH = ILMU KENAL DIRI KENAL ALLAH
Org merujuk ilmu yg cuba kita pelajari ini dgn pelbagai nama
Ada yg sebut ilmu Makrifatullah
Ada yg sebut ilmu
Kenal Diri Kenal Allah
Ada yg sebut sbg
Ilmu Usul
Ada yg sebut sbg
Ilmu Metafizik
Dan ada yg sebut sebagai Ilmu Hakikat
Saya merujuknya sbg ILMU HAKIKAT
Apakah ianya Ilmu Hakikat itu ???
DEFINASI HAKIKAT
Hakikat bermaksud apa yang sebenarnya berkaitan sesuatu perkara itu. Boleh juga dikatakan “substance “ sesuatu benda atau perkara itu. Jadi ianya ialah apakah sebenarnya sesuatu perkara itu. Ianya juga berkaitan dengan sesuatu yang asli, dan sesuatu yang kekal yang disebut sebagai hakiki.
( Sumber dari TASAWUF FALSAFI )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan