ISLAM HANCUR KERANA GOLONGAN INI TERPECAH*
"Lapan Golongan Pembangun Ummah Islamiah."
Sesungguhnya kita perlu Bersyukur diatas segala Nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt keatas Tanah Melayu @ Malaysia sehingga ke hari ini...
Sebagai Umat Islam yang menjalani Bulan Ramadhan didalam aspek yang positif, kita perlu melihat kepada Sifat Sayang dan Cintanya kepada TANAHAIR. Nilai Sayang ini boleh diwujudkan dengan kita Menilai dan Menghargai Nikmat dan Kebahagian tinggal dinegara sendiri.
Ini kerana sebagai Umat Islam ekspresi Mencintai TANAHAIR itu perlu kepada panduan yang diberikan didalam ajaran Islam. Dengan menghayati ajaran Agama maka ia dapat memberi Petunjuk didalam pelbagai aspek kehidupan termasuk Mencintai, Menghargai Dunia dan Bumi sebagai tempat tinggal mereka untuk Beribadat.
Ini kerana bumi Tempat Tinggal atau TanahAir mereka itulah menjadi tempat untuk mereka Beramal membuat Kebajikan untuk hari kemudian. Umat Islam juga diajar untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai Khalifah Allah swt untuk Memakmurkan Bumi.
Didalam Surah As-Saf' ayat 4 Allah swt berfirman;
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”
Didalam usaha kita membawa kepada KEBANGKITAN KEGEMILANGAN ISLAM, langkah pertama yang perlu dibuat ialah melihat kepada peranan yang boleh kita Sumbangkan untuk Islam.
Setiap Muslim itu ada Tanggungjawabnya yang perlu Ditunaikan bagi mengangkat MARTABAT ISLAM dan MENINGGIKAN KALIMAH ALLAH SWT mengikut keupayaan dan kemampuan masing-masing.
Menjelaskan konteks memainkan peranan didalam Tunggak Ummah Islamiah yang Gemilang itu saya menggariskan LAPAN GOLONGAN yang utama...
LAPAN GOLONGAN yang dibentuk oleh Rasulullah saw;
1) Kebijaksanaan Para Pemimpin.
2) Ummah Dijaga Oleh Ilmu Para Ulama.
3) Peluh Para 'Amilin.
4) Darah Para Syuhadah.
5) Ahli Suffah' (Doa para solihin).
6) Kehebatan Para Da'ie (Pendakwah).
7) Para Akhiniyah (Harta orang kaya).
Rahim Wanita Solehah.
Inilah golongan yang bergerak secara terang-terangan untuk mennjaga Ummah, manakala satu lagi golongan Rahsia yang dipanggil "Organisasi SUFI" yang menjalankan ISLAM secara tersembunyi. Inilah kekuatan Islam disebalik tabir yang ramai tidak tahu.
Sejarah membuktikan bahawa ketika Rasulullah saw sampai di Madinah, Baginda telah membentuk LAPAN GOLONGAN ini.
Sebagai contoh, beberapa Para Sahabat ketika itu seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali radhialluanhu antara Para Sahabat yang awal memeluk Islam.
Mengapa mereka tidak banyak meriwayatkan Hadits ?
Ini kerana mereka dibentuk oleh Nabi saw sebagai PEMIMPIN.
Berbeza dengan Abu Hurairah ra yang memeluk Islam ketika di Madinah, tetapi telah meriwayatkan lebih banyak Hadits dari Para Sahabat yang memeluk Islam lebih awal sejak di Mekkah lagi.
Kenapa ???
Ini kerana Nabi saw mahu membentuk beliau menjadi ULAMA.
Sayyidina Abdul Rahman bin Auf ra pula, Nabi saw membentuknya menjadi PEDAGANG ('Amilin) yang Membangunkan Ekonomi Islam,
Hassan bin Thabit ra pula membangunkan KESUSTERAAN ISLAM dengan Syair dan Puisinya.
Juga ada golongan Ahlu Suffah yang duduk Beribadah di Masjid.
Sayyidina Usamah bin Zaid merupakan watak sebagai PANGLIMA PERANG, ketika umurnya 17 tahun telah memimpin satu bala tentera.
Begitu juga peranan Para Pendakwah seperti Abdullah ibn Ummi Maktum yang buta juga BERDAKWAH sehingga ke Syria dan dimakamkan disana.
Begitu juga Para Wanita-wanita yang Solehah juga melahirkan generasi-generasi yang SOLEH dan SOLEHAH.
Didalam SEJARAH, Kerajaan Bani Umayyah tumbang ketika LAPAN GOLONGAN ini telah BERPECAH.
Kerajaan Abbasiah pula bermula dengan menggabungkan LAPAN GOLONGAN ini yang membawa mereka kepada Pembinaan Ummah ketika itu.
Ketika Monggol melanggar Baghdad, LAPAN GOLONGAN ini juga telah TERPECAH, setelah itu Umat Islam menjadi LEMAH.
Kemudian, Osman al-Ghazi membina kerajaan Uthmaniah dengan menggabungkan semula LAPAN GOLONGAN ini.
Pada Tahun 1924, ketika tumbangnya Khilafah Uthmaniah, LAPAN GOLONGAN ini sedang BERPECAH teruk.
Akibatnya musuh Islam dapat menumbangkan mereka dengan mudah dan hasil kekalahan itu, tertubuhnya negara israel LAKNATULLAH ! hari ini.
Maka untuk menghuraikan kepentingan LAPAN GOLONGAN tersebut, perlu dimulakan dengan kumpulan yang Asas didalam Pembinaan Ummah...
* KEBIJAKSANAAN PARA PEMIMPIN.
Sesebuah Ummah Islamiah Ditunggak oleh Para Pemimpin yang Bijaksana. Orang yang Pandai adalah orang yang belajar dan orang yang Cerdik ialah orang yang banyak menyelesaikan masalah-masalah.
Gabungan diantara Cerdik dan Pandai inilah yang akan melahirkan orang yang Bijaksana. Setinggi-tinggi Kebijaksanaan ialah apabila ia Dipimpin oleh Allah swt. Ini kerana segala tindakkannya itu dibantu oleh Allah swt dan amat sukar diramal oleh musuh-musuhnya.
Oleh itu Kebijaksanaan Pemimpin didalam takrifan Islam adalah Pemimpin yang Bertaqwa kepada Allah swt,
Firman Allah swt didalam Surah Al-Baqarah ayat 282;
“… Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
Pemimpin yang Bertaqwa akan Dipimpin oleh Allah swt dan sebab itulah, para musuh Islam amat takut kepada lahirnya Pemimpin yang Bertaqwa ini.
Sabda Rasullullah saw mafhumnya;
“Takutlah kamu akan firasat orang-orang yang beriman kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya (pimpinan) Allah swt.”
Berbeza dengan pemikiran barat bagi pemimpinnya yang bijaksana, ia hanyalah gabungan Cerdik dan Pandai dengan mengetepikan unsur-unsur Ketaqwaan. Ini kerana sistem pendidikan mereka sendiri itu telah dipisahkan daripada Agama.
* ILMU PARA ULAMA.
Ummah Islamiah juga didokongi oleh Keilmuan Para Ulamanya yang sentiasa menasihati dan menyampaikan ajaran Agama ini.
Jika zaman dahulu, Para Ulama juga terlibat dengan Ilmu Sains Kemanusiaan seperti Ibnu Sina, Matematik seperti al-Khawarizmi dan sebagainya.
Mereka-mereka ini mencipta Penemuan-penemuan dan Teknologi Baru. Ini membuatkan sesebuah Ummah Islamiah itu sentiasa Terkehadapan daripada Ummah yang lain.
Oleh itu komponen yang kedua ialah ilmu yang dicurahkan oleh Para Ulama. Golongan ini perlulah sentiasa Mengkaji, Meneliti dan Rajin menyelesaikan masalah Umat. Dengan ilmu yang ada pada mereka, sesebuah Ummah itu dapat Dibangunkan. Mereka ialah pemikir-pemikir yang membantu Para Pemimpin menyelesaikan masalah.
* PELUH PARA AMILIN (PEKERJA).
Ummah Islamiah turut didokongi oleh Peluh Para Amilinnya yang sentiasa membangunkan bidang-bidang Fardhu Kifayah dan bidang-bidang kehidupan yang ada didalam Islam. Ini membuatkan Tamaddun Islam itu sentiasa hidup dan Terkehadapan dan tiada berlaku kekosongan bidang didalam Islam.
Semua bidang-bindang kehidupan ada Pejuang dan Pembangunnya. Golongan ini adalah golongan yang sentiasa bekerja dan berusaha tanpa jemu dan kecewa. Mereka bekerjasama diantara satu sama lain. Hasil daripada sumbangan mereka yang bersungguh-sungguh ini, maka terciptalah Tamaddun Islam yang amat tinggi itu.
* DARAH PARA SYUHADAH.
Para Mujahid yang mempertahankan Islam dengan Berani dan Taqwa merupakan benteng yang kukuh didalam Ummah Islamiah. Ini kerana para musuh Islam memang sentiasa berusaha untuk menghapuskan Islam ini sama ada lahiriahnya mahu pun maknawiyahnya.
Golongan ini adalah golongan yang mempertahankan Islam apabila Islam diserang oleh musuh-musuhnya. Hasil daripada pengorbanan mereka inilah maka Islam itu Dihormati dan tidak Dipandang Rendah oleh musuh-musuh yang bercita-cita ingin menguburkannya.
* DOA PARA SOLIHIN.
Golongan ini walaupun zahirnya nampak kecil peranannya, tetapi mereka sebenarnya memberikan sumbangan yang besar. Ini kerana Doa mereka sangat diperlukan didalam pembangunan sesebuah Ummah Islamiah. Golongan ini tidak ramai tetapi tautan mereka dengan sumber Kemenangan iaitu Allah swt sangat rapat.
Golongan ini terdiri daripada tuan-tuan Guru, Ahli-Ahli Tarekat, Hakikat dan Ahli-Ahli Sufi . Walaupun golongan ini nampak sedikit tetapi mereka salah satu daripada komponen sesebuah Ummah. Gabungan daripada usaha yang tersusun dan Doa yang berterusan inilah sebuah Ummah Islamiah dapat di bina.
* KEHEBATAN PARA PENDAKWAH.
Mereka adalah orang yang sentiasa ke tengah masyarakat untuk mendidik mereka.
Kehebatan Para pendakwah hingga mereka pergi ke setiap ceruk dunia untuk membawa Kalimah Allah swt ini. Mereka berjaya mengIslam Nusantara ini dengan perancangan yang
hebat
dan bantuan dari Allah swt. Usaha mereka menyebabkan Islam sentiasa mempunyai pelapis didalam Perjuangannya.* HARTA PARA DERMAWAN
Dengan Zakat dan Infaq Para Dermawan ini dapat membangunkan Masjid, Madrasah, Memenuhkan Baitul Mal' untuk digunakan bagi membela Umat Islam dan Kekuatan Ekonomi diperhebatkan.
Golongan ini penting bagi menjadi Nadi Penggerak masyarakat. Mereka mengorbakankan harta mereka untuk Wakaf, untuk aktiviti Dakwah dan sebagainya.
* RAHIM WANITA YANG SOLEHAH.
Peranan wanita amat penting didalam membangunkan Ummah. Ini kerana dari Rahim Wanita Yang Solehah inilah generasi yang
hebat
akan dapat dilahirkan. Bak kata pepatah;
"Tangan yang menghayun buaian akan dapat menggoncang dunia."
KEBANGKITAN ISLAM...
Oleh yang demikian, sejauh mana golongan ini dapat di satukan sejauh itulah Ummah Islamiah akan Teguh. Dan jika longgar ikatan mereka, maka longgarlah ikatan Kekuatan Ummah Islamiah.
Oleh itu usaha untuk membentuk LAPAN GOLONGAN ini perlulah dibuat secara terancang dan bersungguh-sungguh !
Apabila didalam sebuah Ummah itu tadi Pemimpinnya Fasiq dan Bodoh, Ulama’nya Mengampu dan Taqlid, Amilinnya (Pekerjanya) Pemalas dan Berkepentingan, Mujahidnya Penakut, Solihinnya Hidup Berpinggir, Orang Kayanya Kedekut, Pendakwahnya Tidak
Hebat
dan Wanitanya Rosak,Maka sesebuah Ummah Islamiah itu akan Goyah dan akhirnya mengalami Keruntuhan dan Perpecahan. Jika kita dapat menyatukan golongan-golongan ini maka sudah tentu pembangunan Ummah itu dapat dibina kembali.
Inilah harapan kita agar bumi Nusantara @ Malaysia ini berjaya Melahir dan Menyatupadukan semula LAPAN GOLONGAN ini untuk kembali membina ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM.
NASIHAT...
Hari ini lihatlah sekeliling kita, dimasyarakt dan dimedia sosial. Apa yang telah berlaku ?
Orang kafir telah berjaya menghancurkan golongan ini, dan setelah itu dengan mudah mereka melemahkan dan menghancurkan Umat Islam hari ini.
Setelah kita kehilangan Khalifah Agung pada 1924, Umat Islam hari ini bagaikan Anak Yatim yang kehilangan Ayah, dan setelah itu sangat mudah bagi mereka mendidik dan memaksa anak-anak yatim ini dengan gaya dan cara yang mereka kehendaki.
Inilah sasaran mereka orang kafir, mereka terus menyerang dan menyerang, mereka hancurkan dari dalam mahupun luar, demi untuk menghancurkan Umat Muhammad dari bumi ini.
Maka SEDARLAH ! Wahai umat Islam, BANGKITLAH DIAKHIR ZAMAN INI !!!.......
( sumber dari Syeh Haqtullah )
0 comments:
Catat Ulasan