SAMPAI KEPADA ALLAH SWT

 


                                           

SAMPAI KEPADA ALLAH SWT
Qul' Huwallahu Ahad : AKU nyata pada dirimu.
Allahus Samad : AKU jadi penolongmu didunia dan diakhirat.
Lam Yalid Walam Yulad : AKU Esa ghaib kepadamu.
Walam Yakul Lahu Kupuan Ahad : AKU nyata dengan dirimu.


                                                Tuan Guru Dr. Hj Jahid Sidek Al - Khalidi


Jikalau Engkau teliti dengan benar, Engkau akan mendapati bahawa Wujud AKU itu adalah lebih nyata daripada segala Wujud lain yang terlihat.
Wujud AKU itulah yang melihat dan yang di lihat, Ada-KU itulah yang mendengar dan didengar, dan sebagainya, kerana AKU-lah yang Awal dan yang Akhir.
KUFUR - Adalah penutup KeESAan AKU dengan tabir yang banyak kejamakan, segala apa yang kelihatan didunia ini adalah sebagai tabir yang menghalang penglihatan kepada AKU.
SYIRIK - Pula adalah menganggap Wujud AKU yang satu sebagai dua, atau lebih daripada dua, Syirik senantiasa berlaku sama ada didalam ibadah atau di luar ibadah, kecuali bagi mereka yang telah Kasyaf, yaitu yang telah melihat Wajah AKU.
Menurut SYARIAT - Kufur dan Syirik adalah kotoran dan dosa yang perlu dibersihkan atau dibuang terlebih dahulu supaya amal ibadah yang dilakukan mendapat pahala daripada Allah swt.
Menurut TAREKAT : Kufur dan Syirik adalah cinta kepada dunia, kerana cinta dunia telah membutakan mereka terhijab daripada Allah swt.
Menurut HAKIKAT : Kufur dan Syirik adalah mengadakan gyair (Selain Allah), dan tidak melihat KEeESAan Allah di sebalik yang banyak, yaitu disebalik apa yang kelihatan dialam maya ini.
Walaupun AKU telah Memperingatkan manusia didalam Al-Qur'an, bahawa AKU itu adalah ESA, tetapi kebanyakan manusia tidak mengendahkan firman-KU ini, mereka tetap Mensyirikkan AKU dalam setiap apa yang mereka lakukan. Dan AKU juga telah Mengingatkan bahawa kebanyakan manusia tidak Beriman kepada-KU tanpa Menyekutukan AKU atau Mensyirikkan AKU.
Firman Allah swt;
"Sesungguhnya Tuhanmu adalah Tuhan yang satu"
(QS. Al-Baqarah : 163)
Firman Allah swt;
"Dan kebanyakan mereka tidak beriman dengan Allah tanpa menyekutukan yang lain denganNya"
(QS. Yusuf : 106)
Syirik bukan senang di lihat, ia menyerap didalam semua manusia, seumpama "Semut hitam yang berjalan diatas batu yang hitam di kegelapan malam", kecuali bagi mereka yang telah sampai ke Makam Ma'krifat.
Syirik dan Kufur ini hanya dapat dihapuskan apabila seseorang itu mengESAkan AKU didalam setiap tarikan nafasnya yang keluar dan masuk yang dilakukannya.
Barangsiapa yang mengetahui bahawa sesungguhnya Engkau itu Tiada, yang Ada hanya AKU, maka sesungguhnya Engkau itu telah Mengenal AKU yang Maha ESA.
Bersyahadah itu Bersaksi kepada yang Disaksikan dan Berdzikir itu mengingati yang di lihat, Sesungguhnya Engkau itu adalah Bukti nyata atas dirimu sendiri.
Si Fakir nan Arif melihat dirinya dengan DiriNya Sendiri, AKU-lah Bukti akan Engkau, kerana AKU dan Engkau tidak pernah menyatu, kerana AKU dan Engkau tidak pernah mendua. AKU dan Engkau tidak perlu bersatu.
Betapa AKU dapat di lihat oleh selain Diri-KU, tidak mungkin Hanya Engkau melihat Diri-KU Sendiri, Inilah dia dikatakan "Isbatul Yakin."
AKU jangan Engkau khayalkan, Engkau jangan berkhayal tentang AKU, kerana AKU wajib untuk Dibuktikan, Disaksikan Agar terarah sasaran penyembahan itu menjadi jelas tercurah dan terarah Penyerahan Diri Engkau untuk menyembah AKU, bukan sekadar ucapan, tetapi melihat dan di lihat dengan kepastian.
BAITULLAH adalah Rumah Allah atau Rumah AKU, Rumah yang dibina oleh AKU sendiri, bukan yang dibina oleh Nabi atau manusia, Rumah AKU ini berada di Qalbu nan hening, untuk memasuki Rumah AKU memerlukan beberapa tatacara, dan jikalau ia tidak dipenuhi maka seseorang itu tidak mungkin akan dapat masuk.
Memasuki Rumah AKU, tidak perlu membawa apa-apa, tidak perlu membawa ilmu, tidak perlu membawa amal, tidak perlu membawa Ma'krifat dan sebagainya. Hanya masuklah seorang diri tanpa berbekalkan apa-apa pun.
Oleh kerana itu, janganlah berbangga dengan ilmu yang banyak, amal yang banyak dan sebagainya, kerana AKU tidak memerlukan itu, tetapi AKU melihat pada Qalbu nan hening, tanpa dicemari duniawi dan nafsu ketika memasuki Baitullah Rumah Allah swt.
Allah swt berberfirman;
"Sesungguhnya AKU-lah Tuhanmu, sebab itu bukalah kedua terompahmu, sebenarnya engkau telah berada di lembah suci Thuwa"
(QS. Ta'ha : 12)
Ini adalah ayat Mutasyabihat (Kiasan), terompah yang dimaksudkan disini adalah kiasan, bukan bermaksud terompah alas kaki. Untuk memasuki Baitullah harus meninggalkan terompah di luar.
Terompah adalah benda yang kotor dan sudah pastinya benda-benda yang kotor tidak boleh dibawa masuk ke dalam Rumah-KU. Setiap benda yang kotor, seperti terompah, nafsu dan sebagainya tidak akan sampai kepada-KU.
Jasad manusia yang terdiri dari darah dan daging itu juga tidak akan sampai kepada-KU. Jasad yang penuh nafsu hendaklah dizakatkan, kerana Hakikat zakat adalah Penyerahan Diri kepada-KU.
Berharaplah Engkau akan Rahmat AKU, untuk sampai kepada AKU.

( Sumber dari Syeh Haqtullah )



 

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

1 comments: