Pasal Nama Allah kita sentap..????

 


                                              Tuan Guru Dr. Hj Jahid Sidek Al - Khalidi

Pasal Nama Allah kita sentap..Pasal Hak2 Allah kita zalim pada diri sendiri!!!???

1. Negara dah hampir 70 tahun merdeka. Raja2 semua muslim, PM dan jemaah Menteri majoriti muslim. Ada menteri agama ( memang laa muslim), JAKIM, Majlis Agama dan Jabatan Agama Negeri2, ribuan masjid, ribuan madrasah, ribuan ulama, agamawan, ilmuan muslim, 61% dari 31 juta penduduk adalah muslim.
2.Undang2 dasar atau Perlembagaan Persekutuan juga telah memaktubkan Islam sebagai Agama Negara ( rujuk Perkara 3(1)). Perkara 11 Perlembagaan ada menyatakan kebebasan utk agama lain diamalkan secara aman tetapi di larang mendakyahkan kepada orang Islam. Perkara 37(1) juga ada menyatakan sumpah pertabalan SPB YDPA dengan nama ALLAH.
3. Penganut kristian hanya 13% dari populasi penduduk Malaysia ( census 2019). Dua pertiga mereka berada di Sabah dn Sarawak.
4. Berbillion RM dari bajet Negara juga telah di peruntukan untuk urusan hal ehwal umat Islam di Malaysia.
SO WHAT ?? APA JADI SEBENARNYA ??? APAKAH SEMUA SALAH KRISTIANISASI ???
1. Setuju bahwa penting hak Agama Islam dan umat Islam di Malaysia di jaga dan di tunai menurut Perundangan yang telah di tetapkan. Jika ada tindakan yang ingkar atau bercanggah dengan undang2 mesti di cegah dan di ambil tindakan sewajarnya.
2. Setuju bahwa Agama lain TAK BOLEH guna nama ALLAH merujuk kepada Tuhan mereka khususnya di Malaysia kerana bercanggah dengan tafsiran bahasa, kefahaman aqidah umat Islam serta beberapa peraturan lain dalam perundangan.
3. Mengapa kita begitu tersentap dan hanya bimbang anak2 kita atau generasi hadapan akan keliru dengan penggunaan NAMA ALLAH ? Apakah kerana kita takut, risau dengan kekuatan dan kesungguhan pendakyah2 kristian ? Kenapa tidak kita risau dan takut dengan lalai, alpa, serta kelemahan kita dalam mentarbiyah anak2 kita dan mendakwah anak2 mereka ??? Wahai ibubapa Melayu-Islam yang dah lama Islam...apa yang di ajar , di asuh pada anak2 tentang ALLAH sehingga begitu risau?? JIKA TAUHID YANG BENAR SERTA CINTA ALLAH YANG DI ASUH PADA ANAK2, MAKA SEPATUTNYA ORANG KRISTIAN YANG TAKUT UNTUK GUNA NAMA ALLAH- RISAU ANAK2 MEREKA AKAN KELIRU DENGAN AJARAN TRINITI DAN AKAN MUDAH MENGIKUT ISLAM YANG TERNYATA LEBIH JELAS PADA AKAL DAN LEBIH TENANG PADA HATI DAN LEBIH SEJAHTERA PADA AMALAN.
4. Mengapa kita mudah tersentap dengn seorang yg bernama Jill Ireland Lawrence serta pasukannya yg menuntut hal tersebut di Mahkamah ? Mengapa hanya nampak kesalahan dan kekuatan mereka ?? Setakat mana jentera dakwah kita samaada dalam kerajaan atau bukan kerajaan berjuang? Apakah cukup sekadar ceramah,kuliah, tulis artikel pastu sebar di media sosial pastu makan kenyang , tidur lena bermimpi seolah akulah pejuang Islam akhir zaman dengn laungan takbir yg menggegar sehingga terjaga dari tidur kul 9 lagi...subuh gajah.??
Sedangkan Baginda Rasulullah berdakwah di Taif hingga mengalir darah memenuhi kasut Baginda...namun Baginda tetap mohon Keampunan dari Allah dan melihat pada kekurangan serta kelemahan diri bukannya menghentam, marah atau mengamuk pada penduduk Taif.
JIKA BENAR MENGIKUT BAGINDA NABI MAKA AKAN BENAR DISISI ALLAH - WALAUPUN SENDIRI ATAU MINORITI, AMAR MA'RUF DAN NAHI MUNGKAR YANG DI JALANKAN AKAN ADA PERTOLONGAN ALLAH SEHINGGA DAPAT MENGUASAI MAJORITI . APALAGI KALAU SUDAH MAJORITI, CAHAYA ALLAH TERUS MENYINARI SELURUH ALAM.
5. Apakah kita sekadar perjuangkan Hak NAMA ALLAH dalam Perundangan?? Bagaimana dengan HAK2 ALLAH untuk di Tauhidkan dalam jiwa, hati, akal, anggota diri, masyarakat, kepimpinan, pentadbiran dan Kenegeraan ??? Barangkali ini suatu TEGURAN atau SINDIRAN ALLAH PADA UMAT ISLAM TERUTAMA ULAMA DAN UMARA DI MALAYSIA.
HAMPIR 70 TAHUN MERDEKA, APAKAH HAK2 ALLAH DALAM POLITIK, EKONOMI, SOSIAL TELAH DI TUNAIKAN ATAU DILETAKKAN DI MARTABAT YANG SELAYAKNYA ??? APAKAH HANYA SOAL NAMA ALLAH DALAM PERUNDANGAN YANG KAMU SENSITIF ?? SETELAH SEKIAN LAMA KITA ZALIM ( TIDAK LETAKKAN HAK ALLAH DI TEMPAT SELAYAKNYA) ....MAKA DISINDIR KITA DENGAN ADANYA PIHAK LAIN YANG MAHU GUNA NAMA ALLAH DI BULAN REJAB YANG DI GELAR BULAN ALLAH.
Bersama kita bermuhasabah...memohon Keampunan atas kealpaan , kemunafikan dan kezaliman kita terhadap Hak Allah. Moga dengan cahaya Keampunan, kehambaan maka hati2 kita disatukan untuk kembali menunaikan amanah kepada Allah dan Rasul, Agama dan Negara tercinta ini.

( Sumber dari FB Pencinta damai - peace lover )




Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan