AGAMA DAN ISLAM DUA PERKARA YANG BERBEZA

 

                                               Tuan Guru Dr. Hj Jahid Sidek Al - Khalidi

AGAMA DAN ISLAM DUA PERKARA YANG BERBEZA
“Sesungguhnya orang Mukmin, orang Yahudi, orang Nasrani dan orang Sabi’in, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal soleh, mereka akan menerima pahala daripada Tuhan mereka, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Al-Baqarah: 62)
Apabila diamati, ayat 62 Surah Al-Baqarah di atas kelihatan bercanggah dengan ayat 19 surah Ali-Imran “sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam.”, ayat 85 surah Ali-Imran “barang siapa mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya dan dia di akhirat termasuk di kalangan orang yang rugi.” serta ayat 102 surah Ali-Imran “wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepadanya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” Kesemua ayat ini hakikatnya tidaklah bercanggah sama sekali kerana perkataan/ istilah ‘Islam’ membawa maksud tunduk dan patuh atau berserah diri kepada Allah SWT. Lantaran itulah juga perkataan ‘Islam’ atau ‘Muslim’ tidak disebut dlm ayat 62 surah al-Baqarah tetapi disebut dgn perkataan ‘amanu’ yakni orang yg beriman atau mukmin. Secara harfiahnya ketiga-tiga ayat membawa erti semua orang yg mengamalkan agama perlu menjadikan agama itu agama Islam (bersih dari taghut).
Alasan lain, jika Islam hanya satu-satunya agama yg diredhai Allah tentunya agama-agama lain dianggap tertolak dan sesat sedangkan agama Yahudi dan Nasrani juga merupakan agama samawi. Walhal kedatangan Nabi Muhammad SAW dgn Al-Quran adalah untuk mengislahkan (membetulkan) akidah dan akhlak malah membenarkan apa yg ada pada mereka (Ahli-Kitab) bukannya membatalkan agama dan kitab mereka. Di zaman Nabi Ibrahim AS pun tidak dinamakan agama baginda dengan perkataan Islam tetapi disebut sebagai agama yg lurus (hanif) sungguhpun baginda sememangnya seorang yg berserah diri (muslim). Malah semasa zaman Nabi Muhammad SAW golongan yg menerima (mengimani) ajaran baginda (Al-Quran) disebut golongan mukmin.
Islam adalah sifat agama yang kemudian diguna pakai untuk menamakan agama sebagai Agama Islam hakikatnya agama dan islam adalah dua perkara yang berbeza. Namun yg jelas, semua agama dan fahaman sebenarnya berpotensi untuk menyerap unsur-unsur penyelewengan, syirik, pembaharuan/ bidaah, kesesatan dsb setelah melalui tempoh waktu yg lama. Janganlah kita menjadi orang yg fanatik, rasis dan bertindak tidak adil serta bersangka buruk sesama manusia. Setiap bangsa dan agama mempunyai syariat tersendiri kemudian berkembang kepada aliran dan mazhab yg pelbagai, setiapnya mempunyai ketua agama dan pemimpin. Hormatilah pandangan dan pegangan agama-agama lain (kecuali hal-hal syirik) dan janganlah menceroboh serta berkelakuan tidak matang.
Alangkah perlunya perkataan ‘Islam’ atau ‘Muslim’ disebut atau ditukar kepada 'Sunni' bagi merujuk kepada nama agama pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi membetulkan salah faham yg telah berakar umbi. Penukaran ini juga satu tindakan bijak dan wajar rentetan wujudnya istilah ‘Islamophobia’ yg mencemarkan nama islam itu sendiri. Apabila perkara ini dibetulkan ia akan membetulkan banyak lagi perkara lain antaranya isu kafir. Ramai orang sedia maklum Al-Quran melarang orang beriman berteman rapat dengan orang kafir dan orang munafik, namun amat malang apabila mereka menganggap orang yg berlainan agama dengan mereka adalah kafir. Kecelaruan ini menjadi suatu bencana besar kepada dunia apabila agama selain agama Nabi Muhammad SAW ia dianggap tidak Islam (tidak beriman kepada Tuhan) sehingga hubungan sesama insan terputus kerana perbezaan agama. Walhal soal beriman atau kafir seseorang itu merujuk kepada hubungan atau tindak balas individu terhadap perintah dan larangan Tuhannya, bukan soal berbezanya agama yg dianuti. Lantaran itulah segenap lapisan manusia ada yg baik dan ada yg jahat sama ada ia menganut agama apa pun.
Pembetulan istilah ini hendaklah dikakukan secara menyeluruh termasuk pada penterjemahan teks Al-Quran, persuratan, penulisan, dan pertuturan sama ada rasmi mahupun tidak rasmi. Jika sebelum ini org menyebut "Islam agama fitrah" tetapi apabila ia difahami sebagai "Islam keinginan fitrah" pasti ia lebih tepat sebagaimana orang menyebut "Islam way of life". Mustahil untuk menjadikan hanya satu agama yg perlu wujud dan dianuti umat manusia dengan menafikan agama-agama lain. Istilah ‘Islam’ tidak lain hanyalah bermaksud tunduk-patuh dalam mentauhidkan Allah dalam menjalankan agama. Dengan kata lain, semua agama/ ajaran/ fahaman yg mengajak kpd kebaikan, tidak menyimpang dan tidak mensyirikkan Tuhan adalah agama Islam. Malah orang perlu faham yg dikatakan "perang fi sabilillah" adalah perang antara 'orang islam' dengan ‘orang kafir', bukannya perang antara agama kerana perbezaan anutan. Tanggapan salah ini akan berubah jika kita menyebut orang islam Yahudi memerangi orang kafir Yahudi, orang islam Syiah memerangi orang kafir Kristian, atau orang islam Sunni memerangi orang kafir Yahudi.
Tiada ketunggalan agama atau fahaman tetapi yg ada hanyalah ketunggalan tauhid kepada Tuhan yg Esa. Untuk menganut agama tidak dipaksa tetapi untuk seseorang itu menjadi Islam hendaklah dipaksa. Tiada paksaan dalam agama bukan bermakna bebas murtad atau bebas buat mungkar. Manusia sampai bila-bila pun tidak akan bersatu jika melihat kepada perbezaan agama tapi tidak melihat kepada persamaan tauhid dan akhlak. Agama tak mungkin dapat dijadikan satu tetapi manusia dapat disatukan melalui tauhid. Kalimah Allah merupakan kalimah tauhid, ia adalah kalimah penyucian dan penyatuan. Kalimah Allah (Tuhan) bukanlah milik agama tertentu dan ia boleh diguna pakai oleh agama-agama lain. Soal orang menyalah guna itu termasuk hal diluar kawalan (bahkan seseorang tidak menanggung dosa orang lain) tetapi soal orang mengiktiraf Allah sebagai Ilah (Tuhan) itulah yg mustahak!
“Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Rabbmu, maka bertakwalah kepada-Ku. Kemudian mereka (pengikut-pengikut Rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah-belah menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing).”
(Al-Mukminun: 52-53)
Fenomena kebencian sebahagian penganut agama lain terhadap agama Sunni (penghinaan Al-Quran dan Nabi Muhammad SAW, ketakutan/ Islamophobia, diskriminasi dsb) merujuk tindak-balas “salah” satu kelompok (penganut lain) diatas tindak-balas “salah” satu kelompok (penganut Sunni); boleh juga disebut sebagai “senario kecelaruan” atau “dilema mengaplikasikan/ menterjemahkan agama”. Orang mukmin berhadapan dengan risiko (fitnah) dalam memahami isi kandungan Al-Quran hanya kerana gagal memahami istilah, pengkelasan, bahasa dan makna tertentu.
Justeru, peri pentingnya kita mempunyai kefahaman agama yg universal, murni dan lestari supaya kita tahu bahawa apa yg dibawa oleh para Nabi dan Rasul sememangnya telah bertebaran di seluruh alam dan mempunyai tujuan dan maksud yg sama. Peranan agama adalah untuk membetulkan tingkah laku manusia selari dengan ajaran yg terkandung di dalamnya. Yang meruntuhkan institusi agama dan nilai-nilai kemanusiaaan adalah kerana manusia tidak dipimpin dan tidak memimpin sehingga yg mengambil alih tugas tersebut adalah kalangan orang-orang yg jahil dan jahat. Jika 'mindset' tidak diperbetulkan segera, umat manusia tidak dapat bersatu-padu menentang kezaliman, membangunkan ekonomi, menjalinkan persaudaraan dsb diperingkat komuniti, negara mahupun global.
“Apa yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?” mereka menjawab: “Dahulu kami tidak termasuk orang yang melaksanakan solat, dan kami (juga) tidak memberi makan orang miskin.”
(Al-Muddaththir: 42-44)
“Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah (mengabdikan diri), dengan ikhlas mentaatiNya, semata-mata kerana (menjalankan) agama dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus (benar).”
(Al-Bayyinah: 5)

( Sumber dari FB )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan