SEDIAKAN BEKALAN


 SEDIAKAN BEKALAN

Nabi صلى الله عليه وسلم pernah berkata kepada Abu Dzarr رضى الله عنه ;
" Wahai Abu Dzarr, perbaharui perahumu, kerana lautan itu sangat dalam. Ambillah bekalan yang sempurna, kerana perjalanan itu jauh sekali. Kurangkanlah beban kerana halangannya bagaikan gunung, dan ikhlaskan amal, kerana Zat yang menilai baik dan buruk, Maha Melihat."
Keterangan:
1. Perbaharui perahumu : Yakni ikhlaskan niat dalam segala amal yang engkau lakukan agar memperoleh pahala dan selamat daripada siksa Allah.
2. Lautan itu sangat dalam :
Yakni kehidupan dunia itu bagaikan samudera yang dalam, penuh dengan gelombang maksiat, godaan nafsu dan halangan.
3. Ambillah bekalan yang sempurna :
Yakni sediakan bekalan takwa (melaksanakan perintah Allah dan menjauhkan diri daripada laranganNya.)
4. Perjalanan itu jauh :
Yakni perjalanan dunia menuju akhirat itu sangat jauh, jalannya penuh liku-liku dan melelahkan sehingga sukar untuk ditempuh.
5. Kurangkanlah beban :
Yakni sederhanalah dalam urusan keduniaan.
6. Halangannya bagaikan gunung :
Yakni halangan menuju akhirat itu bagaikan tebing tinggi dan curam.
7. Ikhlaskan amal :
Yakni amal yang dilakukan mestilah disertakan dengan niat yang ikhlas. Tanpa niat yang ikhlas, amal seseorang tidak diterima walaupun banyak. Tetapi dengan ikhlas, amal yang sedikit besar nilaiannya disisi Allah
( Sumber dari Nasoihul Ibad (Sheikh Nawawi Al Banteni )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan