NABI KHIDIR AS (LADUNI)*


      NABI KHIDIR AS (LADUNI)*

"Mimpi BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH SWT"
Pada suatu hari Nabi Khidir as melalui satu peristiwa Laduni yang dianugerahkan allah swt keatas diri Beliau.
Ketika Beliau sedang tidur, Beliau mendapat satu mimpi yang mengatakan bahawa kalau Engkau ingin dekat dan diredhai oleh Allah swt, Engkau harus melakukan lima perkara ini besok pagi.
Setelah menjelang pagi, Nabi Khidir as pun bangun dari tidurnya, teringat Beliau akan mimpinya semalam, bahawa Beliau harus mengarahkan Dirinya kebarat kemudian Beliau harus melakukan lima perkara tersebut;
Tetapi perkara-perkara ini ada aturannya dari Allah swt seperti berikut;
Apapun yang Kau lihat pertama kali hendaklah Engkau MAKAN,
Jadi apapun yang ditemui oleh Nabi Khidir as, maka hendaklah Beliau MEMAKANNYA.
Kemudian yang kedua Kau temui hendaklah Engkau MENERIMANYA sebagai Amanah,
Jadi, yang kedua apapun yang diberikan Kau TERIMA lah.
Yang ketiga Kau harus SIMPAN,
Jadi sudah DITERIMA harus DISIMPAN.
Kemudian yang ke empat apapun yang Kau temukan, hendaklah Engkau tidak PUTUS HARAPANYA.
Dan yang Kau temui ke lima hendaklah Engkau BERLARI darinya.
Ini adalah cara untuk mendekatkan Dirinya kepada Allah swt, yang diperintahkan kepada Nabi Khidir as.
Pagi harinya, Nabi Khidir as pun keluar dari rumahnya.
Beberapa jauh perjalanannya, yang justeru pertama kali Beliau temui adalah BUKIT yang besar, Beliau pun menjadi bingung ?
Didalam mimpinya itu yang pertama kali ditemui hendaklah DIMAKAN,
Beliau pun berfikir kerana yang pertama ditemui adalah BUKIT, Beliau pun berkata;
"Ahh ! tapi itukan PERINTAH kata Nabi Khidir as. Harus Aku dekati Bukit ini."
Makin Beliau pun dekati BUKIT itu dengan lapang hati, terus jalan yang penting sampai ke BUKIT ini Aku harus MAKAN.
Tapi BUKIT itu makin lama semakin mengecil, makin didekati semakin mengecil sampaikan BUKIT itu menjadi sebesar ROTI.
Kemudian Nabi Khidir as pun MEMAKAN ROTI itu terasa enak ROTI itu, ini yang pertama kali dijumpainya.
Begitu Beliau berjalan lagi, terus beberapa jauh perjalanannya. Datang seorang yang memberikan kepadanya satu MANGKOK EMAS.
Terus Beliau ingat " TERIMA dan SIMPAN"
Setelah DITERIMA oleh Nabi Khidir as, ditumbunlah olehnya MANGKOK EMAS itu, begitu Beliau teruskan perjalanannya.
MANGKOK EMAS Nabi Khidir as tadi, datang semula kepadanya.
Maka ditumbunlah semula didalam tanah, dan Beliau pun meneruskan perjalanannya, keluar lagi MANGKOK EMAS itu sampaikan tiga kali ia tetap keluar.
Maka Nabi Khidir as oun berdoa kepada Allah swt;
"Ya Allah, Aku telah melaksanakan amanahMu, Aku telah masukkan benda itu kedalam tanah, tetapi benda itu tetap keluar, sudah Aku Terima, sudah Aku Simpan."
Kemudian Nabi Khidir as pun meneruskan perjalanannya, beberapa jauh sudah berjalan, ada seekor burung kecil yang dikejar oleh seekor burung gagak, burung gagak ini ingin memakan burung kecil tersebut. Lalu burung kecil itu datang dekat kepada Nabi Khidir as dan berkatanya;
"Tolong wahai Nabi Allah, selamatkan aku ! aku akan dimakan oleh burung gagak itu."
Apa yang dilakukan oleh Nabi Khidir as ?
Maka Beliau pun menyelamatkan seekor burung kecil itu,
"TIDAK PUTUS HARAPANNYA"
Jadi Beliau pun teringat bahawa Beliau tidak boleh PUTUS HARAPANYA, itu pesan ke empat dari mimpinya.
Beliau selamatkan seekor burung kecil itu, dan burung gagak pun tahu lalu berkata kepadanya;
"Wahai Khidir, jangan Kau tahan rezekiku yang ada padamu, aku ini lapar ! jangan Engkau tahan dia, aku ingin memakannya."
Syaratnya apa tadi ?
Ertinya Nabi Khidir as tidak boleh mengecewakan seekor burung kecil itu, dan tidak boleh mengecewakan seekor burung gagak itu juga.
Maka Nabi Khidir as pun berkorban, apa yang dikorbankannya ?
Beliau mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya (Beliau potong dagingnya sendiri) lalu diberikan kepada seekor burung gagak itu dan berkata;
"Jangan engkau makan burung kecil ini, makan saja dagingKu ini."
- Kata Nabi Khidir as.
Nabi Khidir as pun terus berjalan setelah melepaskan seekor burung kecil itu. Begitu Beliau terus berjalan, tercium Beliau bau bangkai yang teramat menyengatkan. Maka Nabi Khidir as pun MELARIKAN DIRI dari situ.
Jadi kesemua lima perkara itu telah dilaksanakan oleh Nabi Khidir as. Setelah itu Nabi Khidir as pun bermimpi lagi, kemudian Beliau berdoa kepada Allah swt;
"Ya Allah, Aku telah melaksanakan seluruh perintahMu, tetapi Aku binggung apa erti dari semua perintahMu itu dan Aku ingin jawapannya ya Allah."
Lalu Allah swt pun menjelaskan kepada Nabi Khidir as;
"Yang pertama yang Engkau MAKAN itu adalah AMARAH,
Diumpamakan seperti BUKIT batu keras yang tinggi, namun apabila Engkau tetap BERSABAR, boleh menahan KEMARAHANMU, maka KEMARAHANMU itu akan menjadi Manis bahkan lebih Manis dari Madu."
Yang kedua Nabi Khidir as menemukan satu MANGKOK EMAS, Beliau TERIMA, kemudian pesan Allah swt adalah timbun MANGKOK EMAS itu, ketika ditimbun benda itu muncul lagi, ternyata apa Rahsia yang kedua ini ?
"Wahai Khidir, semua AMAL KEBAIKAN walaupun itu DISEMBUNYIKAN, maka dia akan tetap nampak juga, MENERIMA AMANAH dari seseorang maka janganlah Kau Khianat padanya."
Yang ketiga diterima AMANAH itu, disuruh timbun maka ditumbun oleh Nabi Khidir as.
"Ini namanya MELAKSANAKAN AMANAH, orang yang AMANAH ini nanti larinya kepada KEJUJURAN (Orang yang JUJUR)."
Lalu yang ke empat, ada seekor burung kecil yang diminta untuk diselamatkan, pesan Allah swt;
"Jangan sampai PUTUSKAN HARAPANYA"
Seekor burung gagak juga begitu, dia meminta semula rezekinya yang dari Allah swt, izinkan aku memakannya.
Nabi Khidir as tidak mahu mengecewakan kedua ekor burung itu, jadi Beliau memotong sedikit daging pehanya lalu diberikan kepada seekor burung gagak itu.
Maksud yang dari Kau temui ini Khidir adalah berusahalah Engkau untuk Membantu seseorang, padahal Kau disaat itu sangat ada yang lebih penting. Tetapi Engkau berusaha untuk Membantu orang lain.
Inilah yang ditemui Nabi Khidir as yang ke empat, jadi Sedekah yang paling baik itu adalah Sedekah disaat Kau sedang kesulitan. Kerana disaat kita lapang, Sedekah itu dengan mudah kita keluarkan, dan disaat keadaan sulit inilah bersedekah itu sangat baik pada pandangan Allah swt.
Dan yang kelima Bau Busuk, Kau BERLARI.
"Ini adalah GHIBBAH.
Kalau kita temui orang yang menjelek-jelekkan orang lain, maka LARI lah dari situ, janganlah kita duduk disitu. Engkau mendengar Engkau juga terbawa dosanya.
Inilah peluang iblis yang mudah dan dosanya besar. Maka hati-hatilah dengan tipu daya syaitan ini."
Nabi Khidir as diajarkan dengan banyaknya Kiasan diberikan oleh Allah swt. Itulah kelebihan Nabi Khidir as, Allah swt memberikannya Wahyu dengan berupa Kiasan.
Keahlian Nabi Khidir as ini Beliau memiliki ILMU LADUNI. Jadi Beliau mampu melihat masa depan dengan izin Allah swt.
( Sumber dari Syeh Haqtullah )


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan