"Keakuan Diri"

 


"Keakuan Diri"

Imam al-Ghazali Rahimahullah yang lahir pada tahun 1058 Masihi adalah seorang Ulama besar dalam sejarah Islam yang digelar sebagai "Hujjatul islam" seorang yang taraf keilmuannya sangat tinggi, Beliau banyak menghafal hadist Nabi S.A.W dan dikenal pula sebagai ahli dalam filsafat dan tasawuf yang banyak mengarang kitab-kitab sehingga hampir 250 buah kitab.
Pada ketika Imam al-Ghazali menjadi seorang Ulama & Imam yang disanjungi dan dihormati masyarakat kerana keilmuannya, Seperti kebiasaan bila tiba waktu solat, Imam
al-Ghazali akan menjadi imam disebuah masjid .Ada seorang saudara kandungnya yakni adiknya yang bernama Ahmad tidak mahu berjemaah bersamanya, Tetapi Imam
al-Ghazali tidak bertanya kepada Adiknya, Lalu kemudian Imam Al-Ghazali mendatangi ibunya dan berkata :
“Wahai ibu, Bolehkah tolong beritahu Ahmad agar solat berjemaah bersamaku supaya orang-orang tidak menuduhku selalu bersikap buruk terhadapnya“.
Ibu Imam al-Ghazali lalu memerintahkan puteranya Ahmad agar menjadi makmum kepada Imam al-Ghazali di masjid. Ahmad seorang anak yang taat lalu dia pun melaksanakan perintah ibunya, Dan menjadi makmum kepada Imam al-Ghazali di masjid , Ketika hendak solat Ahmad melihat darah membasahi belakang Imam al-Ghazali, Lantas Ahmad memisahkan dirinya dari jemaah solat itu.
Setelah selesai solat Imam al-Ghazali menoleh ke belakang dan melihat saudara kandungnya itu tiada, Selepas itu dia mencari Ahmad dan bertanya kepada Ahmad, saudaranya itu : “Mengapa engkau memisahkan diri (mufaraqah) dalam solat yang aku imami ? “.
Ahmad menjawab : “Aku memisahkan diri, kerana aku melihat belakangmu penuh berlumuran darah “.
Mendengar jawapan Ahmad itu, Imam
al-Ghazali terkejut dan mengakui akan hal itu, Kerana ketika solat terlintas di fikirannya masalah berkaitan ilmu fiqh yang berhubungan haid seorang wanita yang mutahayyirah.
Imam al-Ghazali lalu bertanya kepada Ahmad : “Dari manakah engkau belajar ilmu pengetahuan seperti itu ?”Ahmad menjawab,
"Engkau tidak akan mahu berguru dengannya, Kau seorang Ulama yang Masyur sementara guruku ini hanyalah orang biasa iaitu penjahit kasut
Imam al-Ghazali terus memujuk adiknya agar perkenalkan gurunya itu, Dan akhirnya adiknya Ahmad memberitahu kepadanya “Guruku bernama Sheikh al-Utaqy al-Khurazy, Seorang tukang jahit kasut di pasar.”
Keesokannya imam al-Ghazali keluar mencari Sheikh tersebut, Dan tibalah imam ghazali di rumah Sheikh al-Khutazy dan memberi salam
serta berkata : “Bolehkah saya belajar kepada Tuan Sheikh?“. Sheikh itu menjawab : "Tiada ilmu yang dapatku ajarkan kepada mu yang alim dan masyur."
Imam al-Ghazali nekad ingin berguru dan terus meminta untuk menerimanya sebagai murid, Lantas Sheikh al-Khurazy berkata "Mungkin saja engkau tidak kuat menuruti perintah²ku."
Imam al-Ghazali kemudian menjawab :
“InsyaAllah, saya boleh “.
Sheikh al-Khurazy kemudia berkata :
"Baiklah, sekarang kau bersihkanlah lantai ini."
Imam al-Ghazali pun menurut dan ingin mengambil penyapu untuk bersihkan lantai tersebut. Tetapi Sheikh itu tiba² berkata :
“Jangan guna penyapu, Bersihkan dengan tanganmu“.
Imam al-Ghazali hanya menurut perintah menyapunya lantai dengan tangannya, Kemudian dia melihat kotoran yang begitu tebal dan banyak, Lalu beralih ke tempat lain.
Sheikh yang berada disitu melihat Imam Ghazali meninggalkan kotoran yang banyak itu lantas berkata : “Bersihkan kotoran itu juga dengan tanganmu“.
Imam al-Ghazali tercengan seketika, Tapi kerana ingin menuntut ilmu dia besabar dan menanggalkan jubahnya untuk mengelakkan pakaiannya terkena kotoran. Sheikh yang sedang memerhati tindakan imam Ghazali yang demikian itu lantas berkata :
"Bersihkan kotoran itu dengan pakaianmu."
Imam al-Ghazali sekali lagi tersentak mendengar perintah dari Sheikh al-Khurazy, Tapi imam ghazali terus bersabar dan hanya menuruti perintah.Namun ketika Imam al-Ghazali hendak menggunakan jubahnya untuk bersihkan lantai itu, Sheikh al-Khurazy terus menghalangnya dan memerintahkan agar imam ghazali pulang dan datang esok.
Keesokannya imam ghazali kembali lagi kepada Sheikh al-Khurazy, dan seperti kebiasaan Sheikh tersebut hanya menyuruhnya membuat kerja² pembersihan seperti seorang kuli sedangkan Imam al-Ghazali seorang Ulama yang masyur ketika itu, Sehinggalah pada suatu hari Sheikh al-Khurazy mengatakan engkau telah tamat pengajianmu, Pulanglah kau. Imam al-Ghazali merasa kebingungan, Dia merasakan tiada apa² manfaat ataupun ilmu yang diperolehi melainkan hanya membersihkan kotoran² setiap hari.
Lalu dia pun pulang dan pada suatu hari beliau merasakan satu perasan yang tidak pernah dirasanya. Perasaan gelisah yang dirasainya sebelum ini telah hilang, Ia juga tidak lagi runsing memikirkan berbagai perkara. Dia merasakan ilmunya pengetahuannya semakin meluas.
Setelah hari itu, Imam al-Ghazali tertanya² pada saat setiap kali beliau ingin mengarang kitab,Kerana setiap kali menulis Ianya lancar menulis ilmu yang tidak pernah ia pelajari "Bilakah masanya aku belajar ilmu ini?" Setelah puas berfikir, Barulah dia sedar bahawa ilmu yang dipelajarinya dari gurunya itu bukanlah ilmu lisan dan ilmu tulisan, Tetapi ianya ilmu berkaitan rohani, ilmu buah hasil dari sifat 'ikhlas' yang dicampakkan Allah ke dalam hatinya.
Beliau mengikhlaskan dirinya pada saat beliau menuntut ilmu serta melaksanakan amanah amanah Allah yang 'tertinggi' iaitu merendah diri untuk menjadi 'hamba' Allah yang sebenar benarnya di sisi-Nya.
Imam al-Ghazali menanggalkan jubah kebesarannya lalu memakai pakaian orang kebiasaan dan membuat kerja² kotor seperti seorang kuli, Walhal jika diikutkan beliau adalah orang ternama, Agak susah untuk melihat seorang yang Alim dan masyur memakai pakaian orang kebanyakan dan membuat kerja pembersihan, Berhari² imam al-Ghazali membersihkan kotoran dan berkhidmat pada Sheikh al-Khurazy.
Ketika dihari terakhir beliau berkhidmat, Imam al-Ghazali ada menanyakan kepada gurunya bila ingin mengajarkan beliau ilmu, Dan Sheikh al-Khurazy mengatakan bahwa dia sudah mendapat apa yang dia perlukan, Yakni ilmu membersihkan hati dari segala sifat keakuan seperti merasa megah, Meninggi diri dengan ilmu yang dimiliki, Sombong yang bersarang didalam hati dan segala sifat merasa diri lebih baik dari orang lain. Sebelum imam ghazali pulang ia didoakan oleh gurunya untuk mendapatkan pancaran Nur ilahi ke hatinya. Walaupun gurunya itu tidak terkenal tetapi hakikatnya ia adalah Auliya Allah.
(Kisah penceritaan ini diceritakan sendiri oleh Imam al-Ghazali di dalam kitabnya "Madhunun bih Ala Ghairi Ahlih." Mungkin apa yang saya tulis ini tidak tepat 100% jika dibandingkan didalam kitab tersebut, Tetapi kisahnya memang lebih kurang seperti ini, Saya hanya tulis yang saya ingat dan menambahkan sedikit gaya bahasa dan penceritaan agar kalian mudah faham.)
*Jika kalian ingin menuju kepada Jalan yang Allah Redhai, Kalian harus membersihkan hati dan menanggalkan pakaian KeAkuAn kalian.
-Tinggalkan ke-Aku-anmu, baru engkau akan bertauhid! Jangan ada mengaku dan merasa Aku hebat, aku bijak, aku kuat, aku terkenal, aku lebih baik dan lain-lainnya.
*Sifat Maani hanyalah pinjaman, Jika engkau ingin mengenal maka pulangkan segala sifat² melihat, mendengar, berkalam, berkehendak, berilmu, berkuasa, dan hidup. Menafikan dan Mengisbatkan.
*Kunci jalan kebenaran adalah tiada Keakuan diri.
*Tiadalah boleh seseorang itu mengenal akan Tuhannya, Melainkan dengan Nur Muhammad jua yang memantul pada cermin hatinya, dengan tersingkap tajali (pantulan) asma wa sifat Allah pada diri dan seluruh alam.
*Selagimana ada perasan takut mati, takut miskin, takut hina, takut sakit, takut kehilangan, takut itu ini, Maka itulah hijab untuk menuju kepadaNya.

( Sumber dari Kafiat Pakaian Rahsia Ahli Makrifah  )


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan